Saturday, August 18, 2012

Diari 29 Ramadan - Oh Duit Hantaran

12.30am, sinki dapur. "Ala tak payah masak2 ayam tu, buat simple2 je untuk sahur. Ade telur masin sebijik pun ok, makan dengan nasik," - ayah. Hai bertuahnye kalau dapat laki yang sempoi macam ayah.. haha

Salam 29 Ramadan. Hari terakhir, mungkin, di bulan penuh barakah ni. Dan satunya2 Ramadan aku berada di rumah in the whole month! Sebelum2 ni, sejak masuk asrama, kebanyakannya aku berpuasa di asrama.  Even SPM pun... time tengah puasa, sobss. Ade ke yang aku puasa sebulan kat rumah? Entah aku pun tak ingat. 

Ramadan ni memang betul2 membuka mata aku tentang pengorbanan seorang ibu. Kalau bukan kerana kasih sayangnya yg luar biasa, mungkin kita tak bersahur, atau sahur dengan milo je. Atau pun langsung tak bangun sahur sebab selalunye ibu kite la orang yang pertama bangun, kan. Tengah2 malam memasak, dan awal pagi bangun untuk panaskan lauk pauk. Pagi2 lepas balik dari surau, mengemas dapur dan rumah. Petang lepas zohor kemas lagi. Lepas asar siap2 untuk berbuka pulak. Malam lepas balik dari terawikh di surau, masak untuk sahur pula. Dan begitulah sehari2..

Entah macam mana kekaguman ni membawa aku meneliti hikmah yg tersingkap disebalik mahalnya 'duit hantaran' yang perlu disediakan oleh orang2 lelaki yang nak berkahwin. Ewah camne boleh ke situ pulak. Takpe la skali skale kite share2 sket pasal isu yang agak serius sket eh. Haha.

Bukan nak menyokong ibu2 yang 'menjual' anak2 gadis dengan hantaran yg mahal. Ye itu memang tak patut, ibu letak 'harga' berapa nilai hantaran yang dia nak, macam jadi barang 'year-end sale' pulak anak perempuan dia. Belum apa2 dah ada price tag, kadang tu sampai doploh ribuuu. Hoho. Kalau takde duit, bye-bye. 

Aku masih dengan pendapat aku, duit hantaran tu biarlah pihak lelaki yg tentukan dengan seikhlas hati mereka. Sebab hantaran tu kan hadiah. Kalau belah Selangor ni contohnye, biasanya hantaran tu untuk digunakan masa kenduri sebelah perempuan. Tapi lain pula di pantai timur, yang mana duit hantaran tu bulat2 akan jadi hak milik si pengantin perempuan. Kendurinya si ayahnya yang tanggung. Wahh, untung kau!

Dulu aku pun pelik dan musykil dan tertanya2 kenapa nak kena sediakan duit banyak2 macam tu sebagai hantaran. 6 ribu, 8 ribu, 10 ribu...?? Payah la orang2 yang tak kawin lagi macam aku ni. Haha. Yelah, kot2 ade Prince Charming yg nak masuk meminang, tapi disebabkan hantaran yg tinggi, terpaksa orang2 macam kami ni menunggu lama sebab Prince Charming nak kumpul duit. LOL LOL perasannye ya Allah. 
-- ok this reason will make full sense why we're still single, ladies =ppp


She has found her Prince Charming [source]


Dan aku yang naif ni pun dulu tak puas hati kenapa urusan kahwin disusahkan kerana wang ringgit.. isk2, kesian orang lelaki. Kau ingat senang nak kumpul duit? Tapi sekarang barulah aku paham..

Duhai orang lelaki, pesanan aku kepada kalian, sebelum korang berkira2 nak letak berapa duit hantaran tu, perhatikan dulu ibumu, kakakmu, kakak iparmu, adik perempuanmu, nenekmu, mak2 saudaramu, bibikmu. 

Lihat dengan mata hatimu. Betapa banyak mereka berkorban masa, tenaga, emosi (dan kecantikan, muahahaha), membanting tulang empat kerat di rumah tu demi memastikan semua kebaikan teratur. Mengorbankan emosi - eg. Hatinya sedih kerana usahanya tidak dihargai, malah dikeji lagi. Namun dia abaikan je perasaan sedih, kecewa duka nan lara itu dan teruskan bekerja demi keluarga yg tercinta. 

