Wednesday, August 29, 2012

Rahsia Kenapa Gadis2 Melayu Sanggup Ikut Pakwe Lari Balik Golok atau Kahwin Lari Kat Sempadan Thai

Assalamualaikum! =)

Ha...merujuk kepada tajuk di atas, gaya macam nak citer pasal santau2 atau black magic, sihir2 sume kan. Isk2. Ape ni buruk2 sangka di bulan syawal ni.

Salah. Sebenarnya aku nak citer rahsia kenapa Kenapa Gadis2 Melayu Sanggup Ikut Pakwe Lari Balik Golok atau Kahwin Lari Kat Sempadan Thai. 

Ini bukan kenyataan berunsur ugutan aku nak lari ke golok ye, haha. 

Memangla, skrg takde isu hangat pasal topik ni. Tapi aku dah lama terfikir kenapa orang boleh tertarik dengan seseorang yang kite nampak biase2 je, takde keistimewaan pun. Malah banyak kelemahannya.

Alkisahnya setelah bertahun2 aku berfikir, maka kata kunci yang dapat aku rumuskan adalah 'tertarik'. Kerana si pakwe indon tu dah berjaya 'menarik' si gadis, maka si gadis pun 'tertarik' la untuk ikut pakwenya lari balik ke golok, atau pun ke sempadan siam, menggadaikan masa depannya, malahan maruah diri dan keluarga sendiri, tanpa bermain 'tarik-tarik' tali lagi. Si gadis pun hidup bahagia dengan si pakwa sambil minum air teh tarik selepas penat bermain tarik2 bulu ayam. Eh ape aku mengarut ni. 

Tapi apa yang bestnye sampai tertarik dengan orang2 macam tu? heh... (smirk face) 


Yang buat kan org tertarik hati dgn seseorang tu, bukan paras rupa, gaya atau harta benda.

Tapi, sikap. 

Sikap baik dan akhlak yang memikat. 

Seperti yang aku tulis di atas, tentu pernah kita dengar kisah anak2 gadis melayu lari ke seberang mengikut pakwe2 indon diorang balik ke tanah air untuk kawin lari kat sana, atau yang sanggup lari ke sempadan thai sana, dengan tujuan sama. Atau anak gadis yang usia remaja mentah2 lari dari rumah semata2 ikut pakwe, dan sanggup serahkan mahkota diri kepada yang tidak berhak free2 macam tu aje. Astaghfirullah.. 

Kalau ikut logik akal, "eee bodonye pempuan ikut orang laki tu lari balik indon. dah la tak hensem, tak kaya plak tu," barangkali begitulah komenan kita biasanye kan. 

Memang tak dapat diterima dek akal yang waras, kenapalah diorang sanggup tinggalkan keluarga, mak ayah diorang, kehidupan senang lenang di tempat asal, demi nak hidup dengan orang yang entah sapa2 entah kat negeri seberang tu. Nasib dan masa depan yang tak tentu terang gelapnya di sana. Rasa geram pun ada, kesal pun ada.

Tapi bagi perempuan tu, apa  lagi yang dia nak cari, kalau segalanya dapat diberi oleh 'kekasih'nya itu. Segalanya? Ya, layanan yang baik, dan kasih sayang, adalah segalanya yang seseorang perempuan tu perlukan. Sebab tulah dia tak kisah pun bersama dengan orang yang tak kaya raya pun, tak hensem mana pun, asalkan mampu memberinya kebahagiaan. Dan kebahagiaan itu jelas baginya, bukan terletak pada wang ringgit, pangkat atau nama semata2. Dia cukup bahagia kerana rasa disayangi dan dihargai oleh kekasihnya yang tak berapa nak hensem, tak berduit dan takde masa depan itu. 

Begitulah kita. Kita rasa kite dah bagi macam2 kat orang yang kita sayang. Tapi masih tak berjaya nak memikat hatinya. Sebabnya, sikap kita terhadapnya yang tak menarik. 


Dan sikap jugakla yg buatkan seseorang tu menjauhi seseorang yg lain.

Kita boleh bagi segala macam benda atau hadiah sebagai tanda kita sayangkan atau menghargai seseorang tu, tapi selagi kita masih melayannya dengan buruk, apa pun pemberian kita tak bermakna. 

Buruk di sini bukanlah bermaksud penderaan fizikal, membelasah atau memaki hamun. Cukup hanya dengan tidak memberikan perhatian yang sewajarnya pada seseorang itu. Tu pun dah kira satu penderaan emosi. 'Silent killer' to be exact. 

Seorang bapa yang kaya raya boleh mandikan anaknya dengan kemewahan, dengan memberi apa yang anaknya inginkan. Handphone, laptop, game, kasut, baju, barang kemas, kereta, sebut jelah nak ape pun, pasti akan dibelikan. Bagi bapa, itu tanda kasih dan sayangnya. Tapi bagi anak, itu adalah tanggungjawab si bapa, malah mungkin baginya, itulah 'sumber' untuk dia mendapatkan kesenangan dan kemewahan di dunia ini, andai tak ada 'ikatan' perasaan antara anak dengan si bapa.

Untuk ikatan perasaan tu wujud, bukan dengan sentuhan fizikal dalam bentuk harta benda. Tapi dengan sentuhan emosi, sentuhan dari hati ke hati. 

Untuk menyentuh hati, mestilah dengan menggunakan hati. Ucapan, sentuhan, pandangan, senyuman, belaian, semuanya, yang datang dari hati, itulah yang akan menyentuh 'hati'. Bukan sekadar 'beri apa yang dia mahu'. 

Begitu juga sentuhan 'hati ke hati' dua insan sebagai suami isteri. Si suami mungkin boleh belikan apa saja hadiah mahal2 dan mewah kepada isterinya. Tapi, tanpa 'sentuhan' di hati si isteri, ikatan yang terbina tidaklah sekukuh mana. 

Adapun semua bentuk 'ikatan hati' ini hanya akan terkukuh andai ikatan dengan Pemilik hati-hati itu mengizinkan, dan redha dengan usaha kita. 

Apatah lagi andai hubungan itu yang dibuat atas namaNya, kerana cinta kita kepadaNya. 


