Friday, June 5, 2015

Yay dah beranak!! ='D

Alhamdulillah.. ='D

Tu la perkataan pertama keluar saat terdengar je tangisan si dia. Dengan seluruh badan yg terketar2. Air mata mengalir antara syukur, dan tak percaya, si kecik yang di tunggu2 akhirnya muncul jua. Walau pun keluar ikut 'tingkap', heh.

Hari ni dah dua bulan pun si kecik ni...atau lebih tepat lg, 65 hari (1 apr - 5 june). Punyela lama masa nak kembali menekan keyboard ni. Pelik aku macam mana la orang2 yg baru beranak terus boleh update memacam kat blog diorg. Nasib badan la, anak aku ni jenis memang nak berkepit je. Kalau dia tersedar dari tido dan mendapati ibu takde kat sebelah, memang meraung2 la dia macam sehari tak jumpa. Wah, rasa diri begitu berharga  =p 

Kalau blogging dari phone tak best, tak puas. Pastu kalau pegang hp sambil menyuisukan anak pon bukan boleh lama, skejap dia merengek sekejap dia tersedak, pastu dia kencing plak. Oh oh.. 

Jadi inilah yang terjadi kepadaku dalam 2 bulan yang lalu.....


25 Mac 2015

Sehari sebelum EDD, ade last appointment di klinik O&G. Doc siap bagi admission form untuk admit on EDD + 7 day kalau aku still tak deliver lg. Untuk induce ler ape lagi. Aduh.

Lepas dari saat tu hati sentiasa tak tenteram, Tak sangat IOL. Takut fail, pastu kena operate, bla bla.. risau memanjang. Maka dari detik itula usaha gigih jalan sana sini, sental toilet vacumm bilik kemas bilik. Dengan harapan datanglah contraction dan jalan cepat bukak.

31 Mac 2015

Masa ni aku dah 5 hari lepas EDD iaitu 26 mac. Rasa lain macam, baby yg selalunya pagi2 dah lompat kijang, menari2 dalam perut ni rasa mcm diam semacam pulak. Tengahari tu bgtau suami. Tapi tak rasa nak pergi hospital lg sebab selalunya malam dia akan aktif balik. So aku decide malam kalau dia tak aktif jugak, aku pegi hospital. Lebih kurang menyerah diri la.. komfem2 kena admit dan induce esok paginya kalau jalan still tak bukak lagi.

So malam tu aku pegi hospital dan terus kena admit. Alhamdulillah tak payah induce sebab jalan dah bukak 3 cm. CTG pun ok lagi so plannye esok jam 5 pagi review VE dan CTG. Tapi malam tu aku jalan2 lagi dalam wad sampai pukul 1 lebih.. supaya jalan cepat bukak.. hehe

1 April 2015

Dipendekkan cerita CTG keesokan paginya tak berapa nak cantik... istilahnye 'suspicious' CTG. Baby tak lemas lg tapi jantungnya tak berapa memberangsangkan. So bila pakar tengok masa round pagi tu dia decide nak ARM (pecahkan air ketuban - untuk pastikan bayi tak berak lagi. Bayi berak dlm perut menunjukkan dia dlm 'distress'). Lepas doktor tu buat ARM semua nurse and HO (semua perempuan) terdiam. Aku pun macam 'Err... is everything ok?'

Doktor pakar terus pandang nurse dan cakap "Section.."

"Baby dah berak la... moderate to thick meconium... dah ade particles pun ni.." kata doktor tu lagi. 

Muka aku terus cam nak nanges kut, tapi still try senyum. Doktor tu pun try nak tenangkan hati aku dan suruh aku jangan risau2. Bukan nak nanges sebab baby dah berak, tp sebab kena operate. Haha. Oh.. perkara yang tidak diingini tu la yang bakal aku lalui di hari ini. Tapi ku pujuk jugak hati, tak mengapalah yang penting baby selamat... Inshaa Allah.. 

Dah siap semua aku pun ditolak ke Maternity OT. Bila nak masuk dalam tu suami tengah telefon mak kat luar pintu. Boleh plak aku suruh tunggu "Eh jap2, panggilkan suami.." 

"Eh, kenape?" tanye misi yg tolak katil aku tu.
"Nak salam.. hee.." 
"Oh..nak salam.."

Sedih kot time ni. Dedua nanges kekekeke. Syukur sangat2 mak suruh asben datang pagi tu hantarkan sarapan untuk aku. Pukul 8 dia dah sampai bawak sebakul pinggan, mug, air panas, vico, gula biskut. Asalnya aku suruh diorang datang tengahari je, sebab pagi tu bukan boleh masuk pun. Sedihnya kalau suami pun takde masa aku ditolak masuk dalam dewan bedah.. Allahu Akbar. Cantik perancangan Allah kan.

Operation tak lama... caesar biasa 30-45 minit je. Pukul 10:12 doktor start skin incision, 10:18 baby out. Terus dengar dia nanges... Alhamdulillah dia tak in distress.. hehe.. Baby tak terus dibawa ke ibu sebab kena suction semua dulu, sebab meconium stain kan, so ade paeds standby. Lepas misi bersih2kan baby sket, dia bawak kat ibu untuk skin to skin bonding. 

"Assalamualaikum... perkataan pertama aku pada dia.. perasaan gembira yang tak dapat digambarkan.  "Hai..." kataku lagi, macam la si kecit tu paham kan, haha. Dalam hati aku kata 'Oh, si dia ni la yg duk dalam perut aku selama ni... keke' macam lucu plak perasaan tengok baby yg baru keluar dari perut sendiri ni.. haha 



Inilah dia si kecit tu....
Marissa Nurnayla Binti Md Ridza Alsyukri
=)


Masa menunggu kat ruangan menunggu lepas operate tu misi dah bagi baby untuk breastfeed. Bagus anak aku ni, tak payah susah2 ajar, lahir2 dah pandai hisap susu. Macam expert dah haha Ilham dari Tuhan kan, subhanallah.... sampai sekarang pun memang ngempeng je la kejenye haha 

Begitulah kisahnye... hehe okla sementara dia tengah tido ni aku nak buat apa yang patut. Nak solat pastu siap2kan air mandi dia...

Ok jumpa lagi!


Wassalam.......








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...