Sunday, April 3, 2011

Pakcik polis reti tak kata imbuhan TER- dan ME- ??

MElanggar. TERlanggar.

Dalam pukul 12 tengahrai tadi 2 orang polis trafik datang rumah kami untuk ambik statement dari Rafiq, untuk buat report accident tu. Dorang datang sebab Rafiq tak boleh pegi sana, pejabat tu tingkat atas katenye.

Okla Terima kasih banyak2 sebab sudi datang.

Aku pun turut keluar dari bilik nak tengok ape yang diorang buat. Sorang berpakaian biasa duduk kat tunggu kat luar, sorang lagi yg beruniform putih masuk rumah. Mari aku namakan Sarjan S.

Kan kalau kat spital kite kena clerk patient kan, amik history, sakit ape, macam mana boleh jadi, etc etc tentang penyakit tu, camnila lebeh kurang pakcik tu buat.

Sementara tu aku baca report dari pemandu lori yang polis ni bawak.

"Pada petang khamis, jam 1640, saya keluar dari Simpang Kg. Nakhoda dan ingin menukar laluan untuk membuat pusingan u-turn. Tiba2 sebuah motosikal bernombor plate WSE 19** MELANGGAR saya dari arah hadapan kanan. Bahagian lori saya yg rosak adalah lampu signal hadapan kanan"

...motor itu MELANGGAR saya??...What the hell was he talking about?...

Aku pun intaila report Rafiq yg polis tu tengah tulis. Cenila lebih kurang ayat dia:

"Pada petang khamis jam 1640, saya dari Taman Jasa Utama menuju ke Taman Selayang. Tibe2 sebuah lori bernombor plate WLF 32** keluar dari simpang Kg.Nakhoda dan SAYA TERLANGGAR LORI TERSEBUT." 

What was he thinking?

Errk. Pelik ok. Kalau tanye rafiq, dia TAK NAMPAK pun lori tu. Macam mana dia boleh buat pengakuan kate yang dia TERLANGGAR lori tu?

Lepas dia sudah tulis tu, Sarjan S tu pun baca la report yg dia tulis tu. Tapi yang peliknya, sampai part "SAYA TERLANGGAR LORI TERSEBUT" dia tak baca pulak. Pelik ok. Aku memang tunggu je dia sebut ayat tu, tapi takde pun. Tapi Sarjan S ade jugak cakap kat Rafiq, "Lori tu keluar dari simpang dan kamu pun langgar dia la, kan" dan Rafiq pun menggeleng, dan cuba nak jawab balik, bukan dia langgar, lori tu yang langgar sebab impact nye dia rasa dari kiri, bukan dari depan. Dia pun tercampak ke kanan jalan, dan most of the injuries (luka2) pun pada bahagian tangan dan bahu kanan dia, kesan terseret atas jalan. Lutut kiri yang patah tu pulak bahagian yang dilanggar dek lori.

Tapi pakcik tu pn jawab balik, "Yela, memang la, tapi kamu tak sengaja, jadi saya tulis TERlanggar." Ape ni pakcik oi. Tak masuk akal langsung.

Pastu dia pun sambung tulis another report., yang lebih detail katenye. Abes dia tulis part tu, aku tanye pulak, "Apesal driver lori tu kate motor ni MELANGGAR dia, sedangkkan motor ni yang kena langgar dari tepi?"

Then..dia jawab, "Report memang macam ni dik, takde orang nak mengaku dia melanggar. Jadi kita tak bergantung pada report semata, kita tengok pada siasatan nanti. Polis akan siasat"

Ok, aku angguk2 kepala, boleh terima part tu. Tapi aku tak puas ati lagi. "Tapi kena aencik tulis kat report tu (report Rafiq), SAYA TERLANGGAR LORI TERSEBUT?"