Tapi kita ni, dengan Pencipta amatlah jauh, makanya senanglah tertarik dengan mat indon golok dan juga kahwin lari ke siam. 

Adapun dalam setiap peristiwa tu ada pengajawan yang Allah nak tunjuk. Baik pada orang yang mengalaminya, atau untuk kita yang hanya membaca, melihat dan menyumpah seranah dari jauh. 

Ibrahnya senang je. Bila hati jauh dari Tuhan, maka dunia akan menarik2 kita untuk makin jauh dan jauh dariNya. Malah kita pula makin tertarik dengan sesuatu atau seseorang yang akan lebih menjauhkan kita dariNya.

Tapi kalau niat hati dan azam diri kuat untuk pergi lebih dekat kepadaNya, insyaAllah Dia akan tarik kita kuat2, dengan cara menarik kita mendekati orang2 yang dekat denganNya. Sweetkan Allah! =)

Subhanallah.

Mari sambung puasa enam =)


Wallahu a'lam





Wassalam =)










ps 1 : mak dan ayah dah sampai gear 3, aku baru on gear 1 =_=
ps 2 : hajat di hati nak tulis entry pasal raya. alih2 kenapa entry ni yang keluar? haih. 
ps 3 : terima kasih buat kawan2 yg datang beraya ahad lepas & sebelum2 ni.. bg yg x sempat, jemput datang ke kenduri doa selamat & kesyukuran khamis ini (esok malam, lepas isya). sempena masuk rumah baru hehehehee =))
ps 4 : malam tadi pegi beli barang2 kenduri dari 11mlm - 1.30pg.. har har har... sbb lps isya tu mak meeting dulu dgn member2 dia pasal kenduri sok ni.. ewah siap meeting lg.

Saturday, August 25, 2012

A Happy Heart

Ada orang Allah jadikan fizikalnya serba kekurangan, miskin harta, atau cacat anggota badan dan rupa paras, tapi Allah jadikan hatinya tenang dan bahagia dengan apa yang dia ada, tidak susah dan sedih pula melihat kelebihan yang orang lain ada.

Ada orang pulak, Allah jadikan dia cukup sempurna harta benda dan paras rupa, tapi Allah bagi dia ujian 'hati'. 

Ujian hati yang tak siapa pun nampak, atau rasa apa yang dia rasa.

Jadi janganlah kita cepat menilai yang orang yang senang lenang tu sentiasa senang dan bahagia, dan orang serba kekurangan itu tidak bahagia di dalam hatinya.

=)

Have a happy heart =) [source]

Sunday, August 19, 2012

1 Syawal

Eid Mubarak everyone! 

Alhamdulillah kita diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa sebulan yg lalu. Sama2 kita gigihkan diri untuk betul2 berubah dan istiqamah dengan apa yg kite dah buat dulu... kalau tak.. berdoalah moga2 kau sempat nak sampai ke Ramadan tahun depan.. 

Sekali sekala kena la ubah stlye posing family potrait ye tak ;-) 

Betapa Maha Penyayang nye Allah sebab bagi kita bulan yang best untuk kita ambil peluang hapuskan dosa2 kita, kan. 

Tapi tu pun kita tak rebut betul2 peluang tu. :')

1 Syawal kali ni kami tak beraya di kelantan seperti tahun2 lepas atas sebab2 tertentu. Kami di selayang. Tapi di kedua2 tempat ni, kami tak banyak berjalan pun since takde sedara mara pun kat sini.

Siang tadi hanya pergi ke rumah tok su, bapak sedara ayah di Taman Selayang. Pastu ziarah kubur arwah datuk dekat sini. Petang tadi Emon datang dengan adik2nye.

Tak lama lepas tu 3 orang budak2 di taman ni datang nak beraya. Biasalah nak kumpul duit raya, aktiviti yang aku dah lama pencen dulu.. hehehe.

Tapi bebudak tadi lain dari yang aku penah jumpa sebelum2 ni. Budak2 kalau nak duit raya, memang datang tu semata nak duit raya la. Minum xnak, bersembang xnak, makan ape tah lagi. Bagi duit raya terus nak balik. Kadang tu salam tuan rumah pun lupa. Isk2. Raya ape tah macam tu.

Tapi adik2 yang datang siang tadi, bagus. Makan nasi himpit pun sampai habis. Ketuanya (yang paling tua) siap berborak dengan aku, siap cerita pasal atuknye yang sakit buah pinggang. Cara dia cerita, nampak la yang dia tu sangat mengambil tahu hal keluarganya. Agak detail untuk budak usia 10 tahun bercerita macam tu, sampai aku boleh tangkap yang atuknya tengah menjalani peritoneal dialysis, atau yg dia sebut, 'dialysis air'. Selalunye, budak2 ni kalau ditanye ape2, jawabnye satu je : "tak tahu..(sambil angkat bahu)" - perkara tipikal berlaku dikalangan adik2 sedara gua wahahahaha

Adik2 kat luar sana, kalau taknak sangat pun buat2 macam nak berborak pun takpela..haha... Raya kan untuk kita jalinkan ukhuwah.. bukan hanya untuk mengumpul duit raya semata =)

Tapi sorry la adik2, di usia jubli perak ni patutnye hakaq dah buleh bagi duet raya kat uolls, tapi memandangkan KKM tak panggil2 lagi hakaq untuk kerja, so takde la duet raya extra untuk uolls. Sabar jelah. Haha

InsyaAllah esok bakal meneruskan perjalanan ke Tapah Road, where the real raya begins. Hehe. 

Till we meet again =)

Wassalam.



Nadia Anuar
1 Syawal 1433 H
19 Ogos 2012

Saturday, August 18, 2012

Diari 29 Ramadan - Oh Duit Hantaran

12.30am, sinki dapur. "Ala tak payah masak2 ayam tu, buat simple2 je untuk sahur. Ade telur masin sebijik pun ok, makan dengan nasik," - ayah. Hai bertuahnye kalau dapat laki yang sempoi macam ayah.. haha

Salam 29 Ramadan. Hari terakhir, mungkin, di bulan penuh barakah ni. Dan satunya2 Ramadan aku berada di rumah in the whole month! Sebelum2 ni, sejak masuk asrama, kebanyakannya aku berpuasa di asrama.  Even SPM pun... time tengah puasa, sobss. Ade ke yang aku puasa sebulan kat rumah? Entah aku pun tak ingat. 

