Saturday, March 31, 2012

Pak Agi the Legend

Semalam kami berkesempatan menyaksikan persembahan mantap sayembara puisi Pak Agi yang bertajuk 'Palestin'. Dari rangkap pertama aku dah terkesima dengar bait2 sajak dia... Sangat la lain dari yang lain.  Apetah lagi penutupnye. Memang membuatkan satu dewan bersorak dan bertepuk gemuruh! Wah! Bagi aku ni la persembahan yang paling pure dan artistik malam itu! Haha

Pak Agi memang legend!


Serba sedikit tentang Pak Agi (kopipes dari Wikipedia)

Abdul Ghafar Ibrahim (Agbi Al-Godjonja, Agbi Al-Ghaff, Agi) (lahir 31 Ogos 1943 di Kampung Sesapan Batu MinangkabauBeranangSelangor). Beliau kini menetap di Bandar Baru Bangi dan Shah Alam, Selangor.

Keluarga

Ayahnya,Ibrahim Khatib Husin rajin berulang alik antara SemenyihSingapura, dan Sumatera. Ayahnya pernah menjadi polis, peniaga kedai runcit dan penjual kain .Nama pena ayahnya “Arab Street” pernah menulis pojok dalam akhbar Warta Malaya di Singapura(1930-an). Antara temannya ialah Ishak Haji Muhammad (Pak Sako). Ayah A. Ghafar meninggal dunia pada tahun 1948.
Neneknya rajin bercerita tentang cerita lipur lara dan hikayat lama terutama cerita Sabai Nan Aluih. Puisi Rantak Kudo dimainkan dalam majlis perkahwinan, amat mempengaruhi jiwa beliau semasa kanak-kanak. Qasidah dan berzanji semasa majlis memotong jambul atau mencukur rambut mulai menumbuhkan daya kreativiti A. Ghafar.
Di kampungnya terdapat pasukan tari piring berasal dari Minangkabau. Kumpulan silat dan tari piring sering dipersembahkan semasa majlis perkahwinan sekitarBeranang,Hulu Langat dan Kuala Lumpur.

Pendidikan

Dia bersekolah di Sekolah Melayu Beranang, Selangor (1950-1952) dan Sekolah Rendah Inggeris, Semenyih(1953-1957). Kemudian Kishan Dial School, Kuala Lumpur(1960).Belajar lagi di High School, SetapakKuala Lumpur (1962).Beliau menjadi guru sementara di Sekolah Tengku Ampuan RahimahKelang (1963-1964).Seterusnya mengajar di Sekolah Menengah KulimKedah (1965) dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, Kedah (1966-1968).1969 belajar di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Kuala Lumpur selama satu tahun.
1971 dia mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir JohariBeranangSelangor.Kemudian sambung belajar di Maktab Perguruan BahasaKuala Lumpur.Mei 1974, bertugas sebagai pembantu penyelidik sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka dan kemudian diundang menjadi penulis tamu di School of Letters, International Writing Program, University of lowa, Amerika Syarikat (Oktober 1974 -Mac 1975).
1975, belajar Seni Halus di College of Visual dan Performing Arts di Amerika Syarikat atas tajaan MARA - ijazah Sarjana Muda Seni dari Northern Illinois University. Ijazah Sarjana Sastera pula diperoleh dari Eastern Illinois University, CharlestonAmerika Syarikat (1977).
Sekembali ke Malaysia, dia bertugas sebagai pensyarah sambilan seni grafik di Sekolah Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi MARAShah Alam (Oktober 1978-Disember 1979). Pada masa yang sama mengajar di Yayasan AndaKuala Lumpur.Mulai Januari 1980, menjadi pensyarah pendidik seni di MPIK dan Universiti Kebangsaan Malaysia (November 1982-1998).



