Monday, August 25, 2014

I'm officially pregnant!! - Part 2

'Ancaman Keguguran'

Maka pada 10/8/2014 aku pun jumpa Boss dan buat transvaginal scan (TVS) terus, sebab kandungan kecik lagi. Mata aku ligat mencari fetal heart, namun hampa. Dan ada pulak part2 sac (kantung) tu yang irregular (kemek2 sikit). Oh aku lagi lah risau. Aku rasa Boss nampak kot riak muka aku, sebab dia asyik cakap, "jangan fikir banyak, doa aje, kalau ade rezki, insyaAllah ada. jangan fikir banyak, jangan stress....... 2 minggu lagi kita scan balik "

Ohoi mestila aku tak tenteram.. Masa tu rasa perkataan 'Threatened Miscarriage' tu sangatla berat nak dipikul. Selama ni masa diagnose pesakit2 yaang datang A&E dengan diagnosis tu rasa macam normal je benda tu. Tapi bila diri sendiri yang kena, Ya Allah,... kuatkan aku, kuatkan kami....... T_T

Mungkin sebab bleeding aku sangat lama, sampai 2 minggu lebih, jadi aku sangat takut. Lepas share dengan hubby, family dan kawan2 terdekat dan dapat kata2 semangat dari diorang, Alhamdulillah aku ada kekuatan sket. Aku pun menjalani MC selama 3 hari dengan tenangnya. Memang MC betul2, makan tido je aku. Kalau bukan untuk nak solat atau makan atau mandi memang aku tak bangun2 dari katil atau sofa. Haha. 

Dan Alhamdulillah lepas MC 3 hari tu mula2 bleeding dah tak kerap...lama2 lepas seminggu, dah stop terus. kadang2 je ada bila aku ganas sangat tak duduk diam. Tapi nak menanti tempoh 2 minggu tu, adalah satu tempoh yang agak mencemaskan.. Apakah nasib dia di dalam tu? Apa kabar anak ibu? Sihatkah awak sayang?.....

Dua minggu yang beremosi. Bila pegi kerja hari2 tengok wajah bayi2 dan kanak, hati terusik. Melihat wajah si kecil yang kesakitan, aku macam berperang dengan hati sendiri. Diperisaikan hati tebal2, supaya gagah nak menghabiskan waktu kerja seperti biasa. Kalau ikutkan jugak perasaan memang hari2 melimpah-limpahlah air mata ni sambil bekerja. Dah macam mana nak buat keje? Haha. 

Waaa macam ni ke perasaannya...??  

Dua minggu kemudian...

Maka hari Ahad bersamaan 24/8/2014 genaplah 2 minggu yg dinanti. Aku pegi klinik O&G dengan Syida, yang dah 30 minggu usia kandungannya. Sangat comel dia makin tembam ni haha. Alhamdulillah kandungannya pun sihat. 

Bila tiba giliran aku, wah sangat mendebarkan. Masa masukkan prob TVS tu Boss senyap je. Wah saspen. Tiba2... "Haaa... tu diaa!" kata Boss dengan riangnya. Aku masih terdiam, antara percaya dan tidak.

"Alhamdulillah... ada pun... saya pun risau dengan result awak ni tau," kata Boss lagi.
"Ade ke?.. ade eh?.." masih tak percaya.
"Ada la nadia... ko nampak tak tu? ko macam tak nampak je" kata Syida menegaskan.
"Nampak2... hehe.. Alhamdulillah..."
Bukan tak nampak... tapi aku saja nak tenung lama2 bagi puas hati yg ia adalah heart beat. Bukan ilusi mata macam masa scan 2 minggu lepas.
"Masa tu kan beat dia tak laju, yg tu bukan heart beat, tapi getaran yg macam kat tisu2 uterine wall ni, yang ni nampak kan lagi laju... ni memang heart la ni. Tengok doppler ni pun ada flow... yang dulu tu takde..." kata Boss. Dah macam nak sekolahkan aku balik pasal gynae.. haha. 
"Ooo.... aah la... He... Alhamdulillah..."

Penantian setahun yang membuahkan hasil, penantian jawapan yang membahagiakan. Segala puji hanya bagiNya. Nikmat apa lagi yang nak aku dustakan? =') 

Begitulah secebis kisah kehidupan aku dalam dua bulan terakhir ni.... Looking forward for more adventures (jangan nak adventure sangat) and ups and down in the journey of a Mom-to-be! 

Alhamdulillah..... now, I am officially an expectant mom! \^_^/

Assalamualaikum anak ibu! Kita nak makan apa hari ni?? =)

 Erk... hehehh! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...