Friday, July 20, 2012

Makcik H, Pakcik R, Makcik Z, Pakcik K, Nenek S... dan makcik2 dan pakcik2 yang lain... Semoga Allah merahmati kalian

Lebih kurang 2 minggu yg lalu, anak pakcik Anuar telah berjaya menamatkan pengajiannya. Maka tibalah masa untuk dia angkut semua barang2nya pulang ke rumah, meninggalkan kampusnya buat selamanya2. Sungguh banyak barangnya, hingga memerlukan 3 trip pengangkutan iaitu  mula2 oleh adiknya, kemudian abangnya, dan akhir sekali akan diangkut pulang semua oleh ayahnya. 'Tapi cara ini lebih mudah dan kurang memenatkan berbanding sebelum2 ni, yang hanya 1 trip angkut semua skali, lalu aku sakit tangan dan badan selama 3 hari berturut2' getus hati kecil anak pakcik Anuar. 


Tiba-tiba, sedang dia kemas2 buku-buku dan kertas-kertas nota2 pengajiannya, dia terjumpa kertas2 clerking sheets mase clinical years dulu. (ceh bunyi macam lame sangat je). Bersepah2. Malah ada yg disimpan simpan dari 4th year lagi. Kekononnye nak simpan la kot2 berguna ke menjelang final year nti. 'Last2, bukan saja tak guna, malah tak ingat pun aku ade simpan menda2 ni sume. Hampeh.' katanye kepada dirinya sendiri yang hampeh.

Dia pun terbaca nama2 pesakit2 itu lalu terbuai2 hanyut dibawa kenangan2 silam bersama pesakit2 di hospital yang ditemui masa clinical years-nya dulu...... lalu anak pakcik Anuar pun memulakan ceritanya..

Makcik H. Aku berkenalan dgn makcik H (umur 60an) di wad perbatan (medical) perempuan, di hospital X. Ya, literally, berkenalan. Sampai anak2 dia pun aku kenal. Makcik H masuk wad sebab demam yang panjang. 2 minggu makcik ni demam. So admit untuk cari punca demamnye. So doktor2 suspek makcik ade jangkitan kat tisu jantung (bace: Infective Endocarditis). Masa 1st clerking aku tak dapat apa2 risk factor atau punca untuk kate makcik ni dapat penyakit tu. Tapi mase cek2 mulut dia, ku lihat giginya begitu cantik, lengkap semuanya, putih malah tersusun rapi. "Cantik2nye gigi makcik!" kataku, kagum. "Gigi palsu ni.. Hehehehe." terkekek2 makcik gelak. Gelakkan aku mungkin, kerana gigi palsu pun tak kenal. (Yelah, arwah opah n tok kan pakai gigi palsu mcm ni dulu. Aku ni pon!). "Baru je buat ni," ujar makcik lagi. 

Aku: baru? Hm... Bile tu makcik?
Makcik H: ala... baru je... sebelum makcik demam ni la
Aku: secara tepat dan jitu makcik, berapa barukah itu? sehari sebelum demam? seminggu, dua minggu?
Makcik H: hmm... mcm polis la kamu ni. Dalam, sehari dua sebelum demam tu la.. (aku x ingat jawapan sebenar makcik, tp lebih kurang la)
Aku: (Yes, jadi, mungkin inilah puncanya!) Bingo!
Makcik H: Opocot kau bingo!!

(nota: kuman dari mulut masa dental procedure boleh menyebabkan jangkitan pada tisu jantung)

Aku ni entahla. Kalau clerk patient tu, dalam exam je aku boleh clerk kurang sejam. Selain tu, clerking time aku antara 1-2.5 jam. Hahaha. Sebabnye, berborak. Lagi2 kalau pesakit tu kena admit lame kat dalam wad. Lagila jadi kawan aku la nampaknya. 

