Monday, April 30, 2012

Ini entrey sedestress (sedey+stress)

Waaa tak tau la nak sedih ke nak happy ...


rasenye

^_^

jee..

tapi kat dalam ...

T  ____  T

tapi sanye memang

T_______T

pon!






Waaaa... sabar2... sume ni ujian...


Jua kifarah dosa2yang lalu mungkin T___________________________T


Doa banyak2 padaNya....


Dia Maha Tahu bahawa apa yang kau perlu itu adalah lebih penting dari apa yang kau mahu
















ps1: time kasih selkom. makan duit org dah banyaakkkk tapi serbis hampeh!! penat tau 2x isi borang tapi fail! tensyen. (ok memangla baru 2x jee, tapi panjang dan makan byk mase waaa T_T)  dah la due date nye lusa. time kasseyyy! (Sabar2...*pat on the shoulder*)

ps2: aku saje je eja entry = entrey

ps3: rase nak menjerit atas bukit.. tapi celah mane nak cari bukit kat sini?? =_=''' (berzikir lebih baik dari menjerit2 *nanges*)

ps4: walaupun banyak emoticon T____T dlm entrey ini namun tiada setitis pun air mata tumpah malam ini. hoho!

ps5: perkara dalam ps1 takde kaitan dengan tajuk dan isi entrey ni... waa

ps6: Ape pun yang berlaku....saya (akan cuba untuk) redha. InsyaAllah..... Allah bersama orang2 yang sabar  =)

ps7: adapun aku makin merasakan selkom tak salah dalam perkara ps1. mungkin server website tu yang down. haih nasebbaek bukan isi borang kawen, kalu tak mau lagi stress wakaka

ps8: untuk yang belum tahu lagi, P/S stands for 'post script' =p

ps9: Wassalam......


Sunday, April 29, 2012

Regret is painful

"Senang je. Nape la tak buat dari dulu"....





...nyesal dahulu pendapatan. Nyesal kemudian tiada berguna. Skrg ni tak taula yg pendapatan ke atau yg tiada berguna. Isk.


InsyaAllah berguna!




You can choose either one: the pain from discipline or the pain from failure and regrets!

Regret is painful indeed.


56 Days to go!

Allahumma yasir lana.... bantulah kami Ya Allah.... berkatilah ilmu dan usaha kami agar dapat kami manfaatkan ilmu ini untuk bangsa dan agama kami..... ameennn ya rab.... =)

Malam yang hangat, sunyi....dan Syahdu.. *lempang2 pipi sendiri*

Alhamdulillah... julung2 kalinye seminar aku siap wayyy before the presentation day! For the very last posting it is! Bad me =_='

Ape pun, tahniah laaa sbb baru nak jadi org. *terkebil2*

Sunyi je malam 29-4 yang hangat ni... memangla sunyi, smueorg dah tido. Kenapa tah aku lately jadi burung hantu, siang mengantuk malam berjaga. Mane tak ngantuk siang dah malam tido lambat. Mananye takleh tido, dah siang tido lame! Waaaa!! 

Dah lameee tak tulis kat belog ni....dan baaaanyakk kisah perjalanan hidup aku (yg tak brape menarik) dah termiss dari catatan kat sini.. Contohnye aritu (8 Apr) balik Tapah. Jumpe opah ngah. Oh bukan setakat jumpa2 je, tapi banyak benda yang kitorg (aku & my sis Umy) dapat korek dari opah. 

InsyaAllah will be writing it in here as I want the memory to remain in my mind and heart :) 

How I miss Tapah, I miss Kg SC Redang Ponggor, Arwah Opah & Tok, mak tok sebelah rumah, I miss Opah Ngah, pekan langkap, pasar rabu, I misssss rumah tok so much, parit depan rumah tok tempat kitorg tangkap anak2 ikan, pokok pisang port lepak petang2, laman belakang tempat main tenteng, jolok buah rambutan...dan... erm, tak banyak sebab mase tu kecik lg.... 

By the way just now I happened to hop to Along's blog (to pay a thank-you visit to my blog's 53rd follower =p), and the song played in the blog hit me with a long lost memory somewhere at the back of my head. Sungguh syahdu.