Ramadan ni memang betul2 membuka mata aku tentang pengorbanan seorang ibu. Kalau bukan kerana kasih sayangnya yg luar biasa, mungkin kita tak bersahur, atau sahur dengan milo je. Atau pun langsung tak bangun sahur sebab selalunye ibu kite la orang yang pertama bangun, kan. Tengah2 malam memasak, dan awal pagi bangun untuk panaskan lauk pauk. Pagi2 lepas balik dari surau, mengemas dapur dan rumah. Petang lepas zohor kemas lagi. Lepas asar siap2 untuk berbuka pulak. Malam lepas balik dari terawikh di surau, masak untuk sahur pula. Dan begitulah sehari2..

Entah macam mana kekaguman ni membawa aku meneliti hikmah yg tersingkap disebalik mahalnya 'duit hantaran' yang perlu disediakan oleh orang2 lelaki yang nak berkahwin. Ewah camne boleh ke situ pulak. Takpe la skali skale kite share2 sket pasal isu yang agak serius sket eh. Haha.

Bukan nak menyokong ibu2 yang 'menjual' anak2 gadis dengan hantaran yg mahal. Ye itu memang tak patut, ibu letak 'harga' berapa nilai hantaran yang dia nak, macam jadi barang 'year-end sale' pulak anak perempuan dia. Belum apa2 dah ada price tag, kadang tu sampai doploh ribuuu. Hoho. Kalau takde duit, bye-bye. 

Aku masih dengan pendapat aku, duit hantaran tu biarlah pihak lelaki yg tentukan dengan seikhlas hati mereka. Sebab hantaran tu kan hadiah. Kalau belah Selangor ni contohnye, biasanya hantaran tu untuk digunakan masa kenduri sebelah perempuan. Tapi lain pula di pantai timur, yang mana duit hantaran tu bulat2 akan jadi hak milik si pengantin perempuan. Kendurinya si ayahnya yang tanggung. Wahh, untung kau!

Dulu aku pun pelik dan musykil dan tertanya2 kenapa nak kena sediakan duit banyak2 macam tu sebagai hantaran. 6 ribu, 8 ribu, 10 ribu...?? Payah la orang2 yang tak kawin lagi macam aku ni. Haha. Yelah, kot2 ade Prince Charming yg nak masuk meminang, tapi disebabkan hantaran yg tinggi, terpaksa orang2 macam kami ni menunggu lama sebab Prince Charming nak kumpul duit. LOL LOL perasannye ya Allah. 
-- ok this reason will make full sense why we're still single, ladies =ppp


She has found her Prince Charming [source]


Dan aku yang naif ni pun dulu tak puas hati kenapa urusan kahwin disusahkan kerana wang ringgit.. isk2, kesian orang lelaki. Kau ingat senang nak kumpul duit? Tapi sekarang barulah aku paham..

Duhai orang lelaki, pesanan aku kepada kalian, sebelum korang berkira2 nak letak berapa duit hantaran tu, perhatikan dulu ibumu, kakakmu, kakak iparmu, adik perempuanmu, nenekmu, mak2 saudaramu, bibikmu. 

Lihat dengan mata hatimu. Betapa banyak mereka berkorban masa, tenaga, emosi (dan kecantikan, muahahaha), membanting tulang empat kerat di rumah tu demi memastikan semua kebaikan teratur. Mengorbankan emosi - eg. Hatinya sedih kerana usahanya tidak dihargai, malah dikeji lagi. Namun dia abaikan je perasaan sedih, kecewa duka nan lara itu dan teruskan bekerja demi keluarga yg tercinta. 

Ye kaum lelaki tak kurang jua jasanya. Bekerja siang malam kumpul duit. Tapi sanggup ke korang basuh baju, sidai kain, angkat kain, lipat kain, masak siang malam pagi petang (termasuk siang ikan, cuci sayur, etc), kemudian sapu sampah pulak dan vacumm, cuci tingkap, kemudian masak nasik, masak lauk pauk, sayur dan masak kuih muih lagi, dan susun atur perkakas rumah dan segala bagai, Non-Stop! 

Bila nak ada anak pula, si isterilah yang menanggung keperitan mengandung. Segala kesakitan masa mengandung yang-tak-perlu-la-aku-tulis-semuanya-di-sini yang tak ade mana2 lelaki sanggup nak tanggung, percayalah. I've seen my pregnant friends, I've been to the wards full with women with complications of pregnancy. Lepas anak tu lahir, sekali lagi si isteri akan berhempas pulas manjaganya siang dan malam tanpa mengenal erti penat dan jemu. Makan pakainya, sakitnye lagi. And those made me think, 'kalau akulah, mampu ke aku lalui semua ni..'. 

Dan lelaki, isteri tu jugalah yang akan menjaga makan pakai dan segala kebajikan sakit pening lenguh badan kau nanti. Hari2 ada orang tolong urutkan kaki, dan picitkan kepala yang sakit, mahu?

Kekadang rasa bengang jua melihat orang laki ni, takkan tak boleh nak tolong kerja2 rumah orang perempuan. Katekan gagah tapi tidur mengalahkan baby. Namun itulah kasih sayang dan toleransi yang tinggi dalam diri wanita. Mereka akan tetap buat jugak kerja2 rumah walau penat macam mana pun. Walau sakit macam mana pun. Dan tu jugaklah sebab kenapa orang laki nak kawin kan kan? Jadi tak usahlah berkira dalam menggembirakan hati wanita2mu duhai lelaki. 

When a woman is happy, every body around her will be happy. 

Dan kalau wanita tu tak gembira, semuanya akan kucar kacir dan huru hara, percayalah. 

Tetibe dah dekat nak raya ni cakap pasal hantaran. ahahaha. Biarlah, idea tu datang memang secara tiba2, ye dak. Ape pun ni cuma pendapat aku je.. some points to ponder. Walaupun macam pelik since yang menulisnye adalah orang perempuan. Haha.. Layannn! 