Ok cukup la tu sampai pendidikan... ni bayak dah ni tak serba sedikit dah.. haha
So kalau nakk tengok persembahan yang aku maksudkan tu boleh tengok video ni, aku dah letak kat youtube siap2. Ade di share kat wall Fb MyGMJ jugak. Tapi sedih tak sempat record dari awal... isk rugi2... Huu.. harapnye ade la orang upload nanti ye.... Selamat menghayati! =)


Monday, March 26, 2012

Kawan2 baik di pasca peperiksaan

Assalamualaikum semua =)

Ok tukar layout lagi. Haha. Cerah sikit mase depan aku rase. Selama ni hidup dalam kegelapan.

Selamat menjawab peperiksaan bagi kawan2 medical yg exam esok. Group aku exam ari rabu ni. Musim exam kan. Tapi kitorg ni memang memanjang exam, takde musim2 sanye, haha. So bile nak exam je, tubuh badan  dan minda aku akan menunjukkan beberapa reaksi luar biasa sebagai tanda penolakan terhadap tekanan kerja dan emosi yang berterusan ke atas anggota badan dan perasaan yang melebihi tahap normal, atau kata lainnye, stress. Heh. Maka aku akan sangat2 memerlukan 2 menda ni:

1) Hydrocort cream. 

Ape ni? topical steroid, which is anti-inflammatory. Untuk ape? Untuk my (stress-induced) eczema. Hehe.  uniknye eczema aku ni memang naik time nak2 exam je. Eczema aku xla teruk pun, takat naik vesicle beberapa ketul je kat several areas kat tangan + kaki. Tapi memberikan kesan kegatalan yang significant jugak okeyy dan kalau biar, nanti jadi parut, hitam....taknakkk 

Kawan baikku di pasca peperiksaan, di kala bibit-bibit eczema mula menjengah. 

2) Al-Quran 

Ok ini plak ubat untuk tekanan emosi yang mudah terumbang ambing time exam ni. Tapi patutnye bukan time exam je cari. Hari2 perlu ni ok. Dalam Al-Quran ade banyak peringatan utk kita, bahawa hidup ni sementara je, malah dunia ni tak ade apa nilai pun di sisiNya. (So kalau stress, jangan lebih2 sebab nanti ape kerja pun x jalan). Tapi still kite kena kerja keras jugak. So, semoga diri ni selalu ingat, belajar bukan untuk jawab hekzam je. Malah jauh dari itu lagi matlamat belajar ni. Ilmu ni sebagai alat, untuk beribadah. Kerja kite akan dikire ibadah bile kite niatkan kerana Allah. So kalau ilmu tak cukup macam mana nak beribadah dengan betul ye tak? 

Ayat 83 & 84 dari surah Al-Qasas. 
Jom jenguk sikit peringatan dari kawan baik kita. Ayat 83 - 84, Surah Al- Qasas.

Dalam surah ni (ayat 76 - 84) Allah cerita tentang Karun yang berlagak bile dia banyak harta. Hartanya terlalu banyak, hingga kunci2 perbendaharaannye terlalu  berat, sampai kena pikul oleh orang2 yg kuat. Tapi Karun ni angkuh. Katanye dia ade banyak harta2 tu sebab ilmu2 yang dia ade. Cet! Last2 Allah swt benamkan dia dengan harta2nya ke dalam perut bumi... isk2.  Naudzubillah.. Boleh la bace kisah ni kat ayat 76 - 84 dalam Surah Al-Qasas. 

Moral of the story dari ayat di atas: 
1. Jangan rase bangga dengan kelebihan yg kite ade. Walau ape pun pekerjaan kite.
2. Kesudahan yang baik (syurga) bg orang2 yg bertaqwa. Jom tingkatkan ketaqwaan =)
3. Buat baik - dapat pahala lebih banyak dari kebaikan yg kite buat tu. Wah! Pemurahnye Allah =)))
4. Buat jahat - dapat balasan setimpal dengan ape yg kita buat. So kalau tak kena kat dunia pun, jangan ingat selamat. Mahkamah Akhirat ade ok!



Okla tu je la ade lagi kawan baik time nak hekzam ni.. ade lagi sanye seperti Cocopie si pengalas perut ketike lapar time study HeHehE =D

Sunday, March 25, 2012

Ini bukan Tazkirah tapi Common Sense

Assalamualaikum!!

