Sunday, January 29, 2012

Erti Hidup


Define dulu makna hidup kta, barulah kita tahu untuk apa kita hidup. Dan apa yang kita perlu lakukan sepanjang kehidupan kita.

Setiap orang ada maksud dan nilai berbeza tentang kehidupan masing2. Ikutla kita nak macam mana. Kalau nak hidup untuk kumpul kekayaan, bekerjalah dengan gigih agar dapat jadi kaya raya. Kalau hidup untuk memberi, carilah sebanyak yang boleh ruang untuk menghulur. Kalau hidup untuk hidup selama2nya tanpa mati, berusahalah untuk mencapainya. Dan kalau hidup untuk mati, siapkanlah bekal untuk dibawa ke dunia sana yang abadi......

Apa erti hidup aku? ......

Hidup ini adalah sebuah pelayaran yang pebuh cabaran. Tanpa erti hidup yang jitu dan tepat, mudah saja kita hanyut di bawa arus, atau tenggelam setelah bahtera pelayaran dihempas badai.

Tanpa erti hidup, kita sebenarnya telah mati sebelum kita benar2 merasai kehidupan.


Siapkan diri sebagai nakhoda pelayaran, dan siapkan bahtera yang sesuai dengan cabaran yang bakal ditempuh.

2 comments:

amal said...

salam Ndea.

jika ada masa dgrlh lagu ni:
http://www.youtube.com/watch?v=H0fTGWqSMko

semoga bermanfaat

Ndea said...

Dah dengar =)sedap nasyid ni... "perjuangan itu bagai sampan di laut.." thanks amal =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...