Sunday, January 29, 2012

Erti Hidup


Define dulu makna hidup kta, barulah kita tahu untuk apa kita hidup. Dan apa yang kita perlu lakukan sepanjang kehidupan kita.

Setiap orang ada maksud dan nilai berbeza tentang kehidupan masing2. Ikutla kita nak macam mana. Kalau nak hidup untuk kumpul kekayaan, bekerjalah dengan gigih agar dapat jadi kaya raya. Kalau hidup untuk memberi, carilah sebanyak yang boleh ruang untuk menghulur. Kalau hidup untuk hidup selama2nya tanpa mati, berusahalah untuk mencapainya. Dan kalau hidup untuk mati, siapkanlah bekal untuk dibawa ke dunia sana yang abadi......

Apa erti hidup aku? ......

Hidup ini adalah sebuah pelayaran yang pebuh cabaran. Tanpa erti hidup yang jitu dan tepat, mudah saja kita hanyut di bawa arus, atau tenggelam setelah bahtera pelayaran dihempas badai.

Tanpa erti hidup, kita sebenarnya telah mati sebelum kita benar2 merasai kehidupan.


Siapkan diri sebagai nakhoda pelayaran, dan siapkan bahtera yang sesuai dengan cabaran yang bakal ditempuh.

Thursday, January 26, 2012

Kinah...awak dah dapat baby!!!....huhuhuhu ^___^

Assalamualaikum semua.... perkenalkan.....


Nur Amni Maisarah Binti Mohd. Arshad
DOB: 25 Jan 2012, 12.19pm, 
Hospital Tawakal, KL
BW: 2.94kg


Si kenit ni la yang duk dalam perot ibu die berhari2 tak mo keluar nieeeee... :p

Jadi aunty lagi skali. Aah, dah bertahun2 dah dapat pangkat ni sanye. Takpe walaupun name aunty tapi aunty berjiwa muda ok!

Ok dah jom sambung study. Perjalanan masih belum selesai!







Sunday, January 22, 2012

Temerloh dan exam



Alhamdulillah.

Saya berada di Temerloh, sampai jam 10.30 pagi tadi.

I'll be sitting for Medical end posting examination in two days (wednesday-friday)

Doakan saya, kawan2...

=)

Saturday, January 21, 2012

Sabarlah duhai hati

Jalan-jalan kejayaan itu tidak pernah ada yang mudah. 


Bersabarlah, dan tenanglah duhai hati..


Dia sentiasa bersama orang2 yang sabar.





Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Al-Baqarah 2:153



Rintihan hati di pagi sabtu yang sunyi

Bismillahirrahmanirrahim.. 


"Ya Allah, 
ampunilah dosa2ku... 
Berilah aku peluang untuk memperbaiki diri 
dan menjadi hambaMu yang lebih baik....

Aku tak mahu mati 
dengan hati yang hitam dipenuhi dosa.... 



atau dalam keadaan diri yang bermaksiat..."




Ameenn...

Friday, January 20, 2012

Selangkah kepadaNya


Alhamdulillah, Alhamdulillah,.... tak henti2 hati ini memanjatkan syukur atas rahmat dan kasih sayangNya. Usaha yang susah payah aku cuba buat dulu telah Dia jadikan sangat mudah hari ini.  

Sebenar2 pergantungan hanya pada dia. 

Suatu masa dulu, hati ini terlalu ego untuk meminta padaNya. Minta pun acuh tak acuh. Tanpa keyakinan yang benar2 utuh. Lalu kerap kali berasa kecewa bila apa yang diimpikan tidak ditunaikan. Sedih bila diri tidak lagi dihargai. Terus-terusan menaruh harapan pada manusia. 

Kita takkan mampu mengubah hati manusia. Hanya Dia yang mampu. Tapi kita kena terus berusaha. Usaha, berDoa, dan Tawakal kepadaNya. 

Selangkah kita menapak kepadaNya, beribu langkah Dia berlari kepada kita.








Syukur Ya Allah, Kau tunjukkan aku akan kesilapan2 lalu dan beri peluang untuk aku membasuh luka2 hati dari kebodohan silam... juga buat pedoman di hari2 mendatang.