Motif di sini bukanlah aku nak galakkan kau orang letak duit hantaran mahal2.. seploh ribu, doploh, tige  empatploh ribu. Gila ke ape. Mahal tu pun subjektif. 7 ribu mungkin sedikit bagi kau, tapi mahal bagi si dia tu pulak, dan sebagainya. Aku cuma cuba nak menjustifikasi kenapa orang lelaki digalakkan beri hadiah sebegitu kepada orang perempuan. 

Terpulanglah berapa, ikut kemampuan. Ukur baju di badan sendiri, ye tak. ;-)


Gambar Hiasan - zaman sekarang tak main dah gubah2 duit jadi bunga-bungaan ni.. hehe [sumber]


Oklah..sekian dulu.., Selamat menyambut hari raya semua.... Eid Mubarak, kullu 'am wa antum bikhair =)

Di kesempatan ni saya nak pohon maaf andai ada tulisan saya selama ini yang tercubit atau tertampar para pembaca, namun semua tu hanyalah teguran untuk diri sendiri sebenarnya, so mestilah kena pedas2. Hihi. So kalau baca tu jangan makan dalam yea...! Tak pernah pun niat nak tuju kat sesiapa.


Eid Mubarak everyone!! =)



Terima kasih kerana sudi menjenguk2 tempat main saya di kala sunyi ni. Jazakallahu khairan kathira!! =)






Ok wassalam.. ^_^











ps: Takde kaitan dengan yang masih hidup atau sudah tiada...hehe 

Sunday, August 12, 2012

Bedroom Window Panorama


Alhamdulillah, praises be to Allah that our home is now upgraded to 2-storey terrace house, along with our neighbor's house. 'Upgrade' tu..tak tahan. kahkah.  

So since aku menjadi penganggur bertauliah sejak abes final exam di bulan July yg lalu, selain makan dan tido, menyekodeng alam sekitar jua adalah hobi aku. Sejak duduk 'atas bumbung' ni baru la nampak jelas dan terang segala keindahan pemandangan alam ciptaan Tuhan di sekaitar rumah aku ni. 

We've been living here as a first-hand, as soon as the houses were ready to be filled by the people. It was 21 years ago, in the year 1991, when Mak was still in confinement few days after giving birth to Aff (Asyraf), the 4th member of the ANUAR's colony. Pehh, dah 21 tahun kitorg tinggal sini,,,sungguh lame kan!

So dalam rumah yang baru siap di-renovate ini, my room is located at the rear most, on the up stair. As a panorama-enthusiast I enjoy the breathtaking scenes around my house, which is an added value of having a room at the back.. Hehehe.. 

Sunny and breezy day.. and a beautiful sky
Taman Empangan Batu, just besides our residential area 

Yes as its name called, Empangan = dam (baca: dem), kat atas tu memang ada empangan atau... empanganlah. Macam tasik tapi tasik buatan manusia. Cantik woh, tempat joging kegemaran aku. Memula memanaskan badan kat bawah2 ni, pastu berlari2 anak menaiki bukit ikut jalan tar, pastu berlari-kari di tepian tasik sambil di usap angin sepoi2 bahasa. Feuh. Tapi sekarang dah lama tak joging situ...sebab takde kawan. Sobss. Faktor keselamatan juga adalah penting ye kawan2. =D

Malangnya aku tak berjaya nak retrive balik gambar2 lama masa berposing2 kat atas tu masa muda2 dulu. Hik. Jadi bayangkan ajela ada sebuah tasik yang indah kat atas tu, di empang oleh batu-batuan yang besar, dan sekelilingnya tersergam indah bukit bukau nan hijau, sebahagian daripada bukit2 dari banjaran titiwangsa. Oh ye sape yang pernah naik Ulu Yam tu tahulah tasik apa yang gu cerita nie.... ha ye tasik itu lah.. belakang rumah gua je bro... Hehehe. 

On some beautiful day you'll get to see these cows mingling around looking for fresh green grasses 

Lembu2 ni sejak beberapa bulan ni meragut rumput kat area Taman Empangan Batu ni. (Ke dah beberapa tahun cuma aku je yang tak prasan?) Pastu memalam bila angin malam bertiup fuuhh bau hasil kumuhan diorg yang warna hijau pekat itu menusuk ke rongga lobang hidungku, merencatkan olfactory nerve (baca: saraf deria bau) aku. ceit. 

Cow's brotherhood - teasing each other. Awh, suwitlah korang. 


And Allah has created every animal from water: of them there are some that creep on their bellies; some that walk on two legs; and some that walk on four. Allah creates what He wills for verily Allah has power over all things.
(An-Nur, 24:45)

But actually the these first 4 panoramas was not taken from my room, I was just got out of the bathroom when I saw these cows running and teasing each other on the field. Dan sepantas kilat gua sambar kamera gua dan tembak tepat2. From a window located just outside of my room, facing the Taman. 

Oopss! >.<

These are from my room... 


In the morning

The Most Outstanding

Look who I saw? Right at the back of my room =)

She's sooo gorgeous! Subhanallah.. 

I wonder how many times she has been reciting the zikr to The God, The Almighty 

But while we're long lost in our dream fascinating the so called peace, serenity and happiness (we think) we're having here, have we ever care to try to imagine the upside-down of panorama on the other side of the world?

A panorama like this...




Or this...




Or even this....




And this one...


Ya Allah.....
[source: Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria ]


O Allah... please... save our Muslim brothers and sisters in Syria, Palestine and every where around the world. Give them strength to face all these violence animals.


Keep praying for them. 


Thursday, August 9, 2012

Macam Mana Nak Block Iklan2 yang Annoying di Internet

Assalamualaikum!

Hai semua =)

Korang semua mesti suka jalan2 di alam maya ni kan. Lagi2 kat Facebook dan Youtube dan jugak lompat2 belog orang dari satu laman ke laman yang lain macam window shopping gitu.. 

Tapi tengah2 bersiar2 tu sakit pulak mata tengok iklan2 yang tak senonoh ni. Ataupun iklan2 senonoh tapi menayangkan barang2 shopping yang sangat menggoda jiwa, raga dan jua poket yang dah sedia kering dan kontang.

Tell Barrack I'm kicking this Ads out. Roarr! [source]

Contoh ads yang paling selalu ada kat Youtube - tak la lucah tapi mengganggu konsentrasi muahaha
So harini nak share macam mana korang boleh block semua iklan2 yang suke mancanak2 timbul bila kita masuk certain2 website tu.. 

