Friday, August 3, 2012

Cerpen 2 Minit Di Suatu Petang di Bulan Ramadan

"Hoi, bangun solat. Dah nak dekat pukul 6 petang dah ni. Kalau tak solat, sia2 je puasa." bebel si kakak mengejutkan adiknya yang tidur terbongkang di ruang tamu rumah.

"Penatnya...dahla puasa, kena solat lagi," rungut si adik yang tak tau di untung. Mata masih tertutup walaupun mulut duk mengomel. Air liur basi yang meleleh di kesat dengan tangan. Euuwww!

"Hai, merungut nampak," kata si kakak.

"Susahnye.. kenapa susah sgt nak hidup?" tanya si adik. Bantal busuk masih erat di dalam pelukannya. Bulan puasa memang sedap layan tido. Lagi2 petang2 mcm ni.

"Susah ye...? baru hidup kat dunia dah kate susah. Kalau masuk neraka, ingat tak susah?" mulalah intro tazkirah si kakak buat menepis kesengalan si adiknya.

"Memangla susah. Sebab saje Allah nak test kite sanggup bersusah payah ke tak, sebab Dia nak bagi kita hidup best2 kat dalam syurga. Takkan semudah tu je nak sampai sana. Tak mencabar la. heh." tambah si kakak sambil melipat kain di ruang tamu rumah.

"Hmm...."

"Kalau hidup senang lenang, pastu tak payah buat pape ibadah, sama jelah dengan orang bukan Islam. Dah tu apa yang spesyel nye Allah nak masukkan kita dalam syurga yang berjuta2 kali lagi best dari dunia tu,"

"Haa..." sungut si adik melayan ngomelan si kakak. Kena bagi sedas dua jugak nih, kalau tak, sampai tua tak sedar2 diri.

"Eh bangunlah!" jerkah si kakak di kemuncak kesabarannya.

"Yelah...." si adik pun malas2 bangun menuju ke bilik air....dengan susahnya... Huhuh..






- Tammat - 












Disclaimer : Cerita dan watak2 tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah tiada.

Wassalam =)

2 comments:

eLyA said...

Pendek sangat cerpen ko neh... X puas bace..hahahaha

Ndea Anuar said...

hahaha... aku x reti la nak berkarya.. hehe.. ni kire mesej dah sampai, abesla citer... tu je nak cakap sanye kui333 =D btw thanks ella coz sudi bace hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...