Tuesday, July 31, 2012

Diari 12 Ramadan - Sorry That I Left You

Salam 12 Ramadan  =)

Hari ni first time balik sorang2 jalan kaki dari surau. Untuk ramadan kali ni. Huu gelap. Tapi tak perlu risau kerana di taman ni so far sangat selamat, tiada orang gila mahupun anjing gila yang berkeliaran. Hanya budak2 melepak lepas tarawikh saja. 

Aku balik sorang2 sebab aku tinggalkan mak. Hahaha. Mak suka balik lambat, n selalunya kitorg lah orang ke 3-4 orang perempuan (dan kuih muih) yang last balik dari surau =_='

"Mak, jom la cepat.."kataku pada mak slow2, sambil bersalam-salaman dengan para jemaah yang lain.

"Tak reti la nak cepat2. Nak jumpa orang, jumpa kawan2 mak ni haa ='D ..." sambil mata bersinar2.












Tapi mak balik dengan ayah la, naik keta. Sebab dua2 lambat. Berborak (baca:bersosial dengan jiran setempat) lame sangat...






ps: Peribahasa = Emak borek, Ayah rintik. Boleh?


Monday, July 30, 2012

2 dan 12

Aku suka nombor 2 dan 12.

Dan aku jeles dengan orang2 yang berkahwin pada tahun 2012.


Sekian.










ps: Entry takde motif.   ='D

Sunday, July 29, 2012

Diari 2 dan 8 Ramadan - 'Suami Puan Ju' (dah macam tajuk cerita gosip la pulak)

Assalamualaikum wbt.... =)

Syukur... dah sampai Ramadan ke-9 dah pun kita.. 

Tapi aku punya diari Ramadan still sangkut kat 1 Ramadan lagi.. haha

Sesungguhnya Ramadan ni banyak ceritera yang tersembunyi sehari-hari. Tapi masa yang tak mengizinkan aku nak 'save' kan semuanya kat sini setiap hari. Ni pun cilok2 waktu tidur... Erk..

Sahur 2 Ramadan, ayah tak sihat. Kepala berpusing2, kata ayah. Sampai muntah2. Risau jugakla tengok ayah masa tu. Makanya aku dan Aff la yang kena pegi Nilai ambik tempahan langsir tu. Tapi siang tu alhamdulillah ayah makin okay, n esoknye dah sihat seperti biasa.. Alhamdulillah.

Alhamdulillah semalam (Sabtu 8 Ramadan) ikut mak berbuka kat rumah kawan dia. Kawan2 mak yang lain dan jiran2 tuan rumah tu pun dijemput jugak. Dalam berbual2 petang tu, mak dan sorang lagi kawannya bertanya pada tuan rumah tentang seorang jiran tuan rumah.

Puan Ju (bukan nama sebenar, sebab aku pun tak tau ape nama dia) 31 tahun, mempunyai suami yang lumpuh seluruh badan sebab jatuh di tempat kerja. Makanya keluarga dia kehilangan sumber pendapatan.  Anak kecik lagi, 2 ke 3 orang entah. Sekolah rendah lagi. Tapi lepas tu Alhamdulillah banyak sumbangan diorang dapat, siap masuk Bersamamu TV3. Lepas masuk Bersamamu, adel a pemimpin dari sebuah parti berbangsa Cina datang melawat. Sejak itu, parti ni bagi bantuan susu setiap bulan untuk suami Puan Ju. 

Jadi masa kitorg datang semalam, mak dan kawan2nya nak pegi la ziarah keluarga Puan Ju ni. Tapi malangnya, kata penduduk kat situ, suami Puan Ju telah pun dihantar ke pusat kebajikan orang Buddha untuk diajaga di sana. Allahu akbar... Allah... mengucap panjang mak dan kawan2nya mendengarkan berita tersebut. 

Rupa2nya, Puan Ju ditwarkan bantuan oleh pusat jagaan tu. Yang mana separuh bayarannya ditanggung oleh parti yang memberi bantuan susu tadi. 

Allah...

Mereka dapat bantuan, tak apelah, baguslah.. tapi yang sedihnya, kenapa dihantar ke pusat bukan Islam?

Macam mana solatnya? Makanannya? Pengisian rohaninya?

 Dan macam mana pula dengan akidahnya nanti?

Mengikut penduduk kat situ lagi, kalau diikutkan, sumbangan2 yang diterimanya sebenarnya dah banyak. Dari parti tersebut, dari kebaikan, dan zakat (several hundreds ringgit, in total almost 1k, as what they've mentioned). Tapi masalahnya adalah, Puan Ju sendiri yang tidak mahu menjaga suami yang uzur itu.

Allah.... 

Mintak ampun la banyak2 pada suamimu duhai Puan Ju. Syurga isteri terletak di bawah kakai suami. Macam mana kalau si suami pergi mengahdap Ilahi dalam keadaan dia tidak redha padamu?

Naudzubillahi minzalik...

Puan Ju pula sekarang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai pakaian di kotaraya Kuala Lumpur, keluar awal pagi dan akan pulang ke rumah sekitar 9-10 malam. Maka tak dapatlah kami menemuinya semalam.

As expected, suami Puan Ju dijaga dengan baik di pusat jagaan tersebut. Badannya bersih, kurap2 dan kudis2 di badan pun dah hilang. Puan Ju tak pernah pergi melawat suaminya, tapi berita tentang keadaan suami puan Ju ini dikhabarkan oleh salah sorang jiran tetangga di situ yang ada pergi melawat suami Puan Ju di sana.

Bukan nak cari aib mana2 pihak, tapi kita ambiklah iktibar dari kisah ni (walaupun macam citer tak habis je). Macam kisah pakcik K yang aku tulis sebelum ni. Bila dah sakit, buruk, teruk, kita ditinggalkan oleh insan2 yang kita sayang. Oh beratnya penderitaan.

Oleh itu sayangilah Yang Maha Penyayang sebelum mebuta tuli kita menyayangi orang yang perangai entah macam mana kita tak tahu.

Bila cinta dan sayang kita pada Allag dah tip top, Allah akan menyalurkan kasih sayangNya yang tak berbelah bagi, melalui berbagai2 saluran, dan salah satunya dengan menghantar orang2 untuk menyayangi kita lah...... 

Kalaupun ade orang yang mula2 sayang kita tapi rupa2nya ade niat nak buat jahat pada kita, Allah tetap akan melindungi kita, insyaAllah...

Huh pandai pulak aku berceloteh. Okla malam sudah larut. Kang esok ting tong lagi time tarawikh. Baik aku tidur cepat sebelum monyet2 di bukit belakang ni mengilai2 lagi. Heh.

Sedikit nota tazkirah tarawikh semalam:

Tanda puasa kita diterima Allah:
1) Semakin meningkat rasa takutkan Allah
2) Semakin mendalam cinta pada Rasulullah SAW

Kalau dua2 ni punstill takde atau samar2 lagi, sila kita revise puasa masing sebelum terlambat...   





Wassalam........ zzzzzzzzzzz





"Ya Allah, jadikanlah aku nanti, seorang isteri yang taat dan kasihkan suamiku walau dalam apa keadaan sekalipun. Ameen.."


Walaupun sampai tua kerepot, berkedot..... ='D





Monday, July 23, 2012

Diari 3 Ramadhan - 'kakak senior' dah nak kahwin


Diari 3 ramadhan. Selepas sahur duduk2 mengadap laptop sementara tunggu azan subuh. Tengok2 notification yg konon2nye banyak sebab malam td x bukak langsung. Malam tadi sebelum tido ingat nak cek, kot2 ade bende penting. Rase macam ade 'something', tapi, ah malaslah, kang tertido lambat lagi. Ku pujuk hati supaya melupakan saja hajat tersebut. Namun bila tengok2 je subuh tadi, tibe2 ade jemputan kawen 1 sept. "Wah, 'kakak senior' sorg ni dah nak kawen?? whhaddhee??....tibe2 je ni, ceiisss!! Grrr.." getusku dalam hati. Lalu terkesima dan termenung seketika. Hingga aku terlewat solat subuh 15 minit. Ceh!




ps 1. Lain kali dah azan terus angkat bontot!
ps 2. Mereka sudah, aku bila lagi? Wah! 