Pernah sekali tu time aku lawat (sesaje nak tengok makcik aku ni ok ke x hehe) makcik H, dia tengah baring2, takde buat ape2. Literally, tak buat ape2. Aku rase sedih bila melihat orang tak buat apa2 lagi2 di usia emas begitu. 2-3 minit pun, sangatlah berharga masanya.

Aku: Assalamualaikum makcik. buat ape tu? (dah nampak lagi nak tanye)
makcik H: waalaikumussalam... takde buat ape.. hehe
Aku: Mesti makcik bosan kan duk sini lame
Makcik H: hehe bosan le jugak.. tak tau nak buat ape dah. 
Aku: makcik bace la buku ke majalah ke (Quran ke? takde?)..
Makcik H: itulah, nak bace pun tak de ape nak dibace.. hehe..
Aku: Oh, anak2 xde bawakkan majalah ke, sokkabar ke?
Makcik H: Ade juge pesan, tapi deme lupe
Aku: Oh.. hehe.. ok2

Maka berangkatlah aku dengan satu misi. Macam mana nak tolong makcik ni supaya daripada takde buat ape2 kepada ade buat ape2. Maka tengahari tu masa turun pegi makan, aku lalu kat kedai kat bawah spital tu. Ternampaklah buku... err x ingat tajuknye. Buku kecil, karangan isteri Tuan Guru Nik Aziz. Bidadari Syurga? ke ape tah tajuknye. Lalu aku pun hadiahkan kat makcik H buku tu. 

Tersengih2 makcik tu dan aku skali (sebab bagi buku isteri Tok Guru hehehe). Double-edge sword, kate orang putih. Hehehehe. "Time kasih.." kate makcik H. 

Ingat lagi sorang bapa kpd pesakit kanak2 yg tinggal x jauh dari rumah aku. Borak punya borak...rupa2nya beliau memiliki perniagaan lembu dan kambing terkenal di tempat aku. Woah. Pastu bagi aku bussiness card yg aku pun tak ingat letak mane. Heee ade kot, adee hehehe. Katanye, kot2 la nanti aku atau keluargaku nak cari lembu atau kambing buat kenduri, senang. Contact aje pakcik. Pakcik tu yang juga merupakan orang tabligh, banyak bagi aku nasihat, kata2 semangat, tazkirah. Aku pun ape lagi, ambik la kesempatan minta beliau doakan aku nak exam. Hehe... 

Masalah aku ni la. Clerking session jadi 'berborak'ing session. Tapi sebagai pelajar, aku telah cuba melatih diri untuk tidak clerk patient dengan meleret2. Malah selalunye punca utama jadi meleret adalah patient tu yang peramah, bukannye aku. Haha.

Aku selalunye sangkut kat social history la.. di mana kite kena tau latar belakang pesakit tu cam kerja ape, rumah kat mane, tinggal dgn sape, anak brape, ade orang jage ke tak kat rumah, isteri kerja ape, suami kerja ape, merokok ke tak, merokok berapa batang sehari, rumah jenis ape, kalau flat ade lift tak, kang naik tangga semput mcm mana...hohoho.. So bila tanye pasal keluarga, mulalah keluar anaknye, lakinye, kerjanye semua2 lah.

Pernah ade sorang suami pesakit tu siap bagi aku bussiness card dia (ni ke berapa tah aku dapat bussiness card dari patient). Yang aku clerk bininya, tapi dia pun ade kat situ skali mase tu. Kenapa tah bagi kad, aku pun tak tau. Tapi peramah orangnye. Katanye beliau kenal dengan salah sorang orang besar universiti aku. Mungkinkah bagi bussiness card supaya dapat aku lobi dia menjadi orang besar universiti aku? Atau secara tersiratnya mahu menjadikan aku menantunya? Ape-ape ajelah. Sape tah orang besar tu, x ingat pulak. Tup2 bila tengok card tu baru aku tau... Oh Dato' rupanye. Rugi tak ngorat. Anak dia. Eh? Dah hilang pulak kadnye hehe. 