Monday, January 16, 2012

Bebas tak semestinye kita merdeka

Salam hari isnin, hari berpuasa sunat. Selamat berpuasa kepada semua yang berpuasa, Alhamdulillah Allah izinkan, dan beri kesihatan kepada yang berpuasa untuk berpuasa sunat hari ni. Bagi yang tak dapat tu tak pe jangan sedih, Khamis ni boleh puasa lagi =)

Sepanjang ramadhan yang lalu kite dah banyak baca tentang hikmah2 disebalik berpuasa. Dan aku rasa salah satunye dengan puasa ni sanye kite sedang memerdekakan diri kita. Macam mana pulak puasa boleh buatkan kite merdeka, sedangkan bile pose kite tak boleh makan, tak boleh minum2, tak boleh tengok itu ini, tak boleh ngumpat, tak boleh buat perkara2 yg membatalkan pose la senang kate. Apekah kite kate kite merdeka bile kite terkongkong camtu?


Ya.

Sebab bagi aku, kite merdeka bile kite bebas untuk decide ape yang kite nak dan ape yang kite tak nak. Kite tak terikat. Perut kata nak makan, nah, macam2 kite sumbat. Mulut kate nak minum, fuu sedut semua selagi boleh dapat. Kalau halal alhamdulillah, yang maen rembat je halal haram semua tu? naudzubillah. Mata plak kata nak tengok bende2 tak pekdah, layann sume yg ade depan mata. Yang terbukak yang ranjang yang hitam putih biru kuning semua. Bebas ke macam tu? Memang bebas pun, tapi bebas buat benda yang banyak memudaratkan, bagi aku taklah bebas sangat. Mungkin rase bebas, tapi kita tak merdeka, sebab kita sebenarnye terkongkong, terbelenggu, tertunduk dengan suruhan dan pujuk rayu nafsu kita. Main ikuuttt je... 

Contohnye tabiat gemar bergaul bebas laki perempuan, memang la bebas, tapi kebebasan yang memudaratkan. mula2 bergelak bertepuk bertampar bercuit pastu ber-ape? bersentuh berpeluk ber-ehem2 lalu beranak...... 

Naudzubillah.

Bile kite bebas buat keputusan dan bebas bertindak, bebas memilih jalan yang salah, lalu dengan kemudaratan dari the so-called-kebebasan telah memburukkan dan memudaratkan diri kite, adakah itu erti merdeka?

Bagi aku tidak. Bagi aku, semua tu bukan merdeka atau bebas, tapi bodoh.

Merdeka yang bebas adalah bile kite bebas dari fikiran2 dan tingkah laku negatif. Kite boleh berfikir dengan waras dan buat keputusan yang betul, lalu terbebas dari keburukan2 atas muka bumi ni. Itulah merdeka.

Aku pun baru membebaskan diri dari sedikit kebodohan lalu yang kononnye aku bebas buat keputusan aku sendiri, tapi sebenarnya kebebasan yang lebih banyak membawa kemudaratan. Setelah berfikir masak2, aku nekad memerdekakan diri dari terus2an menternak dosa hari demi hari. Alhamdulillah hari ini rasa diri lebih merdeka untuk membuat keputusan dan lebih tenang... Alhamdulillah... =)

Ok berbalik kpd merdeka bagi orang2 yg berpuasa, ianya adalah bila kita ade kekuatan dan kebebasan untuk memilih untuk tidak membuat semua2 perkara yg kita boleh buat. 

Bile kita cakap "aku nak puasalah esok".., AKU NAK maksudnya saya mahu.. Kite yang decide, kite yang pilih untuk taknak makan dan minum. Keputusan atas tangan kita, walaupun semua tu terhidang depan mata, bebile je kite bleh ngap, tapi kite yang berkuasa untuk control diri kita dari ambil menda2 tu.  Sebab ape? 

Sebab kite merdeka dan bebas untuk membuat keputusan sesusah itu.

Sebab tu kite tak cakap "aku kena puasalah esok"... kalau kite cakap AKU KENA puasa, maksudnya walau apa pun, aku terpaksa puasa, tapi bukan dengan kehendak aku sendiri. Sah2 la tak merdeka camtu...

Senang citer, rumusnye camni la... common sense je sume ni...

Sebab tu orang berpuasa, dengan kemahuan diri mereka sendiri, sbnrnye adalah orang2 yang merdeka. Merdeka sebab boleh dan mampu melawan suruhan2 jahat dari suara nafsu dan bisikan2 syaitan. InsyaAllah....

