Sunday, December 21, 2014

I am married to a 'Superman'! =)


Alhamdulillah =)

Knowing him day by day, I think I'm proud of my husband.. so proud.

He is a responsible man, considerate, lovely, and romantic, in his own way =)

He is a hardworking man too. He knows what he wants, and is working hard for it.
He is not ashamed of multiple trials and even lowered his ego seeking for knowledge from various classes of people in order for him to strive for his success.

And the sweetest part is that he included me in every part of his plan and achievements. hihi.

May Allah blesses him and make him succeed in anything he's working on.... and protect him from the evil of dunya and keep him always in the right tract, for he will be the man, the Imam who guide me and our family to the right path till the hereafter. 

Thank you Allah for granting me and blessing me for a man of such.... a good, kindhearted hardworking responsible and romantic man like him.....

I love you so much, my dear hubbehh <3 span="">


Alhamdulillah...... =')

Wednesday, November 26, 2014

Baby bumpppp

A friend at work just noticed my baby bump earlier today

Friend: Nadia, are you pregnant??
Me: Yes =)
Friend: How come I didnt see it before.... how many weeks now?
Me: entering 21 weeks already..
Friend: 21 weeks? with tummy that small??
Me: Hehe... first baby kot... *smile*

Ya rabbi semall katenye... aku rase dah senak, macam belon nak meletop... lagi2 kalau lepas makan... baru la aku paham perasaan orang yg berperut ke depan (ops bukan nak mengata). Bukan senang oi... tak kesah la walau apa isi kat dalam... huhuu....

Maka aku pun berpikirlah macam mana boleh wujud manusia2 yang "tak sedar dia mengandung". Percaya tak? Percaya tak?....

Bukan sekali dua. Banyak kali, kes remaja (kebanyakannye remaja la... ) datang spital tiba2 nak beranak, tanpa ada buku antenatal, tak pernah buat check up, tak de screening, tak booking semua. Atau dibawa ambulans ke hospital selepas dia dah terberanak kat rumah. 

Alasan: "saya tak tahu saya mengandung" 

Huh?? *ternganga* 

"eleh ye la tuuu.... " kata misi2 yang dah veteran di dewan bersalin. Masa tu aku terpinga2 antara nak percaya ke tidak.

Tapi bila sendiri ade pengalaman berperot besar ni, hummpphhh!...... baru sedar mati2 aku kena tipu dulu.. ciss. 

Tapi ape pun perut kalau tak besar sgt, memang boleh disorok, dengan memakai baju longgar2, pastu jalan bongkok2 sket... jangan mendada atau berdiri tegak. Eh dah aku mengajar orang sorok perut kenapa?

Bukan mengajar, tapi nak pecahkan rahsia..... hehe... 


*  *  *  *  *  *  *  *  *

Oklah ape pun anak ibu... nampaknye tenang je dia malam ni.... biasanye tengah malam time ibu nak tido barula dia nak berkickboxing, sampai ngilu2 pundi kencing dibuatnya! adoi...

Esok ayah balik.. nanti bila ayah sentuh awak, kick kuat2 ye... biar dia rasa penangannya.... biar lepas ni dia sedih nak tinggalkan kita sampai nanges teresak2 bila nak balik ganu.... hehehehe


Ok jumpa lagi!

Love you anak ibu! =)))




*  *  *  *  *  *  *  *  *

Note 1 - I get the quickening last week - at 20 weeks 3 days, just 1 day after the father left us for Terengganu... hehe..... 
Note 2 - My baby bump just became prominent since last week jugak... itu pun this week still ada yang tak perasan lagi... hehe =)






Thursday, October 9, 2014

Assalamualaikum anak ibu! :) -Raya Haji

Assalamualaikum anak ibu!  :)

Apa kabar awak kat dalam tu.. harap awak membesar dengan sihat (dan kenyang) selalu...

Ibu still dengan bloatedness... sendawa2 sentiasa.. laparrrr that I need 3-4 hourly feeding hahaha kuat makan la anak ibu ni..

Seronoknye kite kan tengah cuti panjang... 12 hari..dari sebelum raya haji sampai weekend ni..tp tinggal 2 hari je lagi kite cuti syg... sobsobss..