Bukan berbusuk hati nak menjatuhkan bisnes orang, tapi kadang tu sakit mata tengok iklan yang menjolok mata dan mengurangkan pahala puasa. Nak termuntah pun ada.. esp website yang free macam facebook, youtube atau website yang err belog aku ni pun ade =_='.. taktau la korang ade nampak ke tak... Entah macam mana tah boleh muncul seketul iklan webcounter tuh kat bawah belah kiri...padahal aku dah ade dah counter uh.. Tapi sekarang tidak lagi, yay! (Well blogspot ni kan pree)


Ni pun tipikal iklan pop-ups mcm ni.. careful.. they bring along malware, virus, tau uolls [source]

Memang lah "that's the price that u have to pay for using those FREE website", tapi mata kena jaga jugak, kan =D Tak pun tiba2 iklan2 lucah tu muncul time mak korang datang duduk kat sebelah... "Woi ape benda yang kau tengok kat intenet ni ha?!!" Tak ke bersilat nak menjawabnye...

Tapi sekarang tidak lagi... Jom kite buang iklan2 tu! 

Macam mana? Senang je... 

Anda hanya perlu download satu apps ni. Ianya adalah extension kepada Chrome (since I'm using Chrome), namanye Adblock. Rasanye untuk Mozilla pun boleh kalau tak salah, ataupun korang gugel je 'Adblock for Mozilla ' atau 'Adblock for Safari', bagi yang guna Safari. 

Download Adblock di link ni, by clicking on 'Add to Chrome'. Lepas selesai download, install.... Hanya dalam beberape saat saje. Waima iklan kat facebook pun dah takde muahaha senang hati aku =p


Youtube - Ni lagi satu contoh tempat yg selalu ade iklan yang sangat annoying.... nak2nye iklan katun yg lucah2 tuh eisshh bulan2 pose pulak tu kan..


Lihat Fb saya dah takde iklan (rujuk pada arrow merah)! =D

Tapi menurut pemerhatian aku, tak la semua iklan kat semua laman web diblock oleh apps ni. Lagi2 iklan2 kat belog2 persendirian yang diletakkan oleh tuan blog tu sendiri.

Apepun korg boleh adjust setting adblock dengan klik pada icon dia yang ade terpacul nun di sudut atas kanan window korang, macam contoh gambar di bawah:


Icon Adblock di sudut atas kanan

Ha godek2 lah ape yang korang nak block ape yg taknak

Macam mana nak buang atau disable Adblock ni dari Chrome?

Caranya, pergi kat Setting (icon spanar kat sudut atas kanan, berdekatan dengan icon Adblock tadi), and go to Setting

Icon spanar (arrow biru) dan Setting (arrow merah)

And then unmark the Enabled button kalau tak nak Adblock tu berfungsi, atau buang je dalam tong sampah kat situ (klik kat icon tong sampah tu)... Habis cerita...

Enabled (red arrow)

Masa nak download tu nanti the developer of apps ni ade la mintak sket sumbangan dari korang untuk penat lelah dia buat apps untuk kita ni. Bagi le sikit atas ihsan... heuheu...

OK, Sekian dulu tutorial (ewah tutorial pulak) dari saya... Chow cincawww!!















* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

ps 1: Selamat menjaga mata sepanjang berpuasa ^^

ps 2: Selamat memasuki fasa ke3 bulan Ramadan..

ps 3: Aku = sobbss T___T


Wassalam... =)

Tuesday, August 7, 2012

An Emotional Haircut Experience & Iftar with Girlfriends

Assalamualaikum semua.... Salam 19 ramadan.. yang.. sobs.. ='( ahh, xpelah.... abaikan saja.... huk2...

Me and an emotional haircut experience 

Ohoi...

Actually this is not my first time having a haircut (gunting rambutlah cakap melayunye, heh =p), dah banyak kali. But this time I decided to keep it as a piece of memory into this blog. 

The usual place I had my haircut before this was at Kekal Anggun, a salon located in Sri Gombak. But unfortunately I found it has been closed few weeks ago, when my mom and I went there to have our haircut. By saying closed, I meant they're already out of business. Sadness! =(

Sedih gile because I really love their treatment. Takde lah ala2 salon mewah, kedai biasa je, but satisfying. indeed. Akak tu pun dah tau dah style macam mana aku nak, hehe. Cakap "macam biase lah kak," so jalan. Harga pun berpatutan, Rm18 the last time I went there last year. Mana nak dapat haih sekarang rege cemni nyah.

Yes, last skali gunting rambut adalah pada tahun lepas, yang aku pun tak ingat bile. Masuk je final year, langsung tak sempat nak pegi gunting. So simpan je lah sampai la dah cuti ni. Skali tgk2 kedai tu pun sampai dah tutup...la hai.. huhu T____T

So last saturday I went to Amaryllis Salon & Day Spa, which has been suggested by my friend Sakinah. Dan dah tak tahan sangat nak gunting rambut ni...wuwu... So I went there with my friend, Nabila a.k.a Emon (nama manja, haha). 

Kopak poket mak T__T  Amaryllis Salon & Day Spa 

Located in Wangsa Maju, near to Wangsa Walk and very easy to find. Simple instruction for those yang dah familiar dengan kawasan tu:

After traffic light atas bukit, u'll get the carefour on your left. Then turn left after Shell which located on ur left, next to the carefour. Then, take the first right before KFC/Pizza Hut. Amaryllis Salon & Day Spa will be on ur left, just sebelah restoran makanan arab, Al-Edrus (yang baru kuar dalam Jalan-Jalan Cari Makan, cewah), and opposite to Ar-Rahnu. 

Hah senang je. Tapi kalau tak tau macam mana nak sampai ke Carefour tu, ha gugel je lah macam mana nak sampai situu....hahahhaha

Layanan okla.... ramah mesra dan menyenangkan, hehe.