Ayuh memerdekakan diri!


=)




o main cakap je "yang hitam putih kuning", takde maksod pun...yang biru korg tau la kan ape die huhu =p
o tapi sanye banyak bab lagi aku tak merdeka.... payah betul nak mendisiplinkan diri... lagi2 kalau bab tido, aku masih tak merdeka2 lagi sampai skrg...  =((( HAHA

Sunday, January 15, 2012

Check up iman

Ramai orang risau tentang masalah kesihatan masing2. Kalau yang dah ade penyakit macam kencing manis atau darah tinggi tu, tiap2 bulan atau tiap2 3 bulan sekali akan pergi buat check up kat klinik. Kalau kandungan gula tinggi, doktor akan tambah dose ubat, atau tambah lagi satu jenis ubat. Pastu cek pulak mata, kaki, ambil darah untuk cek fungsi buah pinggang lagi. Uish, takut sangat kalau kena komplikasi kencing manis ni. Boleh dapt sakit buah pinggang, dan lagi teruk, boleh sampai kena potong kaki! Oh taknakkk!!

amputated little toe

Tapi kan, takde pulak Allah turunkan malaikat dari langit 3 bulan sekali, bawak device yang boleh digunakan untuk check up berapa banyak dosa pahala kita kan. Pastu kalau pahala kite sikit, malaikat bagi 'hereafter education' macam doktor2 bagi health education kat pesakit yang datang spital atau klinik, cerita komplikasi atau kesan penyakit tu. Kalau lah semua ni ade..... sure....

.... semua klinik dan hospital lengang dari orang ramai, sebab semua orang berpusu2 pergi masjid untuk tambah amalan yang tak cukup2.
... semua pasaraya dan shoping complex pun lengang, tak brape nak ade orang, melainkan orang bukan Islam. Mungkin ade yang bankrupt terus pon boleh sebab takde pelanggan sangat. 
... instead of pergi shoping baju kasut handbag henpon, orang sibuk beli buku2 agama, telekung sejadah dan alQuran untuk tambah amalan.  
... syarikat penerbangan pun pening kepala sebab sangat sikit orang nak fly pergi europe atau makan angin kat mane2 kat over sea sebab berduyun2 orang asik nak pergi umrah je tak jemu2... 

Ye, takde check up untuk tengok berapa banyak amalan yang kite dah buat, sebab kat situlah kita nampak beza orang beriman dan tidak. Walaupun tak nampak depan mata, dia yakin sepenuh hatinya bahawa perkara itu benar. Iman adalah meyakini dengan hati, lisan dan perbuatan. Bila dah mengaku dengan hati, kite ucapkan dengan lidah, kemudian amalkan dengan perbuatan. 

Tak perlu ade pembuktian depan mata akan apa yang Allah kata (nyatanya dah banyak sangat bukti kewujudan Tuhan di depan mata waima pada tubuh badan kita sendiri, namun masih ramai yang tak mahu beriman). Orang yang betul2 beriman, setelah mengucap 2 kalimah syahadah, bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dia akan menyerahkan seluruh jiwa dan raga untuk mengabdikan diri kepada Tuhannya. Bile kite mengaku Allah tu Tuhan, secara automatiknye kite ni hambalah kan, takkan orang kanan Tuhan pulak kan? heheh..

Jadi sebagai hamba, kite bersifatlah dengan sifat hamba, berfikir, beramal dan hiduplah sebagai seorang hamba. Apa yang Tuhan cakap, kite kena lah ikut, dan jangan bantah atau buat2 tak tahu atau buat2 tak dengar.

Tapi masalahnye kite ni tak tau pun apa yang Tuhan perintahkan, so macam mana nak ikut suruhan Tuhan dan tinggalkan larangannya. Sebab tu la kena belajar, tuntut ilmu agama. 

Lagi satu situasi, ramai jugak antara kite, dalam hati mengaku beriman sedangkan dari segi perbuatan kite macam tak percaya je pada janji2 Allah tentang balasan baik dan buruk, dan juga janji2Ny yang lain, contohnye ayat 26 dari surah An-Nur ni:  
Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. 
Kan comel tu, Allah dah cakap terang2 lagi tak berbelit2. 

