Sunday, October 16, 2011

LR 3 : Seonkol yang bosan dan keseorangan... (entry lama yg tergantung)

Entry ini ditulis pada 1 January 2010 

"Oh nampaknya malam ni aku bakal sambut tahun baru di labour room...sorang2..," kata hatiku pada petang 31 Januari lalu. Tak tahu kenapa tapi memang tak de mood nak oncall malam tu...

Semasa berjalan pulang ke hostel lewat petang semalam, jalan raya di hadapan hospital sesak dgn berduyun2 kereta nak keluar dari Pandan Mewah.. some were driving alone, some with their families.

Aku? melintas jalan menuju ke hospital sambil membawa white coat di tangan. "haha kena kerja....malam ni orang sambut new year la..!" barangkali begitu bunyi ejekan mereka.

Sampai di labour room, hanya seorang ibu yang bakal bersalin. Sedang bertarung nyawa menanggung kesakitan contraction rahimnya....the worst pain ever. Setelah aku membaca serba sedikit butiran mengenainya, aku hampiri si ibu, cuba untuk menenangkannya. Sedikit interaksi agar beliau tahu yang dirinya tidak keseorangan dalam kesakitan itu. Namun, seperti biasa, tiada apa yang dapat melegakan kesakitan yang maha perit itu. Beliau terus resah. Sekejap mengiring ke kiri, sekejap ke kanan. Sekali sekala beliau memandang ke wajahku yang sedang berkata2 kpdnya.

Kemudian aku pergi ke (patient admission center) PAC screening room. Ada seorang ibu sedang dalam pemeriksaan Dr. N, HO yg oncall malam itu. "Baik aku clerk patient (pt) ni sebelum Dr. M datang...pastu dia soal aku pasal pt ni. hee.." kataku di dalam hati.

Tak lama lepas tu, masuk seorang lagi ibu dari wad ante-natal, ke LR 8. Warga Bangladesh, lingkungan awal 20-an. Macam lagi muda dr aku je. Juga dalam kesakitan, tetapi kelihatan daya tahannya tak sekuat ibu Melayu tadi. Jerit raungnya melata ke segelinap dewan bersalin. Memang panorama yang biasa, terkadang ada ibu2 yang begitu. Saket giler beb!

"Patient bilik 8 ' KIV'..." terdengar seorang SN (staff nurse) melaungkan 'announcement'. Aku yang sedang berada di LR 7 kehairanan.

"KIV? maksudnye ape kak?" aku bertanya kpd akak SN yg sedang berada berdekatanku, kak Roha.

"KIV utk 'terjun'....hehe...terjun ke tgkat 3," beliau tersenyum.

"Tgkat 3? ...ohh...." aku teringat operation theatre yg terletak di tingkat 3.

Maksudnye, patient tu kemungkinan besar terpaksa dibedah-- caesarean section, kerana jantung bayi dalam kandungannya tidak manunjukkan tanda2 CTG (cardiotocograph) yg normal. Langsung tak ada acceleration, dan hanya decelleration on every uterine contraction. "Oh, tak de harapan aku dengan patient ni."

CTG




Dengan hati yang tak ade mood nak oncall malam tu, aku pun tak menaruh harapan yang tinggi pd satu2 nya pt yang ada malam tu. "CTG pt ni pun dh mula nak dec, ni pun, ntah2 kena vacuum ni.." suara hati mula memberikan andaian. Agak banyak dialog dalam hati, sbb oncall sorang2 so xde kawan nak cakap...haha


* * * * * * * * * * * * * 

Cerita tamat kat situ je... kenape aku berhenti tulis aku tak ingat. ape jadi lepas tu pun aku tak ingat..... tapi yang aku ingat malam tu aku tak dapat pun deliver baby, tapi dapat tengok MO buat vacuum. dan borak2 dengan MO tu hehe. pastu hampir jam 12am beliau suruh aku cepat2 balek sebab risau la malam2 new year ni kan, macam2 jenis manusia ade... so perjalanan pulang aku malam tu diiringi dengan dentuman2 bunyi mercun sambutan tahun baru.... a very nice feeling and moment to be remembered.... hehe sekian... =)









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...