Sunday, September 16, 2012

Korang Rasa Nak Marah Tak? Grrr

Assalamualaikum! Selamat Pagi Ahad!!

=)

Dalam dunia ni...kalau nak ikutkan, baaaaanyak benda yang boleh buat kita marah. Dan stress. Gerammm..eeee rase nak mengamuk je..


Tu kalau ikutkan hati lah.

Tapi tak boleh la nak marah2 je kan. Nobody would wants to live with a grumpy. Malah orang pemarah ni akan sentiasa diajauhi. Tak ramai kawan. Kalau ade  pun, kawan2 tu hanya menerima dia secara lahiriah je,  atau secara luaran je, tapi dalam hati, huh, menyampah! 

Yela, sikit2 nak marah, sikit2 nak merajuk. Hey kamon la, dunia ni luas lagi, banyak benda lagi ko kena hadapi yg memerlukan hati yg gagah dan tabah....kalau asik2 nak marah, nak merajuk nak moody, peegi daa! Kate kawan korang yg dah nyampah dengan perangai moody korang... 

Sumpah korg tak kan tahan dengan orang perangai macam ni. 


Ee huduh betei...



Sebelum aku cakap banyak lagi, bear in ur mind, that PEMARAH dan MARAH adalah 2 bende berbeza. 

PEMARAH tu satu perangai, sesorang yg senang melenting, marah, tak puas hati, atai suka merajuk dan berkecik hati dengan benda2 yg remeh temeh.

Manakala MARAH pulak adelah perasaan. Orang yg marah tak semestinya seorang pemarah. Kita marah dalam perkara2 tertentu jelah, marah bertempat. Pastu kita tahu nak kawal kemarahan tu dan tahu bila perlu reda dan maafkan kesalahan orang yg buat kita marah.

Aku boleh je paham dan terima kalau orang nak marah2 sebab kesalahan aku, tapi takleh terima kalau still nak marah sedangkan kite dah mintak maaf dan mengaku  kita silap and so on... Marah pun agak2 la. Dan takleh terima jugak orang yg sikit2 nak terasa, sikit2 nak makan hati, sikit2 nak stress... oh stress ni satu hal jugak.

Yes, dunia ni memang stressful. Kita pun paham kalau orang tu stress. Tapi, siapa2 pun tak kan suka, orang yg stress, pastu abes semua orang kat sekeliling dia pun terkena tempias stress dia. Hello? ko ingat kau sorang je ade stress? Orang lain pun stress jugak, tapi jangan la sampai tempias2 kat orang lain. Tak cool langsung ok bila stress pastu over2 camtuh... 

Dan orang yg paling hebat, paling kuat bukanlah orang yg boleh buat orang lain ketakutan dan kecut perut dengan kemarahannya. Tapi orang yg berjaya menahan kemarahannya. Juga bg aku, orang yg hebat adalah orang yg stress tapi dalam masa yg sama orang2 sekeliling rasa selesa dan happy je dengan dia. Malah lagi haebat, tak prasan pun dia tu tengah stress, wah!

Aku ade jugak kawan2 mcm ni, memang salute dengan orang2 mcm ni... Dan daripada diorg jugakla aku yg dahulu seorang yang panas baran ni belajar betapa coolnye bila kita menahan kemarahan.

Salah sorangnye, kakak sepupu aku sendiri, sedang mengalami kesakitan sepanjang masa dalam hidup dia. Dia ade adhesion colic (usus melekat2), sakit sangat! Dia cerita melalui sms je kat aku. 24/7 dia menahan kesakitan. Nak solat pakai kerusi roda, nak mandi pun sama. Tapi, setiap kali bertemu dgn dia, aku pelik, dia ni, sakit ke tidak. Sebab dia akan senyum je sepanjang masa. Kadang tu siap buat lawak lagi. Kagum. 

Aku menulis ni bukannye nak melepas geram kat mana2 individu, tapi just 'a note to myself'. Aku pun pernah menjadi seorang pemarah. Ni sebab genetik la ni, arwah atok aku sorang askar, sorang polis. hahahahaha alasa tipikal, salahkan genetik plak hahahaha... 

Sangat tak cool ok orang mudah marah ni. Tak aman betul hidup. So melalui pemerhatian dan pengalaman aku pun belajar untuk berubah.


tapi not bad la muke aku kalau marah pun comel jugakk keukeukeukeu


Masa sekolah dulu ada terjumpa hadis ni dalam maalah sekolah, tapi aku tak dapat ingat matan dan perawinya. Status pun tak pasti hadis sahih ke tak, sebab org yg tulis tu just quote, Rasulullah saw bersabda:
"Permulaan marah itu bodoh dan kesudahannya menyesal,"

Dush. Memang setepek kena kat muka. 

Masa marah2 tu rase cam hebat sangat. Bila dah sudah tu baru rasa cam bodoo jeeee pastu nyesal, kahkah

Alhamdulillah skrg kalau marah aku akan try diam je. Kalau tak lagi banyak benda2 tak berpekdah keluar dari mulut ni. 

