Sunday, August 19, 2012

1 Syawal

Eid Mubarak everyone! 

Alhamdulillah kita diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa sebulan yg lalu. Sama2 kita gigihkan diri untuk betul2 berubah dan istiqamah dengan apa yg kite dah buat dulu... kalau tak.. berdoalah moga2 kau sempat nak sampai ke Ramadan tahun depan.. 

Sekali sekala kena la ubah stlye posing family potrait ye tak ;-) 

Betapa Maha Penyayang nye Allah sebab bagi kita bulan yang best untuk kita ambil peluang hapuskan dosa2 kita, kan. 

Tapi tu pun kita tak rebut betul2 peluang tu. :')

1 Syawal kali ni kami tak beraya di kelantan seperti tahun2 lepas atas sebab2 tertentu. Kami di selayang. Tapi di kedua2 tempat ni, kami tak banyak berjalan pun since takde sedara mara pun kat sini.

Siang tadi hanya pergi ke rumah tok su, bapak sedara ayah di Taman Selayang. Pastu ziarah kubur arwah datuk dekat sini. Petang tadi Emon datang dengan adik2nye.

Tak lama lepas tu 3 orang budak2 di taman ni datang nak beraya. Biasalah nak kumpul duit raya, aktiviti yang aku dah lama pencen dulu.. hehehe.

Tapi bebudak tadi lain dari yang aku penah jumpa sebelum2 ni. Budak2 kalau nak duit raya, memang datang tu semata nak duit raya la. Minum xnak, bersembang xnak, makan ape tah lagi. Bagi duit raya terus nak balik. Kadang tu salam tuan rumah pun lupa. Isk2. Raya ape tah macam tu.

Tapi adik2 yang datang siang tadi, bagus. Makan nasi himpit pun sampai habis. Ketuanya (yang paling tua) siap berborak dengan aku, siap cerita pasal atuknye yang sakit buah pinggang. Cara dia cerita, nampak la yang dia tu sangat mengambil tahu hal keluarganya. Agak detail untuk budak usia 10 tahun bercerita macam tu, sampai aku boleh tangkap yang atuknya tengah menjalani peritoneal dialysis, atau yg dia sebut, 'dialysis air'. Selalunye, budak2 ni kalau ditanye ape2, jawabnye satu je : "tak tahu..(sambil angkat bahu)" - perkara tipikal berlaku dikalangan adik2 sedara gua wahahahaha

Adik2 kat luar sana, kalau taknak sangat pun buat2 macam nak berborak pun takpela..haha... Raya kan untuk kita jalinkan ukhuwah.. bukan hanya untuk mengumpul duit raya semata =)

Tapi sorry la adik2, di usia jubli perak ni patutnye hakaq dah buleh bagi duet raya kat uolls, tapi memandangkan KKM tak panggil2 lagi hakaq untuk kerja, so takde la duet raya extra untuk uolls. Sabar jelah. Haha

InsyaAllah esok bakal meneruskan perjalanan ke Tapah Road, where the real raya begins. Hehe. 

Till we meet again =)

Wassalam.



Nadia Anuar
1 Syawal 1433 H
19 Ogos 2012

2 comments:

FATH said...

apasal engkau yang paling terkedepan nih. haha.

slamat hr ry. maaf zahir batin.

Ndea Anuar said...

Haha..duk depan skali sebab aku yang berlari2 memicit punat di kamera tu.. =p

selamat hari raya.. maaf jua segala salah silap. eh jemput datang rumah! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...