Ade skali tu  dah nak sejam clerk (baca: temubual/interview/ambil cerita berkenaan penyakitanya) pesakit tu, dah hujung2, baru tahu  bahawa beliau adalah bapa kepada seorang pelakon/penerbit filem tersohor di Malaysia ni. Wah. Sedikit bangge. Namenye Pakcik R. 

Aku: Pakcik (since patient dah bahasakan dirinye pakcik) tinggal dengan sape je kat rumah?
Pakcik R: dengan isteri pakcik je, berdua. Tapi kadang2 anak2 pakcik tinggalkan cucu2 pakcik kat rumah kami. Diorang tu selalu outstation. Sebab anak pakcik tu keje buat filem. Sorang lagi pelakon, suaminya plak main band. Dua2 ni la selalu tinggal anak2 dgn kami.
Aku: buat filem? Siapakah anak pakcik tu?
Pakcik R: selalu la dia ke sana ke mari, berhari2 tak balik kadang tu..bla bla (cuba buat2 x dengar soalan aku, ceh)
Aku: (okla...xnak jwb xpe.... so tanye soalan lain...)
Bla bla bla bla....... 
Aku: (di akhir sesi temubual) okla ye pakcik, saya minta diri dulu. tiem kasih banyak2 ye. ape2 hal kang sy datang jmpe pakcik lg (kot2 la ade bende telupe nak tanye hehehe)

Bile aku dah nak bangun...tetibe je pakcik R bgtau...

Pakcik R: yang anak pakcik yg buat filem tu, si a____ ____m . (dgn suara yg humble dan takde gaya riak langsung). Adiknye berlakon jugak, si _______ tu. Ade lagi sorang adik perempuannya pun, baru je lagi berlakon, namenye _______. 
Aku: Oooh! yeke? Wah patutla ade rupa! patutlah saya tengok pakcik ni macam familiar je Haha (ceh, saje je pakcik ni buat2 x dengar soalan aku tadi rupenye -_-).. ooo... rupanye pakcik ni ayah dia ke.. huhu kenapa tak cakap dari semalam. heh

Nama pelakon dan adik2nye tu dirahsiakan la ye. Tapi pakcik R tu memang peramah. Awal2 die xcakap ape pun, bila aku tanye2, dah last2 baru die bgtau sape anaknye. Hoho. Oh ye, mak sedara Datuk SN pun aku pernah 'ter'clerk hehehe sakit ape? rahsia.....   

Mase posting gynae last year, aku berkenalan dgn makcik Z pula. Makcik ni memang lame duk wad. Dengan anak dia, dari jauh lagi dah greet dan senyum kat aku. Kalau time aku datang tu makcik Z tengah tido, anaknya akan kejutkan maknye.

"Mak, mak ni nadia datang ni mak,"
"Eh tak pe la kak, xpe2 biar la makcik tido,"
"Makcik muntah2 tadi nadia, tak lalu makan. Agaknye ubat bius tu la agaknye tak?" Makcik Z baru je beberapa jam keluar dari dewan bedah, dia menjalani pembedahan membuang barah ovari. 
"Muntah? hm, mungkin la. Sebab memang biasa lepas bius tu akan loya, muntah2, tak lalu makan. Dalam sehari dua insyaAllah hilang la loya2 tu. Takpela biar makcik tido, nanti saya datang lagi"

Antara datang sebab nak melawat sebab betul2 nak melawat, atau sebab sekadar nak tahu progress patient untuk tulis dalam case write up.... Allah. Lemahnya aku bab niat ni. Semoga Allah ampunkan dosa hamba yang penuh khilaf ini.

Kadang tu serba salah rase. Nak rapat lebih2 tak buleh. Tapi hati rase kesian, dan x patut kalau sekadar datang jumpa diorg dan tanya soalan bertubi2, tapi bila diorg ngadu, tak boleh nak buat apa2. Malah kadang tu, terdetik dlm hati 'alamak, aku mana tau ape2!'. Sekurang2nya, dengarlah. 'Try to be a good listener,' nasihatku kepada diri sendiri.