Tapi kite takde pulak nak cuba perbaiki diri untuk menjadi sesoleh atau sesolehah mungkin, demi nak dapatkan pasangan yang soleh/solehah. Sebaliknye kite pulak yang sibuk nak menentukan pasangan hidup kite sendiri tanpa sikit pun bergantung harap pada Allah. Kalau macam tu, adekah kita betul2 yakin dengan janjiNya? Kalau kita tak yakin dengan apa yang Allah cakap, masih valid ke lagi penyaksian kita bahawa Allah itu Tuhan yang kita sembah?

Astagfirullah al 'azhim... mari kita muhasabah diri...

Tapi bukan senang kan nak percaya. Ye memang susah. Bukan senang nak jadi orang yang beriman. Sebab setiap orang beriman pasti diuji. Ni pun Allah dah cakap dalam surah Al-Ankabut, ayat 2:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
Jadi marilah kita sama2 berdoa agar kite2 yang sedang diuji keimanannya ni akan tetap tegar dan kuat dengan apa yang kita lafaz suatu masa dahulu, bahawa Allah itu Tuhan yang kita sembah.

Sentiasalah ketuk2 kepala ingatkan diri sendiri bahawa kita ini hanyalah hamba, dan tugas kita adalah mematuhi perrintahNya dan meninggalkan larangan2Nya

Jadilah hamba yang dicintaiNya, sebelum cuba melempiaskan cinta pada hamba2Nya yang lain =) [source]













yang sedang memperbaiki diri,

Ndeanuar

Saturday, January 14, 2012

Dengan Mu Aku Tenang




Tuhan sentuh aku
dengan cintaMu
Basuh rindu dendam hatiku 

Berlari mencari diriMu
Terbata meraba di fantamorgana dunia

 Tuhan ampun bila hamba terlena arungi sang hidup
Menangis tercenung
Nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon 
Engkau ampuni sang jiwa

Lewati sepi
Lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising
Di dalam tawa
Hanya dengan Mu......
Aku tenang...

Aku tenang.....

Berlari mencari terlempar tak pasti
Terbata meraba di fantamorgana dunia 
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon engkau ampuni sang jiwa

Lewati sepi
Lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising
Di dalam tawa
Hanya dengan Mu......
Aku tenang...

Aku tenang..... Oh aku tenang...
   

-Opick-







Tuesday, January 10, 2012

Rindu cinta pertama

Rindu pada Dia
Pada cinta pertama
Rindu yang tak menyiksakan
Namun sangat manis dirasakan
Kerana ia rindu yang suci
Tidak palsu
Tidak hina
Tidak kabur

Tidak sesekali ia pernah
menjadi sepalsu, sehina dan sekabur rindu seorang manusia
pada manusia
yang tidak halal bagi dirinya
Itu rindu yang menghancurkan
membutakan
mengotorkan
sekeping hati suci seorang hamba

Oh Tuhan
hanyutkan aku dalam rindu cinta pertama ini
hingga aku lalai dan leka
hingga aku lupa pada cinta selain cinta untukMu




Saturday, January 7, 2012

Lemah

Syukur Ya Allah, atas nikmat sakit yang Kau berikan pada hamba kala ini

Sakit yang mengingatkan, sakit yang menyedarkan

Saat ini terasa betapa diri lemah, hina

Kerana tak mampu menanggung kesakitan yang sekecil ini

Juga terasa malu

Dengan insan2 yang lebih kuat diuji oleh Mu



Malu diri ini kerana kerap kali tewas

Terlalu mudah melatah dan jatuh rebah

Seluruh kekuatan dan keyakinan musnah patah

Kerana menyangkakan dugaan ini sungguh hebat tangkas mencantas 

Namun hakikatnya, apa yang dirasa hanyalah secalit cuma dari segenap ujian yang mereka tempuhi












Hamba ini betul2 lemah.

Butuh kekuatan dariMu Ya Rab.



 

Wednesday, January 4, 2012

Bersyukurlah


ALHAMDULILLAH!

Bersyukurlah utk semalam, hari ini dan esok.

Bersyukurlah  kerana kite dapat belajar dari kesilapan semalam,

bersyukurlah kerana kite dapat peluang utk perbaiki diri hari ini,

dan menjadi yg lebih baik di hari esok.




