Sunday, January 15, 2012

Check up iman

Ramai orang risau tentang masalah kesihatan masing2. Kalau yang dah ade penyakit macam kencing manis atau darah tinggi tu, tiap2 bulan atau tiap2 3 bulan sekali akan pergi buat check up kat klinik. Kalau kandungan gula tinggi, doktor akan tambah dose ubat, atau tambah lagi satu jenis ubat. Pastu cek pulak mata, kaki, ambil darah untuk cek fungsi buah pinggang lagi. Uish, takut sangat kalau kena komplikasi kencing manis ni. Boleh dapt sakit buah pinggang, dan lagi teruk, boleh sampai kena potong kaki! Oh taknakkk!!

amputated little toe

Tapi kan, takde pulak Allah turunkan malaikat dari langit 3 bulan sekali, bawak device yang boleh digunakan untuk check up berapa banyak dosa pahala kita kan. Pastu kalau pahala kite sikit, malaikat bagi 'hereafter education' macam doktor2 bagi health education kat pesakit yang datang spital atau klinik, cerita komplikasi atau kesan penyakit tu. Kalau lah semua ni ade..... sure....

.... semua klinik dan hospital lengang dari orang ramai, sebab semua orang berpusu2 pergi masjid untuk tambah amalan yang tak cukup2.
... semua pasaraya dan shoping complex pun lengang, tak brape nak ade orang, melainkan orang bukan Islam. Mungkin ade yang bankrupt terus pon boleh sebab takde pelanggan sangat. 
... instead of pergi shoping baju kasut handbag henpon, orang sibuk beli buku2 agama, telekung sejadah dan alQuran untuk tambah amalan.  
... syarikat penerbangan pun pening kepala sebab sangat sikit orang nak fly pergi europe atau makan angin kat mane2 kat over sea sebab berduyun2 orang asik nak pergi umrah je tak jemu2... 

Ye, takde check up untuk tengok berapa banyak amalan yang kite dah buat, sebab kat situlah kita nampak beza orang beriman dan tidak. Walaupun tak nampak depan mata, dia yakin sepenuh hatinya bahawa perkara itu benar. Iman adalah meyakini dengan hati, lisan dan perbuatan. Bila dah mengaku dengan hati, kite ucapkan dengan lidah, kemudian amalkan dengan perbuatan. 

Tak perlu ade pembuktian depan mata akan apa yang Allah kata (nyatanya dah banyak sangat bukti kewujudan Tuhan di depan mata waima pada tubuh badan kita sendiri, namun masih ramai yang tak mahu beriman). Orang yang betul2 beriman, setelah mengucap 2 kalimah syahadah, bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dia akan menyerahkan seluruh jiwa dan raga untuk mengabdikan diri kepada Tuhannya. Bile kite mengaku Allah tu Tuhan, secara automatiknye kite ni hambalah kan, takkan orang kanan Tuhan pulak kan? heheh..

Jadi sebagai hamba, kite bersifatlah dengan sifat hamba, berfikir, beramal dan hiduplah sebagai seorang hamba. Apa yang Tuhan cakap, kite kena lah ikut, dan jangan bantah atau buat2 tak tahu atau buat2 tak dengar.

Tapi masalahnye kite ni tak tau pun apa yang Tuhan perintahkan, so macam mana nak ikut suruhan Tuhan dan tinggalkan larangannya. Sebab tu la kena belajar, tuntut ilmu agama. 

Lagi satu situasi, ramai jugak antara kite, dalam hati mengaku beriman sedangkan dari segi perbuatan kite macam tak percaya je pada janji2 Allah tentang balasan baik dan buruk, dan juga janji2Ny yang lain, contohnye ayat 26 dari surah An-Nur ni:  
Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. 
Kan comel tu, Allah dah cakap terang2 lagi tak berbelit2. 

Tapi kite takde pulak nak cuba perbaiki diri untuk menjadi sesoleh atau sesolehah mungkin, demi nak dapatkan pasangan yang soleh/solehah. Sebaliknye kite pulak yang sibuk nak menentukan pasangan hidup kite sendiri tanpa sikit pun bergantung harap pada Allah. Kalau macam tu, adekah kita betul2 yakin dengan janjiNya? Kalau kita tak yakin dengan apa yang Allah cakap, masih valid ke lagi penyaksian kita bahawa Allah itu Tuhan yang kita sembah?

Astagfirullah al 'azhim... mari kita muhasabah diri...

Tapi bukan senang kan nak percaya. Ye memang susah. Bukan senang nak jadi orang yang beriman. Sebab setiap orang beriman pasti diuji. Ni pun Allah dah cakap dalam surah Al-Ankabut, ayat 2:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
Jadi marilah kita sama2 berdoa agar kite2 yang sedang diuji keimanannya ni akan tetap tegar dan kuat dengan apa yang kita lafaz suatu masa dahulu, bahawa Allah itu Tuhan yang kita sembah.

Sentiasalah ketuk2 kepala ingatkan diri sendiri bahawa kita ini hanyalah hamba, dan tugas kita adalah mematuhi perrintahNya dan meninggalkan larangan2Nya

Jadilah hamba yang dicintaiNya, sebelum cuba melempiaskan cinta pada hamba2Nya yang lain =) [source]













yang sedang memperbaiki diri,

Ndeanuar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...