Saturday, March 3, 2012

Bile aku homesick....

Bile aku homesick....

Aku akan jadi kurang produktif.. hoho... (baik punye alasan). Tapi nape tah sejak akhir2 ni threshold homesick aku sangat rendah. Sejak masuk tahun akhir ni. Huahua. 2 minggu tu paling lame la bleh tahan... abes je tempoh tu, mula la datang semacam satu perasaan yg luar biasa.. Aku akan malas, oversensitive, lemah, suka mengelamun, hilang fokus dan lain2... Macam budak2! Haha biala org nak kate ape.... :p

Entah la... padahal masuk tahun ni dah 12 tahun aku duk asrama. Waa 12 tahun!! sejak umur 13 tahun =_=' dan paling ajaibnye, mase form 1 dulu, aku sendiri yg nak masuk sekolah asrama. Haha tu la jawapan mak aku dulu setiap kali orang tanye die nape aku nak masuk asrama.... Sampai homesick tu ape aku pun tak tau.

"Eh rumah kau kan dekat, kenapa tak balik nadia?" aku ingat lagi bila ditanya sebegini oleh sorang kawan (tapi dah tak ingat la sape yg tanye hehe) mase form 5 dulu. "Oh.. hm.... entah.. Tak rasa nak balik," kalau tak salah macam ni kot aku jawab. Mase tu minggu yg dibenarkan balik. Dah nak dekat SPM pon time tu.. 'Tak rasa nak balik' maksud aku, kalau duk kat ostel pun aku OK je, so stay je la... Masa time skolah dulu, perkataan 'homesick' tu dengan aku sangat la jauh dirasa. Sampai aku rasa xtau bila nak guna perkataan tu, hahaha. Melainkan kalau dah sampai sebulan ke, barula rasa nak balik rumah sangat2. Tapi sekarang, tidak lagi! Perkataan tu akan menunjal2 amygdala dalam limbic system otak aku setiap 2 minggu sekali! Kalau takde perkara yg memerlukan aku utk stay kat asrama time weekend, aku pasti mahu pulang! Harharhar... Walaupun skrg family kitorg tgh duduk kat umah sementara yg bilik airnya sentiasa bau lipas tu.. eww. Tapi nak balik jugak! =D

"Tak payah la balik... rehat je la kat asrama tu.." kata ayah di hujung talian lewat hujung minggu lepas. Aish nak bergenang je mata ni rasa. "Kat rumah pun rehat jugak ape.." "Tapi ayah yg tak rehat nanti," Haha.. Cis. Ayah kate takyah balik sebab mak n ayah sibuk, banyak hal sket minggu lepas. Anak (perasan) manja mereka ni merengek2 nak belik. Lepas tu call mak pulak, mengadu (lol!). "Ayah tak bagi balek..." "Hahaha.. yeke.." mak hanye gelakkan je.. Diorg ingat aku saje2 je kot nak balik, heh. Demi final exam, aku pun tabahka hati untuk duk je study diam2 kat serama minggu lepas (tapi aku tak nangis ok).

"Angah ni paling manja," kata Aff suatu ketika dulu. Tak ingat dah brape tahun lepas, tapi aku ingat la dia cakap ayat ni, haha... Bukan manja yg bermanja2an tu, tapi manja dalam konteks asyik nak balik umah je, haha.. (Plus nak kena ambik, =ppp) Ceh! yela, Aff tu ade motor, memangla tak payah ayah ambik kat asrama. Lagipun dia laki, x macho la kalau ayah dtg ambik! =pp 

"Okla dah dua2 pun ngantuk ni, moh la tido.." ucap mak di hujung talian malam tadi diselang seli dengan menguap. Masing2 saling berbalas2 menguap di hujung talian. "Aah, ngantuk jugak".. Tapi tak puas rasanye dengar suara mak. Dalam sepanjang2 mak bercakap malam tadi 60% je kot yg aku dengar, selebihnya aku hanya nak dengar suara mak je, hihi. Saje je tanye macam2 sebab nak dengar suara mak. Lepas masing2 menamatkan kata2, aku tertidur dengan handphone masih terlekap kat telinga, sambil me'rewind'2 balik suara emak. Lol..



Tapi ok what homesick? Aku tak malu pon nak ngaku homesick.. Atleast aku tau, hati aku ada pada keluargaku...mak, ayah =) bukan pada orang2 yang tak sepatutnya =)))

Ya Allah, ampunilah dosa kami... rahmatilah dan sejahterakanlah keluargaku, panjangkanlah usia Mak dan Ayahku... ameen.. =)

'Love Ros' - Sweet kan mak ayah kite!

Yg botak tu la Aff.. haha









ps1: Amygdala tu satu bahagian kat dlaam limbic system otak yg mainkan peranan dalam mengawal emosi. heh heh. =D
ps2: Aku homesick, aku OK!



2 comments:

Faiz Ezanee said...

Amek la lesen motor, merempit balik rumah :)

Ndea said...

Ha3! cadangan yg bernas! =ppp which i will not consider at all.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...