Sunday, July 22, 2012

Diari 1 Ramadhan - Langsir

Assalamualaikum wbt... Selamat menjalani ibadah puasa dengan gigihnya. Jangan macam aku, asik penat dan lesu aje. Nilah jadiknye bila duduk dalam comfort zone kan.

Comfort tak comfort sejak kitorg masuk rumah (lama yang) baru (siap) ni, selain makan dan tido, jadual aku banyak jugakla terisi. Ade jugakla kerja nak buat. Bagus betul ko punye timing ye rumah, dan2 je aku abes final exam, terus kena pindah rumah. Haha.

Hoi, cerita pasal rumah dia lagi! =_=''

Yela, dah tu je yang sedang berlaku skarang ni, takkan aku nak cerite pasal kawen?

Sabor je lah. 

Ala ni just macam diari peribadi aku je. Bermula kisahnya pada Disember tahun lepas lagi kitorg mula pindah keluar dari rumah ni dan menyewa di rumah sementara, selang 3 lorong dari sini. Maka macam pelarianlah kami selama 6 bulan kat sana, rumah yg dipenuhi kotak2. Itu ke mane, ini entah ke mana. Lepas tu bila dah macam tu, banyak barang2 yg tak ditemui (termasukla sijil SPM aku. Haha). 

Kitorg pindah masuk rumah ni balik pada Ahad 15 july, kira2 5 hari sebelum puasa. Dalam keadaan rumah yang belum 100% siap sebenarnya. Adela kena touch up here and there. Tangga pun belum betul2 habis. Balkoni (cewah dah ade balkoni ko skrg) pun belum habis pasang tiles dan halaman depan rumah macam tempat pengumpulan batu2 kayu2 dan simen. Hurmpp.. 

Tapi terpaksa pindah juga dengan kadar segera kerana tuan rumah sewa yang kitorg duduk sementara (tak jauh dari sini) tu dah merengek2 nak kitorg kosongkan rumah tu. Katanye anak tuan rumah nak duduk situ. Ape tah yang tak sabarnye, bukan best pon rumah tu. heh. 

Maka pindahlah kami hari tu macam orang desperate. Rumah tak siap lagi dah tak sabar nak masuk. Tapi interiornye dah boleh lah diduduki. Bilik, tandas, eletrik, air, alhamdulillah semua okla. Tapi yang tak ok lagi, cat bilik aku yg bertompok2 maka terpaksa la aku ngecat nye sendiri balik. Tapi tak cat2 pon lagi... Huk2  =_='' Ade tak hero nak tolong catkan? Hahah

Alkisahnye Sabtu aritu (1 Ramadhan) aku, mak n ayah pergi mencari kain langsir kat Nilai. Wah langsir raya? Jadahnye langsir raya. Rumah ni open je tau skrg, seurat langsir pun takde. Tingkap kat hall bawah tu ayah tutup pakai tikar je haha. Kalau x, memang free2 je boleh nampak dari luar ape yang kitorg buat dalam rumah ni. Plus, bentuk tingkap semua dah lain dari rumah dulu, so langsir lama dah tak boleh pakai... sobsobs... (dalam hati: langsir baru, yay!)

Disebabkan dah tengahari terik baru sampai Nilai 3 tu makanye kitorg takde la nak bersopping sakan. Masuk kedai ke2 terus beli kat situ jugak, tak larat heh nak round sume kedai pilih2 corak idaman hati. Walaupun kedai tu besar tapi corak yang kitorg suke agak terhad so ambik je la pattern yang semua orang (mak, ayah dan aku) suka. (Walhal aku la paling suka, sebab corak lain sume aku tak suka, kahkah). 

Banyak jugak la benda baru aku belajar pasal langsir ni. Dengarnye langsir, macam benda remeh. Tapi kalau takde langsir ni payah jugak. Panas, silau, habuk masuk, orang boleh intai, monyet belakang bukit pun boleh sekodeng. Eee takut. So nak taknak kena ade. 

Berapa banyak kain nak beli?

Ayah memang smart, awal2 pagi dia dah buat draf dan siap ukur pintu sliding door dan tingkap2 kat rumah. So just tunjuk je ukuran tu kat orang kedai langsir, tau lah dia nak mengukurnye. Tapi bukan bodoh2 ikut ukuran tu, ade jugak kena consider jarak rail dari tingkap, kelebaran dinding di kiri dan kanan dan sebagainye. Jarak rail adalah 3 inci dari tingkap. So kalau nak pasang organza (kain net/ yg jarang tu), rail pertama kena jarak 6 inci dari tingkap, dan rail kedua 3 inci above the upper border of the window or the door. Wah kau. haha.

Perkara yang aku baru tau lagi, kite boleh terus tempah jahit langsir kat kedai tu. Aku baru tau pasal ni time  kitorg plan nak pegi beli langsir aritu, kahkah. Punye la selama ni tak mengikuti isu semasa.. Lagipun berapa tahun sekali sangat la tukar langsir rumah. Selagi elok memang la tak tukar2, asik recycle ape yang ade je.. huhu...

So proses nak mendapatkan langsir dah makin mudah dewasa ini. Konklusinye, step2 nye adalah seperti berikut:

1. Ambik ukuran pintu2 dan tingkap2 di rumah. 
2. Pilih kain yang kita suka, plus kain organza (kain net/kain jarang)
3. Bagi ukuran, berapa keping nak (contoh; hijau - 2 tingkap, 3pintu)
4. Decide nak kain saje atau terus upah jahit (rm8 sekeping)
5. Pekedai ukur dan potong kain. Esok boleh datang ambik langsir anda. terima kasih. 

Ha, mudah kan. Langsir siap dijahit, siap bubuh cangkuk lagi! Dapat2 nanti tinggal gantung je haha.

Malah in the future, aku rasa orang boleh order on9 je. Tengok design, bagi ukuran, bg alamat rumah dan esoknye dah ade delivery ke rumah. Just sediakan onkosnya... haha.. Eh tah2 dah memang ade pun serbis ni? HAHA ketinggalan zaman ke ape aku ni.

Tapi yang buat aku terkesima adalah pengorbanan ayah la. Dia nak memudahkan semua orang. Kalau dulu mak yang jahit langsir rumah ni. Tapi ayah yang sangat penyayang dan sangat bertimbang rasa dan alert dengan tahap kesihatan mak yang tak berapa sihat, plus keadaan rumah yang huru hara, takde tempat nak mak nak buat pembentangan kain berjela2 tu nak ukur, pastu mesin jahit mak pun tengah problem. Lagipun masa macam dah x sempat, kang ade yang beraya pakai langsir sokkabar je. haha. So ayah dengan penuh kasih sayang telah melabur... sebanyak..... err... lebih dari RM1k untuk langsir2 di rumah ni T____T banyknye...adeh

Kalau aku, tak mampu la gamaknya... 

Semoga Allah murahkan rezeki ayah dan mak, dan semoga ayah dan mak sihat2 selalu....

Malangnya 2 Ramadhan ayah jatuh sakit. Ah nantila aku cerita next time. okbye


Selamat berpuasa!

^_^












Diari 1 Ramadhan - Bila-bila masa je

Alhamdulillah 1 Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah jasad ini, nyawa ini masih diberi kesempatan untuk mencuci dosa2 lalu dan mengumpul barang sedikit bekal buat ke sana nanti. Entah esok atau lusa. Atau sebentar saja lagi.

Sehari sebelum 1 Ramadhan, (Jumaat, 20 Julai 2012) kami dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang jiran kami. Dipanggil menghadap Sang Pencipta pada usia 47 tahun, meninggalkan beberapa orang anak, yang kecil sekali berusia 6 tahun. Allah.. 


Dah ready nak kena usung? Doa2lah semoga mayat kita nanti akan diusung dengan berhati2. [source]


Sesungguhnya ajal, maut itu pasti. Mati itu pasti. Sakaratul maut itu pasti. Semua ada giliran masing2. Kecik ke besar ke, muda ke tua ke atau dah tua tapi nampak muda, atau muda tapi perangai macam orang tua, ah ape2 ajelah. Semuanya akan mati. 