Jadinya bila kita nak marah tu, cuba fikir dulu. Bahawa seseorang atau sesuatu situasi atau perkara yang membuatkan kita marah tu, sanye sapa yg datangkan? Ya, betul... Allah yang buat semua tu kan. 

Jadi, please.. see beyond that. Allah nak uji kita punya tahap kesabaran. 

So just tell urself "Oh....Allah nak uji aku ni.. hikhik ^_^" pastu komfem korang secara otomatiknya akan melihat perkara yg memarahkan korang tu macam ala....tiny thing yg saje2 nak melintas dalam hidup korang yg aman damai tu... apelagi cool jelah. Things happen kan.

Kawan yg annoying, orang mungkir janji, orang tak penuhi permintaan kita, orang rosakkan barang kita, makcik kedai makan masak tak sedap, waiter yg lembab, teksi yang mahal cekik darah (oh ni kena marah!).... bla bla and the rest of the listtt..... oh kalau ikutkan hati, banyaknye benda yg boleh buat kita marah.. jadi janganlah ikutkan hati tu sangat! =D


Beberapa minggu sudah aku ada beli barang, iaitu perabot. Dah la nak dapatnye lembab gila orang kedai ni, janji nak hantar pada tarikh sekian2..tapi tup2 senyap je. Berpuloh kali telipon tak hantar2 jugak. Sampai  nyaris2 nak gaduh2 la aku rasa. Tup2 bila dapat barangnye alahai... geram sangat333, kecewaaa dan marah sangat33.. sebab dia kate baru ambik dari kilang, tapi... Ya Allah, barangnya buruk, kotor dan ish, macam barang display dah lame, so memang buruk la here and there. Heloo, tengok sekali pandang pun boleh beza la barang tu dari kilang ke tak! 

Ya Allah rase nak nanges, tapi tak boleh nak pulangkan sebab barang nye besar dan dia dah siap pasang drill screw sume pastu dia pun malas nak layan aku punye komen so lagi la aku bengang tahap naga penjaga gunung berapi yg kelaparan tapi makannya dikebas monyet. Arghh payah nak describelah marah aku time tu. Tapi pujuk jugak hati, sabar...sabar, so takde lah berlaku kejadian tumbuk menumbuk.

Memang time tu rasa marah dan sedih teramat sangat, sejak dah bertahun2 sejak menjadi gadis melayu terakhir ni aku tak penah rasa marah dan sedih macam tu sekali. Memang rasanye masa tu sikit lagi je aku nak buat report kat Tribunal Aduan Pengguna. Woaa dasat kan!

Lepas orang kedai tu balik maka aku pun amikla kain lap, bersihkan part2 yg kotor tu dengan air mata bergenang2 lambang diri teraniaya. Tsskkk *background muzik syahdu*

Tapi entah macam mana dalam marah2 tu,...tiba2 muncul suara dari dalam hati, "Ahhhh....semua ni dunia je...yg  aku nak sedih2 dan susah2kan hati marah2 sangat buat ape...Huh!!" tulisan di'bold'kan menunjukkan suara hati yg menjerit dengan kuat sekali dari dalam. hahahaha

Maka secara otomatiknye aku dah tak sedih. Waaa! ok aku pun kagum. 


Mujur tiada kemalangan jiwa berlaku [Credit]


Subhanallah. Itulah HATI. Kita yg kontrol hati tu. Hati ni ade 1001 rasa dia boleh ubah hidup kita upside down. Ko nak sedih ke nak happy? Kalau nak happy, daripada benda yg sangat menyakitkan pun boleh menggembirakan. 

Macam kisah Abil, suami yg menyayangi dan menjaga isteri, Fauziah yg lumpuh seluruh badan dengan sepenuh hati. Kalau dia nak sedih, nak stress, dia boleh je. Malah orang pun takkan blame dia for being like that. tapi, sebaliknya, Abil sangat kuat dan tabah. Malah muka dia happy je walaupun sedang dilanda ujian maha berat macam tu. Allah.... kuatnya dia. Kuat betul dia memujuk dan mendidik hatinya supaya tidak rebah.


"Walau wajah Fauziah berubah, saya tetap sayang dia," -Abil.  [Credit photo]


Lepas tu aku ubah la kedudukan perabot tu supaya yg menyakitkan mata tu tak nampak. Pastu dah takpayah nak belek2, maka aku tak sakit hati lagi. Hahahaha lantak kau la orang perabot, kau nak tipu, kau yg dosa... lalalala...

Ok mari meneruskan kahidupan yg mencabar! =))






Wassalam! =)







ps 1 : yayy selasa ni ayah nak bawak pegi ambik cop kat pesuruhaya sumpah!
ps 2: Ramai dah kawan2 mendirikan masjid sepanjang aku cuti sebelum kerja ni. Tahniah!! Ape pun, make sure you're marrying a man, not a 'boy'! =D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...