Ehsudah lah. Besok pukul brape nak bangun ni. 

*angkat punggung*..

Saturday, April 7, 2012

Syukur atas Senyuman ini Ya Allah =)

Alhamdulillah... syukur Ya Allah di atas perkhabaran itu... Sesungguhnya Engkaulah pengatur Yang Maha Hebat. Ku pohon agar ia dipayungi rahmat dan kasih sayangMu, jua agar ia dipenuhi keberkatan, yang membuahkan ketenangan dan kebahagiaan di dunia sebagai tungganganku menuju kebahagiaan hidup di negeri abadi... 

Jadi sekarang saya boleh belajar, dan tidur dengan tenang (tiada lagi mimpi ngeri) sambil tersenyum =)

Ok mari tamatkan malam yang penuh makna ini. Because tomorrow I'll be having another looong journey with my lovvveeeah! ^__^

Oh yeaa.... nak selit a photo of my new obsession - Amni Maisarah!! (lame dah, sejak dia lahir lg sanye hehe)

Auummm!! 


Nadia Anuar
7 April 2012
1:01am

Thursday, April 5, 2012

Filem Parit Jawa dan Sebuah Fikiran


Filem Parit Jawa (2012)

Mesej yang ingin disampaikan dalam filem ni adalah tentang betapa pentingnya untuk sesuatu bangsa tu mempertahankan tanah pusaka warisan tok nenek kita. Jangan kerana harta benda, tanah tumpah darah tergadai. "Hilang tanah, maka jadilah kita manusia yang tiada asal usul" kata suara latar di pembukaan cerita. (ape plak takde asal usul? takde tanah sudah...- getus aku )

Namun bab tanah2 ni aku tak berapa hayati la sebab aku pun belum lagi nak mewarisi tanah2 ni ha. Tapi yang aku terkesankan sangat,  filem ini membuatkan aku terfikir... walaupun sebenarnya dah lama dah fikir pasal ni.... Adakah ibu dan bapa itu melahirkan dan membesarkan anak2 supaya mereka ditinggalkan keseorangan di hari tua nanti?... 

Oh...

Mulanya detik aku terfikir macam ni bila aku kerap jumpa warga2 emas yang keseorangan kat wad. Ada yang sesekali menerima pelawat, ada pula yang keseorangan sepanjang dia kat hospital tu. 

"Makcik sekarang duduk dengan siapa?" aku memulakan pertanyaan tentang Social history seorang makcik di wad pesakit perempuan. 

"Dengan pakcik ajelah, berdua. Anak makcik lima orang, tapi semua dah berkahwen, dah kerja. 3 orang duduk di KL, seorang mengajar di Perlis, seorang lagi ade di sini, tapi yelah dah ada keluarga kan," ujar makcik panjang lebar. Sayu. Aku mengangguk2 faham. 

Faham bahawa tiada ibu yang mahu berjauhan dengan anak2nya, tapi desakan kehidupan yang membuatkan mereka terpaksa hidup berjauhan dengan ibu bapa. Kerja. Belajar. Keluarga. Sekolah anak2. 

Sesungguhnya getusan hati ni bukanlah bertujuan menunjal2 si anak2 yang membiarkan si ibu dan ayah tinggal kesepian di kampung. Atau menyesali betapa sepuluh orang anak tidak mampu menjaga seorang ibu. Tapi fikiran2 ini tercipta untuk membangkitkan persoalan bagaimana pula aku suatu hari nanti? Mungkinkah sama saja dengan mereka ni? Di saat mak dan ayah ditimpa kesusahana atau kesakitan, entah di mana aku ketika itu. Bahkan saat ini, saat diri ini masih bergantung sepenuhnya pada mereka, mereka sentiasa berada di sisi tatkala aku memerlukan mereka. T_T







Aku masih belum habis berfikir.........

Nadia Anuar
7.03pm
5 April 2012


Monday, April 2, 2012

Weekend with my loves

Assalamualaikum!

How's ur life getting on? Mine is awesome...with my love ones... =) 

Thanks Allah for blessing me with super-mak and super-ayah like them! =)
Mak and ayah are my heroes!! They are always there when I need them...when I need a friend, a hand (or a ride :p)

Alhamdulillah Yesterday was a blast, blessed day for me. Why why?