Yang bestnye, kita tak tau bila masa kita. Best sebab bila tak tahu bila masanya, dan bile kita sedar yang kita boleh mati bila2 masa, kita akan takut, dan baru bersungguh2 nak buat persiapan. Baru nak berazam untuk berubah dan macam2 lagi. Alhamdulillah..

Amacam, dah ready nak duk sini? Oh ye, gelap, hitam ok. Takde tingkap awan2 tu sume takde. [source]


Hidup yang 50-60 tahun aje ni beria-ria kita buat simpanan, kumpul harta supaya tak kebulur untuk kehidupan yang kita pun tak pasti dapat hidup ke tak. Kita pun tak pasti sempat merasa harta2 tu ke tak. Entah2 penat je kumpul tapi sikit pun tak rasa. Tapi untuk kehidupan di sana yang pasti, memang sure, confirm, mesti, la budda, akan jadi, takde ragu2 lagi, apa je yang dah kita buat selama hidup 20-30 tahun ni eh? Akaun bekalan kita makin bertambah ke makin berkurang? Atau bertambah masa bulan Ramadhan je  pastu fiuu drop balik.... 

Nak tau sesuatu tak tadi terserempak dengan cerita menarik;

*Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, iaitu:
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a.)
2. Hasan bin Ali (anak Fatimah r.a)
3. Husin bin Ali (anak Fatimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazaj Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu? Jenazah yang kami bawakan ini adalah Fatimah Az-Zahra, anak Rasulullah SAW."

Maka berkata sang kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh makan dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)." 


Allahuakbar...

Abu Laits As-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur maka hendaklah melazimkan 4 perkara berikut:
1. Menhaga solat
2. Jarin bersedekah
3. Rajin membaca Al-Quran
4. Memperbanyakkan bertasbih kerana tasbih dapat menyinari kubur dan melapangkannya




Oklah, mengadap benda ni lama2 buat ape. Aku nak pergi sambung kerja aku, dan pergi 'menikmati' cuti panjang ku ini... Hehehe

Akhir kata,... duhai diriku yang selalu alpa dan leka..., Mati tu bila-bila masa je!


Saturday, July 21, 2012

Diari sehari sebelum Ramadhan - 'Shopping'

Ketika ini malam telah lama melabuhkan tirainya. Cicak2 mula memberanikan diri mencari port2 di siling rumah baru ayah ini. Kedengaran suara kucing2 bercekerama di luar, di sebalik dinding batu ini. Eee geli aku. Monyet2 di bukit belakang rumah pula senyap aje malam ni, mungkin sudah lama tidur, mahu bangun sahur awal. Tapi aku yang dah kenapa tak boleh tidur ni. Entahlah. Dahlah tak berjaya nak cuba pasang modem dan router unifi tadi. Nyesal tak belajar dari Encik TM yang datang aritu. Cis.

Seketika teringat peristiwa 'shopping yang best sangat' petang tadi.

Petang tadi kami berempat - aku, mak, ayah & umy keluar nak beli perkakas rumah, barang2 plastik seperti gayung, berus baju, berus sabut, pencangkuk, bekas itu ini, wiper pencuci tingkap, door mat, bakul2 baju kotor dan sebagainya.

Maka kami pun keluar rumah pukul 4.22pm, selepas menghantar keberangkatan Aff dan Rafiq yang bertolak ke Kelantan petang tadi di muka pintu rumah. Maka sebaik saja kami turun dari kereta, azan asar berkumandang, betul2 ketika itu kami dah terpacak depan kedai. Lalu mak mengajak aku & umy pegi solat kat surau Petronas di seberang jalan. Mase tu pulak hujan dah turun renyai2. Ayah suruh kami pergi dulu, dia akan menyusur kemudian. Maka berbekalkan sebatang payung sebab hari dah nak hujan, kami pun berjalan kaki ke surau tersebut. Ayah memulakan operasi membeli barang2 perkakas rumah sorang2. 

Sesampai aje kami kat surau tu, hujan pun turun dengan teramat2 lebatnya. Memustahilkan kami untuk kembali ke kedai perkakas plastik itu walaupun dengan berkongsi 1 payung. Lebat sungguh2. Siap guruh dan kilat. Sampai air hujan pun siap tempias2 masuk ke surau. (Sila bayangkan scene hujan yang lebat, nak bercakap pun tak dengar suara orang, kemudian dikejutkan dengan bunyi guruh berdentum dan petir yang sambar menyambar. Hoho.) Jadi kami pun solat dan berdoa puas2 kerana taknak lepaskan peluang mendapatkan doa yang makbul ketika hujan lebat, insyaAllah. 

Setelah selesai solat dan berdoa puas2, hujan makin lebat dan lebat. Maka terpaksalah kami tunggu saja di situ. Aku pun ape lagi, mulalah mengantuk. Mula2 sandar kat dinding, pastu bila dah tersengguk2, ah baring ajelah terus. Mak pun join sekali. Umy je yang tak tidur.

Aku hanya sms ayah, beritahu yang kami terkandas di surau petronas. Mak cuba call ayah tapi sepatah pun tak dengar kerana bunyi hujan yang sangat kuat. Sudahnya berehat2lah kami di surau itu. Ade la dekat sejam jugak rasanye menunggu kat surau tu. Sejam  tidur bangun tidur bangun dan siap termimpi2. 

Lebih kurang sejam lepas tu, hujan mula reda. Umy pun ajak aku dan mak untuk ke kedai tersebut, menyambung program membeli belah kononnye. Sebelum keluar dari surau, ternampak seorang wanita juga sedang tidur di dalam surau tersebut. Oh, bukan kitorang je yang terkandas rupanye. Namun sebaik saje keluar dari surau, mak ternampak kereta ayah di depan surau. "Hoh, ayah dah kat sini?" ujar emak.

Lalu kami pun cepat2 masuk ke dalam kereta kerana di luar masih hujan. Rupa2nya ayah dah setel pun beli semua barang2 tu sorang. Then kami pun pulang ke rumah....

"Lah. Kita keluar just untuk pegi tidur kat surau Petronas je. Hahaha" kataku yang paling puas tidur kat surau Petronas petang itu. Hampeh!






ps 1. Sediakan payung sebelum hujan. - Dah.
ps 2. Cek ramalan kaji cuaca sebelum pergi membeli belah. - Ok!



Friday, July 20, 2012

Makcik H, Pakcik R, Makcik Z, Pakcik K, Nenek S... dan makcik2 dan pakcik2 yang lain... Semoga Allah merahmati kalian

Lebih kurang 2 minggu yg lalu, anak pakcik Anuar telah berjaya menamatkan pengajiannya. Maka tibalah masa untuk dia angkut semua barang2nya pulang ke rumah, meninggalkan kampusnya buat selamanya2. Sungguh banyak barangnya, hingga memerlukan 3 trip pengangkutan iaitu  mula2 oleh adiknya, kemudian abangnya, dan akhir sekali akan diangkut pulang semua oleh ayahnya. 'Tapi cara ini lebih mudah dan kurang memenatkan berbanding sebelum2 ni, yang hanya 1 trip angkut semua skali, lalu aku sakit tangan dan badan selama 3 hari berturut2' getus hati kecil anak pakcik Anuar. 


Tiba-tiba, sedang dia kemas2 buku-buku dan kertas-kertas nota2 pengajiannya, dia terjumpa kertas2 clerking sheets mase clinical years dulu. (ceh bunyi macam lame sangat je). Bersepah2. Malah ada yg disimpan simpan dari 4th year lagi. Kekononnye nak simpan la kot2 berguna ke menjelang final year nti. 'Last2, bukan saja tak guna, malah tak ingat pun aku ade simpan menda2 ni sume. Hampeh.' katanye kepada dirinya sendiri yang hampeh.

Dia pun terbaca nama2 pesakit2 itu lalu terbuai2 hanyut dibawa kenangan2 silam bersama pesakit2 di hospital yang ditemui masa clinical years-nya dulu...... lalu anak pakcik Anuar pun memulakan ceritanya..

