Sunday, September 16, 2012

Kahwin - Perlukah Si Teruna Berjumpa Parents Si Gadis Terlebih Dahulu?

Assalamualaikum readers =)

waa motip sangat tajuk??..... wahahaha

Mari cakap pasal isu berat sket hari ni. Oh, entry sebelum ni pun cam berat jugak je. kuikui. Tapi kali ni pasal kawen2. Haha suke lettew.. 

"Ye, tak perlu lah korg risau. InsyaAllah aku akan berkahwin nanti, iaitu bila ada lelaki yg betul2 sejati, yg takde rasa ragu2 datang berjumpa ibubapaku sorang2." Woahh! ya Allah kuat berangannye anak pak nuar sorang ni lolololl

Ala, dah agak dah hangpa akan tanya aku soklan bocor tu lagi. So ni aku dah jawab sesiap hahahahaha

Heh, tak mencabar langsung soklan ngko! =p

Walaupun aku rasa cam tak layak nak cakap ato tulis bab kawen2 ni kan, tapi aku nak gak tulih, hahaha... Anyway ni sekadar pendapat jelah, bukan guideline. Dalil pun takdak so ikut suka hangpa lah nak ikut ka idak. 


Credit photo



Step by Step

Salah satu step yg penting bila dua 'merpati' nak disatukan adalah, pertemuan pihak keluarga si teruna dengan ibu bapa si gadis. Ya, itu satu step yg sangat penting. Kalau takde step ni memang tak jalan lah senang cite. Yela, takkan tibe2 muncul nak nikah je kan.. hang gila ka?

Tapi aku nak cadangkan, korang tambah lagi satu step penting beforehand. Iaitu, si lelaki datang seorang diri untuk berjumpa dengan parents si perempuan sebelum dia bawak mak pak dia datang ke rumah si gadis tersebut... Diulang... datang seorang diri.. haaaaa *gulp*

Gaya macam nak test atau pegi interview atau suruh laki tu pegi buat oral test je kan?! Oh tidak. The meanings behind it, are far beyond that. Akan ku huraikan satu2. 


1. Dalam hidup seorang anak gadis, selepas Allah dan Rasul SAW, 
ada 2 orang yang paling penting dalam hidupnya

Bayangkan kau nak meiliki sesuatu yg sangat berharga, well atleast sangat berharga di mata tuan empunya sesuatu itu. Bukankah sepatutnya kau datang berjumpa tuannya, rather then suruh sesuatu tu cakap sendiri kat tuan empunya? atau wakilkan orang lain. Well dalam kes ni, si gadis tulah sesuatu (seseorang) yg berharga yg kau cuba nak miliki tu.

Maka cara yg paling mulia untuk mendapatkan sesuatu yg mulia, ialah kita sendiri datang mengadap. Selain dari tu, perkenalkan diri tu serba serbi di depan bakal mertua2mu, ewah. 

Seorang lelaki yg betul2 hormatkan seorang wanita, juga akan hormat orang2 yg penting dalam hidup perempuan tu. Iaitu ibu dan bapanyalah. So lelaki2, be gentleman, buanglah egomu jauh2. Dan inilah cara termudah dan yg paling efisyen nak pikat hati bakal mertua, heheh!

Ye memanglah boleh dibawa orang tuamu datang sekali. Tapi bayangkan bila parents kau ada kat situ, adakah kau sendiri yg akan bersuara menyatakan hajatmu? Atau kau dengan rancaknya akan bersuara berborak menceritakan perihal dirimu kepada bakal2 mertua? Hah yelah tu.. Bila orang tuamu ada sekali, maka kebarangkalian untuk kau tak bercakap langsung adalah sangat tinggi. End up, mak kau yg tolong jadi juru cakap untuk kau, percayalah...



2. Pertemuan pertama bertujuan untuk kenalkan dirimu kepada mereka

Ye memang tak salah si lelaki mengutarakan hajatnya pada pertemuan pertama. Kalau cukup bersedia, silakanlah, malah sangat gentleman di situ. 

Tapi kalau si teruna masih rasa belum ada kekuatan, boleh je hajat tu dinyatakan masa si lelaki bawa ibu bapanya datang berjumpa ibubapa si gadis nanti. Mungkin pada pertemuan pertama si lelaki rasa sangat gugup sorang2. 

Lagipun tujuan utama pertemuan pertama tu hanyalah untuk si ibu dan ayah gadis melihat, mengenal sejurus itu menilai samada lelaki tu dah cukup lelaki untuk anak dia ke belum. Dan diorang pun akan maklum akan perkara ini. Jadi tak perlu risau macam mana nak suarakan hasrat hatimu itu.

Seorang sahabat baik aku pun dah buat macam ni. Aku tak pasti samada si lelaki tu yg nak datang sendiri atau kawan aku tu yg minta dia datang. Lepas ayah kawan aku tu kenal, berborak2 dan perhatikan itu ini pasal lelaki tu, penampilan, gaya dia semua, ayah kawan aku buat keputusan, bahawa dia rasa lelaki tu tak sesuai dengan anaknya. Katanya, tak cukup tegas untuk anak sulungnya. Wah! Sekilas ikan di air ayahnya dah boleh tahu kejantanan lelaki tu. 

"Abah kenal kaklong abah ni macam mana, dan abah tahu orang macam mana yg sesui dengan 'anak sulong' abah ni.." lebih kurang macam tu lah kata abahnya. 