Astaghfirullah... Ya Allah, ampunkan aku. Sesungguhnya mereka tu bukan saje2 suka2 nak datang hospital.  Nak pegi hospital tu pun bila dah tak tahan sangat sakit, dah habis kudrat dnan usaha. (Orang kita memang biasa macam ni, di kalangan ahli2 keluarga kita pun macam ni jugak kan.) Dah tu duduk di wad, dapat layanan buruk pula. Macam manalah orang tak benci dengan hospital, doktor, misi dan ubat hospital. Kalau bukan kerana kudratNya, kuasaNya yang menghendakkan mereka sakit, lalu menjadi ujian buat aku (dan kami) untuk bertemu dengan mereka, masakan pertemuan dan perhubungan itu terjadi?

Bulan 12 tahun lepas, beberapa bulan lepas makcik Z keluar dari hospital, aku terserempak dengan anaknya di hospital selayang, masa mak masuk wad sebab asthma (lelah) dulu. Aku ingatkan makcik Z masuk wad lagi, rupanya adik dia. Fuh, risau aku masa mula2 nampak anak makcik Z kat situ. 

"Eh, Nadia buat ape dekat sini?"
"Eh akak. Mak masuk wad. Asthma, baru je malam tadi,"
"La.. yeke.. abes tu sekarang macam mana, dah ok?"
"Alhamdulillah, bertambah baik la, tapi semput2 jugak lagi. Mungkin 2-3 hari jugak kot kat sini. Makcik ape kabar? Akak kat sini..."
"Makcik akak masuk wad. Masalah buah pinggang dia. Mak akak alhamdulillah nadia, sihat sket dah dia, ade kat rumah. Semoga mak nadia cepat sembuh ye,"
"InsyaAllah. Alhamdulillah, kirim salam kat mak akak ye. Makin kurus akak ni saya tengok," ujar ku pada anak makcik Z
"Mane tak nye nadia, jaga orang sakit.. mak lagi, makcik lagi. Makcik akak tu kan takde anak, akak jugak la kena tengok2kan. Kalau tak sape lagi " 

Kesian aku tengok anak makcik Z. Makin cengkung muka dia. Memang nampak dia sangat penat, lebih penat dari masa dia jaga emaknya hospital tempoh hari. Namun dia sangat2 dedicated menjaga kedua orang tua itu. Masa menjaga ibunya, berapa hariii dia tido kat wad tu. Tido kat wad, pepaham je lah nak lena macam mana. Ya Allah, ganjarilah pahala yang setimpal kepada anak makcik Z. Dan berilah hidayah padanya agar selendang di bahunya itu bertukar menjadi tudung yang lekat di kepalanya. Ameeen. 

Ada yang lagi terkesan di hati aku. Kisah pakcik K yang aku jumpa awal tahun ini di wad perubatan lelaki. Dia dibawa ke hospital sebab tak sedarkan diri sebab kandungan gula dalam darah yang sangat tinggi (DKA, diabetic ketoacidosis). Keadaannya sangat menyedihkan. Kedua2 kakinya bengkak. Sebelah kanan, ada beberapa batang jari dah kehitaman, menandakan tisunya dah mati ('gangrene'). Allah... sedihnya aku tengok pakcik ni. Awal2 dia masuk tu, sangatlah lemah, depressed, bercakap pun taknak. Mata pun bukak sikit2 je. Most of the time, hanya tidur dan terbaring. Tapi entah kenapa aku macam rasa nak sangat bercakap dengan pakcik ni. "takpela, esok je la aku datang," getusku dalam hati,

Keesokan harinya aku tengok pakcik dah boleh duduk di atas katil. Bercakap, macam biasa. Tapi pakcik ni pakai baju warna putih, pakaian untuk pesakit yg akan dibawa ke dewan pembedahan. Hari sabtu pula tu, mesti pembedahannya emergency. 'nak kena operate ape pulak pakcik ni, ni kan wad medical,' ujarku dalam hati.

