Sakit yang mengingatkan, sakit yang menyedarkan
Saat ini terasa betapa diri lemah, hina
Kerana tak mampu menanggung kesakitan yang sekecil ini
Juga terasa malu
Dengan insan2 yang lebih kuat diuji oleh Mu
Malu diri ini kerana kerap kali tewas
Terlalu mudah melatah dan jatuh rebah
Seluruh kekuatan dan keyakinan musnah patah
Kerana menyangkakan dugaan ini sungguh hebat tangkas mencantas
Namun hakikatnya, apa yang dirasa hanyalah secalit cuma dari segenap ujian yang mereka tempuhi
Hamba ini betul2 lemah.
Butuh kekuatan dariMu Ya Rab.
0 other singers:
Post a Comment