Monday, March 12, 2012

Jihad ini tak pernah mudah, sayangku

Jihad ini tak pernah mudah. Memulakannya seribu daya, meneruskannya pula segunung rintangan. Syaitan tak pernah akan berhenti di saat kau selesa terpelihara dari dosa-dosa. Tiada istilah 'putus asa' dalam kamus kata kerja mereka. 

Mata, telinga, perasaan adalah pintu untuk mereka mencerobohi istana hatimu. Bila dapat ditawan hati itu agar mencintai maksiat, maka kejayaan milik mereka. Saat itu kau tak lagi dapat mengenal mana hitam dosa mana putih hidayah, kerana hatimu telah rosak dicemari racun2 bisikan syaitan. 

Ya, jihad ini tak pernah mudah. Memulakannya seribu daya, meneruskannya juga segunung rintangan. Beruntunglah mereka yang telah terpelihara dengan sebaiknya. (Sangat cemburu kpd mereka. astaghfirulah..)

Saat kau sedang terleka melepaskan lelah setelah memulakan langkah jihad yang serba payah itu sambil menginsafi dosa2 yang telah lalu, bayang2 keindahan dan kemanisan penuh tipu daya itu muncul kembali. Bayangan dan bisikan mainan syaitan, dalam usahanya menarikmu kembali ke lambah kehinaan itu.

Kerana kau jua manusia, yang lemah dan mudah tersungkur, hatimu acap kali bergetar saat bayangan2 itu muncul satu demi satu. Sangat merindui, mendambakan kebahagiaan itu. Ya, syaitan akan membuatkan semua yang dosa itu indah2 belaka.

Namun tetapkanlah hatimu sayang, teguhkan hatimu sekuat2nya. Kerana tiada apa dan siapa yg dapat membantumu melainkan kamu sendiri, jua doa penuh penyerahan pada Maha Pencipta. 

Dia yang mencipta ujian ini, maka kepadaNya jualah tempatmu meminta pertolongan agar diberi kekuatan dan keselamatan.... 

Penuhkanlah dadamu dengan bait-bait kalamullah, agar tiada lagi ruang kotor untuk mereka serapkan tipu daya keindahan palsu dunia penuh kusta cacar nanah tercela. Penatkanlah tulang empat keratmu dengan ibadah seharianmu, agar tak ada lagi tenaga untuk kau melayani lamunan2 yang tak henti2 memujuk hatimu untuk kembali ke lembah hina itu. 

Kerana kau adalah raja kepada dirimu, maka peliharalah hatimu, pandangan, pendengaran dan pertuturanmu sebaiknya. Agar tertutup segala pintu dan jalan-jalan untuk mereka bisikkan kata2 beracun merobek dan mengotori hati yang telah penat2 kau basuh selama ini.

Aku sayang kau!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...