Tapi still terbayang2 akak kedai gunting kat sri gombak dan hasil guntingannye yang aku suke pegi dulu tu... wuuu T-T

Oh ye skrg tengah ade promotion best2. Kat MyDeal tengah ade RM52 for spa, scrub, reflexoligy etc etc. Ha klik la link ni klik la klikkk -->; MyDeal  

Me Being a Venusian ='D

Okay lets move to the emotional part. Here u'll find the major difference between a marsian and a venusian, in which we venusian put the most important ingredient of life called Emotion into almost every tiny little thing on this planet earth. HAHA

Yeahhh mari ber'emosi'. Kerana aku wanita. hahaha

Mula2 rasa rambut cam dah panjang, dan makin tebal. Pastu makin payah nak diurus. So hati pun pujuk suro potong.

Bila pakai tudung sanggul makin besar. Kalau basah rambut lambat kering, pastu selalu gatal. Kalau nak kerja nanti lagi payah. Those are the reasons I pleaded myself to let go some of my hair. Huk2. 

Well, rambut ni macam mahkota la bagi orang perempuan. Lama2 jadi sayang. Tak caya tanye la mana2 orang perempuan.. Typical ladies, hehe. So bila dah lama ada rambut panjang, sekali bile tengok2 cermin, eh, dah pendek? Waa rase nyesal lak potong! T-T

Ceh. tadi nak potong sangat!

Dah setahun simpan... mana la tak sayang. Dibelai dimanja setiap hari... haha 

Takpela nanti dia tumbuh la balik. Pujuk hatiku kepada diri sendiri. 

Camtulah kan perempuan. Kalau orang laki, senang. Aku nak botakkan kepala lah. Esoknye tengok2 dah botak,......siap senyum2 sumbing lagi bile orang tegur. Haha. Bile rasa nak potong, zappp potong je rambut, tak kisah la gaya ape pun. Asalkan aku selesa, tak rimas dan nampak hensem. huahua.

Orang perempuan, tak. Nak decide nak potong ke tak nak pun boleh makan berminggu2. Hahahaaa Pastu bila dah potong, boleh plak nyesal. Takde la nyesal sampai frust nonggeng sampai nanges2 tak nak makan segala.  Gila ke apa. Setakat rindu2 cetu je kat rambut yg dah tinggal kenangan..... haha... 

Tapi bila teringat dulu2 time sekolah, ade kisah rambut 'merajuk', rambut dah tak nak tumbuh lepas kena potong, uish lagi la berbelah bagi nak potong ke tak. Kui2. Heh harap2 la cerita tu karut je.. Karut2... Allah yang tentukan rambut ni nak tumbuh lagi ke tak.. heuheu~

Iftar with Girlfriends

Okla dah2 la part emo tuh. Lepas gunting rambut tu kitorg pegi solat asar kat Wangsa Walk. Then gerak ke restoran Barakah kat belakang Jusco AU2 tu untuk berbuka puasa.

Kat situ Eija, Olie and Along dah menanti. Tak lama lepas tu Nadiah Abdullah (Nad) plak datang. So jadila perjumpaan :

2 Lecturers (Along & Emon)
2 Pharmacists (Olie & Nad)
1 Engineer (Eija)
1 Penanam anggur (aku ler) T_T

Kitorg order: siakap 3 rasa, tom yam ayam, tom yam campur, kailan ikan masin, kerang bakar, udang goreng tepung, telur dadar.

Air plak air Fresh Orange, Apple Asam Boy (sedap!), Manggo & Teh O ais limau.

Overal... best lah.. sile la datang haha buat iklan lagi =p

Nah some of the pics... tapi takde gamba makanan la, isk2 sayang je..  hehe (aku segan, ramai sangat orang kat situ =p)

Eija tak suke gamba ni, tapi aku suke. Hehehe shhhh jgn bgtau die aku upload gambo ni =p

Bile dah muka2 ni kumpul, kluar la cerita2 masa kat skolah dulu. Walaupun la 4 drpd 6 orang gegadis ni dulu pengawas, tapi 'gila2' tu tetap ada.

Eija paling suka kenangan 'naik troli' di tengah2 dataran sekolah di tengah2 malam buta masa kitorg tengah mengemas dewan lepas jamuan... err jamuan KP rasenye. Sorang tukang tolak, sorang 'pemandu' troli, sorang lagi tukang gelak, dan sebuah besen jadi stereng, lol. Pastu tukar2 giliran. 1 drpd 3 kekanak ribena tersebut dah pun jadi bini orang, iaiti Paim (Fahimah). Makan tinggallah aku n Eija menduga nasib sape punye turn plak lepas ni. haha


Olie... nak senget2 jgk tu kepala die tu =p

Kenapa la semua gamba ni jadi herot berot.... bagai dipenyek2...haha lantaklah


Emon & Along <-- bride-to-be ^^

Olie & Nad - gaya kepala lentok Olie =p

Kitorg berbuka dulu then pegi solat maghrib. Pastu baru start melantak. So by the time kitorg nak makan tu, restoran dah pun kosong.... yang tinggal hanya kami dan 2 meja lagi yg ade family tengah makan... Hehehehe.

Oh my... How I hate bergambar dekat meja lepas makan... sebab pinggan2 n cawan2 kotor tu memburukkan pemandangan... tp xpe semua org dalam gamba ni ceria ^_^ suke!
Lots of thanks to akak yg offer tolong ambikkan gambar, hehe ^^

Patutnye ade lagi sorang iaitu Asma', tapi dia ade majlis iftar dengan family plak... xde rezki nak jumpa Asma'... xpela, lain kali ye Asma'.. insyaAllah...

Buat rerakan yg lain jangan sedih... ni bukannye reunion ape pun, sesaje je makan2... nanti bebile bleh kuar lagi sesame.. hee

Saaaaaaayang korg! mmuah muahhahahaha XD





Friday, August 3, 2012

Cerpen 2 Minit Di Suatu Petang di Bulan Ramadan

"Hoi, bangun solat. Dah nak dekat pukul 6 petang dah ni. Kalau tak solat, sia2 je puasa." bebel si kakak mengejutkan adiknya yang tidur terbongkang di ruang tamu rumah.

"Penatnya...dahla puasa, kena solat lagi," rungut si adik yang tak tau di untung. Mata masih tertutup walaupun mulut duk mengomel. Air liur basi yang meleleh di kesat dengan tangan. Euuwww!

"Hai, merungut nampak," kata si kakak.