Makcik H. Aku berkenalan dgn makcik H (umur 60an) di wad perbatan (medical) perempuan, di hospital X. Ya, literally, berkenalan. Sampai anak2 dia pun aku kenal. Makcik H masuk wad sebab demam yang panjang. 2 minggu makcik ni demam. So admit untuk cari punca demamnye. So doktor2 suspek makcik ade jangkitan kat tisu jantung (bace: Infective Endocarditis). Masa 1st clerking aku tak dapat apa2 risk factor atau punca untuk kate makcik ni dapat penyakit tu. Tapi mase cek2 mulut dia, ku lihat giginya begitu cantik, lengkap semuanya, putih malah tersusun rapi. "Cantik2nye gigi makcik!" kataku, kagum. "Gigi palsu ni.. Hehehehe." terkekek2 makcik gelak. Gelakkan aku mungkin, kerana gigi palsu pun tak kenal. (Yelah, arwah opah n tok kan pakai gigi palsu mcm ni dulu. Aku ni pon!). "Baru je buat ni," ujar makcik lagi. 

Aku: baru? Hm... Bile tu makcik?
Makcik H: ala... baru je... sebelum makcik demam ni la
Aku: secara tepat dan jitu makcik, berapa barukah itu? sehari sebelum demam? seminggu, dua minggu?
Makcik H: hmm... mcm polis la kamu ni. Dalam, sehari dua sebelum demam tu la.. (aku x ingat jawapan sebenar makcik, tp lebih kurang la)
Aku: (Yes, jadi, mungkin inilah puncanya!) Bingo!
Makcik H: Opocot kau bingo!!

(nota: kuman dari mulut masa dental procedure boleh menyebabkan jangkitan pada tisu jantung)

Aku ni entahla. Kalau clerk patient tu, dalam exam je aku boleh clerk kurang sejam. Selain tu, clerking time aku antara 1-2.5 jam. Hahaha. Sebabnye, berborak. Lagi2 kalau pesakit tu kena admit lame kat dalam wad. Lagila jadi kawan aku la nampaknya. 

Pernah sekali tu time aku lawat (sesaje nak tengok makcik aku ni ok ke x hehe) makcik H, dia tengah baring2, takde buat ape2. Literally, tak buat ape2. Aku rase sedih bila melihat orang tak buat apa2 lagi2 di usia emas begitu. 2-3 minit pun, sangatlah berharga masanya.

Aku: Assalamualaikum makcik. buat ape tu? (dah nampak lagi nak tanye)
makcik H: waalaikumussalam... takde buat ape.. hehe
Aku: Mesti makcik bosan kan duk sini lame
Makcik H: hehe bosan le jugak.. tak tau nak buat ape dah. 
Aku: makcik bace la buku ke majalah ke (Quran ke? takde?)..
Makcik H: itulah, nak bace pun tak de ape nak dibace.. hehe..
Aku: Oh, anak2 xde bawakkan majalah ke, sokkabar ke?
Makcik H: Ade juge pesan, tapi deme lupe
Aku: Oh.. hehe.. ok2

Maka berangkatlah aku dengan satu misi. Macam mana nak tolong makcik ni supaya daripada takde buat ape2 kepada ade buat ape2. Maka tengahari tu masa turun pegi makan, aku lalu kat kedai kat bawah spital tu. Ternampaklah buku... err x ingat tajuknye. Buku kecil, karangan isteri Tuan Guru Nik Aziz. Bidadari Syurga? ke ape tah tajuknye. Lalu aku pun hadiahkan kat makcik H buku tu. 

Tersengih2 makcik tu dan aku skali (sebab bagi buku isteri Tok Guru hehehe). Double-edge sword, kate orang putih. Hehehehe. "Time kasih.." kate makcik H. 

Ingat lagi sorang bapa kpd pesakit kanak2 yg tinggal x jauh dari rumah aku. Borak punya borak...rupa2nya beliau memiliki perniagaan lembu dan kambing terkenal di tempat aku. Woah. Pastu bagi aku bussiness card yg aku pun tak ingat letak mane. Heee ade kot, adee hehehe. Katanye, kot2 la nanti aku atau keluargaku nak cari lembu atau kambing buat kenduri, senang. Contact aje pakcik. Pakcik tu yang juga merupakan orang tabligh, banyak bagi aku nasihat, kata2 semangat, tazkirah. Aku pun ape lagi, ambik la kesempatan minta beliau doakan aku nak exam. Hehe... 

Masalah aku ni la. Clerking session jadi 'berborak'ing session. Tapi sebagai pelajar, aku telah cuba melatih diri untuk tidak clerk patient dengan meleret2. Malah selalunye punca utama jadi meleret adalah patient tu yang peramah, bukannye aku. Haha.

Aku selalunye sangkut kat social history la.. di mana kite kena tau latar belakang pesakit tu cam kerja ape, rumah kat mane, tinggal dgn sape, anak brape, ade orang jage ke tak kat rumah, isteri kerja ape, suami kerja ape, merokok ke tak, merokok berapa batang sehari, rumah jenis ape, kalau flat ade lift tak, kang naik tangga semput mcm mana...hohoho.. So bila tanye pasal keluarga, mulalah keluar anaknye, lakinye, kerjanye semua2 lah.

Pernah ade sorang suami pesakit tu siap bagi aku bussiness card dia (ni ke berapa tah aku dapat bussiness card dari patient). Yang aku clerk bininya, tapi dia pun ade kat situ skali mase tu. Kenapa tah bagi kad, aku pun tak tau. Tapi peramah orangnye. Katanye beliau kenal dengan salah sorang orang besar universiti aku. Mungkinkah bagi bussiness card supaya dapat aku lobi dia menjadi orang besar universiti aku? Atau secara tersiratnya mahu menjadikan aku menantunya? Ape-ape ajelah. Sape tah orang besar tu, x ingat pulak. Tup2 bila tengok card tu baru aku tau... Oh Dato' rupanye. Rugi tak ngorat. Anak dia. Eh? Dah hilang pulak kadnye hehe. 

Ade skali tu  dah nak sejam clerk (baca: temubual/interview/ambil cerita berkenaan penyakitanya) pesakit tu, dah hujung2, baru tahu  bahawa beliau adalah bapa kepada seorang pelakon/penerbit filem tersohor di Malaysia ni. Wah. Sedikit bangge. Namenye Pakcik R. 

Aku: Pakcik (since patient dah bahasakan dirinye pakcik) tinggal dengan sape je kat rumah?
Pakcik R: dengan isteri pakcik je, berdua. Tapi kadang2 anak2 pakcik tinggalkan cucu2 pakcik kat rumah kami. Diorang tu selalu outstation. Sebab anak pakcik tu keje buat filem. Sorang lagi pelakon, suaminya plak main band. Dua2 ni la selalu tinggal anak2 dgn kami.
Aku: buat filem? Siapakah anak pakcik tu?
Pakcik R: selalu la dia ke sana ke mari, berhari2 tak balik kadang tu..bla bla (cuba buat2 x dengar soalan aku, ceh)
Aku: (okla...xnak jwb xpe.... so tanye soalan lain...)
Bla bla bla bla....... 
Aku: (di akhir sesi temubual) okla ye pakcik, saya minta diri dulu. tiem kasih banyak2 ye. ape2 hal kang sy datang jmpe pakcik lg (kot2 la ade bende telupe nak tanye hehehe)

Bile aku dah nak bangun...tetibe je pakcik R bgtau...

Pakcik R: yang anak pakcik yg buat filem tu, si a____ ____m . (dgn suara yg humble dan takde gaya riak langsung). Adiknye berlakon jugak, si _______ tu. Ade lagi sorang adik perempuannya pun, baru je lagi berlakon, namenye _______. 
Aku: Oooh! yeke? Wah patutla ade rupa! patutlah saya tengok pakcik ni macam familiar je Haha (ceh, saje je pakcik ni buat2 x dengar soalan aku tadi rupenye -_-).. ooo... rupanye pakcik ni ayah dia ke.. huhu kenapa tak cakap dari semalam. heh

Nama pelakon dan adik2nye tu dirahsiakan la ye. Tapi pakcik R tu memang peramah. Awal2 die xcakap ape pun, bila aku tanye2, dah last2 baru die bgtau sape anaknye. Hoho. Oh ye, mak sedara Datuk SN pun aku pernah 'ter'clerk hehehe sakit ape? rahsia.....   

