Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru 2012, Batu Berat dalam Hati dan Katak dalam Balang

Assalamualaikum wbt...

Hai semua orang! =)

Tetibe kite dah melangkah ke tahun 2012. Rase macam baru je lahir. Sejak dua menjak ni rasa kekurangan keyakinan diri untuk bersuara, apa lagi menulis. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Tapi tetiba hari ni nak tulis jugakla... dah dapat sikit keyakinan tu tadi, hehe.

Azam tahun baru aku? To be honest aku la manusia paling 'berjaya' atas muka bumi ni, iaitu manusia yang tak pernah set ape2 azam tahun baru seumur hidup aku, haha. Gelak la gelakkan la. Sebab (kalau tanye mak aku dia paling tahu kenapa) aku bukan jenis orang yang tetap matlamat pastu betul2 buat. Cakap tak serupa bikin, macam tu la kot aku. Isk2, tak bagus. Tapi kali ni nak jugakla berazam. Aku berazam untuk CUBA berazam untuk jadi ceria dan happy je walau ape pun berlaku. Ceh. Mustahil2. Huu.. Takpe kite cuba ye, kite cuba. Heheh. Azam aku = masih di tahap CUBA BERAZAM. Haha. Noob sangat kau ni.

Yeke aku ni? padahal baru je melalui gejala kemurungan tahap ringan beberapa hari ni


Kemurungan? Ish, takdela sampai murung2. Cuma kebuntuan sket. Rase semacam. Macam ade rase2 yang pelik dalam hati ni. Yang pertama, perasaan membuak2 nak luahkan tapi tapi tak boleh nak luahkan.  Perasaan yang tak best. Lemas. Macam ade batu berat menghentak2 nak keluar dari dalam dada. Atau macam katak yang bakal kene bedah dalam makmal sains, dikurung dan dilemaskan dalam balang. Makin lama pendam, makin lemas. Tapi tak boleh nak keluarkan sebab tak nak mengguris mana2 hati. Oh tidak.. I will not hurt any heart anymore. Just let it be, because I know, as usual, this weird feeling will fade as time goes by. Biarlah katak tu je yang mati..

Sorry katak, dah ramai kerabatmu yang kena bunuh dalam makmal sains.

Yang keduanya, terbalik dengan situasi kat atas tadi. Satu perasaan ni, suatu rasa yang aku taknak luahkan tapi seakan dipaksa untuk diluahkan.  Perlu ke tak perlu. Perlu, tak perlu. Nak ke taknak. Ok, that's it. Hati kuat mengatakan aku takkan keluarkannya. Lalu minda ligat menyusun kata2 sebagai perisai. Bukan menyembunyikan ape pun, bukan kisah hitam ke kisah cinta monyet ke atau ape2 pun. Cuma, something that is too personal to be shared with anyone, and I've been keeping it to myself for like seven, eight years now! No one ever know about it, and for me to suddenly bring that thing out of my head is very impossible.  I couldn't find no words to scribble down the story in the most perfect way though. Sorry. I can't. Ok abaikan pasal ni. 

Dan yang ketiga, ade jugak perasaan yang rase macam bodoh betul sebab risau sangat pasal ape aku akan dapat atas dunia yg sementara ni, sampai stress2 tak tentu fasal... Risau sangat macam la semua atas dunia ni adalah segala2nya. Macam lah kite ni takkan mati satu hari nanti. Padahal untuk ke dunia yang kekal abadi tu, macam hape je persediaan. Oih tak malu ke?... Malu dengan katak dalam balang. Atleast mereka mati syahid.

Ok habis cerita pasal rasa, batu berat dalam hati dan katak2 semua tu.

Ade lagi satu rasa. Ni baru je muncul beberapa jam tadi.

Suatu masa dulu, aku ni bukanlah budak yg baik sangat. (Sekarang pun tak cukup baik tapi still cuba nak jadi baik la, macam semua orang).

Dan alkisahnye masa aku tak berapa baik tu, sbnrnye aku sedar dan tahu kesilapan yg tengah aku buat. Tapi yelah, ego kan. Tutup rapat2 pintu hati dari  terima apa2 teguran (walaupun  sebenarnye mmg takde sape yg tegur pun), tapi hati masa tu seolah2 tertutup untuk lihat betapa salahnya diri aku dan betapa jauhnye aku dah terpesong.

Bile dah tua2 matang sket ni baru la aku sedar ape yang berlaku sebenarnye.

Sebenarnye, bile kite buat jahat atau kesilapan yang sengaja kita commit, atau lemah untuk lawan (sanye kite yang tak kuatkan diri untuk lawan), kite mempelawa syaitan2 untuk bergayut2 di keliling kita, tangan, kaki, mata, hati kepala otak kite semua. Semua macam dah kena rasuk atau kena control dengan syaitan, tu bahasa mudahnye lah. Ape yg berlaku sbnrnye, senang je. Sifirnya, negatif akan menarik negatif (ye ni salah dari segi fizik, tapi dari segi psikologi anggap je la betul huhu).

Buktinye, makin kite buat salah, bermaksiat, makin payah kite nak buat baik, beribadah, buat amalan sunat, betul tak? Ape lagi nak terima nasihat2 yg baik, atau nak merelakan diri ni untuk mencari atau mendengar benda2 yang baik. Sure kite akan sentiasa elak untuk dengar menda2 tu sebab kite taknak kene tembak berdas2, kan?... Hati rasa bahagia je, macam dalam syurga. Terbuai2, terbelai. Lantak orang la nak kata ape, yang penting aku bahagia. Walhal..??!

Ha, sape manusia, sure pernah rasa macam ni. Lainla kalau orang tu memang sejak azali baik dan terpelihara, Alhamdulillah lah. Semoga kalian akan terus terpelihara.

Alhamdulillah Allah bagi aku peluang untuk rasa betapa hitam dan buruknya hati aku masa tu. Alhamdulillah juga disebabkan kesedaran yang sekelumit tu, hari2 aku tetap berdoa agar tak dibiar hanyut jauh2. Aku berdoa agar Allah ikat kuat2 hati aku supaya aku dapat balik ke jalan yang benar. Dan Alhamdulillah, satu demi satu perkara terjadi dan membawa aku 'pulang' ke asalnya..... Alhamdulillah..... walaupun perjalan itu pedih dan menyakitkan... Aku tahu kesakitan2 tu lah sebenarnye saat Allah nak kite untuk mendekatkan diri padaNya...

Oleh itu, moral of the story nye, walau ape pun yg kite buat, baik atau kurang baik, walau ape pun anggapan orang pada kite, jangan berhenti BERDOA. Ye, bile orang tegur tu, sanye bukan kite tak tau kite silap. Tapi atas certain2 condition, kite tak boleh dan tak mampu nak ubah keadaan sekaligus zzaaappp berubah kepada yg baik macam yang mereka mahukan, kan? Semua tu perlukan proses. Dan yang boleh ubah kite, hanyalah DIA. Yang penting, teruskan berdoa, dan berazam untuk berubah kpd yang lebih baik. Dan jangan cepat melatah bile Allah hantar jalan2 untuk bantu tarik kite 'pulang', seperti mendatangkan rakan2 untuk menegur kesilapan kite, atau buat kite kecewa dalam meniti kebahagiaan palsu itu.




Sekian.

Assalamualaikum.....




Ndeanuar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...