Dia pun toleh kepala, pandang aku semacam, "Dik, ni report je dik, nanti kita akan siasat. Dan kalau eksiden, semuanya tak disengajakan, sebab tulah kita tulis TERLANGGAR,"

Grrr...ape punya jawapan ntah! Maksud aku, Aku tanya, kenapa encik tulis macam adik aku yang salah sedangkan adik aku tak nampak pun lori tu. Kenapa tak tulis "TIBA2 LORI ITU MELANGGAR SAYA"? kenapa pakcik, kenapa? Korang pun boleh nampak kan macam ade yang tak kena dengan ayat2 beliau.

Camnila aku illustrate balek cerita pemandu lori tu dan cerita dari saksi2 kejadian. Pastu korang fikir2 la ikut logik, kalau pun Rafiq nampak pun lori tu datang, macam mane la dia nak elak lori yang tiba2 tukar lane kanan sebab nak pergi ke tempat buat pusingan U tu.


Kedudukan asal kedua2 kenderaan.

Ketika perlanggaran berlaku

Macam yang aku tulis kat trademark blog ni, Symptoms never lie. Mungkin polis tu boleh tulis ape dia rase nak tulis. Tapi kecederaan kat mangsa, lokasi kejadian dan kerosakan motor tu dah dapat menggambarkan macam mana kejadian tu berlaku. Ok kite tunggu dan lihat kata polis tu. Tunggu macam mana diorg siasat, atau diorg nak blame adik aku berpandukan report palsu yang dia sendiri tulis tu. So kalau lori tu jugak yang menang, tak tahu la ape nak cakap. God knows.




Ndeanuar

11 comments:

Sop said...

dalam report, mmg die tulis maklumat basic je. mgkn nnt die akan dtg utk amik statement plak. tm ni baru citer dgn detail.

yg penting, jiwa selamat..

Gadis HaruBiru said...

tp rafiq kn xde lesen...mcm ne..??polis tu tau ke x..??bese klu xde lesen mmg xkn mng..

Ndea said...

Sop - Oh tula.. tp ayat kena la betul. Mebi sebab kite dah bese kot ditekankan kalau nak tulis pape dlm report kne tulis bebetul sbb every words count. Salah cakap, habes la...

tula, alhamdulillah jiwa slamat.

Ndea said...

umy - ha, polis tu ckp, lesen tu mmg kena saman. tp part eksiden ni die bleh dapat pampasan jgk. sebab dia kata, eksiden lain, lesen hal laen. lesen tu kire kesalahan lalu lintas.

lg 1, pemilik motosikal pun kena. tak kire ape alasan nye. dahla motor tu baru je tuka name aff minggu yg eksiden tu. kuikui kesian aff.

farhana rahim aka paan said...

perghhh, boleh masuk join CSI team nih. hehe...

polis mmg slalu gitu.., ikut mana lagi untung bagi dia. haha

Ndea said...

haha kak paan. xde la smpai ke situ. ni simple logical thinking tahap tadika 5 thn je nih. hahah.

pape pun kite xyah la expect byk sgt, sbb memang xde ape yg bernama KEADILAN atas muka bumi ni.

cheers =)

Faiz Ezanee said...
This comment has been removed by the author.
Faiz Ezanee said...

kalo ikut kan gambar ni, mmg lori tu salah. nak masuk keluar simpang tp mata buta. Polis tu mmg sah bangang tahap cipan. kalo jumpe driver lori & polis bodoh ni kat simpang ko lempang-lempang je dia ni. Tak payah hidup atas muka bumi ni pun xpe. Menyusahkan org, kecik2 x nak mampos.

Ndea said...

hahaha ganas gile kau. nampak je halus faiz ni, tp dlm hati ade Rambo!

btw thnx 4 ur opinion. mmg salah kan kan? ko sbgi penunggang motor lg la terasa terancam dgn lori2 mcm ni kan. told ya, lorries are bad. always. haha.

Anonymous said...

res ipsa liquitor

means= thing speks by itself

Ndea said...

Anonymous - thanx sis! :)

yeah, that is very true

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...