Alhamdulillah hari ni tak sedih dah =))) semalam lagi dah tak sedih, happy la dapat tengok Meah kawen hehehehe (budak ni memang spesis suke pegi kenduri kawen ke?)

Thanks Emon dtg ambik aku =) naik keta baru... ihik.  Emon is at the center, the right most is Poora. 

Ohhmy bukan kerana kenduri okay. kerana beliau adalah sahabat baik saya. =)) ok maybe tak rapat sangat sebab tak study kat tempat yg same, tak sekelas, etc, tapi hati kitorg dekat tau.. ahaks. 

Selamat pengantin baru achik. Hik! aww kelakau la plak rase kau dah kawen =pp

Samihah & Albar. 24 Mac 2012

Alhamdulillah 1 1/2 kerja aku berjaya buat =_=' lembabnye. Tapi tadikan aku terfikir pasal ni. Lari topik skett... Kenapa  kadang tu rase malas, n berat sangat nak solat sunat ba'diah. Antara alasan aku, panas (solat dah berpeluh2, rase nak keluar dari telekung cepat2), malas (hehe), kepala dah melilau2 sebab hp berbunyi (isk3 tak khusyuk). Paling selalunye sebab malas + panas la. Atau pun penat. Isk5, berkire betul aku. Pastu tetibe aku terfikir.....

Allah tak pernah pun berkira nak bagi aku makan, minum, bernafas, sihat, bagi aku lulus exam, boleh stadi sume. Yang aku ni solat 2 rakaat nak berkire. =_=' zushh rase terok betul.

Tapi yela kan, kite nak nak buat amal sikit slalu ade je batu penghalang. Yang kite kate bisikan syaitan tuuu. Atau sebenarnye dari hati kite sendiri sanye. Hati yang malas dan berat! =D

Nak cerita pasal membersihkan hati yg malas hitam berkulat ni, bukan aku la yang layaknye. Tapi xpela meh nak bagi tips sket. Tapi bukan tips bersihkan hati la, tips nak lawan malas2. Hehe. So kalau lepas ni tertimbul je yang negatif2 dalam kepala (terutamanye Malas! <-- khas utk nadia anuar), kena cepat2 timbulkan persoalan utk counter balik fikiran malas tu. Tanye balik kat diri sendiri, yang buruk dan negatif tu sifat siapa? Allah suka ke kite ade sifat2 negatif macam ni?.... Ha... kalau nak Allah tak suka kite, sile lah malas nadiaaaa.....

Ha common sense jeee semua ni kan. Common sense ni hebat sebenarnye. Kite je tak tengok bebetul. Dengan common sense dunia akan aman, bersih, orang hidup tenang, semua bahagia, tak de gaduh2, takde jenayah. Islam tu kan mudah lagi indah dan cantik. 

Pernah jugak terfikir sebelum ni, katekan la ade orang manusia ni yang tak nak sangat2 ikut mana2 agama, tak nak terikat ke terkongkong ke ape. Ok fine. Tiada paksaan dalam beragama kan. Dah bebal sangat x makan di ajar, xpe biarkan aje. TAPI..... suruh la dia pakai common sense. Eh sebelum tu, common sense ni bukan agama baru ye... common sense ni... common sense la (ai xkan tu pun tak tau kan =p).....

Common sense macam mana? Contohnye, secara lumrahnya, secara norma nye, kite mestila tak suka kotor kan? Ye, jangan tipu. Fitrah manusia ni memang suka bersih2 cantik2. So apelagi, jangan buang sampah rata2 keluar dari tingkap keta, atau campak2 dalam longkang, jangan ludah rata2, pancut rata2, conteng2 dinding etc etc. So kalau lah semua orang dalam dunia ni pakai common sense, tak ke bersih je bumi ni? Pegi mane2 sure tak nampak sampah. Ini tak. mane2 pegi mesti boleh nampak orang buang sampah dari cermin kereta. Eeee geram betul tengok. Tak pakai common sense. Atau secara kasarnye, tak pakai otak! 