Raya haji haritu syokla baby dapat balik kedua2 belah kampung kan.. mula2 hari jumaat petang kitorg bertolak ke kampung ayah kat hutan melintang. Pagi raya pulak ke Tapah.

Bestnye masa balik kampung ni sebab banyak makanan. Walupun ibu tak tahan bau masakan tapi makan alhamdulillah okay.. heheh

Cuma jangan lambat makan... sebab banyak sangat angin.. kalau lambat makan nanti muntah sebab angin tu tolak balik makanan2 yg baru masuk tu

Kat kampung embah baby dapat makan nasi impit dengan rendang ayam, dendeng kerbau, kuah lodeh etc. Kek ngan kerepek2 tu memang wajib ade hehe..

Kat kampung opah plak.. petang raya kita beraya kat rumah opah punya mak2 saudara.. pertama kali nak bawa ayah berjalan jumpa saudara2 jauh kita.. kita pergi 3 rumah je tapi ibu dah pancit hahah..

Malam nye kami bertahlil dengan adik beradik opah (my mom) dan sepupu2 yg lain. Seronok...dah lama kitorg tak berkumpul ramai2 macam tu.. alhamdulillah..

Lepas tu ibu siap cepat2 ajak ayah makan BBQ ayam & daging yang mak ndak, pak ndak dll dah sediakan dari petang. Ibu lapar sangattt sebab lama beryasin dan bertahlil hahahaha.....

Okla tu je dulu... ibu tengah tunggu ayah balik ni... bawak buah delima untuk ibu he he he

See ya!

Wassalam

Monday, August 25, 2014

I'm officially pregnant!! - Part 2

'Ancaman Keguguran'

Maka pada 10/8/2014 aku pun jumpa Boss dan buat transvaginal scan (TVS) terus, sebab kandungan kecik lagi. Mata aku ligat mencari fetal heart, namun hampa. Dan ada pulak part2 sac (kantung) tu yang irregular (kemek2 sikit). Oh aku lagi lah risau. Aku rasa Boss nampak kot riak muka aku, sebab dia asyik cakap, "jangan fikir banyak, doa aje, kalau ade rezki, insyaAllah ada. jangan fikir banyak, jangan stress....... 2 minggu lagi kita scan balik "

Ohoi mestila aku tak tenteram.. Masa tu rasa perkataan 'Threatened Miscarriage' tu sangatla berat nak dipikul. Selama ni masa diagnose pesakit2 yaang datang A&E dengan diagnosis tu rasa macam normal je benda tu. Tapi bila diri sendiri yang kena, Ya Allah,... kuatkan aku, kuatkan kami....... T_T

Mungkin sebab bleeding aku sangat lama, sampai 2 minggu lebih, jadi aku sangat takut. Lepas share dengan hubby, family dan kawan2 terdekat dan dapat kata2 semangat dari diorang, Alhamdulillah aku ada kekuatan sket. Aku pun menjalani MC selama 3 hari dengan tenangnya. Memang MC betul2, makan tido je aku. Kalau bukan untuk nak solat atau makan atau mandi memang aku tak bangun2 dari katil atau sofa. Haha. 

Dan Alhamdulillah lepas MC 3 hari tu mula2 bleeding dah tak kerap...lama2 lepas seminggu, dah stop terus. kadang2 je ada bila aku ganas sangat tak duduk diam. Tapi nak menanti tempoh 2 minggu tu, adalah satu tempoh yang agak mencemaskan.. Apakah nasib dia di dalam tu? Apa kabar anak ibu? Sihatkah awak sayang?.....

Dua minggu yang beremosi. Bila pegi kerja hari2 tengok wajah bayi2 dan kanak, hati terusik. Melihat wajah si kecil yang kesakitan, aku macam berperang dengan hati sendiri. Diperisaikan hati tebal2, supaya gagah nak menghabiskan waktu kerja seperti biasa. Kalau ikutkan jugak perasaan memang hari2 melimpah-limpahlah air mata ni sambil bekerja. Dah macam mana nak buat keje? Haha. 

Waaa macam ni ke perasaannya...??  

Dua minggu kemudian...

Maka hari Ahad bersamaan 24/8/2014 genaplah 2 minggu yg dinanti. Aku pegi klinik O&G dengan Syida, yang dah 30 minggu usia kandungannya. Sangat comel dia makin tembam ni haha. Alhamdulillah kandungannya pun sihat. 