Maka kawan aku pun redha dengan keputusan abahnya dan explain elok2 kat laki tu dan mereka pun putus. Maka sekarang dia dah single! ok siapa rasa dia cukup gentleman nak jaga anak dara orang kat sini boleh la amik borang isik...hahaha... p/s: abah kawan aku ni bekas askar ye... tp dia baik je.. hehehehe



3. A man that can stand up for himself in front of these 2 important people,
can stand up for me for almost everything. 

Seseorang lelaki yg cukup berani untuk bertemu bakal mertuanya seorang diri buat pertama kalinya, memang lelakilah. Dah tak perlu risau tentang itu lagi. Kau boleh rasa selamat dan selesa di samping nya =) You can rely on him insyaAllah... 



4. I'm not gonna marry a boy, but a man. 

Marriage is not just about converting what haram into halal. For u to be able to touch, to look her in the eyes, to hug, to kiss, to cuddle or to whatever it is that cross your mind. 

It is about you are going to live, and to take a good care of a fragile heart of a woman. Only a man can do this, a real man, not a boy. This is not easy man i tell you, not as easy as piece of shit. 

And it is not just about taking, but marriage is more about giving. The one who only think that marriage can prepare him a better life for now he has a wife to do all the chores, to prepare his clothes and his meals and to put him into bed, is not a real man, instead, just a BOY!

Kenapakah sampai begitu sekali perkaitannya? Sebab a man, knows that tanggungjawab perkahwinan itu sangat besar dan berat. Juga hati insan yg bakal dijaganya itu amat2 berharga dan mulia sekali. Jadi kalau perkara paling mulia yg pertama ni pun susah nak buat, atau TAKUT nak buat.... well, enough said.



5. Kalau si lelaki tu kene reject dek parents si gadis, 
anak tu je yang kene reject, bukan dengan mak ayahnya sekali.

Yes this is no less important than all of the above points. The best example is the one I told u just now, about my best friend's choice being rejected by her father. Good thing family dia tak kenal parents lelaki tu lagi, so parents lelaki tak perlu menanggung malu. And, if they (parents of both sides) happen to meet and kenal2 after this, takde lah rasa janggal, bukan.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


So guys... think about it. Sebenarnya bukanlah perkara2 ni nak menyusahkan ngkorang. Cuma to make it nice and sweet. Datang ajelah, makan2, borak2, ape susah. Kalau kau dah cukup bersedia, insyaAllah takde masalah. 

Tup2 dek keikhlasan dan ke-gentleman-an mu itu, parents si gadis sangat suka dengan kamu, lalu mereka pun jadi lembut hati lalu berkata, "em, makcik rasa tak perlulah hantaran, kamu sediakan mas kahwin je pun dah cukup.." waaaa tak ke untung badan? heh heh heh..... sengih2 kau ye..



Ok itu je dulu yang aku boleh justify kenapa to me, it is very2 important for the girl's parents to meet the man  alone first, before bringing in the man's family into pictures. Sekian dulu topik perbincangan kali ini, berjumpa lagi di waktu dan hari yang lain, zasss!! 





Wassalam =)


5 comments:

nora said...

Haha..kak nadia ni..mcm ada hint je tu :)

Setuju. Tp apa2 nk buat, restu parents nombor satu..even kalau lelaki tu nk jmpe parents perempuan seorg diri, better mak ayh si lelaki tahu apa yg anak teruna die buat..at least ckp la kt mak ayh (lelaki), "mak, nk g ziarah keluarga kwn ni..perempuan"

Sbb selalunya, family perempuan tak berani nk buat keputusan apa2 selagi tak ada kata putus dr keluarga sblh lelaki..takut ’bertepuk sblh tgn' je nnt..even anak2 suka, tp hal mak ayah tak settle lg..susah nnt..apa2 nk buat pun, make sure mak ayh tau ;) ni pun dr pengalamn yg tak seberapa haa..huu

Ndea Anuar said...

Haha..xde hint ape nye pun nora..saje borak2 kosong di malam hari... =p

betul tu... off course parents lelaki kena tahu..tp mereka xperlu libatkan diri lagi selagi mak ayah si gadis tak terima lg si teruna tu.. that's the point.

bile parents pihak prmpuan ok dgn bakal menantu tu then baru proceed dgn bawa ibu bapa pihak lelaki pulak. tahap ni dah kire kompem la, kire merisik ke tunang terus ke ape2 je lah ikut style memasing.. (akak pernah terbaca ade adat yg sgt byk step: merisik;parents laki dtg, kenal2 --> meminang; parents laki dtg, bgtau hajat nak meminang --> bertunang; buat majlis pertunangan besar2an --> then, baru nikah. oh pening2..)

tp off course sblm tu keluarga si lelaki pun kena kenal dl dgn si gadis pilihan anak teruna mereka :)

ape pun nora lg byk pengalaman dr akak...heheheh nti nak buat mjlis bgtau akak awal2 k =D

nora said...

Haha..belajar dlu la kak : P

sharifah fareeza syed othman said...

hihihi

Ndea Anuar said...

Nora - haha...sambil2 tu bleh je blaja =D tp takpe bagusla..fokus2..hehe

Eija - ee peliknye ko ade kat sini nyah..ape ni stalk aku macam hantu hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...