Kan Islam pun suruh jaga kebersihan kan? Kebersihan itu sebahagian dari Iman...

Contoh up sikit. Pasal jenayah2. Secara common sense-nye kite tak suka kan kalau orang curi barang kite. Ape lagi meragut, samun. Eeee dengar je pun dah sakit hati, ape tah lagi orang yang jadi mangsa. Banyak kali je tengok kat wad orang kena masuk spital sebab kena samun. Ade yang kena tonyoh kepala dengan screw driver sampai berdarah2, pecah tengkorak, ade yang terjatuh sampai ade pendarahan dalam otak. Muka kepala lebam2.. ya Allah... geramnye rase... So kalau penjenayah2 tu ade common sense, takkan nye dia sanggup nak buat macam tu kan? Ape lagi jenayah culik, rogol bunuh sume2 tu. Sebab kalau diorg pakai common sense, mestila diorg pun tak suka diorg atau ahli keluarga diorang diperlakukan macam tu. Pelis sape tak boleh pikir simple macam ni gi la duk dalam hutan.  

Tapi nyatanye dunia hari ni,,, common sense is not so common anymore. Even orang yang cuba buat baik tu yang dipandang pelik kadang2. 



"Kau takde couple??? Biar betol?!!" kate Leha, seorang murid darjah enam, 
kepada rakan sekelasnye Fatimah.
"Erk??" Fatimah terkedu. 
'Buat maksiat lagi normal dari bebas maksiat?' @__@


Dunia dah terbalik.....




Okla mari same2 ke arah yang lebih baik di hari esok insyaAllah! =))

Friday, March 23, 2012

Malam yang sedih

This is a dull night for me...

After the class finished at 8pm, initially I decided to stay a bit late in the ward to digress the feeling, but lepas abes clerk patient, I turned out tak tau nak buat ape dah kat wad tu.

Pastu balik rumah

dan..

and I cried it out of my head. partly.










Selamat Pengantin Baru sahabatku....

Tahniah achik! =)
 Off course I was and am happy for youuu, but I'm very sad I couldn't be there in the best moment of your life.

Hukhuk.

Thursday, March 22, 2012

Kau risau, aku pun risau


Di saat orang lain risau tak lulus exam, aku rase kite lagi patut risau kalau lulus exam tapi ilmu tak lekat kat kepala, lepas exam lupa segala2nya...ataupun tak faham betul2, belajar sekadar nak jawab exam je.... T_T buat apa penat2 belajar tapi tak dapat manfaatkan T___T macam tu la aku selama ni adeh sedehnye



Di saat orang lain risau berat badan yang bertambah sekilo dua, aku  rase kite lagi  patut risau  bile ade badan yang kurus tapi tak sehat, asyik penat, tak amalkan gaya hidup sihat, pemakanan sihat dan selalu beralasan malas nak exercise T____T 




Di saat orang lain risau kecantikan wajah yang makin merudum, aku  rase kite lagi  patut rimas dan takbleh duk diam bila rumah ni terabai macam tongkang pecah.. Ai selesa ke hidup dalam suasana kotor?...




Di saat orang lain risau nakkan bakal suaminya nanti yg boleh bagi rumah, kereta, makan, pakai, aku rase orang perempuan muslimah ni lebih patut risau kalau dapat bakal suami seorang yang tak mampu didik dan bimbing isteri, anak2 dan keluarganya ke syurga Allah... naudzubillah... [Ya Allah.... kurniakanlah aku seorang 'Imam', bukan hanya sekadar seorang lelaki.]






ps: Tapi tak perlu risau lebih2. Mohonlah padaNya, agar ilmu yang ditimba akan lebih bermanfaat untuk diri dan masyarakat sejagat ... ameeen insyaALLAH

Saturday, March 17, 2012

Don't be selfish

Too often among us all, in this temporary living place called world, we regard our lives as a race. A race for prosperity, success, wealth, intelligence, etc etc. Everybody is struggling to be the number one, or on the top. Or at least having something other people don't get the chance to get. 