Ye kaum lelaki tak kurang jua jasanya. Bekerja siang malam kumpul duit. Tapi sanggup ke korang basuh baju, sidai kain, angkat kain, lipat kain, masak siang malam pagi petang (termasuk siang ikan, cuci sayur, etc), kemudian sapu sampah pulak dan vacumm, cuci tingkap, kemudian masak nasik, masak lauk pauk, sayur dan masak kuih muih lagi, dan susun atur perkakas rumah dan segala bagai, Non-Stop! 

Bila nak ada anak pula, si isterilah yang menanggung keperitan mengandung. Segala kesakitan masa mengandung yang-tak-perlu-la-aku-tulis-semuanya-di-sini yang tak ade mana2 lelaki sanggup nak tanggung, percayalah. I've seen my pregnant friends, I've been to the wards full with women with complications of pregnancy. Lepas anak tu lahir, sekali lagi si isteri akan berhempas pulas manjaganya siang dan malam tanpa mengenal erti penat dan jemu. Makan pakainya, sakitnye lagi. And those made me think, 'kalau akulah, mampu ke aku lalui semua ni..'. 

Dan lelaki, isteri tu jugalah yang akan menjaga makan pakai dan segala kebajikan sakit pening lenguh badan kau nanti. Hari2 ada orang tolong urutkan kaki, dan picitkan kepala yang sakit, mahu?

Kekadang rasa bengang jua melihat orang laki ni, takkan tak boleh nak tolong kerja2 rumah orang perempuan. Katekan gagah tapi tidur mengalahkan baby. Namun itulah kasih sayang dan toleransi yang tinggi dalam diri wanita. Mereka akan tetap buat jugak kerja2 rumah walau penat macam mana pun. Walau sakit macam mana pun. Dan tu jugaklah sebab kenapa orang laki nak kawin kan kan? Jadi tak usahlah berkira dalam menggembirakan hati wanita2mu duhai lelaki. 

When a woman is happy, every body around her will be happy. 

Dan kalau wanita tu tak gembira, semuanya akan kucar kacir dan huru hara, percayalah. 

Tetibe dah dekat nak raya ni cakap pasal hantaran. ahahaha. Biarlah, idea tu datang memang secara tiba2, ye dak. Ape pun ni cuma pendapat aku je.. some points to ponder. Walaupun macam pelik since yang menulisnye adalah orang perempuan. Haha.. Layannn! 

Motif di sini bukanlah aku nak galakkan kau orang letak duit hantaran mahal2.. seploh ribu, doploh, tige  empatploh ribu. Gila ke ape. Mahal tu pun subjektif. 7 ribu mungkin sedikit bagi kau, tapi mahal bagi si dia tu pulak, dan sebagainya. Aku cuma cuba nak menjustifikasi kenapa orang lelaki digalakkan beri hadiah sebegitu kepada orang perempuan. 

Terpulanglah berapa, ikut kemampuan. Ukur baju di badan sendiri, ye tak. ;-)


Gambar Hiasan - zaman sekarang tak main dah gubah2 duit jadi bunga-bungaan ni.. hehe [sumber]


Oklah..sekian dulu.., Selamat menyambut hari raya semua.... Eid Mubarak, kullu 'am wa antum bikhair =)

Di kesempatan ni saya nak pohon maaf andai ada tulisan saya selama ini yang tercubit atau tertampar para pembaca, namun semua tu hanyalah teguran untuk diri sendiri sebenarnya, so mestilah kena pedas2. Hihi. So kalau baca tu jangan makan dalam yea...! Tak pernah pun niat nak tuju kat sesiapa.


Eid Mubarak everyone!! =)



Terima kasih kerana sudi menjenguk2 tempat main saya di kala sunyi ni. Jazakallahu khairan kathira!! =)






Ok wassalam.. ^_^











ps: Takde kaitan dengan yang masih hidup atau sudah tiada...hehe 

2 comments:

eLyA said...

20 ramadhan?! @_@

Ndea Anuar said...

hahah typo2... nak laju2 td xprasan tesalah tekan.. haha thanks tlg bgtau.. selamat hari raya ella!! maaf zahir batin =)))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...