Wednesday, May 18, 2011

Peristiwa 16 Mei - Antara Ya dan Tidak

Sejak balek dari Sepang petang semalam, sampai la hari ni...aku rase aneh. Aku pun tak tau nak cakap macam mana. Mungkin aku masih terkesan dengan peristiwa pemergian mak Ain malam semalam. Takde mood nak ber'hahahaha' mcm selalu. Muke pun straight je rase (eh ke sbb ngantok?). Sampai mase drive balek dari Ampang lepas hantar Eija kat rumah dia semalam pun aku rase semua orang aku nak pangkah. Dengan BMW pun aku cucuk, Skyline sebijik aku pintas dah tu lembab sangat, nak naik bumper pun terkial2.. Aku xde mood nak bergurau senda di jalan raya dengan kereta2 mewah camtuh. Tengok jam kat kereta, hanya 15 minit je aku drive dari Ampang ke Batu Caves rase nak lempang2 muke sendiri.

Hari ni pon. Patutnye nak pergi bank, pergi farmasi. Tapi takde perasaan nak keluar atau buat apape.

Terkesan macam mane, aku pun tak tau nak cakap. Sedih tu memangla, tapi nak kata sampai meratap tu takla, ermm, tapi sedih la jugak sebab aku memang ikut perkembangan arwah dari awal dia saket, pernah borak2 dengan dia time arwah saket tempoh hari... Arwah pun kenal aku. Dan jugak aku berada di sisi saat arwah tenat.

Tapi aku taktau la kenapa aku rase macam ni. Rase pelik.

Tapi aku tau kot sebab ape. Tapi, entahla...


Ya Allah. Sesungguhnya Engkau sedang memberi peringatan kepadaku, 
bahawa kematian itu pasti...


Entry sebelum ni, Kuasa Doa aku cerita perkara yg terjadi pd hari sabtu. Entry tu aku tulis pada hari ahad. Tengahari ahad tu Ain sms aku, bagitau yg mak dia diberi suntikan morphine bermula jam 11 pagi hari Ahad. Tapi Ain pelik jugak, sebab mak dia tak de mengadu saket ape pun. Kata nurse morphine tu untuk penenang. Aku pun pelik.

[nota: morphine adalah ubat tahan sakit]

Beberapa dos lagi diberi pd petang & malam hari. Maka lenalah sepanjang hari tu makcik tidur dari pagi sampai ke malam.

Pagi Isnin, aku dan abang bawak mak ke klinik sebab mak sakit lutut. Lepas aku selesai mendaftarkan mak, Ain call aku, menyampaikan berita sedih. Diorg diberi pilihan samada nak stay kat hospital atau nak bawa mak Ain balik ke rumah. Di sebalik kalimah 'pilihan' tu, tersirat maksud yang sangat jelas untuk difahami. Ain pun sangat faham maksud tu. Ain mintak pendapat aku. Aku cadangkan supaya diorang stay je kat hospital. Lagi pun mak ain perlukan oxygen sebab dia sesak nafas. Selain tu boleh diorang monitor BP dia. Leceh jugak proses nak pindah2 tu. Ain pun setuju.

Lepas zohor, dalam pukul 2.30pm aku sampai wad. Aku pun ketuk pintu, kelihatan Ain dan adik2 di sisi katil mak mereka. Ain yg tengah nak suapkan makcik Hawa minum menyuruh aku masuk. Aku pun berdiri di hujung katil. Makcik hawa pandang tepat ke muka aku. Sedikit berkerut mukanya. "Mak, ni nadia, yg datang hari tu," Ain memberitahu ibunya. Tapi makcik hawa dah tak kenal aku. Aku pun letak beg kat tepi dinding dan terus berdiri di sebelah Ain di sisi kanan katil.

Aku lihat keadaan makcik yg semakin lemah. Mamai2, mungkin penangan morphine seharian. Mata tertutup, tapi sekali sekala dia membuka matanya. Kadang2 dia memanggil2 nama anak2 nya. Dadanya turun naik menarik nafas dalam2. Aku mengalihkan pandangan ke skrin monitor yg terletak di hujung kepala di sisi kiri katil. BP makcik makin rendah dari yg Ain beritahu aku pada hari Ahad. Masa tu BP lebih kurang 70+/40+.

