Saturday, July 7, 2012

Tujuh Tahun


Beberapa tahun dan bulan yang lalu, kami hanyalah pelajar yang naif. Samada di fakulti, hospital temerloh atau ampang kami mendamba ilmu dan tunjuk ajar dari guru2 yg berdedikasi. Pakar2 dan doktor2 di hospital dan universiti2 lain, juga lecturer2 kami sendiri. Lepas subuh gelap2 lagi dah pegi wad nak review pesakit, pulang pula di malam yg gelap. Dimarah ada dikutuk pun ada. Blaja dahla tak pandai2, susah pula. Tapi takpe, manade orang yg berjaya tu dpt senang2 camtu je kan?

12 hari yg lalu, di saat ini, kami sedang berperang dgn buku2 dan nota2 yang taktahulah bile nak habis baca semuanya. Kemudian bertarung pula dgn soalan2 yg memerah otak dan keringat di dewan peperiksaan selama 5 hari berturut2. Sumpah nanges jawab soalan. Berusaha sehabis daya yg termampu, hanya tawakkal saja pada Yang Maha Kuasa. 





5 hari yang lalu, saat ini kami sedang bertarung dengan clinical exam.. berdebar clerk patient, examine dan present kes kat examiners masing2... kemudian berpeluh2 dari satu stesen ke satu stesen short case demi sesuap kejayaan. Ada yang lancar, ade yang 'fumble' (mcm aku). Macam2 kisah dan suasana. 




3 hari lalu debaran sekali lagi di rasa di hari result di umumkan. Setiap patah yang keluar dari mulut dekan tersayang bagai petir yg memanah2, baik bg yg berjaya ataupun tidak. Lepas result diumumkan, semua berkongsi rasa suka dan duka. 




 




Hari ini, di saat ini kami bertarung pula mengemas semua barang2 perkakas dan buku2 pengajian selama 6 tahun kat sini (adeh banyak gile barang nak angkut) dan segala macam bnde yg aku taktau dari mana datang. Ada yg dah selamat angkut dan pulang ke rumah memasing. Ada yg masih rilek2 tak berkemas lagi tanda sgt sayang nak tinggalkan usim. Tak sangka akhirnya 7 tahun perjalanan kami telah tamat di sini. 






Tak sikit airmata yg tumpah. Tak sedikit hati yg berdarah. Tapi Alhamdulillah semua tu adalah rencah perjalanan ni. "What doesn't kill you makes you stronger". Segala puji bg Allah jua yg mengizinkan kami menuntut di alma mater bernama USIM ini. Fakulti yg unik yg telah mendidik kami bukan sekadar pelajar di bangku dewan kuliah, tapi dlm banyak sudut (only we and God knows :D) ALhamdulillah. Sesungguhnya kami adalah insan2 yg bertuah. Semoga kami diberi kekuatan untuk menempuh pelayaran baru yg bakal bermula beberapa bulan akan datang, tak kira apa bentuk perahu atau kapal layar yg kami tunggangi. Semoga kami menjadi doktor2 muslim yg boleh diharap dan tidak sombong dgn orang lain. Semoga kami dapat menjadi 'alat' untuk menegakkan syiar agamaMu Ya Allah.. 


Buat keluarga, guru2 dan teman..tak kira di mana kalian berada.. TERIMA KASIH, TERIMA KASIH Ddan TERIMA KASIH... you are indeed part of our success. hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian =)


Doakan kami semua satu batch dapat grad sama2 tahun ni.. ameeennn Ya Allah :)

5 comments:

Bintuhambali... said...

tsk2.. T_____T

eLyA said...

Timeline... Huwaaaaaaa T______T

Ndea Anuar said...

Put & Ela - huwaaaaaaaaa T_T

Ain bintu Amir said...

Tahniah utk semua! Sejuk hati bace entri n tgk pic2 kome sume ;)

Ndea Anuar said...

gambar mate sume bengkak2 merah2..nasib baik xnampak.. ehehe thanks ain!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...