Bila tiba giliran aku, wah sangat mendebarkan. Masa masukkan prob TVS tu Boss senyap je. Wah saspen. Tiba2... "Haaa... tu diaa!" kata Boss dengan riangnya. Aku masih terdiam, antara percaya dan tidak.

"Alhamdulillah... ada pun... saya pun risau dengan result awak ni tau," kata Boss lagi.
"Ade ke?.. ade eh?.." masih tak percaya.
"Ada la nadia... ko nampak tak tu? ko macam tak nampak je" kata Syida menegaskan.
"Nampak2... hehe.. Alhamdulillah..."
Bukan tak nampak... tapi aku saja nak tenung lama2 bagi puas hati yg ia adalah heart beat. Bukan ilusi mata macam masa scan 2 minggu lepas.
"Masa tu kan beat dia tak laju, yg tu bukan heart beat, tapi getaran yg macam kat tisu2 uterine wall ni, yang ni nampak kan lagi laju... ni memang heart la ni. Tengok doppler ni pun ada flow... yang dulu tu takde..." kata Boss. Dah macam nak sekolahkan aku balik pasal gynae.. haha. 
"Ooo.... aah la... He... Alhamdulillah..."

Penantian setahun yang membuahkan hasil, penantian jawapan yang membahagiakan. Segala puji hanya bagiNya. Nikmat apa lagi yang nak aku dustakan? =') 

Begitulah secebis kisah kehidupan aku dalam dua bulan terakhir ni.... Looking forward for more adventures (jangan nak adventure sangat) and ups and down in the journey of a Mom-to-be! 

Alhamdulillah..... now, I am officially an expectant mom! \^_^/

Assalamualaikum anak ibu! Kita nak makan apa hari ni?? =)

 Erk... hehehh! 

I'm officially pregnant! - Part 1


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah......

Syukur Ya Allah..... Persoalan selama 2 minggu ni telah pun terjawab. I'm officially pregnant!!! ^_^
Hah kenapa ada official2 pulak...

UPT Negative times 4 (UPT -ve  X 4)

Alkisahnye bermula pada bulan Ramadhan yang lepas. Dari awal hinggalah ke penghujung puasa penuh je takde ponteng2. Maka hati berasa sangsi. Kawan2 dan jua suami suruh buat UPT tapi rasa tak nak mengharap sangat. Sebab pengalaman sebelum2 ni memang delayed period tapi bila buat UPT asyik negative je, sampai 3 kali.

Malam Ramadhan terakhir aku sudah pun berada di rumah orang tua di KL. Wah nampak gaya macam puasa penuh sebab tanda2 nak datang bulan memang tak kunjung tiba. Lalu di beli 2 set UPT pada malam aku sampai di KL, lepas ambil suami di rumah kakaknya di Shah Alam. 

Di sangka panas hingga ke petang rupanya hujan renyai di tengah hari. Tiba2 malam tu jugak mula keluar brownish staining, yg ku sangkakan permulaan nak period. Tapi sangat aneh, datangnya sangat lewat dan tiada sebarang petanda pula. Aku pun buat jugaklah UPT tu untuk sedapkan hati mengatakan ia adalah betul2 darah haid. Phuh! Negative... ok memang haidlah begitu.. 

Maka aku pun beraya awal seharilah kiranye di situ.. 

Seminggu berlalu dan cuti raya pun berakhir. Masuk hari kedua aku start kerja iaitu hari kelima bleeding, darah period masih tak berjalan lancar seperti kebiasaannya. Masih segan2 silu begitu. Which is sangatlah aneh bagiku. Dan ada masa2nya pula rasa loya2 di anak tekak dan perut, hingga satu malam tu lepas isya terus humban badan atas katil hingga ke subuh sebab loya yang teramat sangat.

Keesokan harinya aku panjangkan suara hati kepada suami yg di KL akan kekeliruan hati. Suami pun suruh buat UPT lagi sekali. 

"Erm, nak buat lagi ke? tapi hari tu negative.." kataku yg masih dalam denial state. UPT negative dah 4 kali sebelum ni (termasuk yg terakhir pada malam last Ramadhan tu), nak buat lagi dan menerima result negative lagi adalah sangat lah menyedihkan oke. Sebab tu aku tak terburu2 buat masa missed period masa bulan puasa aritu. 