Entah macam mana, tiba-tiba minda aku memberitahuku sesuatu. Antara ya dan tidak. Tapi aku nekad. Biarlah aku tersalah, tapi asalkan tak menyesal kemudian.

Berbekalkan  pengalaman2 lalu saat aku menyaksikan detik2 nazak beberapa orang insan dalam hidup aku, aku yakin apa yang aku lihat ketika itu lebih kurang sama dengan apa yg aku lihat sebelum ini. Tanpa berlengah lagi, aku cuit tangan Ain dan mengisyaratkan untuk ikut aku keluar dari bilik.

Sesungguhnya amatlah berat untuk menuturkan kata2. Diselangi perasaan sebak, aku gagahkan diri.

"Ain, aku mintak maaf ye aku nak cakap ni. Tapi ape yg doktor2 tu cakap memang betul." air mata kami serentak keluar dengan tiba2.

"Takpe2," Ain mengangguk2, mendengar dengan hati yg berkecamuk.

"Bukan aku nak pandai2 buat keputusan, atau nak cakap dia dah takde harapan. Mungkin sudah masanya, mungkin jugak tidak. Tapi sementara dia masih boleh dengar suara kite, sementara dia boleh sebut beberapa perkataan ni, aku rasa kita dah boleh start sebutkan nama Allah banyak2 kali kat telinga dia, dan ajarkan kalimah syahadah, adik2 yg lain boleh start baca yasin" Aku rase macam tengah menggelapkan dunia kawan baik aku sendiri. Betapa berat aku nak menyampaikan, berat lagi hati dia menerima. Tapi InsyaAllah, aku yakin dengan kata2 aku. "aku mintak maaf Ain sebab cakap macam ni,"

Menyedari saat nazak adalah saat banyak gangguan datang dari syaitan, aku tak nak beliau pergi dengan minda yang kosong dan kesedihan. Tapi biarlah nama Allah yang terlekat di saat2 akhir hayatnya.

Ain mengangguk2 "takpe nadia, takpe..tapi ko tolonglah cakap dengan adik2 aku ngan ayah aku, aku tak mampu nak cakap," suara Ain dalam sebak. Mujur Ain dari awal dah memberitahu aku yang dia dah meredhakan apa yang terbaik untuk ibunya, sejak kali pertama ibunya nazak pada hari jumaat malam. Sebab tu jugaklah aku berani nak sampaikan perkara ni pada dia.

"ko tolong la cakap dengan ayah aku, dia ok.." Dia menjenguk ke dalam bilik dan memanggil ayahnya keluar. Aku memberitahu perkara yang sama. Kemudian Ain dan ayahnya masuk kembali ke dalam bilik dan memberitahu adik2 Ain. Diorang angguk2 tanda faham apa yang kami maksudkan. Ain dan Angah berdiri di kanan dan kiri katil Mula mengajarkan arwah menyebut nama Allah dan kalimah syahadah. Ayah, Arif dan Apis mula membaca Yasin di sisi katil arwah. Diikuti makcik Fida, kakak kpd arwah.

Selang beberapa minit mereka adik beradik bergilir2 menyebut nama Allah di telinga arwah dan membaca Yasin, termasuk ayah mereka. Alhamdulillah, ada jugak beberapa kali kedengaran arwah menyebut nama Allah. Dan Alhamdulillah, bacaan yasin tak putus2 dibaca oleh saudara mara dan sahabat2 arwah yg datang dari petang sampai ke malam.

Selang sejam aku suruh Ain update bacaan tekanan darah arwah. Makin menurun, tapi kadang2 naik balek.

Ketika itu aku turut sama berada di sisi arwah. Sesungguhnya perasaan ketika itu adalah sesuatu yg tak dapat aku gambarkan atau terjemahkan dengan kata2. Namun apa yang dirasai oleh arwah ketika itu sesungguhnya lebih hebat, dan tak tercapai dek fikiran manusia biasa seperti kita, tak kelihatan dek mata kasar kita.