"Susahnye.. kenapa susah sgt nak hidup?" tanya si adik. Bantal busuk masih erat di dalam pelukannya. Bulan puasa memang sedap layan tido. Lagi2 petang2 mcm ni.

"Susah ye...? baru hidup kat dunia dah kate susah. Kalau masuk neraka, ingat tak susah?" mulalah intro tazkirah si kakak buat menepis kesengalan si adiknya.

"Memangla susah. Sebab saje Allah nak test kite sanggup bersusah payah ke tak, sebab Dia nak bagi kita hidup best2 kat dalam syurga. Takkan semudah tu je nak sampai sana. Tak mencabar la. heh." tambah si kakak sambil melipat kain di ruang tamu rumah.

"Hmm...."

"Kalau hidup senang lenang, pastu tak payah buat pape ibadah, sama jelah dengan orang bukan Islam. Dah tu apa yang spesyel nye Allah nak masukkan kita dalam syurga yang berjuta2 kali lagi best dari dunia tu,"

"Haa..." sungut si adik melayan ngomelan si kakak. Kena bagi sedas dua jugak nih, kalau tak, sampai tua tak sedar2 diri.

"Eh bangunlah!" jerkah si kakak di kemuncak kesabarannya.

"Yelah...." si adik pun malas2 bangun menuju ke bilik air....dengan susahnya... Huhuh..






- Tammat - 












Disclaimer : Cerita dan watak2 tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah tiada.

Wassalam =)

Thursday, August 2, 2012

'Kekuatan Untuk Bersabar Dalam Bercinta' by remaja yang kembali ke pangkal jalan


Kata Hamka Kereta Mayat, sabar itu ada 3 jenis:
  • Sabar terhadap ujian dari Allah (kena musibah, kehilangan orang tersayang, etc.. well semua orang pandai bab nih)
  • Sabar menjalankan suruhanNya (nak beriabadat tu ingat senang ke. nak bangun solat time azan berkumandang tu Ya Rabb bermujahadahnye lah, nak puasa, pastu bangun malam bertahajud tu, ingat boleh buat ke semua tu kalau tanpa sabar) 
  • Sabar meninggalkan laranganNya (ni lagi susah dari no2 tadi, nak menahan nafsu beli makanan yg sedap2, menahan mata dari tengok benda2 yg lagha dan maksiat, menahan diri dari mengumpat mengeji, menahan diri dari pegi dating dan sebagainya)


Tapi aku nak tambah lagi 1 jenis sabar. Iaitu sabar apabila doa yang di pohon belum, tidak atau lambat dimakbulkan. Hoho

Oh kena sabar jugak tu. Kalau orang yang tak sabar, baru beberapa tahun berdoa tapi tetap tak makbul, dah terus taknak berdoa lagi. Give up lah senang cerita.

Tapi tidak bagi orang yang faham tentang sabar.

Sabar dalam Berdoa

Sebuah hadith yang diriwayatkan dari Imam Ahmad, lebih kurang macam ni la maksudnya:

Ada 3 cara Allah menjawab doa kita
1. Terus makbulkan perkara yang diminta
2. Tangguhkan doa tu untuk dimakbulkan di akhirat kelak, because the thing we asked for is much beneficial for us over there than here in dunya.
3. Allah replaces our desires not by giving us what we want,  instead by removing what is harmful for us.

(by: Abdul Nasir Jangda, Quran Weekly: Du'a)

Either way, Allah the Almighty knows which suits us best, off course. Sweetkan Allah. Allah tak pernah mengecewakan kita, malah Dia sentiasa dalam keadaan bersedia menanti doa dari hamba2Nya. Dengan syarat, kita pun kena yakin 200%. Tapi selalu kita kata ah doa aku susah nak makbul. Dah kau kata macam tu, memang sampai bebila lah takkan makbul. 

Sweetnya cara Allah makbulkan doa kita 

Selalu kita bayangkan cara Allah nak makbulkan doa kita, bila kita mintak kayu diberi logam. Minta air diberi jus buah, minta beras diberi nasi. 

Hoi, banyak cantik. Namun Allah Maha Bijaksana. Apa akan jadi kalau doa kita termakbul semudah itu? Cuba fikir. Oklah aku tau korang malas fikir. So baca je lah kisah dibawah ni.

Diceritakan sebuah kisah seorang remaja yang telah lama hanyut dengan pancaroba dunia. Namun tiba2 hatinya diketuk sinar keinsafan lalu menjadilah dia seorang hamba yang kembali ke pangkal jalan, lantaran usia pun makin meningkat dan sedar ajalnya boleh datang bila2 masa.

Dek sedar kelemahan dirinya yang susah mengawal diri dari layan benda2 lagha, dia pun berdoa banyak2 pada Allah agar diberi kekuatan supaya dia gagah menahan dirinya dari perkara2 tak berpekdah lagi syok namun mengundang dosa tersebut. 

Setiap hari, setiap kali lepas solat dia berdoa perkara yg sama. Tak pernah lupa berdoa. Mohon diberi kekuatan melawan perkara yg membawa kepada maksiat. Akan tetapi, dia berasa pelik, walaupun semakin banyak dia berdoa, semakin banyak dan hebat pula dugaan dan godaan yang datang. Sehari2 dia bermujahadah untuk mencari secebis kekuatan. Malah dugaan2 yang semakin kuat dari hari ke hari. 


Aku lemah Ya Allah... [source]

Kadang2 remaja yang kembali ke pangkal jalan itu hampir putus asa, hampir saja dia mencampakkan dirinya kembali ke lembah hina dunia yang penuh tipu daya ini. Hidup bergelumang dengan hiburan dan maksiat siang dan malam. Namun acap kali  jua bisikan2 keinsafan menunjal2 kepalanya agar lekas2 tersedar dari terleka dek keindahan palsu ciptaan syaitan dan nafsu. 

Disebalik kepayahan tersebut, dia seakan dapat merasakan suatu kemanisan hinggap di hati. Seakan terngiang2 pesanan tok gurunya sewaktu di sekolah pondok dulu, "Kalau kita cuba mendekati Allah dengan merangkak, Allah akan datang kepada kita dengan berjalan. Kalau kita berjalan, Allah akan berlari datang kepada kita. Kalau kita berlari, Allah akan datang kepada kita sepantas kilat." Tapi apakah maksudnya kata2 itu? Kenapa semakin dia cuba mendekati Allah, semakin payah dirasakannya?... Kenapa pulak macam itu jadinya?.. Remaja yang kembali ke pangkal jalan itu menjadi bingung. 