"Buat je... mana tau, ade rezeki... hehe" kata suami cuba menyakinkan. 

Aku pun bersetuju. Hajat hati nak buat esoknya, tapi takut pulak kalau2 positive, makin berlambak2 solat nak kena ganti nyah oi! Maka aku pun buat malam tu jugak....there and then, tengah2 malam, lepas balik dari kerja. 

Dengan kuasa Allah, POFFF! Double line!!...Alhamdulillah! haha.... nak tergelak ade nak nanges pun ade. 

Nak gelak happy sebab tak sangka2...saat2 tak sangka2 ni pulak dapat surprise, Ya Allah seronoknye..... Lepas tu nanges sedih pulak sebab aku tengah bleeding....waaaaaa ianya bukanlah sesuatu yang indah... !

Maka hati pun berbuah dua rasa dalam satu masa. Gembira, dan takut. Sangat gembira dan tak percaya. Pernantian selama setahun, hampir setahun (Syawal 2013 - Syawal 2014) membuahkan hasil. Alhamdulillah..alhamdulillah... Dan gembira bila suami gembira... =)

Tapi, tak boleh nak happy sangat sebab nasibnya belum diketahui. Intrauterine kah? Di dalam rahim atau di luarkah, hingga ia bleeding begini? Survive kah dia dengan keadaan aku macam ni?... 

Dipendekkan cerita, aku pun mintak tolong member MO O&G scan kan... Alhamdulillah intrauterine. Tapi masa tu baru 6weeks ++, so memang tak nampak jantungnya lagilah. Kawan tu suggest aku terus jumpa Boss (pakar O&G) sebab masalah bleeding yang lama, almost 2 weeks masa tu... 

Hati memang tak tenang, kerja pun tak fokus. Tak tahu nak rasa apa, nak pujuk hati macam mana..


To be continued.....










Sunday, August 24, 2014

The moment

The moment when you started to realize that you have the potential to be a better person, is actually your first step towards success.

Thursday, May 1, 2014

3 Months

Tiba2 rasa macam sedih pulak...

Padahal baru 3 bulan je berkawan. 

Kawan borak, kawan gosip, kawan pegi warung beli makanan, kawan makan, kawan pegi solat, kawan gelak,.. sebab kat department baru ni tak ramai kawan perempuan melayu... Ade 3 orang je... Masa pun 80% banyak kat tempat kerja... asyik2 mengadap muka orang2 tu je..... Maybe sebab tu rase 'attached' lebih kot... huhu

Tiba2 dia dah nak balik KL hari ni. For good.

Oh sedihnye...

Sobss.

Eh apesal ter-emo sangat nih.

Mungkin sebab perut lapar kot. Lalala. Sambung suap nasik goreng ke dalam mulut.


Dear you-know-who-you-are my dear friend,
Thanks for being part of my sweet memories for the first 3 month I'm in this department. Thanks for the laughters, the smiles and the happiness you carved on my lonely (and emo) heart while you were here. Thanks for being a good listener. Thanks for the peppero. Thanks for your never-ending smile. Thanks thanks thanks! 

Surely I'll miss you, your laugh and your smiles. 


Kesat air mata yang jatuh di hujung mata.

Eh apesal emo sangat ni. 

Maybe hormonal imbalance kot.

Senang je jadi perempuan. Just blame the hormone. Hahaha. 


'Tett tettt..' (whatsapp notification. lebih kurang la bunyik... )


"Nadia... kite tertinggal blender la..."

"Haha... okayy... nanti kite bawakkan balik KL.... :)"

"Haha..tq.... Blender tu hadiah kawen.... hehe thanks!"


See ya! =)





Tuesday, April 8, 2014

Kayuh Pelan-pelan

Nota: Ini bukan entri merungut, ini entri muhasabah diri. Ceh. 

First and foremost, congratulations, and big hugsss n kissesss to my dear friend Gedus @ Nurhanisah Ahmad Kamal who had just giving birth to a cute little babygirl earlier today at 0009 H  =)) 
She's sooo cute...hmm...... (senyum)

Tiba2 terdengar sayup2 suara berkata

"Kayuh pelan-pelan...."

Entah dari mana datang. Huh. Tapi aku rasa aku tahu dari mana. 

Suara dari hati. Sobss.. Tapi...

Kayuh ke mana?