Jangan jadi hamba yang hanya bersyukur bila tengah senang atau mendapat nasib baik, tapi bila ditimpa kesusahan kita merungut.


Bersyukurlah kerana Allah masih sayang dan pedulikan kita! =)









::nota untuk diri::

Hypertension. warghhh

Mata dah sepet. Pinggang nak patah. Lutut dah sengal. Kepala dah berdenyut. Perot dah berdondang.






Berapa hari la mengkaji penyakit darah tinggi ni tak habis2.






Hey korang. Jaga blood pressure tau. Payah nanti kena makan banyak2 ubat nak kontrol kalau ade high blood pressure.



























ps: Aku rase BP aku pun dah patut kena measure ni, duduk dan baring, di kedua-dua lengan berganti2.............


Tuesday, January 3, 2012

Perasaan


Ketika sedang ligat mencari2 gambar di intenet untuk letak dalam slide seminar, mata tertancap pada wajah suci ini






Haaaaaaaaa..... indahnya ciptaan Tuhan.... SubhanAllah...... 









Perasaan apakah ini? .............






=)


Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru 2012, Batu Berat dalam Hati dan Katak dalam Balang

Assalamualaikum wbt...

Hai semua orang! =)

Tetibe kite dah melangkah ke tahun 2012. Rase macam baru je lahir. Sejak dua menjak ni rasa kekurangan keyakinan diri untuk bersuara, apa lagi menulis. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Tapi tetiba hari ni nak tulis jugakla... dah dapat sikit keyakinan tu tadi, hehe.

Azam tahun baru aku? To be honest aku la manusia paling 'berjaya' atas muka bumi ni, iaitu manusia yang tak pernah set ape2 azam tahun baru seumur hidup aku, haha. Gelak la gelakkan la. Sebab (kalau tanye mak aku dia paling tahu kenapa) aku bukan jenis orang yang tetap matlamat pastu betul2 buat. Cakap tak serupa bikin, macam tu la kot aku. Isk2, tak bagus. Tapi kali ni nak jugakla berazam. Aku berazam untuk CUBA berazam untuk jadi ceria dan happy je walau ape pun berlaku. Ceh. Mustahil2. Huu.. Takpe kite cuba ye, kite cuba. Heheh. Azam aku = masih di tahap CUBA BERAZAM. Haha. Noob sangat kau ni.

Yeke aku ni? padahal baru je melalui gejala kemurungan tahap ringan beberapa hari ni


Kemurungan? Ish, takdela sampai murung2. Cuma kebuntuan sket. Rase semacam. Macam ade rase2 yang pelik dalam hati ni. Yang pertama, perasaan membuak2 nak luahkan tapi tapi tak boleh nak luahkan.  Perasaan yang tak best. Lemas. Macam ade batu berat menghentak2 nak keluar dari dalam dada. Atau macam katak yang bakal kene bedah dalam makmal sains, dikurung dan dilemaskan dalam balang. Makin lama pendam, makin lemas. Tapi tak boleh nak keluarkan sebab tak nak mengguris mana2 hati. Oh tidak.. I will not hurt any heart anymore. Just let it be, because I know, as usual, this weird feeling will fade as time goes by. Biarlah katak tu je yang mati..

Sorry katak, dah ramai kerabatmu yang kena bunuh dalam makmal sains.

Yang keduanya, terbalik dengan situasi kat atas tadi. Satu perasaan ni, suatu rasa yang aku taknak luahkan tapi seakan dipaksa untuk diluahkan.  Perlu ke tak perlu. Perlu, tak perlu. Nak ke taknak. Ok, that's it. Hati kuat mengatakan aku takkan keluarkannya. Lalu minda ligat menyusun kata2 sebagai perisai. Bukan menyembunyikan ape pun, bukan kisah hitam ke kisah cinta monyet ke atau ape2 pun. Cuma, something that is too personal to be shared with anyone, and I've been keeping it to myself for like seven, eight years now! No one ever know about it, and for me to suddenly bring that thing out of my head is very impossible.  I couldn't find no words to scribble down the story in the most perfect way though. Sorry. I can't. Ok abaikan pasal ni. 