Selain itu, lagu 'Mengemis Kasih' nyanyian kumpulan Raihan juga sering terngiang2 di benaknya

Tuhan.. walau taubat sering ku mungkir 
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaku..

Setelah berbulan2 dia bertafakur dan merenung nasibnya, barulah remaja yang kembali ke pangkal jalan itu sedar. Rupa-rupanya itulah cara Allah mendekatkan diriNya kepada kita.

Sebuah 'love story' di sebalik ujian kesabaran

Remaja yang kembali ke pangkal jalan itu pun telah sedar dan tahu rupanya begitulah caranya Allah memakbulkan doa2nya selama ini. Apa yang dipohonnya sebenarnya Allah dah bagi depan mata. Cuma nampak atau pun tidak. 

Lalu berdasarkan apa yang dia telah lalui, remaja yang kembali ke pangkal jalan pun merumuskan satu flow chart yang simple saje:

Bertaubat atas dosa2 lalu, dan berdoa kepada Allah memohon kekuatan --> Allah bagi ujian --> ++ doa, mohon lagi kekuatan sebab rasa lemah --> Allah uji lagi --> tingkatkan doa, doa, doa dan tingkatkan amalan untuk beroleh kekuatan --> Allah uji lagi malah lagi susah --> +++++ doa, usaha, mujahadah sampai rasa kemanisan berdampingan denganNya...dan hinggalah rasa ketagih, nak lagi dan lagi dekat denganNya ^^


Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaku... 
[source]

Allahu akbar.... macam tu rupanya... T______T

Begitulah kecintaan Allah kepada kita kawan2ku yang disayangi sekalian. Dan begitulah pentingnya kesabaran dalam meraih cintaNya. 

Allah takkan semudah2 itu bagi kita apa yang kita nak. Malah Dia bagi ujian untuk kita lebih rasa memerlukanNya. Makin lemah kita rasa, makin kerap, kuat dan ketat pertatutan kita kepadaNya. 

Kalau senang2 je Allah bagi apa kita nak, lepas doa sekali dan doa tu dah makbul, kite takde de nye nak doa lagi dah, kan? 

Sebab tulah Dr. Tariq Ramadan pernah cakap:

Makin dekat makin cinta, ewah. 

Mencari kekuatan disebalik ayat-ayat cinta

Contoh seterusnyelah. Contoh mudah lah aku bagi. Katakanlah diri kita2 sendiri. Andai kita mohon pada Allah, agar dikurniakan seorang suami yang soleh, yang akan menjadi 'Imam' dalam hidup kita nanti. Imam yang akan mebimbing kita kejalan menuju ke syurgaNya, menjadi bapa contoh kepada anak2 kita kelak, penyejuk mata dan penawar hati suatu hari nanti. Adakah dan2 tu Allah nak timbulkan depan hang, seorang insan gagah perkasa pakai jubah dan kopiah lalu ajak nak menikah dengan hang minggu depan. Oh snap. 

Fikirlah ye rerakan. Allah tu Maha Kuasa. Sedangkan Iblis yang durjana punya doa pun Dia makbulkan, takkanlah doa kita Allah taknak makbulkan. Eh tapi hang jangan sebut lagu tu dalam doa, dah macam mengugut pulak. Hesh.

InsyaAllah, Allah makbulkan doa tu. Tapi mestilah dengan syarat, (selain syarat di atas)
  • Sabar
  • Yakin
  • Doa tu disertai dengan: Usaha, Ikhtiar dan Tawakal (according to what we asked for)
Macam kita order makanan kat restoran, nak makanan yang grand2 dan sedap2. Ade hiasan itu ini, pastu dengan deserts ala2 makan kat hotel 5 stars.Takkan nak expect order tu siap dalam 2 minit, macam masak me megi?  

Begitu jugaklah doa kita. Boleh jadi Allah SEDANG memakbulkan doa kita, iaitu dengan menyediakan 'seorang Imam' buat kita nun di sana entah di mana pelusuk dunia. Mungkin di kala kita sedang gigih berdoa ini, Allah sedang mentarbiyah 'dia' agar betul2 bersedia bila tiba masanya kelak.

Dan bila tiba masa yang sesuai, maka akan Allah sampaikanlah Si 'Imam' tadi kat depan hang, tiba dengan segerombolan rombongan yang datang bersama dulang2 yang berisi sirih junjung, telekung, coklat, baju kemeja, dan sebentuk cincin, yang datangnya membawa hajat untuk memetik sekuntum bunga nan kembang di taman, iaitu anda lah. Ewah. 

Jadi kenapa nak resah kalau doa kita macam tak nampak batang hidung. Macam takde hasil. Setelah dah revise semua syarat-marat dalam berdoa, tenangkanlah hati dengan keyakinan yang mantap terhadap cintaNya. Cinta Allah yang sentiasa mendengar doa dan rintihan hamba2Nya.

Sesungguhnya mujahadah itu payah. Dan kita amat2 perlukan barang secebis cintaNya untuk bekal kekuatan.

Dan sesunggunya kasih sayang Allah itu teramatlah luas. Fahamilah bait-bait kata2 cintaNya dalam Al-Fatihah yang diulang 17 kali sehari tu. Juga dalam tasbih dan zikir di siang dan malam harimu. Selongkarlah nota2 cintaNya dalam kalamullah di setiap bait ayat dalam mushaf Al-Quranul Kareem. Nescaya kau akan ketemu sinar kekuatan yang terbit dari secebis kasih dan cintaNya kepada hamba2Nya. Kekuatan untuk bersabar dalam mujahadah, melaui cinta kepadaNya. 

Wah. 

Ok faham?

Sabarlah ye,, oke bai.

ok Wassalam.

^^













motip. pesanan di atas macam kena sangat untuk penulis nampaknye hahahahahahaha. 
Dah2. tata, tata...

ps: credit to remaja yang kembali ke pangkal jalan. semoga berjaya menemui chinta sejati =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...