3| Work.

Lambat sangat pick up. Takpe, kayuh pelan2, yang penting jangan malas! kateku. Tapi jangan pelan sangat, nanti engkau jugak yang ketinggalan! Adohai

2| Life.

Apekebenda dengan life?? Yelah...asyik kerja je.. Ape tah yang aku kerjakan untuk 'hidup'. Nak kate nak kumpul duit, tapi tak terkumpul2 jugak... Asyik 'menderma' ke PLUS ngan SHELL dan PETRONAS je gaji aku tetiap bulan..Takpun ke CELCOM, TNB dan TUAN RUMAH. Ciss. 

Bila renung2 balik macam dah nampak dah matlamat hidup. Mula dah susun atur plan itu ini. Tapi entahlah, dek badan dan kepala hotak yang terlalu penat ke ape yang membuatkan semua2 tu terbantut. Hidup pun macam dah huru-hara bila tido-bangun-pegi keje-balik-tido-bangun-pegi kerja balik-tido-dan-ulang-balik-semua camtu la hari2... 

Tapi okla bila 2 hari off yang aku kumpul supaya dapat balik KL jumpa boifren dan family setiap 2 minggu atau setiap sebulan... Alhamdulillah syukur hehe. Tapi bila balik sini semua rutin yang sama berulang balik. Haha. 

1| Anak. 
Huwaaaa T_T





Okbai.













p/s:
1. Tak pernah putus harap
2. Percaya dengan qada' dan qadar
3. Usaha dan berdoa. Rezeki bila nak datang tu semua kerja Allah. Dia Maha Tahu bila masa yang sesuai nak bagi.. kan? =)
4. Tak kisah je bila orang tanya2 pasal anak. Tapi jangan cucuk2 okey nanti aku terguris. Hih. 
5. Kayuh pelan2, jangan tergopoh, jangan stress, jangan tension2 pikir pasal apa orang kata. Tak bagus untuk reproductive system kita. Hnnsss 
6. Senyum =)





Saturday, March 22, 2014

"Doktor, nanti bagi antibiotik ye.."

'You don't tell me what should I do, or what should I give. I will decide!'

Oh my...angkuhnye intro... haa.. bagi takut sikit. 

Takde la nak meroyan tetiba. Dan tak pernah pun aku mengungkapkan kata2 tu kat sesiapa selama ni. Kau dah gila..haha.. Up till now, Alhamdulillah I am still able to hold my sanity in dealing with tremendous number of nonsense request and judgement of the people (read: patient, patient's relatives). Not all, but some.

Just a thing to ponder, some tiny pieces of my opinion as a (beginner, tiny, little, poorly equipped) new doctor... 

I can deal with angry and sad patients, that is by slow talk. Reverse psychology. 
I can be patient with fussy patients, that is by providing what they want and to make less contact with them as possible.
I can stand explaining to a patient and his family about the disease and the treatment plan one by one as long as they wanna listen, in order to provide them some idea before giving the consent or refusing the treatment at their own risk.

But there is one of a kind that drive me crazy. The one that keep on ordering me what to do and what to give.

"Doctor, I think my son needs some neb," said the mother.
"Doctor, please give my son some antibiotics... because the fever hasn't go away even after 2 days on paracetamol," said another mother.

Yes, you may be right mummy. But there is no ronchi in your son's lungs.
Yes, you may be even better than me mummy, but there is not obvious sign of infection that needed to be combated with any antibacterial. No tonsils enlargement, his throat is not even red, no other obvious symptoms and signs of infection. So maybe it is a simple viral infection that need no antibiotic, but some symptomatic treatments....or tender, loving, care from a mother.. (hihi)

At least, let us DO what we have to do FIRST.

Dear people, listen... 

Let me make it clear. 
Yes you have the right to accept or to refuse whatever treatment or management we are offering. Bear that in your mind.

Thus, PLEASE. 
Let us make up our mind what your problem is all about. 
Let us finish examining your child or spouse or whoever it is you bring first. 
Let us deduct some working diagnosis, find the cause or what is it that make you love one being sick. 
And let us PLAN our management. 

Then only you decide whether to accept it or not. 
Not the other way round. 

Yes this may sound unfriendly and arrogant. But believe me that is not what I mean.

