Sunday, May 8, 2011

Sambungan cerita minggu yang sosial - Besday gal & HUKM

Assalamualaikum.

Jap, entry yang lepas stop dekat mane? Tengok balek jap.

Oh rumah Eija. "Hesh nadia ni bukan bleh caye amik gamba ni. Jangan ko upload tahu!" jerkkah Eija pada aku. Minah ni memang garang ngan aku.


awww comelnye awek arab ni! huahuahua :ppp


"Tak, aku tak upload, aku post je," jawabku sambil gelak hahaha.

Eh biarla, ni kenangan. Nanti aku takde, takde sape nak glemer2kan kawan2 aku camni lagi.

Ok khames petang tu aku tido je kat rumah. Lepas maghrib aku bersiap2, pergi rumah Eija. Pastu kitorg pegi rumah Taufiq, ade majlis tahlil Allahyarhamah nenek beliau yang baru saje kembali ke rahmatullah pada pagi Khames tu. Innalillahi wainna Ilaihi raji'un. Dengarnye jugak, masa tu parents Taufiq baru je sampai US untuk menghadiri konvokesyen adik dia kat sane.. Maka Taufiq dengan adik2nye lah, dengan bantuan bapa2 & mak2 saudara la yang menguruskan urusan2 pengurusan jenazah. Oh belit2 ayat aku.

Lepas abes majlis kitorg ke food court kat Taman Dagang. Melantak lagi. Besday gal makan fish & chips, aku makan sizzling yee mee. Oh macam makan mee dalam lautan kicap. Tapi aku macam sedar tak sedar je makan sebab berborak lagi sedap dari makan. Haha. Dan agak kesal jugak sebab dating kali ni mcm tak cukup korum, sebab sorang lagi gossip gal iaitu Ain Amir sedang menjaga ibunya di HUKM.


With Ain - berjimba dgn durian @ Lookout point 2010. [Gambar koleksi Eijaweynoss.]

Lepas makan, dalam kul11pm tu kitorg gerak balek rumah Eija. Eh harusla sambung lagi borak sebelum tido, lambang lame gila tak jumpe. Haha.


Pagi Jumaat

Sepatutnye jumaat pagi tu aku ditugaskan untuk balik rumah awal2 pagi, ambik Rafiq dan bawa dia pergi jumpa dentist kat Klinik Pergigian Usim, kat atas fakulti aku kat bangunan MPAJ tu. Tapi memandangkan aku terbangun 'awal' sangat, pastu tak sempat la nak ke sana dan ke mari since klinik tutup pukul 11am pd ari jumaat. Pastu idea tu macam jonah la jugak, since aku dah la kat Ampang, nak balek ke Selayang pastu datang Hampang balek, haha. So aku pun mengusulkan supaya plan tu dipostpone ke next Monday lah ye. Hehe. Naseb baek ayah tak marah... kuikui :ppp

Pastu otak aku yang cerdas dalam bab2 berpeleseran ni terus berfikir, ape lagi yg boleh di buat (ape yang aku nak buat) sementara aku kat Ampang mase tu. Ha!!! AIN AMIR! Pastu aku sms ain, tanye samade dia ade dengan mak dia ke tak. Yes, rupanye die amik cuti khames & jumaat, jaga mak dia kat HUKM. Pastu aku tanye visiting hour. Rupenye dia duk kat Pusat Pakar HUKM, so waktu melawat adalah 8am - 10pm. LOL sangat, napela aku tak tanye dari awal2 dia masuk wad lagi. Kalau tak, dah lame boleh pegi lawat...hai hai hai jo jo jonah hahaha. Oow, patutla Afiq (patient psy, bukan nama sebenar) tu panggil aku 'Johanna' aritu. Bunyi dekat2 dengan Jonah rupenye...hahahahahaha.

So ape lagi, aku pun paksa Eija mandi cepat2 dan kitorg pun pegi la HUKM. Oh ye mesti korg nak tahu kenapa mak ain ade kat hospital.

Pada 21-22 Mei tak silap aku,  mak ain (Makcik Siti Hawa) didiagnos menghidap kanser usus. Pada tarikh tu, doktor dah konfem 98% adalah sel kanser. Meaning, beliau kena menjalani pembedahan untuk buang kanser tu. So beliau masuk wad HUKM pada hari sabtu 24 Mei. Oh minggu tu aku bermastautin kat rumah kinah untuk 4 hari 4 malam hehehe. Panjang ceritanye macam mana boleh dapat tahu. Actually memang aku follow ceritanye dari awal makcik hawa saket, iaitu lepas beliau balek dr haji bulan 12 yg lalu. Tapi mase tu Ain pun tak expose sangat pasal penyakit mak dia masa tu, just kawan2 mak dia & sedara2 dekat je tau. Semalam aku dah dapat greenlite dah dr Ain untuk cerita kat blog ni. Dengan harapan bila ramai dah tau, lebih ramai dapat mendoakan kesihatan makcik siti hawa. Ameen, InsyaAllah...semoga mereka diberi kekuatan.

Masa kitorg datang lawat tu, Alhamdulillah nampak makcik hawa agak segar, tak pucat sangat. Tapi tapak tangan dia pucat sket. Dia memang anaemic (kurang hemoglobin, Hb dalam darah merah) sebelum operate lagi. Hb dia drop sampai 4 (normal: 12-16), memang di tahap membimbangkan la. Dia penat & lemah je sepanjang masa. Takde selera makan. Tapi lepas transfuse blood sebanyak 5 pints (5 beg darah), ok la kate ain, nampak bertenaga sket, & ade selera makan sket compare dengan sebelum tu.

Kanser tu plak berada kat transverse colon (usus besar yg berkedudukan melintang, tempatnye atas dari pusat). Doktor buang part yg ade kanser, dan sambungkan balik usus tu. So tak payah tebuk lubang kat perut dan tak memerlukan beliau pakai stoma beg (beg najis).


eija, ain & me kat depan wad makcik hawa..sebelum balek. 

Alhamdulillah hajat aku nak ziarah makcik hawa dapat dilunaskan. Dah 2 minggu hajat ni tertangguh...huhu =)
Dan aku pun meneruskan perjalanan...... hehehe


Eh ni kat mane plak ni? 

Hehe bersambung salam next entry okeh insyaAllah =D

Eh nanti2! Amboi2, mementang aku dah pasang commentluv, laju je korang nak buh komen ye. Hahaha prasan gila. Ok Sebelum korang komen pape, sila buat gravatar korang dulu kat sini. Daftar email, pastu pilih gambar ape korang nak letak so nanti bile komen ade la muke korang kat situ. Kan best! Haha. Cepat buat cepat! Percuma, tanpa yuran keahlian, bukan MLM dan tiada downline diperlukan! hahahahaha =D



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...