Since several days and weeks ago I've been thinking of going to some places, for some reason, to see some things, which is quite important for me in making a huge decision of my life. He He. And I think I have to do this by myself, not to burden anybody around me. Tapi kena jugak la ajak some one to temankan, for safety purpose hee. So last week I asked my dear friend F to accompany me and she agreed. But problem is, I didn't get to borrow my bro's car as planned. 

When I voiced out my intention to Mak, she asked me to nego with abang as he might be a bit generous to lent me his 'Audi A6'. He is, some times. Haha. 

But not this time. Yeah I did have that feeling though, as it will be a complicated plan, as what he replied. Ok never mind, thank you. Oh no, I did not thank him for that actually. Haha. Redha je lah, tapi hati sangat runsing dan sedih, and regretting it for it may be the result for not asking him about this earlier. Padan muka aku. Nasi sudah menjadi bubur.... 

Then I told Mak about that yesterday morning and guess what? She managed to pursue ayah to bring me there! Wow this is beyond my expectation, and indeed it was a blast! Surely aku takpayah drive (sebab ayah suke drive, sebab  kalau dia x drive nanti dia sakit tengkuk tempat operate dia dulu) dan rase more secure bila ade mak n ayah (dan aku takpayah kuar duit minyak wahaha). Alhamdulillah... Weehooo!! 

See? Allah always has a better plan for us! Then I realized, patutla aku rase berat sangat nak mintak pinjam keta abang, dan sangat2 berat nak mintak orang tolong temankan..rase sangat2 serba salah nyusahkan orang.. Dan aku mohon pada Allah bagilah jalan untuk masalah ni... there you go, he replied me once again! Alhamdulillah Ya Allah... Kau tak pernah kecewakan hamba2 yang menjadikan Kau satu2nya tempat bergantung. =)  

Maka bermulalah perjalanan beribu batu menuju ke tempat-yang-di-tuju. Oh ye sebelum tu kitorg singgah tengok rumah. Bilik saya dah nampak rupa dah hehe.. Tapi kecik ajela takde la macam umah orang lain. Anyway it is more than enough though, cube bayangkan orang miskin yang takde bilik, cramped up in 1 house with 7-8 beranak... Allah... sungguh besar nikmat yang Engkau berikan pada kami...

Rumah kami dan rumah jiran. Nampak dah rangka bilik aku. Yang mane satu? Rahsie2 hehee

Ececeh. Kedua2 tuan rumah melawat rumah memasing. Ayah dan pacik Ipin, jiran sebelah kami. 

Lemeee jugak la tunggu ayah bincang pasal rumah ni ngan Pakcik Ipin. Ayah bagi cadangan untuk pasang itu ini, dan share menda2 pasal rumah ni. Macam2 la ... Ai dah ni bidang dia. Kekadang tu aku pun tak paham ape istilah yang dia guna, tapi angguk2 je n cakap "Ooo...." hakhakhak " =p 

Tapi mase tu I came into thinking, apart of being so grateful to Allah for having a great ayah as him, at that very moment realized betapa ayah memang all out lah dengan rumah ni. Dari plan rumah dia yang lukis sendiri, beli barang2, lampu pintu tingkap tiles and every inch of the house, he planned and make sure everything to be as what he wants, and according to the rules. Hehe. 

Contohnye sebelum2 ni mase kitorg renovate rumah, ade skali tu kontraktor tu pegi salurkan saluran air kotor dari bilik mandi ke dalam longkang. Bile ayah noticed benda tu, dia suruh orang tu buat balik. Kata ayah, mane boleh macam tu.. Longkang tu untuk air hujan je sebenarnye. Air sink pun tak boleh patutnye, sebab tu la longkang boleh sumbat. Air dari toilet, bilik mandi, sinki, sume tu kena salurkan ke loji kumbahan..  Hoah, macam tu rupenye... aku tak penah tahu pun ade 'peraturan longkang' macam ni. Hahaha. 

Tu la gunanye ilmu kan. Moral of the story yang aku bleh extract dari ayah, belajarlah sesuatu untuk diamalkan, dan beri manfaat bukan saja pada diri kita malah pada semua orang sekeliling kite. Dan kite akan rase puas dan bersyukur dan seronok once kite dapat aplikasikan apa yang kite belajar tu. Agaknye tu la yang ayah rase skrg. 