Because you people sound just like super psychos when you're ordering us to do this and that T____T










p/s: I've had enough psychos around me :p






Wednesday, March 19, 2014

'Bias'

'Bias' itu akan sentiasa ada
di mana-mana pun
sampai bila-bila pun



Aku suka dia itu. Aku benci si dia ini. 
Si dia itu akan nampak baik2 saja. 
Si dia itu nampak mulia saja walaupun dia buat salah.

Si dia ini pula, walau senormal mana, walau sebaik mana, 
akan sentiasa tampak tak sempurna dan sompek di mata aku. 
Ah pergi kau, benci aku melihatmu.



Ada sesiapa lagi yang mahu kata zaman sekarang ni "orang tak pandang pada rupa?"
Mari aku tampar kamu laju-laju. 

Tuesday, March 18, 2014

Because being strong, is the only choice I have

Alhamdulillah.. 

For the live im living in now...
for the family, husband, friends, supports and love
for the happiness, the smile and the laugh 
for the pain, and hurt
for the lessons i gained 
for the hidden things i get to see beyond it
for the unfolded secret 


Dear diary, Im so sorry for leaving and abandoning u so long..

Kalau orang mesti kau dah terasa kan. Sejak kahwin, blog ni pun terabai. Heee

"Kalau lah aku ni boleh di multiply," i said to a long lost friend earlier today evening... Im so sorry I couldn't make it. You were so close yet we're still far away. 

Tak ada rezeki nak jumpa, kataku menyedapkan hati.

Kita merancang, Tuhan menentukan. Kataku lagi. 

Anyway, you, you, and you my friends, are and will always be in my heart.... Thanks You Allah for blessing me with good, great friends like them. May Allah's blessing be with all of you.. yes, you =)

Ya memang, sejak berkahwin ni memang banyak masa lapang di beri untuk suami dari lain2 hal. 

Namun definisi 'masa lapang' aku sesungguhnya tak sama dengan masa lapang kalian. 

Masa lapang aku bukanlah masa petang lepas balik kerja duduk2 minum petang dengan suami sambil tengok tv, then malam2 makan malam bersama2 pastu basuh pinggan sama2 sambil bertepuk tampar, then lepak2 depan tv lagi sambil gossip2 atau layan fesbuk bersama2.... atau masa lapang hujung minggu yang digunakan untuk shoping2 dengan rakan2 atau keluarga, atau lepak2 tengok tv dan main internet di rumah, atau pergi bersukan atau berjoging di taman. 

Tapi 'masa lapang' aku adalah 1-2 hari off day yg aku dapat setelah bekerja 7-8 hari non stop, dan digunakan utk balik ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami dan keluarga kami.

'Masa lapang' aku yg singkat tu lah juga yg digunakan untuk kami uruskan hal itu dan ini. Ke sana dan ke sini. Siang sampai ke malam.  

Kadang2 bila ada ruang dalam kesibukan tu kami selit2kan sesi berdating2 seperti tengok wayang atau makan2 bersama. Yela.. sebelum kahwin mana ada dating berdua2an... time ni la kitorg nak dating. Hihi (gelak gatal). 

Setelah enam bulan berkahwin barulah kami dapat peluang dan ruang pergi makan angin sekejap. Itu pun adhoc punya plan! aduhai.. 

Untuk kalian yang hanya nampak yang indah2 saja...
Hubungan jarak jauh bukan senang. Perlu kuat. Ya, kuat. Kerana itu saja pilihan yg aku ada. Kalau ikutkan hati memang tak tahan. Sudahlah kesedihan dan keseorangan berjauhan. Ada pula mulut2 yang mempersoal di mana tanggungjawab 'keisterian' aku jika tinggal berjauhan dengan si suami begini. Oh... 

Namun, bagi kami, semua ni sudah ada dalam perancangan Yang Maha Bijaksana. 

Dia di pantai timur, aku pula di selatan. 

Pendengki kami adalah masa. Kekuatan kami adalah sayang. Musuh kami adalah pencaci. Sahabat kami adalah cinta. Bahasa kami adalah rindu. Ikatan kami adalah kepercayaan. Percaya di sebalik setiap kepayahan, pasti ada yg indah menanti. 

Biarpun banyak mulut2 jahat berkata itu dan ini, tapi biarlah... mereka tak merasa apa yg aku rasa. Apa yang kami rasa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...