Dan yang ketiga, ade jugak perasaan yang rase macam bodoh betul sebab risau sangat pasal ape aku akan dapat atas dunia yg sementara ni, sampai stress2 tak tentu fasal... Risau sangat macam la semua atas dunia ni adalah segala2nya. Macam lah kite ni takkan mati satu hari nanti. Padahal untuk ke dunia yang kekal abadi tu, macam hape je persediaan. Oih tak malu ke?... Malu dengan katak dalam balang. Atleast mereka mati syahid.

Ok habis cerita pasal rasa, batu berat dalam hati dan katak2 semua tu.

Ade lagi satu rasa. Ni baru je muncul beberapa jam tadi.

Suatu masa dulu, aku ni bukanlah budak yg baik sangat. (Sekarang pun tak cukup baik tapi still cuba nak jadi baik la, macam semua orang).

Dan alkisahnye masa aku tak berapa baik tu, sbnrnye aku sedar dan tahu kesilapan yg tengah aku buat. Tapi yelah, ego kan. Tutup rapat2 pintu hati dari  terima apa2 teguran (walaupun  sebenarnye mmg takde sape yg tegur pun), tapi hati masa tu seolah2 tertutup untuk lihat betapa salahnya diri aku dan betapa jauhnye aku dah terpesong.

Bile dah tua2 matang sket ni baru la aku sedar ape yang berlaku sebenarnye.

Sebenarnye, bile kite buat jahat atau kesilapan yang sengaja kita commit, atau lemah untuk lawan (sanye kite yang tak kuatkan diri untuk lawan), kite mempelawa syaitan2 untuk bergayut2 di keliling kita, tangan, kaki, mata, hati kepala otak kite semua. Semua macam dah kena rasuk atau kena control dengan syaitan, tu bahasa mudahnye lah. Ape yg berlaku sbnrnye, senang je. Sifirnya, negatif akan menarik negatif (ye ni salah dari segi fizik, tapi dari segi psikologi anggap je la betul huhu).

Buktinye, makin kite buat salah, bermaksiat, makin payah kite nak buat baik, beribadah, buat amalan sunat, betul tak? Ape lagi nak terima nasihat2 yg baik, atau nak merelakan diri ni untuk mencari atau mendengar benda2 yang baik. Sure kite akan sentiasa elak untuk dengar menda2 tu sebab kite taknak kene tembak berdas2, kan?... Hati rasa bahagia je, macam dalam syurga. Terbuai2, terbelai. Lantak orang la nak kata ape, yang penting aku bahagia. Walhal..??!

Ha, sape manusia, sure pernah rasa macam ni. Lainla kalau orang tu memang sejak azali baik dan terpelihara, Alhamdulillah lah. Semoga kalian akan terus terpelihara.

Alhamdulillah Allah bagi aku peluang untuk rasa betapa hitam dan buruknya hati aku masa tu. Alhamdulillah juga disebabkan kesedaran yang sekelumit tu, hari2 aku tetap berdoa agar tak dibiar hanyut jauh2. Aku berdoa agar Allah ikat kuat2 hati aku supaya aku dapat balik ke jalan yang benar. Dan Alhamdulillah, satu demi satu perkara terjadi dan membawa aku 'pulang' ke asalnya..... Alhamdulillah..... walaupun perjalan itu pedih dan menyakitkan... Aku tahu kesakitan2 tu lah sebenarnye saat Allah nak kite untuk mendekatkan diri padaNya...

Oleh itu, moral of the story nye, walau ape pun yg kite buat, baik atau kurang baik, walau ape pun anggapan orang pada kite, jangan berhenti BERDOA. Ye, bile orang tegur tu, sanye bukan kite tak tau kite silap. Tapi atas certain2 condition, kite tak boleh dan tak mampu nak ubah keadaan sekaligus zzaaappp berubah kepada yg baik macam yang mereka mahukan, kan? Semua tu perlukan proses. Dan yang boleh ubah kite, hanyalah DIA. Yang penting, teruskan berdoa, dan berazam untuk berubah kpd yang lebih baik. Dan jangan cepat melatah bile Allah hantar jalan2 untuk bantu tarik kite 'pulang', seperti mendatangkan rakan2 untuk menegur kesilapan kite, atau buat kite kecewa dalam meniti kebahagiaan palsu itu.




Sekian.

Assalamualaikum.....




Ndeanuar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...