Saturday, July 21, 2012

Diari sehari sebelum Ramadhan - 'Shopping'

Ketika ini malam telah lama melabuhkan tirainya. Cicak2 mula memberanikan diri mencari port2 di siling rumah baru ayah ini. Kedengaran suara kucing2 bercekerama di luar, di sebalik dinding batu ini. Eee geli aku. Monyet2 di bukit belakang rumah pula senyap aje malam ni, mungkin sudah lama tidur, mahu bangun sahur awal. Tapi aku yang dah kenapa tak boleh tidur ni. Entahlah. Dahlah tak berjaya nak cuba pasang modem dan router unifi tadi. Nyesal tak belajar dari Encik TM yang datang aritu. Cis.

Seketika teringat peristiwa 'shopping yang best sangat' petang tadi.

Petang tadi kami berempat - aku, mak, ayah & umy keluar nak beli perkakas rumah, barang2 plastik seperti gayung, berus baju, berus sabut, pencangkuk, bekas itu ini, wiper pencuci tingkap, door mat, bakul2 baju kotor dan sebagainya.

Maka kami pun keluar rumah pukul 4.22pm, selepas menghantar keberangkatan Aff dan Rafiq yang bertolak ke Kelantan petang tadi di muka pintu rumah. Maka sebaik saja kami turun dari kereta, azan asar berkumandang, betul2 ketika itu kami dah terpacak depan kedai. Lalu mak mengajak aku & umy pegi solat kat surau Petronas di seberang jalan. Mase tu pulak hujan dah turun renyai2. Ayah suruh kami pergi dulu, dia akan menyusur kemudian. Maka berbekalkan sebatang payung sebab hari dah nak hujan, kami pun berjalan kaki ke surau tersebut. Ayah memulakan operasi membeli barang2 perkakas rumah sorang2. 

Sesampai aje kami kat surau tu, hujan pun turun dengan teramat2 lebatnya. Memustahilkan kami untuk kembali ke kedai perkakas plastik itu walaupun dengan berkongsi 1 payung. Lebat sungguh2. Siap guruh dan kilat. Sampai air hujan pun siap tempias2 masuk ke surau. (Sila bayangkan scene hujan yang lebat, nak bercakap pun tak dengar suara orang, kemudian dikejutkan dengan bunyi guruh berdentum dan petir yang sambar menyambar. Hoho.) Jadi kami pun solat dan berdoa puas2 kerana taknak lepaskan peluang mendapatkan doa yang makbul ketika hujan lebat, insyaAllah. 

Setelah selesai solat dan berdoa puas2, hujan makin lebat dan lebat. Maka terpaksalah kami tunggu saja di situ. Aku pun ape lagi, mulalah mengantuk. Mula2 sandar kat dinding, pastu bila dah tersengguk2, ah baring ajelah terus. Mak pun join sekali. Umy je yang tak tidur.

Aku hanya sms ayah, beritahu yang kami terkandas di surau petronas. Mak cuba call ayah tapi sepatah pun tak dengar kerana bunyi hujan yang sangat kuat. Sudahnya berehat2lah kami di surau itu. Ade la dekat sejam jugak rasanye menunggu kat surau tu. Sejam  tidur bangun tidur bangun dan siap termimpi2. 

Lebih kurang sejam lepas tu, hujan mula reda. Umy pun ajak aku dan mak untuk ke kedai tersebut, menyambung program membeli belah kononnye. Sebelum keluar dari surau, ternampak seorang wanita juga sedang tidur di dalam surau tersebut. Oh, bukan kitorang je yang terkandas rupanye. Namun sebaik saje keluar dari surau, mak ternampak kereta ayah di depan surau. "Hoh, ayah dah kat sini?" ujar emak.

Lalu kami pun cepat2 masuk ke dalam kereta kerana di luar masih hujan. Rupa2nya ayah dah setel pun beli semua barang2 tu sorang. Then kami pun pulang ke rumah....

"Lah. Kita keluar just untuk pegi tidur kat surau Petronas je. Hahaha" kataku yang paling puas tidur kat surau Petronas petang itu. Hampeh!






ps 1. Sediakan payung sebelum hujan. - Dah.
ps 2. Cek ramalan kaji cuaca sebelum pergi membeli belah. - Ok!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...