Mase posting gynae last year, aku berkenalan dgn makcik Z pula. Makcik ni memang lame duk wad. Dengan anak dia, dari jauh lagi dah greet dan senyum kat aku. Kalau time aku datang tu makcik Z tengah tido, anaknya akan kejutkan maknye.

"Mak, mak ni nadia datang ni mak,"
"Eh tak pe la kak, xpe2 biar la makcik tido,"
"Makcik muntah2 tadi nadia, tak lalu makan. Agaknye ubat bius tu la agaknye tak?" Makcik Z baru je beberapa jam keluar dari dewan bedah, dia menjalani pembedahan membuang barah ovari. 
"Muntah? hm, mungkin la. Sebab memang biasa lepas bius tu akan loya, muntah2, tak lalu makan. Dalam sehari dua insyaAllah hilang la loya2 tu. Takpela biar makcik tido, nanti saya datang lagi"

Antara datang sebab nak melawat sebab betul2 nak melawat, atau sebab sekadar nak tahu progress patient untuk tulis dalam case write up.... Allah. Lemahnya aku bab niat ni. Semoga Allah ampunkan dosa hamba yang penuh khilaf ini.

Kadang tu serba salah rase. Nak rapat lebih2 tak buleh. Tapi hati rase kesian, dan x patut kalau sekadar datang jumpa diorg dan tanya soalan bertubi2, tapi bila diorg ngadu, tak boleh nak buat apa2. Malah kadang tu, terdetik dlm hati 'alamak, aku mana tau ape2!'. Sekurang2nya, dengarlah. 'Try to be a good listener,' nasihatku kepada diri sendiri.

Astaghfirullah... Ya Allah, ampunkan aku. Sesungguhnya mereka tu bukan saje2 suka2 nak datang hospital.  Nak pegi hospital tu pun bila dah tak tahan sangat sakit, dah habis kudrat dnan usaha. (Orang kita memang biasa macam ni, di kalangan ahli2 keluarga kita pun macam ni jugak kan.) Dah tu duduk di wad, dapat layanan buruk pula. Macam manalah orang tak benci dengan hospital, doktor, misi dan ubat hospital. Kalau bukan kerana kudratNya, kuasaNya yang menghendakkan mereka sakit, lalu menjadi ujian buat aku (dan kami) untuk bertemu dengan mereka, masakan pertemuan dan perhubungan itu terjadi?

Bulan 12 tahun lepas, beberapa bulan lepas makcik Z keluar dari hospital, aku terserempak dengan anaknya di hospital selayang, masa mak masuk wad sebab asthma (lelah) dulu. Aku ingatkan makcik Z masuk wad lagi, rupanya adik dia. Fuh, risau aku masa mula2 nampak anak makcik Z kat situ. 

"Eh, Nadia buat ape dekat sini?"
"Eh akak. Mak masuk wad. Asthma, baru je malam tadi,"
"La.. yeke.. abes tu sekarang macam mana, dah ok?"
"Alhamdulillah, bertambah baik la, tapi semput2 jugak lagi. Mungkin 2-3 hari jugak kot kat sini. Makcik ape kabar? Akak kat sini..."
"Makcik akak masuk wad. Masalah buah pinggang dia. Mak akak alhamdulillah nadia, sihat sket dah dia, ade kat rumah. Semoga mak nadia cepat sembuh ye,"
"InsyaAllah. Alhamdulillah, kirim salam kat mak akak ye. Makin kurus akak ni saya tengok," ujar ku pada anak makcik Z
"Mane tak nye nadia, jaga orang sakit.. mak lagi, makcik lagi. Makcik akak tu kan takde anak, akak jugak la kena tengok2kan. Kalau tak sape lagi " 

Kesian aku tengok anak makcik Z. Makin cengkung muka dia. Memang nampak dia sangat penat, lebih penat dari masa dia jaga emaknya hospital tempoh hari. Namun dia sangat2 dedicated menjaga kedua orang tua itu. Masa menjaga ibunya, berapa hariii dia tido kat wad tu. Tido kat wad, pepaham je lah nak lena macam mana. Ya Allah, ganjarilah pahala yang setimpal kepada anak makcik Z. Dan berilah hidayah padanya agar selendang di bahunya itu bertukar menjadi tudung yang lekat di kepalanya. Ameeen. 

Ada yang lagi terkesan di hati aku. Kisah pakcik K yang aku jumpa awal tahun ini di wad perubatan lelaki. Dia dibawa ke hospital sebab tak sedarkan diri sebab kandungan gula dalam darah yang sangat tinggi (DKA, diabetic ketoacidosis). Keadaannya sangat menyedihkan. Kedua2 kakinya bengkak. Sebelah kanan, ada beberapa batang jari dah kehitaman, menandakan tisunya dah mati ('gangrene'). Allah... sedihnya aku tengok pakcik ni. Awal2 dia masuk tu, sangatlah lemah, depressed, bercakap pun taknak. Mata pun bukak sikit2 je. Most of the time, hanya tidur dan terbaring. Tapi entah kenapa aku macam rasa nak sangat bercakap dengan pakcik ni. "takpela, esok je la aku datang," getusku dalam hati,

Keesokan harinya aku tengok pakcik dah boleh duduk di atas katil. Bercakap, macam biasa. Tapi pakcik ni pakai baju warna putih, pakaian untuk pesakit yg akan dibawa ke dewan pembedahan. Hari sabtu pula tu, mesti pembedahannya emergency. 'nak kena operate ape pulak pakcik ni, ni kan wad medical,' ujarku dalam hati.

Aku: Assalamualaikum pakcik K.. pakcik dah makan? (saje tanye, padahal dah tau kalau nak operate kena puasa)
Pakcik K: Mana boleh makan, nak operate ni kejap lagi. Tapi lame dah aku tunggu ni ha. Haih
Aku: Oh... operate ape pakcik? 
Pakcik K: ni kaki ni  nak kena potong, dah rosak katanye. Tapi mana anak pakcik ni, aku call suruh datang. Bawak pampers baju2 aku.. la hai... (tone suara pakcik mula bertukar, kerut2 di dahi mula timbul, mata mula kemerahan)
Aku: (:O nak kene potong??? Oh my...... bayangkan kalau kite dapat berite kaki kite kena potong?? namun aku cuba mengawal perasaan ini) Oh... pakcik dah telefon ke diorg?
Pakcik K: udahhh.... misi dah suruh datang... ada bini dibuatnye kita macam ni.. ada anak pun buat tak tahu je dengan kita (air mata pakcik mula menitis. alamak..)
Aku: (:O bini? anak? sikit pun pakcik ni tak kisah dengan kakinye yg bakal kudung sekejap lagi.... tapi anak dan bini juga yg disebut2nye dari tadi)
Pakcik K: ade bini pun, dibiar je kite sakit. kite tak boleh bangun, kite mintak makan pun, dibuat tak tahu aje. dibiar je aku kebulur dalam bilik tu sorang2. mintak ubat pun tak di baginya. sob sob (pakcik menangis)
Aku: (kaki tu? err) Sabar ye pakcik. pakcik jangan la pikir2 sangat lagi. sekarang kita cuba bagi sembuh dulu nanti dah sihat pakcik boleh balik
Pakcik K: ah balik pun bukannye diorg nak lagi aku ni.... bla bla bini aku ni.... bla bla.... anak2 aku ni tak ingat ke ayahnye ni... huwaaa bla bla bla... bini..... anak.... bini.... anak... bini..... huwaaa T___T
Aku: (errr pakcik, kaki?)errk... 


Amputated... [gambar hiasan. source]


Yang aku ni duk kaki kaki, kang... Bukan ape, aku kesian n risaukan dia yang akan kudung kakinya dalam masa beberapa jam je lagi. Yelah memang la tak boleh nak buat apa, dan potong (amputation) adalah rawatan terbaik supaya mengelakkan penyakit tu merebak ke atas. Tapi pakcik K, langsung tak sebut pasal kaki dia. Langsung x menunjukkan kebimbangan pasal nasibnya yang bakal tidak berkaki sebelah. Apa yang dia nakkan masa tu, adalah anak2 nya datang bawakan lampin pakai buangnya dari rumah sebab dia tak tahan misi2 asyik membebel kena tukarkan lampinnya dan pakaikan lampin hospital. Dia malu pakai lampin hospital yg ditukarkan oleh misi2. Allah...... Dan dia juga sedih memikirkan isteri dan anak2 yang tidak mengendahkan keadaannya yang begitu uzur itu. Allahuakbar!