Dalam perjalan pulang dari tempat-yang-di-tuju. Gambar ni lepas kejadian ayah kena siram ngan air mineral hahaha (lihat botol mineral di tangan mak =D)


Perjalanan yang agak jauh jugak la.. dan penat melayan ayah berceloteh. Ayah ni memang, ade jeee benda dia nak debatkan. Contohnye

Ayah: Eh kenapa ade klinik kesihatan plak dekat hospital ni. Dah ade hospital tak payah la buat klinik plak. Banyak2 bangunan semak je
Me: Klinik tu untuk orang2 yg tak berapa sakit pegi follow up, ambik ubat. Hospital tu untuk yang teruk2, yang kena jumpa pakar atau masuk wad. 
Ayah: kalau macam tu buat hospital je la, tak payah buat klinik kesihatan ni.
Me: Crowded la hospital kalau macam tuuu semua orang nak kena pegi spital..
Ayah: Alasan la tu dokte malas !
Me: Nanti orang yang komplen lame sangat... =_= penat la layan ayah ni

Penat berdebat ngan ayah ni, adeee je dia nak kona. Ayat tak nak kalah je haha.... 

Jauh jugak perjalanan semalam..tapi berbaloi2.. plus dapat discuss2 ngan mak n ayah lagi. So dipendekkan cerite pukul 5 ptg kitorg sampai rumah... Alhamdulillah... sampaila hajatku untuk pergi ke tempat-yang-di-tuju... atas bantuan dan idea ad-hoc mak. Mak memang selalu menjadi penyelamat keadaan! =)

Malam tu plak ayah teman aku pergi Guardian kat Giant batu caves. Nak cari sumthing. Mula2 ayah suruh  aff temankan aku, sebab ayah penat. Maklumlah kat Giant tu pernah ade kejadian orang mati  kena tembak, so dia risau kalau aku pegi sorang. Rafiq n Aff, dengar je aku nak gi Giant, terus order nak deodorant la perfume la waaa kopak la angah. Tapi takpela...as 'upah' menemankan angah T_T Lepas aku dah siap2 tetibe ayah kate nak temankan..... pelik plak aku. Tapi aku rase aku tau kenapa tetibe ayah nak teman...sebab ayah risau keselamatan poket dan wallet aku akan terancam kalau bawak budak berdua tu HAHAHA gentleman betul ayah ni =D

Sebagai buktinye, tengok2 kat sane Ayah bagi aku duit suruh belikan diorg punye deodorant tu...Hehe. 

Oh ye kelmarin mak buat air laici limau! Pergh sedappp.... bile tanye mane mak dapat idea ni, mak cakap "entah, tetibe je terfikir, haha" memang tempting lah, kaler putih je macam air laici, tapi rase laici + limau..nak2 nye sejuk..slurrppp! 

Kesimpulannye wikend ni memang superb. Macam mane la aku tak menanges sebab homesick kalau tak dapat balik rumah lebih dari 2 minggu. HAHAHA. 

How am I gonna leave them to work and live at a place far far away from home T_T

Terima kasih mak, ayah! The loves of my life! =D 



"Kita hanya akan nampak dan hargai cinta sejati yang tak pernah mati sesudah  jatuh tersungkur dek cinta palsu yang menipu" (Ndeanuar, 2012)

Sunday, April 1, 2012

Hanya kerana mata

Kalau aku like/add page celebrity lelaki, ianya adalah kerana beliau adalah ustaz, pemimpin, atau seorang ikon, yang suka post menda2 berfaedah, seperti kata2 nasihat, ilmu2 atau update isu semasa, etc (eg. UZAR, Ust Zahazan, Fedtri yahya, Hilal Asraf, etc). Tapi aku tak jumpa sebab untuk menge'Like' page2 artis2 lelaki. Like hanya kerana mereka kacak dan sedap dipandang? Oh tidak...  Jadi aku musykil, apakah sebabnye bile sesorang lelaki tu Like page artis perempuan ye?.. hmm...


# Mata oh mata...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...