Dedicating this writing to my very self, I am very much afraid that I may one day or at some moment of my life fall into this trap again (yes, I did in the past). Again another reminder to me myself, I write this down here so that I it will be played more often in my head than those who (happened) to read it. 

It is never wrong to be the hard-working person, the go getter, the achiever, the all-knowing one. But it is pain-in-the-ass being a person who is lacking of the awareness that we would never be able to have, to achieve or to get  anything in this world without His willing. 

We can strive our very best to grasp the sky. Or to work every drop of our blood and sweat to gain all the wealth we are longed for, but without He's permission, none of them will be ours, not even in our dreams. 

Moreover all of that are belong to Him. Wealth, health, knowledge, intelligence, success, loves, happiness,  and the rest of the list, are just creatures like us, created by Him, Allah The Almighty. Wouldn't it be a shame wanting and looking after for something without asking from the owner properly? 

Hence be good to the Owner. Rebuild, or repair our relationship with Him for he may ease our path in our lives. 

Second thing, yes we take care of the relationship with Him, but unconsciously, in order to achieve for our aim, we keep on hurting people around us - our family, teachers, friends, patients, doctors, nurses, makcik cleaner, makcik jaga, pak guard - we deny their feelings when we override their right to be respected or appreciated. 

As an example, as medical students, we go to the ward and see the patients. We talk to them and try to get a chance to practice numerous physical examinations on them. But every time we put our hands on them, have we ever try to get into their shoes? What does it feels lying helplessly in the bed, getting one by one of these students palpating your abdomens, your chest, hands, face, legs and what not. Yes we ask for permission, we build the rapport and we look at their face to know whether they are in pain. But there are things we often missed. How are we behaving when we were standing in front of them? When one of our friend is performing the examination, we are busy chit-chatting with the rest of the group members or we are busy replying sms. How would you feel when you're treated like that, if you are the one lying on the bed? 

Another example when we're busy striving for our aims or working every day and night and we make that as an excuse not to contact our parents and that has make them upset. Will He be happy to fulfil our wishes?

Don't be selfish, dalam hidup ni, tak semestinya kita akan dapat ape yang kite kejarkan sangat tu. Kalau Allah tak redha, apa2 pun kita takkan dapat. Kalau kita asyik sakitkan hati orang lain dan pentingkan diri sendiri, macam mana Allah nak redha?...  =)

Journey to the south

Alhamdulillah... Allah always has better plans for us! Because only He knows best!

This afternoon I went out to fetch my youger brother, Aff (Asyraf) in Bangi. As he just finished his final exam paper yesterday and has to move his things out of the hostel today. Glad that Rafiq (my youngest bro) was there accompanying me all the way to Bangi, and being a good co-pilot too! =D 

Initially we were heading to KL to take the north-south howay from there, but we ended up taking DUKE to get into the north-south highway, without knowing that it's gonna be a longer way as compared to our initial plan. At the moment we found out that we were heading to KLIA, God, this is gonna take forever before we can reach Bangi. Oh man! It was a looonger journey than the usual way we get into the N-S hiway from tol Sg.Besi.... =_='' terlajak perahu dah tak boleh undur...

So as we were cursing ourselves throughout the journey for not using the usual way, we passed Subang Jaya exit, then continued heading to the south, passed KLIA and Sepang exit and finally we were left with two ways to choose, either towatd Nilai/Seremban or Bangi/ Kajang/KL. Then we took the left road, which was the Bangi/Kajang route. 