Menagislah kita yang serba sempurna anggota, sihat tubuh badan, tapi tak tau malu.... Malas guna kaki dan tubuh badan yang sihat ni untuk bekerja. Malu lah wei...

Macam2 pengajaran. Tapi yang paling bestnye bila patient2 ni, terutama pakcik2 atau makcik2, bagi nasihat. Rase lega kejap rase stress2 sume mcm keluar kejap dari kepala dan dada yg sesak ni. Contohnye macam entry2 aku yg lepas 'Drama paru2 dan hati' (lagi2 entry ni -_-) dan 'My patient is my friend'

"Nadia ni tengok luarnya tegas orangnya, tapi kat dalam tu lembut je, lemah. Senang dipujuk. Hati tu, kalau ape2, senang terasa, kan?" ujar makcik S, yang menggelar dirinya nenek. Nenek S menemani cucunya, Sarah (bukan nama sebenar ke name sebenar dia, entah), 3 tahun di wad kanak2. "Nenek ni memang boleh baca raut muka orang, hehehe.." ujar nenek S lagi. "Err... hee entahlah, ye kot.. kadang2.." (blushing dah aku. pandai pulak nenek ni tembak). "Err saya terpaksa mintak diri dulu nek, ade kelas" Cis, tak sempat borak panjang lagi dengan nenek. Esoknya, mereka dah takde dalam wad... dah balik rumah ='(

Sekarang ni, teringat2 lagi kat mereka2 semua... Mane tah peginye diorg. Ape la citer tah diorg.

Surprisingly, aku pernah dengan secara spontannye tertegur seorang patient kanak2, umur 3 tahun kot, malah dia pun tak kenal aku ni sapa. Haha. Mase tu tengah nak beli barang kat Giant Batu Caves ni. Tibe2 aku lalu di depan seorang kanak2 yang tengah merengek nakkan sesuatu. Ibunya sedang berusaha memujuknya. "Eh Nabil 9bukan nama sebenar)!" tegur ku spontan. Kenal sangat aku dengan budak ni sebab dia sangat manja dengan kami student2 masa kat wad paediatric tu. "Erkk.." terkedu si emak. Nabil pun terkebil2 kat situ menengok orang yang tak dikenali memanggil namanya. "Err, Nabil kan?" aku bertanya kembali, sekadar nak memastikan. "Aah,,.." jawab mak, masih konfius, sejak bila anak aku tak pepasal famous macam artis nih. "Saya jumpa dia kat spital ampang aritu," ujarku, senyum, sambil berlalu meninggalkan ibu yang terpinga2. Sebenarnya aku kenal ibunya macam tak friendly sangat, dan tak berapa suka melayan orang sangat, so aku malas nak banyak cerite, tu yang terus berlalu pergi. (ala, nak tegur Nabil... huk2). Huhu.

Semoga sihat semuanya. Pada yang dah ter'lost' contact, saya mintak maaf banyak2 atas kekurangan diri. Pada yang bertanya soalan dan meminta tolong, saya minta maaf kerana kecetekan ilmu dan keterbatasan pengalaman menghalang saya berbuat demikian. Terima kasih kerana menemani perjalanan saya sehari2 kat spital tu. Teman berborak, melawak, bergurau senda. Thanks sudi kongsi macam2 yg tak terucap dek kata2, tak tertaip di blog ini.  Terima kasih atas nasihat2 dan pengajaran2, baik yang secara langsung ataupun tidak. Thanks for being supportive. Allowing me to got into ur shoes somehow. 

May Allah forgive us and bless us all. 






Wednesday, July 18, 2012

Apa yang telah berlaku kepada saudara kita?


Assalamualaikum wbt...

Selamat Pagi kepada semua umat Islam yang cakna dan prihatin, yg suka ambil tahu dan ambil berat akan saudara seakidahnya di seluruh dunia.. Bumped into these article while browsing through fb this morning. I think it fed me well with what I want to know about what's happening to our muslim borthers n sisters n west Burma (Myanmar). It is from palestin.perubatan.org

So I think it is also important to spread the words, if we care about them. At least by more disclosure about their story and their sufferings to the public, more du'a and help will be the raised and directed to them insyaAllah. Lets read.... spend our few minutes caring about our 'saudara'... and then spread it. 


Orang Islam Di Myanmar Diperlakukan Dengan Kejam

 (Baca dan sebarkan!)




Belum reda keadaan Umat Islam yang dibunuh dengan kejam di Syria. Kini berlaku pula kejadian bunuh dan siksa terhadap penganut Islam Rohingya di Myanmar.
‘Kami meninggalkan Myanmar kerana kami diperlakukan dengan kejam oleh tentera. Umat Islam di sana kalau tidak dibunuh, mereka akan disiksa.’
Begitulah kata-kata seorang penganut islam yang melarikan diri bersama beberapa rakan dari Myanmar dengan menumpang perahu tradisional. Berlayar dengan sedikit bekal. Ditambah pula enjin perahu yang mereka tumpang itu rosak, penganut islam Rohingya menderita di lautan.
Akhirnya mereka ditemui oleh nelayan Aceh dalam keadaan lemah. Menurut cerita, mereka terumbang ambing omabk di lautan selama 20 hari. Mereka ingin pergi ke Indonesia, Malaysia, atau negara lain yang mahu menerima. Demi menyelamatkan diri dan akidah mereka rela kelaparan dan kehausan di tengah lautan.
Sejak 1982, Undang-Undang Kewarganegaraan Burma tidak mengakui Muslim Rohingya sebagai warga negara Myanmar.
Siapakah umat Islam Rohingya?


Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.
Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.
Apakah nasib mereka?
Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.
Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :
a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.
Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka.
Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.
Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.
Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.
Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.
Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.
Sabda Rasulullah
‘“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”
Beberapa saranan :
1. Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.
2. Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.
3. NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.
4. Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.
5. Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.
6. Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.

Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”
Hadith riwayat Muslim.


Dinasihatkan juga membaca artikal di laman sesawang ini..
http://nawza89.blogspot.com/2012/06/kekejaman-ke-atas-orang-islam-rohingya.html

Oleh:
Yusraa Binti Aminuddin
Tahun 1, Pergigian
Universiti Al-Azhar


Tuesday, July 17, 2012

"Di luar nampak riang gembiranya dalam hati siapa yang tahu" - tweet aku hari ini. Dramatik kan?!!


Kau dah kenapa?

Ni ha. Tak senang duduk. Nak kemas rumah, tak boleh nak kemas. Nak rilek, kepala plak serabut. Ade 2 3 4 5  6 bende aku tengah pikir ni selain daripada rumah yg tengah berserabut ni.


Nyamannye pemandangan.... namun hatiku masih keresahan

Tatkala bilik orang lain dah mula diisi dengan perabot-perabot (ada yg baru, ada yg lama), bilik aku masih lagi macam sarang pelarian. Dipenuhi barang2 yang diangkut dari asrama yang masih dalam kotak2, rak2 buku,  beg-beg plastik, dan jua cat dinding yg bertompok yang aku kena cat balik sendiri! Ceihh. Bile tah nak cat? Bukan malas, tapi tak xcukup kelengkapan. Dan keyakinan. Hu.. 

Maka terpaksa aku menumpang bilik adikku Umy buat sementara waktu ini. Oh, jadi penumpang pula si pelarian ni...


Hall - day 1. Looks better today.. thanks to mak ayah n sume yg mengemas while I was away last nite. Hehe.


Resah sebab bilik tak siap? Cis. Takdela, bukan bukan. Ade banyak hal lain lagi. 

Sedang ramai lagi orang yang kesusahan, hidup merempat, takde rumah, kais pagi makan pagi, tak kais tak makan, terpaksa mintak sedekah kat rancangan Bersamamu, kau pulak sedih2 pasal bilik tak siap. Cit! Kalau mcm tu, hantuk kepala kat dinding je selayaknya. 

"InsyaAllah ade jalan penyelesainnye." Kataku kepada diri sendiri, cuba menenangkan hati. 