Lepas asar, Eija sampai. Tak lama lepas tu Syud pulak sampai dengan sorg kawan. Masa ni aku dah kepenatan. Beberapa kali terduduk di sofa, di kerusi dan atas lantai kat luar bilik. Tapi Ain dan adik2nya tak mengenal penat, mereka tak henti2 membisikkan nama Allah di telinga arwah. Keadaan arwah makin tenat. Lebih kurang pukul 6 ptg, salah sorg makcik Ain menyuruh mereka mencium dahi arwah. Dan meredhakan pemergiannya seandainya sudah sampai masanya. Aku lihat ECGnya makin lemah. Tapi aku tak bagitahu Ain. Tak sanggup aku nak membungkam perasaan Ain lagi sekali. Aku diamkan je dulu.

Jam menunjukkan pukul 7.40malam. Berat hati nak meninggalkan mereka, tapi aku harus pulang sebab aku datang tadi abang yg hantar. So aku kena balik sendiri naik putra. Aku pun mintak diri dari Ain untuk pegi solat maghrib dan beransur pulang.

Lepas aku selesai solat maghrib, aku teringat ECG arwah yg aku tengok petang tadi. Terdetik nak pergi tengok lagi sekali. Lalu aku & Eija singgah ke wad semula. Aku intai dari pintu. Ya Allah, makin lemah dari tadi. Dalam hati berbelah bagi nak beritahu ke tak. Tapi memandangkan Ain dah tanya pasal tu petang tadi, aku pun gagahkan diri sekali lagi. Dari muka pintu, aku isyaratkan Ain untuk keluar sebentar dari bilik.

"Ain, tadi ko tanye kan samade nak tengok BP ke kan....."
"aah2," Ain anggukkan kepala tanda faham.
"Aku baru teringat, bukan BP, tp tgk ECG."
"Oh..oo.." Ain mendengar dengan teliti. Dia tak nangis pun. She is strong, I told u.. Dia faham apa yang aku maksudkan. Sesungguhnya memang  berat nak menyampaikan perkara ni, buat kali keduanya. Tapi menghormati permintaan Ain yang memang nak tahu tentang semua ni, aku gagahkan jugak. Ain awal2 bgtau yang dia lagi suka kalau orang berterus terang. Dan perasaan ingin tahu dia memang sangat tinggi. Dari awal arwah sakit lagi, dia nak tahu segalanya berkaitan dengan arwah. Aku tolong ape yang mampu.

Setelah menghabiskan ayat, dan bersalaman dengan Ain dan saudara maranya, dengan berat hatinya aku & Eija pun meninggalkan wad, lebih kurang pukul 8.15pm.

Lebih kurang pukul 9.20pm aku dah sampai di Terminal Putra Gombak. Ayah dah menanti kat situ. Haruslah aku suruh ayah tunggu siap2 kat situ, lantaran gerun dengan kisah bersiri penyimbah asid kebelakangan ni.

Sepanjang perjalanan balik, sampai la aku tiba kat rumah, dan sepanjang malam tu, hati aku sangat meronta2 nak sms Ain bertanya keadaan arwah. Tapi aku batalkan hajat sebab taknak menganggu Ain menyebut nama Allah di telinga ibunya. Sampaila time aku dah baring dan hampir pejamkan mata, minda masih teringat2 kat Ain dan makcik Hawa. "Tak boleh jadi ni," aku bangun dan mencapai handphone.

"Ain, skrg macam mana?"

Tiada jawapan. Takpe aku faham. Tak kesah pun Ain lambat reply. Tapi Ain pasti reply walaupun lambat.

Tepat jam 2.04am aku terjaga dari tidur yg tak berapa nak lena. Zuupp! Aku terus teringat Ain. SMS! Aku tengok handphone berkelip2, terus aku bukak. Ade sms dari Ain. Masa tercatat pada sms tersebut adalah 1.59am, 17 May 2011.

"Salam ndea. Aku baru sampai umah sepang. Mak dah pergi pukul 9.23pm tadi. Sori ya xdpt inform time tu. Mcm2 kne urus time tu. Alhamdulillah kami sekeluarga ade kat mak time dia pergi. Time kasih byk2 ndea byk bg support kat aku selama mak sakit. IAllah esok kebumi kat masjid sini. Masjid Hishamuddin xjauh dr stadium. Aku nak solat jap eh."


Antara percaya atau tidak. Aku ulang2 baca sms tu beberapa kali. "Innalillahi wainnailaihi raji'un..."

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga Allah tempatkan rohnya bersama orang2 yang soleh...






Ndeanuar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...