Thursday, April 5, 2012

Filem Parit Jawa dan Sebuah Fikiran


Filem Parit Jawa (2012)

Mesej yang ingin disampaikan dalam filem ni adalah tentang betapa pentingnya untuk sesuatu bangsa tu mempertahankan tanah pusaka warisan tok nenek kita. Jangan kerana harta benda, tanah tumpah darah tergadai. "Hilang tanah, maka jadilah kita manusia yang tiada asal usul" kata suara latar di pembukaan cerita. (ape plak takde asal usul? takde tanah sudah...- getus aku )

Namun bab tanah2 ni aku tak berapa hayati la sebab aku pun belum lagi nak mewarisi tanah2 ni ha. Tapi yang aku terkesankan sangat,  filem ini membuatkan aku terfikir... walaupun sebenarnya dah lama dah fikir pasal ni.... Adakah ibu dan bapa itu melahirkan dan membesarkan anak2 supaya mereka ditinggalkan keseorangan di hari tua nanti?... 

Oh...

Mulanya detik aku terfikir macam ni bila aku kerap jumpa warga2 emas yang keseorangan kat wad. Ada yang sesekali menerima pelawat, ada pula yang keseorangan sepanjang dia kat hospital tu. 

"Makcik sekarang duduk dengan siapa?" aku memulakan pertanyaan tentang Social history seorang makcik di wad pesakit perempuan. 

"Dengan pakcik ajelah, berdua. Anak makcik lima orang, tapi semua dah berkahwen, dah kerja. 3 orang duduk di KL, seorang mengajar di Perlis, seorang lagi ade di sini, tapi yelah dah ada keluarga kan," ujar makcik panjang lebar. Sayu. Aku mengangguk2 faham. 

Faham bahawa tiada ibu yang mahu berjauhan dengan anak2nya, tapi desakan kehidupan yang membuatkan mereka terpaksa hidup berjauhan dengan ibu bapa. Kerja. Belajar. Keluarga. Sekolah anak2. 

Sesungguhnya getusan hati ni bukanlah bertujuan menunjal2 si anak2 yang membiarkan si ibu dan ayah tinggal kesepian di kampung. Atau menyesali betapa sepuluh orang anak tidak mampu menjaga seorang ibu. Tapi fikiran2 ini tercipta untuk membangkitkan persoalan bagaimana pula aku suatu hari nanti? Mungkinkah sama saja dengan mereka ni? Di saat mak dan ayah ditimpa kesusahana atau kesakitan, entah di mana aku ketika itu. Bahkan saat ini, saat diri ini masih bergantung sepenuhnya pada mereka, mereka sentiasa berada di sisi tatkala aku memerlukan mereka. T_T







Aku masih belum habis berfikir.........

Nadia Anuar
7.03pm
5 April 2012


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...