Thursday, August 9, 2012

Macam Mana Nak Block Iklan2 yang Annoying di Internet

Assalamualaikum!

Hai semua =)

Korang semua mesti suka jalan2 di alam maya ni kan. Lagi2 kat Facebook dan Youtube dan jugak lompat2 belog orang dari satu laman ke laman yang lain macam window shopping gitu.. 

Tapi tengah2 bersiar2 tu sakit pulak mata tengok iklan2 yang tak senonoh ni. Ataupun iklan2 senonoh tapi menayangkan barang2 shopping yang sangat menggoda jiwa, raga dan jua poket yang dah sedia kering dan kontang.

Tell Barrack I'm kicking this Ads out. Roarr! [source]

Contoh ads yang paling selalu ada kat Youtube - tak la lucah tapi mengganggu konsentrasi muahaha
So harini nak share macam mana korang boleh block semua iklan2 yang suke mancanak2 timbul bila kita masuk certain2 website tu.. 

Bukan berbusuk hati nak menjatuhkan bisnes orang, tapi kadang tu sakit mata tengok iklan yang menjolok mata dan mengurangkan pahala puasa. Nak termuntah pun ada.. esp website yang free macam facebook, youtube atau website yang err belog aku ni pun ade =_='.. taktau la korang ade nampak ke tak... Entah macam mana tah boleh muncul seketul iklan webcounter tuh kat bawah belah kiri...padahal aku dah ade dah counter uh.. Tapi sekarang tidak lagi, yay! (Well blogspot ni kan pree)


Ni pun tipikal iklan pop-ups mcm ni.. careful.. they bring along malware, virus, tau uolls [source]

Memang lah "that's the price that u have to pay for using those FREE website", tapi mata kena jaga jugak, kan =D Tak pun tiba2 iklan2 lucah tu muncul time mak korang datang duduk kat sebelah... "Woi ape benda yang kau tengok kat intenet ni ha?!!" Tak ke bersilat nak menjawabnye...

Tapi sekarang tidak lagi... Jom kite buang iklan2 tu! 

Macam mana? Senang je... 

Anda hanya perlu download satu apps ni. Ianya adalah extension kepada Chrome (since I'm using Chrome), namanye Adblock. Rasanye untuk Mozilla pun boleh kalau tak salah, ataupun korang gugel je 'Adblock for Mozilla ' atau 'Adblock for Safari', bagi yang guna Safari. 

Download Adblock di link ni, by clicking on 'Add to Chrome'. Lepas selesai download, install.... Hanya dalam beberape saat saje. Waima iklan kat facebook pun dah takde muahaha senang hati aku =p


Youtube - Ni lagi satu contoh tempat yg selalu ade iklan yang sangat annoying.... nak2nye iklan katun yg lucah2 tuh eisshh bulan2 pose pulak tu kan..


Lihat Fb saya dah takde iklan (rujuk pada arrow merah)! =D

Tapi menurut pemerhatian aku, tak la semua iklan kat semua laman web diblock oleh apps ni. Lagi2 iklan2 kat belog2 persendirian yang diletakkan oleh tuan blog tu sendiri.

Apepun korg boleh adjust setting adblock dengan klik pada icon dia yang ade terpacul nun di sudut atas kanan window korang, macam contoh gambar di bawah:


Icon Adblock di sudut atas kanan

Ha godek2 lah ape yang korang nak block ape yg taknak

Macam mana nak buang atau disable Adblock ni dari Chrome?

Caranya, pergi kat Setting (icon spanar kat sudut atas kanan, berdekatan dengan icon Adblock tadi), and go to Setting

Icon spanar (arrow biru) dan Setting (arrow merah)

And then unmark the Enabled button kalau tak nak Adblock tu berfungsi, atau buang je dalam tong sampah kat situ (klik kat icon tong sampah tu)... Habis cerita...

Enabled (red arrow)

Masa nak download tu nanti the developer of apps ni ade la mintak sket sumbangan dari korang untuk penat lelah dia buat apps untuk kita ni. Bagi le sikit atas ihsan... heuheu...

OK, Sekian dulu tutorial (ewah tutorial pulak) dari saya... Chow cincawww!!















* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

ps 1: Selamat menjaga mata sepanjang berpuasa ^^

ps 2: Selamat memasuki fasa ke3 bulan Ramadan..

ps 3: Aku = sobbss T___T


Wassalam... =)

2 comments:

kedaivitaminfatimah said...

perkongsian yang sangat menarik. sejak 2 3 minggu ni, asyik pulak mozilla keluarkan pop-up iklan yang mengarut. jenuh nak tekan close.

Anonymous said...

kalau utk android hp mcm mana pulak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...