Monday, August 25, 2014

I'm officially pregnant!! - Part 2

'Ancaman Keguguran'

Maka pada 10/8/2014 aku pun jumpa Boss dan buat transvaginal scan (TVS) terus, sebab kandungan kecik lagi. Mata aku ligat mencari fetal heart, namun hampa. Dan ada pulak part2 sac (kantung) tu yang irregular (kemek2 sikit). Oh aku lagi lah risau. Aku rasa Boss nampak kot riak muka aku, sebab dia asyik cakap, "jangan fikir banyak, doa aje, kalau ade rezki, insyaAllah ada. jangan fikir banyak, jangan stress....... 2 minggu lagi kita scan balik "

Ohoi mestila aku tak tenteram.. Masa tu rasa perkataan 'Threatened Miscarriage' tu sangatla berat nak dipikul. Selama ni masa diagnose pesakit2 yaang datang A&E dengan diagnosis tu rasa macam normal je benda tu. Tapi bila diri sendiri yang kena, Ya Allah,... kuatkan aku, kuatkan kami....... T_T

Mungkin sebab bleeding aku sangat lama, sampai 2 minggu lebih, jadi aku sangat takut. Lepas share dengan hubby, family dan kawan2 terdekat dan dapat kata2 semangat dari diorang, Alhamdulillah aku ada kekuatan sket. Aku pun menjalani MC selama 3 hari dengan tenangnya. Memang MC betul2, makan tido je aku. Kalau bukan untuk nak solat atau makan atau mandi memang aku tak bangun2 dari katil atau sofa. Haha. 

Dan Alhamdulillah lepas MC 3 hari tu mula2 bleeding dah tak kerap...lama2 lepas seminggu, dah stop terus. kadang2 je ada bila aku ganas sangat tak duduk diam. Tapi nak menanti tempoh 2 minggu tu, adalah satu tempoh yang agak mencemaskan.. Apakah nasib dia di dalam tu? Apa kabar anak ibu? Sihatkah awak sayang?.....

Dua minggu yang beremosi. Bila pegi kerja hari2 tengok wajah bayi2 dan kanak, hati terusik. Melihat wajah si kecil yang kesakitan, aku macam berperang dengan hati sendiri. Diperisaikan hati tebal2, supaya gagah nak menghabiskan waktu kerja seperti biasa. Kalau ikutkan jugak perasaan memang hari2 melimpah-limpahlah air mata ni sambil bekerja. Dah macam mana nak buat keje? Haha. 

Waaa macam ni ke perasaannya...??  

Dua minggu kemudian...

Maka hari Ahad bersamaan 24/8/2014 genaplah 2 minggu yg dinanti. Aku pegi klinik O&G dengan Syida, yang dah 30 minggu usia kandungannya. Sangat comel dia makin tembam ni haha. Alhamdulillah kandungannya pun sihat. 

Bila tiba giliran aku, wah sangat mendebarkan. Masa masukkan prob TVS tu Boss senyap je. Wah saspen. Tiba2... "Haaa... tu diaa!" kata Boss dengan riangnya. Aku masih terdiam, antara percaya dan tidak.

"Alhamdulillah... ada pun... saya pun risau dengan result awak ni tau," kata Boss lagi.
"Ade ke?.. ade eh?.." masih tak percaya.
"Ada la nadia... ko nampak tak tu? ko macam tak nampak je" kata Syida menegaskan.
"Nampak2... hehe.. Alhamdulillah..."
Bukan tak nampak... tapi aku saja nak tenung lama2 bagi puas hati yg ia adalah heart beat. Bukan ilusi mata macam masa scan 2 minggu lepas.
"Masa tu kan beat dia tak laju, yg tu bukan heart beat, tapi getaran yg macam kat tisu2 uterine wall ni, yang ni nampak kan lagi laju... ni memang heart la ni. Tengok doppler ni pun ada flow... yang dulu tu takde..." kata Boss. Dah macam nak sekolahkan aku balik pasal gynae.. haha. 
"Ooo.... aah la... He... Alhamdulillah..."

Penantian setahun yang membuahkan hasil, penantian jawapan yang membahagiakan. Segala puji hanya bagiNya. Nikmat apa lagi yang nak aku dustakan? =') 

Begitulah secebis kisah kehidupan aku dalam dua bulan terakhir ni.... Looking forward for more adventures (jangan nak adventure sangat) and ups and down in the journey of a Mom-to-be! 

Alhamdulillah..... now, I am officially an expectant mom! \^_^/

Assalamualaikum anak ibu! Kita nak makan apa hari ni?? =)

 Erk... hehehh! 