Tapi macam mana nak selesai kalau tak mula menyelesaikannye. Hah! 


Dapur -  day 1. Harini siap dah bleh masak2 dah pun.. heheh 


Ah sudah lah. Malas aku nak susah2kan hati memikirkannya. Mari fikir yang indah2 saje dan cepat sambung buat kerja sebelum ayah pulang lalu menjerit "Mane benda yang ayah suruh buat tadi tak siap2 lagi ke???!" huahahaha. 

Yang indah

Ok ini indah. Walaupun aku tau aku lambat  memiliki dan membaca buku ni, tak kisahlah.  Baru dapat 2 hari lepas. Terima kasih pemberi hadiah!! =)) 

Indah! Dapat buku sebagai hadiah adalah satu nikmat yg besar... bagi aku... Huhu. Bile tah last skali aku dapat buku as a gift. Nak mintak2 ni malu la kan. So doa je dalam hati supaya dapat hadiah tu benda yang berpekdah seperti buku. Lagipun buku ni mahal. Kalau time berduit boleh la galak mengumpul bekalan dan koleksi. Tapi time tengah sengkek ya amat ni... telan air liur je sambil sumpah2 nape la time aku takde duit ni ade macam buku2 best yang keluar???!! Huwaaa. 

Dan bile dah berumur ni, taknak la dah kumpul hadiah2 benda perhiasan yang-aku-tak-tau-nak-buat-ape-dengannye kat dalam bilik. "Ni sume buat pengumpul habuk je," tungkas emak. Eh tungkas tu ape dah?

Entah.

Btw tu hadiah ape buku denyut tu? Tu adalah hadiah besday, yg aku baru dapat 2 hari lepas. Haha. Xpe..  xkesah la lambat pun. Besday aku dah la time tengah study week time tu.. kalut betul. Tak sempat nak reply semua wish isk3.. Eh janji nak reply kan? Muahaha lupe plak!! Hakaq bizi.... plus takde mood skarang, dunia hakaq sangat2 la berserabut. 

Oh ade lagi satu perkara yang indah. Malam tadi aku, kawanku Fina dan Nora (junior sambest) telah diizinkan olehNya untuk pegi ke Dr. Tariq Ramadan's talk in UIA. Tajuknye "In The Footsteps of The Prophet - How Muslims Should Contribute To The World". MasyaAllah... nice speach... great speaker! =)


Prof. Dr. Tariq Ramadan. The grandson of Hassan Al-Banna. Subhanallah...

So sedikit ringkasan Prof Tariq's speach, taken from my junior, 'Ammar Sahrim FB post:

1) 3:110 - Kita adalah ummat yg terbaik bukan kerana darah kita, tetapi amal kita yg mengajak kepada makruf mencegah mungkar yang merupakan bukti iman kita.

2) Cara terbesar mencontohi Ar-Rasul adalah dengan menyebarkan rahmah kepada seluruh alam, sama ada muslim atau bukan muslim, sama ada manusia atau makhluk lain.

3) Rasulullah ialah seorang yg konsisten! Antara bicara dan amal.

4) Rasulullah ialah seorang yg berobjektif dalam setiap bicara dan amal.

5) Rasulullah mengajar untuk kita mengubah cara pandang kita kepada alam (sebagai hadiah dari Allah), kepada yang miskin, kanak-kanak, dan paling penting ibu bapa kita.

6) 4 Attitudes penting yg Rasulullah didik; yakin (yakin dgn prinsip dan aqidah kita), percaya, bercita-cita tinggi, dan berani.

7) Kita adalah khalifah bukan bermaksud kita adalah pemilik alam ni, tapi kita akan dipertanggungjawabkan.

8) Kita kena meyakini betapa kehidupan ni ada penghujungnya iaitu MATI.

9) Cara yang terbaik untuk memberi sumbangan pada ummah mengikut cara Rasulullah adalah pendidikan atau Tarbiyyah.


TQ Ammar, for these beautiful notions! Aku tak reti nak menulis balik sume2 ni. Huhu... 


3000++ orang yang hadir! Subhanallah....  [sumber]

But I like this one.... right from my own PowerShot... Hehe..

Subhanallah...  As if he's looking straight at me, saying "hey listen carefully, asyik amik gamba je budak nih dari tadi!" 

Beliau sangat tegas orangnya. Bukan orang yang suke buat lawak supaya orang datang beramai2 mendengar ceramahnya. Even bila orang ramai2 bertepuk tangan (kerana terlalu kagum dengan kata2 dan semangat beliau) pun di sergahnya "Don't! Don't clap! Stand up now and do something!" tungkasnya dengan tegas, mendesak kita supaya bangun membela umat Islam dan orang2 (tak kira agama apa pun) yang ditindas. 

Semoga aku.... diri yang kotor dengan dosa2 ini....... dapat berubah... 

Allah.... terimalah hambaMu ini kembali.... tenangkanlah hatiku yg berserabut ini.... tunjukkan aku jalan... dan kurniakan aku seorang 'Imam' sebagai pemmimpin.... 








Abang: ha cepat la pikir dari skarang nak beli kereta ape!!
Aku: Ha banyakla ko punye keta! Orang tengah pikir mane nak cekau duit nak beli katil almari sume nih! T___T

Friday, July 13, 2012

What happened to me within these last few months?

Assalamualaikum!! =D

What happened to me for the last few months? Lame blog ni ditinggalkan bersawang. Mane penulisnye pegi?  ahakz. ingat macam selebriti ade orang nak kesah? takde orang kesah xpe. ni aku yang kesah.

Ok sbnrnye minggu lepas kami baru je menamatkan final professional examination kami.... fuh! Ape? Dah abes blaja? yeas, aku dah grad skrg.. Setelah 7 tahun (1 tahun tamhidi @ matriks + 6 tahun degree) Alhamdulillah.. seperti yg termaktub dalam post2 yg sebelum ni... ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kpd semua yg membantu, menemani, memberi sokongan, tunjuk ajar, mendoakan, mau pun memberi senyuman kpd kami sehari-harian kehidupan kami di pandan indah sana. 

about 2 months before finals...  

keadaan  yg masih lagi terkawal

sume kerabat nota2 fail2 aku hangkut dlm bilik... malas nak banyak2 tempat.. 

How does final year feel? 

"It feels like hell!" kate ko. Astaghfirullah al azim, kite org islam, xbaik kate gitu. Setahun yg lepas ni macam dalam satu sesi tarbiyah bg aku. cewah. Mase tu hari2 adalah hari yang menakutkan, ye tu benar. Stress itu dan macam neslo aku cicah pagi2, kejap sedap, kejap tawar, namun habiskan aje walaupun kemudian akan muncul lagi keesokan harinye. Wah analogi aku. Jadi dengan ketakutan dan stress tu, ke mana lagi aku tala kan kalau bukan kpd Dia yang menjadikan, memuliakan dan menghinakan. Ngadu puas2. Mintak tolong banyak2. Tu je le tempat ngadu. Asben takde, pakwe pun takde. Ngadu kat ayah asyik kena buat lawak je. haha. Tapi terhibur jugak ngadu kat ayah yg gila2 mcm tu.  

Setahun yg lepas aku x pegi enjoy2 mcm sblm ni. Ku pujuk hati, berkorban sket wei, bape bulan je lagi ni. Ko enjoy bape minit kang sangkut berbulan2! ha cam tulah aku tarbiyah diri lebeh kurang.  (Pastu layan tido berjam2 dlm bilik T_T). Sbnrnye bukannye berkorban sangat, tapi perasaan nak berseronok2 tu dah xde lantaran ketakutan yg amat sangat... (Tapi ade gak skali tu suro abang blanje sume adik bradik 5 org tgk harry potter muahaha eh bile tah? aku pun dah x ingat hahahaha). Dan ade jugak time dah nak dekat stdy week tu aku layan movie aku tak bodoh. Cerite lame haha! tapi dah gile rase nak tengok cerite sangat time tu hahaha  Tp cite tu memang best.... bile dah kawen nanti nak suruh laki aku tengok supaya tak buat anak2 mcm robot yg bodoh. haha. Selain dari tu, aku tengok movie parit jawa. Pun dah nak dekat study week kot. Sesekali nak menyelami hati orang jawa haha.

