Tuesday, March 18, 2014

Because being strong, is the only choice I have

Alhamdulillah.. 

For the live im living in now...
for the family, husband, friends, supports and love
for the happiness, the smile and the laugh 
for the pain, and hurt
for the lessons i gained 
for the hidden things i get to see beyond it
for the unfolded secret 


Dear diary, Im so sorry for leaving and abandoning u so long..

Kalau orang mesti kau dah terasa kan. Sejak kahwin, blog ni pun terabai. Heee

"Kalau lah aku ni boleh di multiply," i said to a long lost friend earlier today evening... Im so sorry I couldn't make it. You were so close yet we're still far away. 

Tak ada rezeki nak jumpa, kataku menyedapkan hati.

Kita merancang, Tuhan menentukan. Kataku lagi. 

Anyway, you, you, and you my friends, are and will always be in my heart.... Thanks You Allah for blessing me with good, great friends like them. May Allah's blessing be with all of you.. yes, you =)

Ya memang, sejak berkahwin ni memang banyak masa lapang di beri untuk suami dari lain2 hal. 

Namun definisi 'masa lapang' aku sesungguhnya tak sama dengan masa lapang kalian. 

Masa lapang aku bukanlah masa petang lepas balik kerja duduk2 minum petang dengan suami sambil tengok tv, then malam2 makan malam bersama2 pastu basuh pinggan sama2 sambil bertepuk tampar, then lepak2 depan tv lagi sambil gossip2 atau layan fesbuk bersama2.... atau masa lapang hujung minggu yang digunakan untuk shoping2 dengan rakan2 atau keluarga, atau lepak2 tengok tv dan main internet di rumah, atau pergi bersukan atau berjoging di taman. 

Tapi 'masa lapang' aku adalah 1-2 hari off day yg aku dapat setelah bekerja 7-8 hari non stop, dan digunakan utk balik ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami dan keluarga kami.

'Masa lapang' aku yg singkat tu lah juga yg digunakan untuk kami uruskan hal itu dan ini. Ke sana dan ke sini. Siang sampai ke malam.  

Kadang2 bila ada ruang dalam kesibukan tu kami selit2kan sesi berdating2 seperti tengok wayang atau makan2 bersama. Yela.. sebelum kahwin mana ada dating berdua2an... time ni la kitorg nak dating. Hihi (gelak gatal). 

Setelah enam bulan berkahwin barulah kami dapat peluang dan ruang pergi makan angin sekejap. Itu pun adhoc punya plan! aduhai.. 

Untuk kalian yang hanya nampak yang indah2 saja...
Hubungan jarak jauh bukan senang. Perlu kuat. Ya, kuat. Kerana itu saja pilihan yg aku ada. Kalau ikutkan hati memang tak tahan. Sudahlah kesedihan dan keseorangan berjauhan. Ada pula mulut2 yang mempersoal di mana tanggungjawab 'keisterian' aku jika tinggal berjauhan dengan si suami begini. Oh... 

Namun, bagi kami, semua ni sudah ada dalam perancangan Yang Maha Bijaksana. 

Dia di pantai timur, aku pula di selatan. 

Pendengki kami adalah masa. Kekuatan kami adalah sayang. Musuh kami adalah pencaci. Sahabat kami adalah cinta. Bahasa kami adalah rindu. Ikatan kami adalah kepercayaan. Percaya di sebalik setiap kepayahan, pasti ada yg indah menanti. 

Biarpun banyak mulut2 jahat berkata itu dan ini, tapi biarlah... mereka tak merasa apa yg aku rasa. Apa yang kami rasa.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...