Thursday, December 1, 2011

Bukan Milik Kita

Assalamualaikum wbt......

Alhamdulillah syukur kepadaNya atas segala nikmat.. nikmat kesihatan tubuh badan untuk meneruskan hari2 kehidupan, sihat akal fikiran dan peluang utk terus belajar dan bekerja. 

Mana2 kite pergi, macam2 orang yang kite jumpe. Malah kadang2 tak payah pergi mana2 pun, kite boleh jumpe macam2 watak. Susah nak bezakan samade orang tu adalah dia yg sebenar, atau tu cuma lakonan setipis kulit luarannya saja. Palsu. 

Hari ini dia seorang tokoh yang hebat. Pandai mengambil hati, disenangi ramai dan sangat bertimbang rasa. Kata2nya bagai mutiara, memberi sinar pada setiap insan yang keputusan harapan untuk meneruskan langkah hidup. Tulisan2nya pula dijadikan inspirasi ramai. Penuh dengan nasihat2 agama dan berbaur keinsafan. Setiap gerak gerinya pula bagai role model santunan utama, indah pada semua mata yang melihat.

Tapi, tiba2 keesokan harinya, bila hati dijentik secebis dugaan, lantang sekali lidah meludahkan butir2 sumpah seranah, memaki hamun insan yang bersalah. Marahnya bukan calang2 lagi. Marah sungguh kerana hartanya diambil orang. Dihamburkan segala rasa yang berapi2. Apa saja nasihat yg cuba diberi, akan ditepisnya habis-habisan. Katanya harta aku tetap milikku, aku doakan si pencuri mati tersiksa kerana mengambil hak orang lain. 

Nah. 

Yang salah tetap salah, tapi bukankah lebih mulia kalau diberi maaf daripada memalukan diri sendiri dengan menghamburkan api kemarahan? Mana pergi akhlak mulia yang ditonjolkan beliau tempoh hari?

Begitu mudah syaitan si batu api membisikkan hasutan2 agar manusia terjerat dengan dosa2. Syaitan pun ketawa gembira beramai melihat kita marah2 macam orang bodoh.

Lupakah kita bahawa segala yang kita ada di dunia ini bukan milik kita? Walaupun sebotol air yang kita bawak pegi kelas hari2 tu pun, kalau Allah tak izinkan kite minum air tu, kita takkan dapat minum walau setitis pun. MasyaAllah..... 

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Bile kita download Iman dalam hati kita, lupa ke kita nak install skali bahawa kita tak punya apa pun kat dunia ni, malah semuanya milik Allah.

Dari sekecik2 sebatang pensel yang kita sakit hati bila kawan kita pinjam tak pulang2kan, atau buku yang kawan kita pinjam sampai koyak, atau rumah besar kita, kereta kita.....ahli keluarga, mak ayah tersayang, kawan2 saudara mara hinggala ke pakwe makwe yang kita perasan milik kita... semua tu BUKAN MILIK KITA... 

Dan sesetangah benda yang kita sangka kehilangannya sangat besar bagi kita, esok2 bila kita renung2kan balik, kita akan sedar sebenarnya kecil je perkara yang kita perbesar2kan tu. Bahawa sebenarnya Allah nak test je samada kita mampu bersabar, redha dan insaf bahawa itu adalah pinjaman dari Allah, atau kita marah, marah dan marah atas apa yang berlaku.... Orang beriman kan selalu diuji?...

Tanamlah sedalam2nya bahawa semuanya bukan milik kita, hanya dengan itu hati kita akan kuat dan redha bila ujian menimpa. Semuanya milik Dia Yang Esa. Bila2 Dia nak ambil balik pinjaman tu, Dia akan ambil, tanpa apa2 persoalan, tanpa perlu2 beri apa2 notis. 

Mungkin hari ni kita marah bila kawan rosakkan barang kita. Esok lusa mampu ke kita nak hadapi ujian yg lebih besar, tatkala Allah tarik balik orang2 yang kite sayang dari hidup kita?

Besabarlah... 

Bila ditimpa ujian kehilangan barang atau yang seumpanya, duduklah seketika, pejakan mata, tarik nafas panjang dan cuba 'see things from outside of the box'. Cuba lihat dari sudut lain, kenapa Allah uji aku sebegini?.... dan carilah hikmah disebalik semua yang berlaku... =)
















Pesanan ekslusif untuk diri sendiri....






ps: cakap memang mudah. nak buat memang payah. sama2 kita usaha perbaiki diri dari ke hari.. =)
ps2: esok exam Fiqh Issue & Ethics! Lusa ke PICC, bertugas di majlis konvokesyen senior2 =) jumpa di sana! Huhuuuu

2 comments:

Pencacai Hina said...

rase mcm hr tu aku komen kt sini. mane tah.

ni nape asek tuka layout je ni

Ndea said...

eh ade ke? haha..soryla klu dah hilang.. huu.. ni namenye kecelaruan identiti :pp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...