Aku: Assalamualaikum pakcik K.. pakcik dah makan? (saje tanye, padahal dah tau kalau nak operate kena puasa)
Pakcik K: Mana boleh makan, nak operate ni kejap lagi. Tapi lame dah aku tunggu ni ha. Haih
Aku: Oh... operate ape pakcik? 
Pakcik K: ni kaki ni  nak kena potong, dah rosak katanye. Tapi mana anak pakcik ni, aku call suruh datang. Bawak pampers baju2 aku.. la hai... (tone suara pakcik mula bertukar, kerut2 di dahi mula timbul, mata mula kemerahan)
Aku: (:O nak kene potong??? Oh my...... bayangkan kalau kite dapat berite kaki kite kena potong?? namun aku cuba mengawal perasaan ini) Oh... pakcik dah telefon ke diorg?
Pakcik K: udahhh.... misi dah suruh datang... ada bini dibuatnye kita macam ni.. ada anak pun buat tak tahu je dengan kita (air mata pakcik mula menitis. alamak..)
Aku: (:O bini? anak? sikit pun pakcik ni tak kisah dengan kakinye yg bakal kudung sekejap lagi.... tapi anak dan bini juga yg disebut2nye dari tadi)
Pakcik K: ade bini pun, dibiar je kite sakit. kite tak boleh bangun, kite mintak makan pun, dibuat tak tahu aje. dibiar je aku kebulur dalam bilik tu sorang2. mintak ubat pun tak di baginya. sob sob (pakcik menangis)
Aku: (kaki tu? err) Sabar ye pakcik. pakcik jangan la pikir2 sangat lagi. sekarang kita cuba bagi sembuh dulu nanti dah sihat pakcik boleh balik
Pakcik K: ah balik pun bukannye diorg nak lagi aku ni.... bla bla bini aku ni.... bla bla.... anak2 aku ni tak ingat ke ayahnye ni... huwaaa bla bla bla... bini..... anak.... bini.... anak... bini..... huwaaa T___T
Aku: (errr pakcik, kaki?)errk... 


Amputated... [gambar hiasan. source]


Yang aku ni duk kaki kaki, kang... Bukan ape, aku kesian n risaukan dia yang akan kudung kakinya dalam masa beberapa jam je lagi. Yelah memang la tak boleh nak buat apa, dan potong (amputation) adalah rawatan terbaik supaya mengelakkan penyakit tu merebak ke atas. Tapi pakcik K, langsung tak sebut pasal kaki dia. Langsung x menunjukkan kebimbangan pasal nasibnya yang bakal tidak berkaki sebelah. Apa yang dia nakkan masa tu, adalah anak2 nya datang bawakan lampin pakai buangnya dari rumah sebab dia tak tahan misi2 asyik membebel kena tukarkan lampinnya dan pakaikan lampin hospital. Dia malu pakai lampin hospital yg ditukarkan oleh misi2. Allah...... Dan dia juga sedih memikirkan isteri dan anak2 yang tidak mengendahkan keadaannya yang begitu uzur itu. Allahuakbar!

Menagislah kita yang serba sempurna anggota, sihat tubuh badan, tapi tak tau malu.... Malas guna kaki dan tubuh badan yang sihat ni untuk bekerja. Malu lah wei...