As we finished the lap from the exit, there you are!! The answer from God of why was all this happening... Why we were made to chose the loooong journey we took, not the one that we were regretting not to take... It was a very very very bad traffic jam on the opposite route of the hiway, the one that heading to Nilai (south)! It was a heavy traffic I can see none of the car on that road barely moving. All three lanes were cramped up with all types of vehicles, we cant imagine if we were among those the unfortunates, stranded for hours on the road and just arrive to our destination when we have no more energy to get back home =_=''''

Alhamdulillah alhamdulillah... at that moment we both praised Him The Almighty for His super unbelievable unthinkable planned for us! It was a great lesson for me personally, as my Ayah always said, rileks je, jangan stress2. Allah ade perancangan yg terbaik untuk kite, asalkan kite usaha+doa+tawakal untuk dapatkan yg terbaik.. =) 








  

Monday, March 12, 2012

Jihad ini tak pernah mudah, sayangku

Jihad ini tak pernah mudah. Memulakannya seribu daya, meneruskannya pula segunung rintangan. Syaitan tak pernah akan berhenti di saat kau selesa terpelihara dari dosa-dosa. Tiada istilah 'putus asa' dalam kamus kata kerja mereka. 

Mata, telinga, perasaan adalah pintu untuk mereka mencerobohi istana hatimu. Bila dapat ditawan hati itu agar mencintai maksiat, maka kejayaan milik mereka. Saat itu kau tak lagi dapat mengenal mana hitam dosa mana putih hidayah, kerana hatimu telah rosak dicemari racun2 bisikan syaitan. 

Ya, jihad ini tak pernah mudah. Memulakannya seribu daya, meneruskannya juga segunung rintangan. Beruntunglah mereka yang telah terpelihara dengan sebaiknya. (Sangat cemburu kpd mereka. astaghfirulah..)

Saat kau sedang terleka melepaskan lelah setelah memulakan langkah jihad yang serba payah itu sambil menginsafi dosa2 yang telah lalu, bayang2 keindahan dan kemanisan penuh tipu daya itu muncul kembali. Bayangan dan bisikan mainan syaitan, dalam usahanya menarikmu kembali ke lambah kehinaan itu.

Kerana kau jua manusia, yang lemah dan mudah tersungkur, hatimu acap kali bergetar saat bayangan2 itu muncul satu demi satu. Sangat merindui, mendambakan kebahagiaan itu. Ya, syaitan akan membuatkan semua yang dosa itu indah2 belaka.

Namun tetapkanlah hatimu sayang, teguhkan hatimu sekuat2nya. Kerana tiada apa dan siapa yg dapat membantumu melainkan kamu sendiri, jua doa penuh penyerahan pada Maha Pencipta. 

Dia yang mencipta ujian ini, maka kepadaNya jualah tempatmu meminta pertolongan agar diberi kekuatan dan keselamatan.... 

Penuhkanlah dadamu dengan bait-bait kalamullah, agar tiada lagi ruang kotor untuk mereka serapkan tipu daya keindahan palsu dunia penuh kusta cacar nanah tercela. Penatkanlah tulang empat keratmu dengan ibadah seharianmu, agar tak ada lagi tenaga untuk kau melayani lamunan2 yang tak henti2 memujuk hatimu untuk kembali ke lembah hina itu. 

Kerana kau adalah raja kepada dirimu, maka peliharalah hatimu, pandangan, pendengaran dan pertuturanmu sebaiknya. Agar tertutup segala pintu dan jalan-jalan untuk mereka bisikkan kata2 beracun merobek dan mengotori hati yang telah penat2 kau basuh selama ini.

Aku sayang kau!





Saturday, March 3, 2012

Bile aku homesick....

Bile aku homesick....

Aku akan jadi kurang produktif.. hoho... (baik punye alasan). Tapi nape tah sejak akhir2 ni threshold homesick aku sangat rendah. Sejak masuk tahun akhir ni. Huahua. 2 minggu tu paling lame la bleh tahan... abes je tempoh tu, mula la datang semacam satu perasaan yg luar biasa.. Aku akan malas, oversensitive, lemah, suka mengelamun, hilang fokus dan lain2... Macam budak2! Haha biala org nak kate ape.... :p

Entah la... padahal masuk tahun ni dah 12 tahun aku duk asrama. Waa 12 tahun!! sejak umur 13 tahun =_=' dan paling ajaibnye, mase form 1 dulu, aku sendiri yg nak masuk sekolah asrama. Haha tu la jawapan mak aku dulu setiap kali orang tanye die nape aku nak masuk asrama.... Sampai homesick tu ape aku pun tak tau.