Jadinye setahun yg lepas memang tahun yg melatih jiwa dan perasaan. Kena pandai kelentong diri sendiri, kena pandai pujuk diri sendiri (pujuk nak nap sekejap walaupun tahu pasti akan terlajak jadi berjam2), kena pandai sabar (mase tu hari2 rase makcik kantin masak lame, teksi bawak lambat sangat, kelas abes lmbat,  hospital seberang jalan rase jauh berbatu2, mase tido selalu xcukup walaupun xkurang 6jam aku tido, etc etc) dan lain2 lagi yg aku malas nak tulis. Nescaya lepas ni memang dah kena praktik sume bentuk ketabahan2 ni bile dah start keje nanti. 

harap list je banyak... tapi xpenah nak abes... spongebob gelakkan je aku hari2 T_T



Physical

Ha part ni yang best. Mase pegi kenduri kawen waruq+dian kat banting, Mili kate muke aku cengkung. Aku pun xprasan. Ayah n sedara2 pun ade yg kate aku kurus. Namun aku musykil, pernahke aku gemuk? muahaha. Cekung tu ye la kot. Mase dah nak study week tu aku pun prasan ade alur atau curam atau ape jadah tah nak nyebutnye, tulang pipi nampak obvious (sile jangan harapkan gambar, aku takde mase nak posing2 amik gamba muke sendiri haha). 



Just a week before final.  Setiap kali tgk kalendar countdown buatan sendiri ni aku mesti akan palpitation (baca: jantung berdegup kencang).. waaaaa subhanallah takutnye xtau nak cakap... kekadang rase cam nyesal buat n tampal kalendar sebab buat aku huru hara hahaha

Tapi part kurus ke tak ke tu bese je la kot. Paling significantnye, mende yg paling masalah kalau aku stress, masalah kulit. Miss E dan Miss J mula lah nak muncul time ni. Memule Miss E... Eczema. dulu dah abes aku nyahkan guna cream hydrocort yg aku pau secara percuma kat spital Tapah masa elektif last year. Skrg ni timbul balik malah semakin rancak. Sampai dah nak habis 1 tiub cream hydrocort tu x hilang2 jgk sampai la skrg. Abes berparut kulit aku T_T dah x mulus dah.... Pastu Miss J plak datang melawat aku reramai kat muka ni. Merata dia datang bawak kerabat sekampung. haihh...

hydrocort / steroid cream untuk eczema... 

Dan hari peperiksaan pun tiba... 

Makanye 25-29hb jun aritu adalah 5 hari bergelumang dengan buku2 dan nota2. Exam kali ni x same mcm SPM. Spm dulu 1 hari 1 subjek. Siap ade gap lagi setiap paper tuh. Tapi kali ni, 1 hari tu, 1 paper tp ade 3-4 subjek di dalamnye. nanges menjawab soalan  T____T


teman2 di sisi katil

Malam nak exam tu macam hampeh, bukak nota A, tetibe come across pekataan B, takpaham lalu bukak nota B. Malah lagi keliru lalu bertanye kat leha, tetibe ternampak leha tgh bace C, lalu terdiskas pasal C dgn leha sambil leha sumpah2 dlm hati asal la minah ni kacau aku dahla tengah cuak ni, pastu balik semula ke bilik. Tak ingat tadi tengah stadi ape, lalu bukak plak buku D. LOL! camtu sampai bile nak abes hahaha... tu aku la, aku.... yang huru hara ni... orang lain ok je sanye, teratur je perancangan dan perjalanan idup diorg, x mcm aku ni.. haha

bawah nota ade nota, bawah nota ade buku, bawah buku tu ade handbook yg bawahnye ade nota...wooh. mcm tu lah aku.. ribut!

Basically malam2 nak exam tu bukanlah malam nak study buku teks baca a to z, tapi untuk sneak peek nota2, soalan2 end posting yg lepas2  (sepatutnye lah tapi aku bukak jugak buku teks hahaha) .... dan jugak pastikan tajuk2 yg discuss time kelas2 revision dah cover sumenye.. oh ini penting!! =D

Mase revision class sepanjang study weeks tu, setiap yg keluar dr mulut lecturer2 anda ibarat mutiara.. wah! hahahaha... alhamdulillah revision class memang sgt banyak membantu... doa2 lah kite diketemukan dengan tajuk2 yg bakal keluar exam. Kalau pegi class tp x prasan/ xdengar ape yg lecturer cakap, x gune jugak kan.

dan inilah antara revision class yg sangat222 penting untuk di hadiri. ewah! =D
[kredit gambar: Azah - my partner in crime muahaha]


tq dr.hana..! 1st time kitorg ade gmbr time exam.. hehehehe
btw actually ni time exam paeds...tp basically same je la pemandangannye setiap kali exam  [kredit gambar: Dr. Hana]  


kadang2 kitorg buat exam dalam makmal jugak... seat aku no1, sebelah si izzudeen ni ha... depan sekali woo!
[kredit gamba: Dr. Maiza Masri. tq dr! =) ]


Acara wajib sebaik saje keluar dr exam hall - salin balik soalan2 yg dihafal... untuk junior2 tersayang.  kagum tgk kwn2 gigih menyalin soalan beramai2.. pastu saling tolong menolong melengkapkan soalan2 mane2 yg x ingat..
(eih bile la aku nak siapkan mendalah2 tuh =_=''' ) [kredit gsmbr: Elya]

Exam klinikal plak bermula Isnin (2 julai) dan 3 julai... aku punye turn, 3 julai. Syukur sangat dapat 2nd day, so boleh dapat gambaran what's gonna happen during the exam day. Everything (I mean, the day) went well and smoothly Alhamdulillah.. 


Group ke3 untuk short case.. dari kiri, Dr. rahman Omar, A - marahaini, B - zarin, C - ayie, D - nadiah, E - nadia, Dr. Maiza, Prof Shahrir  [kredit gambar: Dr. Maiza Masri]
What are the cases that I've got?

Long case: Bilateral Knee Osteoarthritis (a quite straight forward case...and very helpful patient.. and supportive examiner... alhamdulillah.. =))

Short cases:
1. Medical - mitral valve replacement =)
2. Paeds - cerebral palsy =(
3. Ophthal - Glaucoma =)


gmba ni mmg epik la... betul2 time nak balik, n ida sorang student je yg ade gamba ni ...lg satu kat camera dslr Prof Anna (kiri sekali, she's from Poland). hoho.. [kredit : Ida (duduk, kiri sekali) ]

Now that everything is over.. all the nervousness, palpitations, tachycardia, loss of weight, loss of appetite.. Alhamdulillah... and now may Allah ease our 6 friends who are going to pass (insyaAllah) the exam in a few months. And may all 43 of us graduate on December this year.. ameeenn... =)

And what's happening to me after receiving the result? "Weh, dah jadi dokte terus senyap eh, x tegur aku langsung" - sorry Asma' Haslan !! =D =D =D

Since malam lepas dapat result (rabu) tu, aku memang xduk diam.. tolong2 persiapan dinner tido kul 3 pg, esoknye (khamis) buat preparation persembahan. On the way ke putrajaya buat video dalam keta, sebab mase dah xde. Sampai2 umah ida pening cam nak muntah, haha. Malamnye plak dinner, then tido kat uamh ida. Then esoknye (jumaat) gi sungai gabai. Petangnye ade briefing pasal housemanship dgn Prof Shahrir & Dr.Najib. Then sabtu packing barang2 hangkut bawak balik umah. Sabtu n ahad ade tetamu kat rumah, sambil2 tu try jugak taip short case aku. Pastu isnin n slase pegi PPD camp junior. Slase malam lepas blk dr PPD tu terus kena cuci rumah...kul 12 lbh baru setel huhu.. Esoknye, rabu, pegi faculty plak, seharian setelkan borang2... Hari ni je yg dapat rilek sket.. Tengahari td kluar nak pegi gunting rambut tapi kedai tu dah tutup... So balik la awal sket pastu bleh tido muahahaha.... Patutnye td lepas isya kene gi cuci umah lg tp aku T____T nak rehat haha... esok banyak kerja menanti okeh!....  

Ok Nyte everyone! 

Assalamualaikum wbt....











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...