Sunday, May 15, 2011

Kuasa Doa



Rasulullah SAW bersabda:

"Tiada seorang muslim yg ditimpa kesakitan, melainkan ALLAH akan menggugurkan kesalahan2nya, sebagaimana dedaunan pepohonan yg berguguran,"

(Hadith Riwayat Bukhari)



Pagi semalam dapat sms mengejut dari Ain. Katenye malam tadi mak dia nazak (Jumaat malam, dlm jam 11pm). Tapi masa dia sms tu, kate Ain  Alhamdulillah mak dah boleh bertahan. "Alhamdulillah," getus hati aku yang mula2 terkejut dengan berita tu. 

Minggu lepas aku & Eija pergi ziarah dia. Okla nampak segar, ceria, walaupun lemah, tapi banyak jugak dia bercerita. Tiba2 Ain kata dia nazak, tu yang aku terkejut.

Lepas tu aku terus sms Eija & Emon. Eija nak balek kampung, ade hal So aku ajak Emon pegi HUKM petang semalam. Kami sampai dalam pukul 4. Memang aku niat nak temankan Ain lame sikit. Kot2 ade ape2 yang dia nak tanye ke. 

Masuk je wad, tengok saudar-mara dia dah ramai. Diorang sampai dari pukul 4 pagi lagi. Diorang sambut kitorg dengan baik skali. Tak terasa asing langsung. 

Pastu aku intai dari pintu bilik. Aku cuit Ain dari belakang. Lepas berslaaman, Ain pun pergi bisik kat mak dia, bgtau kehadiran kitorg. Makcik Hawa aku tengok agak lemah berbanding minggu lepas. Dengan pandangan sayu Makcik pandang tepat ke muka aku, dan terus dia hulurkan tangan nak bersalam walaupun kami masih berada jauh di hujung katil. "Dia ni dah dua kali datang ni," kata makcik Hawa, sambil tersenyum. 'Ya Allah, makcik still cam aku'...Alhamdulillah

Aku pun duduk kat kerusi sebelah katil makcik hawa. Emon berdiri sebelah aku. Aku pegang tangan makcik. Masih pucat macam sebelum ni.  

"Malam tadi acik sesak nafas lagi, pastu nurse bagi gas ni, lega sikit," kata makcik hawa pada aku, dalam suara yg lemah. Aku mengangguk2. Minggu lepas Ain cakap, doktor bgtau yang paru2 makcik collapse bahagian bawah. So dia kena exercise, sedut alat yang 3 bijik bola tu utk kuatkan paru2. 

Ain cakap semalam doktor bagi ubat tahan sakit, untuk sakit luka pembedahan kat perutnya. Lepas makan ubat tu okla lega sikit saket tu. Aku tanye beberapa perkara lagi kat Ain, tapi makcik hawa pun nak gagahkan diri menjawab & bercerita. Kuat sungguh semangat dia. 

"Nadia tengok, acik ni macam mana sekarang, banding dgn aritu?" dengan suara lemah makcik bertanya.

Ulp. Aku terkesima dengan soalan ni. memang makcik hawa suka tanya macam2 pasal sakit dia. Aku cuba jawab apa yang aku tahu, seringkas mungkin. Tapi bagi aku, soalan kali ni adalah yang paling mengharukan aku. 

"Eh, takde la, ni makcik penat je ni..." makcik senyum..

"Kalau makcik nak tidur takpe la, tidur je cik...xpe.. " aku senyum... 

Takpela, dapat tengok acik pun saya dah rasa lega hati. Acik rehatla... 

Tak lame lepas tu makcik hawa tertidur. "Dia memang akan macam ni. Dia penat cakap nanti dia tidur sekejap," kata salah sorg ibu saudara Ain yg turut berada kat tepi katil makcik hawa. "Ohh..." aku menganggukkan kepala.

Ain pun tarik langsir, dan ajak aku & Emon berborak kat luar. 

"Mak lagi kuat pagi ni, compare malam tadi. Maybe sebab dari pagi ramai2 bacakan Yasin, dan bagi kata2 semangat kat mak," ujar Ain. Alhamdulillah, lega aku dengar. Kitorg pun berbincang beberapa perkara kejap kat situ...

Aku kagum dengan makcik Hawa. Lemah di luar, tapi semangat dalamannya memang kuat. Sentiasa tersenyum. Dia gagahkan jugak melayani tetamu2 yg hadir. Dia kuatkan diri untuk bercerita pd orang2 yg datang melawat, walaupun ape yg aku dengar semuanya cerita yg sama diulang2. Oh... 

Hajat hati nak temankan Ain lame sikit. Tapi petang tu tak putus2 orang yang datang. So kitorg pun mintak diri. 

Ain pun tak henti2 update aku dengan keadaan mak dia. So far Alhamdulillah macam semalam jugak. Time aku tulis entry ni dia tengah lena tidur, doktor baru bagi dia ubat tahan sakit. 


Jom kite same2 teruskan berdoa. Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu.


Teringat cerita sorang ibu kepada pesakit yg aku jumpa kat wad paediatrik Hospital Ampang tahun lepas. 3 tahun lepas kak Mas (bukan nama sebenar) telah melahirkan anak tak cukup bulan (premature delivery). Disebabkan masalah yg tak dapat dielakkan, bayi tersebut dilahirkan pada usia 27 minggu. Bayi dia mase tu, kecik sangat, besar sikit dari tapak tangan dia. Ya Allah, getus hati kecilku. Lepas lahir terus dimasukkan ke NICU (neonatal intensive care unit). Duduk dalan intubator (yg orang salu panggil peti kaca tu) selama hampir setahun! Hari2 Kak Mas pergi tengok baby dia. Bacakan Alfatihah tanpa henti. Pamkan susu badan dari rumah, setiap hari dia suapkan baby dia dengan susu badan. Dia tak bagi nurse suapkan susu lain selainkan susu badan dia. Setiap hari! Setiap hari jugak dia akan bercakap2 dengan baby dia. Solat hajat pun tak henti. Bedoa ape tah lagi. Sehabis airmata dia menangis, sekuat hati dia berdoa agar Allah panjangkan hayat bayi perempuannya. Katanya, seluruh masa dalam hidup dia masa tu hanya untuk anaknya saja. Macam2 lagi dia ikhtiar supaya anak dia dapat terus hidup.

Sampaila satu hari tu pihak hospital call dia, bgtahu yg baby dia tengah nazak. Ya Allah, dia rase dunia macam nak gelap. Terus Kak Mas bergegas ke hospital. Die bacakan Alfatihah banyak2, tanpa putus dan terus berdoa. Alhamdulillah bayi tu dapat bertahan... Dan lebih mengejutkan, dia survive hingga ke hari ini (insyaAllah), membesar jadi sorang budak perempuan yg saaangat comel =)


Allahu Akbar....



Allah SWT berfirman: 
"Fad'uni, astajiblakum." 
(Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku makbulkan) 


Ndeanuar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...