"Eh rumah kau kan dekat, kenapa tak balik nadia?" aku ingat lagi bila ditanya sebegini oleh sorang kawan (tapi dah tak ingat la sape yg tanye hehe) mase form 5 dulu. "Oh.. hm.... entah.. Tak rasa nak balik," kalau tak salah macam ni kot aku jawab. Mase tu minggu yg dibenarkan balik. Dah nak dekat SPM pon time tu.. 'Tak rasa nak balik' maksud aku, kalau duk kat ostel pun aku OK je, so stay je la... Masa time skolah dulu, perkataan 'homesick' tu dengan aku sangat la jauh dirasa. Sampai aku rasa xtau bila nak guna perkataan tu, hahaha. Melainkan kalau dah sampai sebulan ke, barula rasa nak balik rumah sangat2. Tapi sekarang, tidak lagi! Perkataan tu akan menunjal2 amygdala dalam limbic system otak aku setiap 2 minggu sekali! Kalau takde perkara yg memerlukan aku utk stay kat asrama time weekend, aku pasti mahu pulang! Harharhar... Walaupun skrg family kitorg tgh duduk kat umah sementara yg bilik airnya sentiasa bau lipas tu.. eww. Tapi nak balik jugak! =D

"Tak payah la balik... rehat je la kat asrama tu.." kata ayah di hujung talian lewat hujung minggu lepas. Aish nak bergenang je mata ni rasa. "Kat rumah pun rehat jugak ape.." "Tapi ayah yg tak rehat nanti," Haha.. Cis. Ayah kate takyah balik sebab mak n ayah sibuk, banyak hal sket minggu lepas. Anak (perasan) manja mereka ni merengek2 nak belik. Lepas tu call mak pulak, mengadu (lol!). "Ayah tak bagi balek..." "Hahaha.. yeke.." mak hanye gelakkan je.. Diorg ingat aku saje2 je kot nak balik, heh. Demi final exam, aku pun tabahka hati untuk duk je study diam2 kat serama minggu lepas (tapi aku tak nangis ok).

"Angah ni paling manja," kata Aff suatu ketika dulu. Tak ingat dah brape tahun lepas, tapi aku ingat la dia cakap ayat ni, haha... Bukan manja yg bermanja2an tu, tapi manja dalam konteks asyik nak balik umah je, haha.. (Plus nak kena ambik, =ppp) Ceh! yela, Aff tu ade motor, memangla tak payah ayah ambik kat asrama. Lagipun dia laki, x macho la kalau ayah dtg ambik! =pp 

"Okla dah dua2 pun ngantuk ni, moh la tido.." ucap mak di hujung talian malam tadi diselang seli dengan menguap. Masing2 saling berbalas2 menguap di hujung talian. "Aah, ngantuk jugak".. Tapi tak puas rasanye dengar suara mak. Dalam sepanjang2 mak bercakap malam tadi 60% je kot yg aku dengar, selebihnya aku hanya nak dengar suara mak je, hihi. Saje je tanye macam2 sebab nak dengar suara mak. Lepas masing2 menamatkan kata2, aku tertidur dengan handphone masih terlekap kat telinga, sambil me'rewind'2 balik suara emak. Lol..



Tapi ok what homesick? Aku tak malu pon nak ngaku homesick.. Atleast aku tau, hati aku ada pada keluargaku...mak, ayah =) bukan pada orang2 yang tak sepatutnya =)))

Ya Allah, ampunilah dosa kami... rahmatilah dan sejahterakanlah keluargaku, panjangkanlah usia Mak dan Ayahku... ameen.. =)

'Love Ros' - Sweet kan mak ayah kite!

Yg botak tu la Aff.. haha









ps1: Amygdala tu satu bahagian kat dlaam limbic system otak yg mainkan peranan dalam mengawal emosi. heh heh. =D
ps2: Aku homesick, aku OK!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...