I'm officially pregnant! - Part 1


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah......

Syukur Ya Allah..... Persoalan selama 2 minggu ni telah pun terjawab. I'm officially pregnant!!! ^_^
Hah kenapa ada official2 pulak...

UPT Negative times 4 (UPT -ve  X 4)

Alkisahnye bermula pada bulan Ramadhan yang lepas. Dari awal hinggalah ke penghujung puasa penuh je takde ponteng2. Maka hati berasa sangsi. Kawan2 dan jua suami suruh buat UPT tapi rasa tak nak mengharap sangat. Sebab pengalaman sebelum2 ni memang delayed period tapi bila buat UPT asyik negative je, sampai 3 kali.

Malam Ramadhan terakhir aku sudah pun berada di rumah orang tua di KL. Wah nampak gaya macam puasa penuh sebab tanda2 nak datang bulan memang tak kunjung tiba. Lalu di beli 2 set UPT pada malam aku sampai di KL, lepas ambil suami di rumah kakaknya di Shah Alam. 

Di sangka panas hingga ke petang rupanya hujan renyai di tengah hari. Tiba2 malam tu jugak mula keluar brownish staining, yg ku sangkakan permulaan nak period. Tapi sangat aneh, datangnya sangat lewat dan tiada sebarang petanda pula. Aku pun buat jugaklah UPT tu untuk sedapkan hati mengatakan ia adalah betul2 darah haid. Phuh! Negative... ok memang haidlah begitu.. 

Maka aku pun beraya awal seharilah kiranye di situ.. 

Seminggu berlalu dan cuti raya pun berakhir. Masuk hari kedua aku start kerja iaitu hari kelima bleeding, darah period masih tak berjalan lancar seperti kebiasaannya. Masih segan2 silu begitu. Which is sangatlah aneh bagiku. Dan ada masa2nya pula rasa loya2 di anak tekak dan perut, hingga satu malam tu lepas isya terus humban badan atas katil hingga ke subuh sebab loya yang teramat sangat.

Keesokan harinya aku panjangkan suara hati kepada suami yg di KL akan kekeliruan hati. Suami pun suruh buat UPT lagi sekali. 

"Erm, nak buat lagi ke? tapi hari tu negative.." kataku yg masih dalam denial state. UPT negative dah 4 kali sebelum ni (termasuk yg terakhir pada malam last Ramadhan tu), nak buat lagi dan menerima result negative lagi adalah sangat lah menyedihkan oke. Sebab tu aku tak terburu2 buat masa missed period masa bulan puasa aritu. 

"Buat je... mana tau, ade rezeki... hehe" kata suami cuba menyakinkan. 

Aku pun bersetuju. Hajat hati nak buat esoknya, tapi takut pulak kalau2 positive, makin berlambak2 solat nak kena ganti nyah oi! Maka aku pun buat malam tu jugak....there and then, tengah2 malam, lepas balik dari kerja. 

Dengan kuasa Allah, POFFF! Double line!!...Alhamdulillah! haha.... nak tergelak ade nak nanges pun ade. 

Nak gelak happy sebab tak sangka2...saat2 tak sangka2 ni pulak dapat surprise, Ya Allah seronoknye..... Lepas tu nanges sedih pulak sebab aku tengah bleeding....waaaaaa ianya bukanlah sesuatu yang indah... !

Maka hati pun berbuah dua rasa dalam satu masa. Gembira, dan takut. Sangat gembira dan tak percaya. Pernantian selama setahun, hampir setahun (Syawal 2013 - Syawal 2014) membuahkan hasil. Alhamdulillah..alhamdulillah... Dan gembira bila suami gembira... =)

Tapi, tak boleh nak happy sangat sebab nasibnya belum diketahui. Intrauterine kah? Di dalam rahim atau di luarkah, hingga ia bleeding begini? Survive kah dia dengan keadaan aku macam ni?... 

Dipendekkan cerita, aku pun mintak tolong member MO O&G scan kan... Alhamdulillah intrauterine. Tapi masa tu baru 6weeks ++, so memang tak nampak jantungnya lagilah. Kawan tu suggest aku terus jumpa Boss (pakar O&G) sebab masalah bleeding yang lama, almost 2 weeks masa tu... 

Hati memang tak tenang, kerja pun tak fokus. Tak tahu nak rasa apa, nak pujuk hati macam mana..


To be continued.....










Sunday, August 24, 2014

The moment

The moment when you started to realize that you have the potential to be a better person, is actually your first step towards success.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...