Saturday, March 31, 2012

Pak Agi the Legend

Semalam kami berkesempatan menyaksikan persembahan mantap sayembara puisi Pak Agi yang bertajuk 'Palestin'. Dari rangkap pertama aku dah terkesima dengar bait2 sajak dia... Sangat la lain dari yang lain.  Apetah lagi penutupnye. Memang membuatkan satu dewan bersorak dan bertepuk gemuruh! Wah! Bagi aku ni la persembahan yang paling pure dan artistik malam itu! Haha

Pak Agi memang legend!


Serba sedikit tentang Pak Agi (kopipes dari Wikipedia)

Abdul Ghafar Ibrahim (Agbi Al-Godjonja, Agbi Al-Ghaff, Agi) (lahir 31 Ogos 1943 di Kampung Sesapan Batu MinangkabauBeranangSelangor). Beliau kini menetap di Bandar Baru Bangi dan Shah Alam, Selangor.

Keluarga

Ayahnya,Ibrahim Khatib Husin rajin berulang alik antara SemenyihSingapura, dan Sumatera. Ayahnya pernah menjadi polis, peniaga kedai runcit dan penjual kain .Nama pena ayahnya “Arab Street” pernah menulis pojok dalam akhbar Warta Malaya di Singapura(1930-an). Antara temannya ialah Ishak Haji Muhammad (Pak Sako). Ayah A. Ghafar meninggal dunia pada tahun 1948.
Neneknya rajin bercerita tentang cerita lipur lara dan hikayat lama terutama cerita Sabai Nan Aluih. Puisi Rantak Kudo dimainkan dalam majlis perkahwinan, amat mempengaruhi jiwa beliau semasa kanak-kanak. Qasidah dan berzanji semasa majlis memotong jambul atau mencukur rambut mulai menumbuhkan daya kreativiti A. Ghafar.
Di kampungnya terdapat pasukan tari piring berasal dari Minangkabau. Kumpulan silat dan tari piring sering dipersembahkan semasa majlis perkahwinan sekitarBeranang,Hulu Langat dan Kuala Lumpur.

Pendidikan

Dia bersekolah di Sekolah Melayu Beranang, Selangor (1950-1952) dan Sekolah Rendah Inggeris, Semenyih(1953-1957). Kemudian Kishan Dial School, Kuala Lumpur(1960).Belajar lagi di High School, SetapakKuala Lumpur (1962).Beliau menjadi guru sementara di Sekolah Tengku Ampuan RahimahKelang (1963-1964).Seterusnya mengajar di Sekolah Menengah KulimKedah (1965) dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, Kedah (1966-1968).1969 belajar di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Kuala Lumpur selama satu tahun.
1971 dia mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir JohariBeranangSelangor.Kemudian sambung belajar di Maktab Perguruan BahasaKuala Lumpur.Mei 1974, bertugas sebagai pembantu penyelidik sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka dan kemudian diundang menjadi penulis tamu di School of Letters, International Writing Program, University of lowa, Amerika Syarikat (Oktober 1974 -Mac 1975).
1975, belajar Seni Halus di College of Visual dan Performing Arts di Amerika Syarikat atas tajaan MARA - ijazah Sarjana Muda Seni dari Northern Illinois University. Ijazah Sarjana Sastera pula diperoleh dari Eastern Illinois University, CharlestonAmerika Syarikat (1977).
Sekembali ke Malaysia, dia bertugas sebagai pensyarah sambilan seni grafik di Sekolah Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi MARAShah Alam (Oktober 1978-Disember 1979). Pada masa yang sama mengajar di Yayasan AndaKuala Lumpur.Mulai Januari 1980, menjadi pensyarah pendidik seni di MPIK dan Universiti Kebangsaan Malaysia (November 1982-1998).



Ok cukup la tu sampai pendidikan... ni bayak dah ni tak serba sedikit dah.. haha
So kalau nakk tengok persembahan yang aku maksudkan tu boleh tengok video ni, aku dah letak kat youtube siap2. Ade di share kat wall Fb MyGMJ jugak. Tapi sedih tak sempat record dari awal... isk rugi2... Huu.. harapnye ade la orang upload nanti ye.... Selamat menghayati! =)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...