Macam2 pengajaran. Tapi yang paling bestnye bila patient2 ni, terutama pakcik2 atau makcik2, bagi nasihat. Rase lega kejap rase stress2 sume mcm keluar kejap dari kepala dan dada yg sesak ni. Contohnye macam entry2 aku yg lepas 'Drama paru2 dan hati' (lagi2 entry ni -_-) dan 'My patient is my friend'

"Nadia ni tengok luarnya tegas orangnya, tapi kat dalam tu lembut je, lemah. Senang dipujuk. Hati tu, kalau ape2, senang terasa, kan?" ujar makcik S, yang menggelar dirinya nenek. Nenek S menemani cucunya, Sarah (bukan nama sebenar ke name sebenar dia, entah), 3 tahun di wad kanak2. "Nenek ni memang boleh baca raut muka orang, hehehe.." ujar nenek S lagi. "Err... hee entahlah, ye kot.. kadang2.." (blushing dah aku. pandai pulak nenek ni tembak). "Err saya terpaksa mintak diri dulu nek, ade kelas" Cis, tak sempat borak panjang lagi dengan nenek. Esoknya, mereka dah takde dalam wad... dah balik rumah ='(

Sekarang ni, teringat2 lagi kat mereka2 semua... Mane tah peginye diorg. Ape la citer tah diorg.

Surprisingly, aku pernah dengan secara spontannye tertegur seorang patient kanak2, umur 3 tahun kot, malah dia pun tak kenal aku ni sapa. Haha. Mase tu tengah nak beli barang kat Giant Batu Caves ni. Tibe2 aku lalu di depan seorang kanak2 yang tengah merengek nakkan sesuatu. Ibunya sedang berusaha memujuknya. "Eh Nabil 9bukan nama sebenar)!" tegur ku spontan. Kenal sangat aku dengan budak ni sebab dia sangat manja dengan kami student2 masa kat wad paediatric tu. "Erkk.." terkedu si emak. Nabil pun terkebil2 kat situ menengok orang yang tak dikenali memanggil namanya. "Err, Nabil kan?" aku bertanya kembali, sekadar nak memastikan. "Aah,,.." jawab mak, masih konfius, sejak bila anak aku tak pepasal famous macam artis nih. "Saya jumpa dia kat spital ampang aritu," ujarku, senyum, sambil berlalu meninggalkan ibu yang terpinga2. Sebenarnya aku kenal ibunya macam tak friendly sangat, dan tak berapa suka melayan orang sangat, so aku malas nak banyak cerite, tu yang terus berlalu pergi. (ala, nak tegur Nabil... huk2). Huhu.

Semoga sihat semuanya. Pada yang dah ter'lost' contact, saya mintak maaf banyak2 atas kekurangan diri. Pada yang bertanya soalan dan meminta tolong, saya minta maaf kerana kecetekan ilmu dan keterbatasan pengalaman menghalang saya berbuat demikian. Terima kasih kerana menemani perjalanan saya sehari2 kat spital tu. Teman berborak, melawak, bergurau senda. Thanks sudi kongsi macam2 yg tak terucap dek kata2, tak tertaip di blog ini.  Terima kasih atas nasihat2 dan pengajaran2, baik yang secara langsung ataupun tidak. Thanks for being supportive. Allowing me to got into ur shoes somehow. 

May Allah forgive us and bless us all. 






6 comments:

Bintuhambali... said...

tumpang tnye ckek, sape name bapak Ahmad Idham ek?? *sambil mata terkebil2*

MOge2 product from USIM akan menjadi batu-bata kpd perubahan sistem kite! insyaAllah~

farhana rahim aka paan said...

try to be a good listener,, sometimes it will be the best medicine ever.. :)

Ndea Anuar said...

Put - err..entah. knape dengan ahmad idham tetibe nih?? =p

moge2 insyaAllah... yg ade bakat 'main angin' pon ramai... ye tak? haha

Ndea Anuar said...

Kak Paan - yes, I agree :) and I feel the same. sometimes they want nothing but someone to hear them. Their sorrow. Kan =)

Ain bintu Amir said...

sedihnya bace cite pacik nak kene potong kaki tp xde bini n anak2 kt sisi die tu..sobss T-T

Ndea Anuar said...

Ain - sedih kan.... sampai hati diorg buat mcm tu kat suami/ ayah diorg.... sebelum buat tu cube la pikir, kalau lepas ni kite pulak yg ditimpa malang, n xde orang sudi nak jaga, ape perasaan kite?.. hu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...