Wednesday, August 29, 2012

Rahsia Kenapa Gadis2 Melayu Sanggup Ikut Pakwe Lari Balik Golok atau Kahwin Lari Kat Sempadan Thai

Assalamualaikum! =)

Ha...merujuk kepada tajuk di atas, gaya macam nak citer pasal santau2 atau black magic, sihir2 sume kan. Isk2. Ape ni buruk2 sangka di bulan syawal ni.

Salah. Sebenarnya aku nak citer rahsia kenapa Kenapa Gadis2 Melayu Sanggup Ikut Pakwe Lari Balik Golok atau Kahwin Lari Kat Sempadan Thai. 

Ini bukan kenyataan berunsur ugutan aku nak lari ke golok ye, haha. 

Memangla, skrg takde isu hangat pasal topik ni. Tapi aku dah lama terfikir kenapa orang boleh tertarik dengan seseorang yang kite nampak biase2 je, takde keistimewaan pun. Malah banyak kelemahannya.

Alkisahnya setelah bertahun2 aku berfikir, maka kata kunci yang dapat aku rumuskan adalah 'tertarik'. Kerana si pakwe indon tu dah berjaya 'menarik' si gadis, maka si gadis pun 'tertarik' la untuk ikut pakwenya lari balik ke golok, atau pun ke sempadan siam, menggadaikan masa depannya, malahan maruah diri dan keluarga sendiri, tanpa bermain 'tarik-tarik' tali lagi. Si gadis pun hidup bahagia dengan si pakwa sambil minum air teh tarik selepas penat bermain tarik2 bulu ayam. Eh ape aku mengarut ni. 

Tapi apa yang bestnye sampai tertarik dengan orang2 macam tu? heh... (smirk face) 


Yang buat kan org tertarik hati dgn seseorang tu, bukan paras rupa, gaya atau harta benda.

Tapi, sikap. 

Sikap baik dan akhlak yang memikat. 

Seperti yang aku tulis di atas, tentu pernah kita dengar kisah anak2 gadis melayu lari ke seberang mengikut pakwe2 indon diorang balik ke tanah air untuk kawin lari kat sana, atau yang sanggup lari ke sempadan thai sana, dengan tujuan sama. Atau anak gadis yang usia remaja mentah2 lari dari rumah semata2 ikut pakwe, dan sanggup serahkan mahkota diri kepada yang tidak berhak free2 macam tu aje. Astaghfirullah.. 

Kalau ikut logik akal, "eee bodonye pempuan ikut orang laki tu lari balik indon. dah la tak hensem, tak kaya plak tu," barangkali begitulah komenan kita biasanye kan. 

Memang tak dapat diterima dek akal yang waras, kenapalah diorang sanggup tinggalkan keluarga, mak ayah diorang, kehidupan senang lenang di tempat asal, demi nak hidup dengan orang yang entah sapa2 entah kat negeri seberang tu. Nasib dan masa depan yang tak tentu terang gelapnya di sana. Rasa geram pun ada, kesal pun ada.

Tapi bagi perempuan tu, apa  lagi yang dia nak cari, kalau segalanya dapat diberi oleh 'kekasih'nya itu. Segalanya? Ya, layanan yang baik, dan kasih sayang, adalah segalanya yang seseorang perempuan tu perlukan. Sebab tulah dia tak kisah pun bersama dengan orang yang tak kaya raya pun, tak hensem mana pun, asalkan mampu memberinya kebahagiaan. Dan kebahagiaan itu jelas baginya, bukan terletak pada wang ringgit, pangkat atau nama semata2. Dia cukup bahagia kerana rasa disayangi dan dihargai oleh kekasihnya yang tak berapa nak hensem, tak berduit dan takde masa depan itu. 

Begitulah kita. Kita rasa kite dah bagi macam2 kat orang yang kita sayang. Tapi masih tak berjaya nak memikat hatinya. Sebabnya, sikap kita terhadapnya yang tak menarik. 


Dan sikap jugakla yg buatkan seseorang tu menjauhi seseorang yg lain.

Kita boleh bagi segala macam benda atau hadiah sebagai tanda kita sayangkan atau menghargai seseorang tu, tapi selagi kita masih melayannya dengan buruk, apa pun pemberian kita tak bermakna. 

Buruk di sini bukanlah bermaksud penderaan fizikal, membelasah atau memaki hamun. Cukup hanya dengan tidak memberikan perhatian yang sewajarnya pada seseorang itu. Tu pun dah kira satu penderaan emosi. 'Silent killer' to be exact. 

Seorang bapa yang kaya raya boleh mandikan anaknya dengan kemewahan, dengan memberi apa yang anaknya inginkan. Handphone, laptop, game, kasut, baju, barang kemas, kereta, sebut jelah nak ape pun, pasti akan dibelikan. Bagi bapa, itu tanda kasih dan sayangnya. Tapi bagi anak, itu adalah tanggungjawab si bapa, malah mungkin baginya, itulah 'sumber' untuk dia mendapatkan kesenangan dan kemewahan di dunia ini, andai tak ada 'ikatan' perasaan antara anak dengan si bapa.

Untuk ikatan perasaan tu wujud, bukan dengan sentuhan fizikal dalam bentuk harta benda. Tapi dengan sentuhan emosi, sentuhan dari hati ke hati. 

Untuk menyentuh hati, mestilah dengan menggunakan hati. Ucapan, sentuhan, pandangan, senyuman, belaian, semuanya, yang datang dari hati, itulah yang akan menyentuh 'hati'. Bukan sekadar 'beri apa yang dia mahu'. 

Begitu juga sentuhan 'hati ke hati' dua insan sebagai suami isteri. Si suami mungkin boleh belikan apa saja hadiah mahal2 dan mewah kepada isterinya. Tapi, tanpa 'sentuhan' di hati si isteri, ikatan yang terbina tidaklah sekukuh mana. 

Adapun semua bentuk 'ikatan hati' ini hanya akan terkukuh andai ikatan dengan Pemilik hati-hati itu mengizinkan, dan redha dengan usaha kita. 

Apatah lagi andai hubungan itu yang dibuat atas namaNya, kerana cinta kita kepadaNya. 


Tapi kita ni, dengan Pencipta amatlah jauh, makanya senanglah tertarik dengan mat indon golok dan juga kahwin lari ke siam. 

Adapun dalam setiap peristiwa tu ada pengajawan yang Allah nak tunjuk. Baik pada orang yang mengalaminya, atau untuk kita yang hanya membaca, melihat dan menyumpah seranah dari jauh. 

Ibrahnya senang je. Bila hati jauh dari Tuhan, maka dunia akan menarik2 kita untuk makin jauh dan jauh dariNya. Malah kita pula makin tertarik dengan sesuatu atau seseorang yang akan lebih menjauhkan kita dariNya.

Tapi kalau niat hati dan azam diri kuat untuk pergi lebih dekat kepadaNya, insyaAllah Dia akan tarik kita kuat2, dengan cara menarik kita mendekati orang2 yang dekat denganNya. Sweetkan Allah! =)

Subhanallah.

Mari sambung puasa enam =)


Wallahu a'lam





Wassalam =)










ps 1 : mak dan ayah dah sampai gear 3, aku baru on gear 1 =_=
ps 2 : hajat di hati nak tulis entry pasal raya. alih2 kenapa entry ni yang keluar? haih. 
ps 3 : terima kasih buat kawan2 yg datang beraya ahad lepas & sebelum2 ni.. bg yg x sempat, jemput datang ke kenduri doa selamat & kesyukuran khamis ini (esok malam, lepas isya). sempena masuk rumah baru hehehehee =))
ps 4 : malam tadi pegi beli barang2 kenduri dari 11mlm - 1.30pg.. har har har... sbb lps isya tu mak meeting dulu dgn member2 dia pasal kenduri sok ni.. ewah siap meeting lg.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...