Saturday, April 30, 2011

Entry Separa Sentimental

Bismillahirrahminiirahim....

Alhamdulillah sahabat kesayangan telah selamat diijabkabulkan pagi tadi di Masjid Muaz Bin Jabal, Setiawangsa...... =)


Sakinah & Arshad
Congratz my dear friend, Sakinah! Semoga berbahagia hingga ke syurga... 

Sumpah aku pun tumpang rase lega (walaupun sanye tak selesai lg) tadi, mengenangkan penat lelah Kinah ni dalam beberapa minggu ni, ke hulu ke hilir. Stress2 die lagi. Heheh.

Dan jerih payah bersama2 buat persiapan dalam 2 minggu ni. Paling best, malam tadi kot... Sesi menginai... Haha....

Malam semalam aku, Fina & Touya dan kawan2 Al-Amin Kinah, Sh. Hafsah & Nad same2 bersengkang mata pasangkan inai kat kinah. Dengan peralatan2 cam selotape, lidi satay, surat khabar, beg plastik, dan jugak rubber glove segala. Inai daun, inai serbuk, inai tiub, semua lah di guna. Tak lupa juga semangkuk nasik lenyek. Hehe. Family meeting diorang habes dalam pukul 11pm. Kitorg mula pasangkan inai kul 1 pg, setelah semua urusan selesai, Kinah siap mandi2 sume. Oh sangat nice memory malam td, seronok sangat kitorg mengerjakan jari2 kinah, Haha. Pukul 3 pg baru kitorg tidur. Tu pun aku asik terjaga2, teringat2 kat makcik ni kat bilik rumah sebelah macam mana la die tidur dengan tangan & kaki berbalut. Pukul 6 aku tersedar, gosok gigi pastu pegi kejut Kinah dan tolong bersihkan inai2 tu. Lepas solat subuh, touch up lagi skali inai. Barulah fuuhh!! Haha.

Kalau korang, ape perasaan korang bila kawan baik kita melangkah ke alam perkahwinan. Fuh mestila gembiraaaa..!!!


With classmates: Nadiah, me, Fina, Puteri, Ekay, Ct, Touya

Yup, gembira sangat. Tapi ntah macam mane terselit jugak rasa sayu tu. Entah kenapa berat je rasa kaki nak balik tadi walaupun esok akan jumpa lagi masa kenduri diorang nanti. Haha. Rasa yang sama aku rasa pada kira2 dua bulan lepas, ketika seorang sahabat diijabkabulkan. Ok kali ni aku tak tipu2 lagi. Kalau dua bulan yang lepas tu aku tahan2 kan 'perasaan' tu, sampai la akhirnya perasaan tu 'terusik' jugak bila rasa sangat keseorangan dan kerinduan masa di Tampin aritu, tapi kali ni serius terasa.... hehe takpe2 mungkin ni awal2 je kot, nanti lame2 okla... =)


Cerita dua bulan lepas

Tetibe teringat kat cerita dua bulan lepas itu...

D: Aik, macam mana dia kenal aku?
Aku: Kenal la, sebab kita kan pernah kawan
D: 'pernah'? maksudnye sekarang tak kawan dah la?
Aku: aah tak dah, sebab kau curik kawan akuuu
D: eh mana ade aku curik la....
......

Haha. Ok, sanye aku tak maksudkannye pun. Saje je aku cakap dia 'curik kawan aku', dengan niat nak mengusik D. Aku memang kagum dengan D. Dia membuatkan kami tak terasa pun kehilangan kawan kami yg kami sayang itu =)

Haha. Kalaulah korang2 faham ape yang nak aku sampaikan ni..... :)


Kisah Hari Ini

Waa saya nak tinggi lg 2 inci boley?? :ppp

Tapi kalau semua orang kawen, nanti tinggal aku sorang2. Mencik dow cmni. Ahh ape emo2 ni. Sudah2. Hahaha. 

Kembali ke cerita hari ini. Barang yg lama usah dikenang... Haha.

Terasa dow, sayu. Terasa. Nape terasa? Nape sayu? Sebab makcik ni la orang yang paling rajin layan aku membebel sejak 3-4 tahun ni. Tak kire lah di mana2 pun. Kalau dekat, pakai mulot. Kalau jauh, pakai ym atau sms. Dan kitorg memang paham kepala dan cara berpikir antara satu sama lain.  Becerita, begelak, bergado. Muahaha. Pastu banyak gak trip jejalan same2. Ke Terengganu, Kedah, Penang, Cameron Highland. Beberapa hari lepas aku godek2 balek belog ni, baca2 balek entry lame2. Entry2 mase 4th year, awal2 5th year dulu. Dulu2 aku tak rajen sangat nak cerita aktiviti2 harian atau trip2 kat belog ni. Kebanyakan gambar2 aku buh kat pesbuk je, takde pun entry2 kat belog. Tapi ade several jugak la entry yang ade terselit name Kinah ni, or at least gambar dia. Contohnye Ninety Percents Luck, Di Awang-awangan, Lima Si, dan Most Welcome


You rock girl! Peace yaw..!

Oh lagi satu. Teman setia joging kat Gunung Tampin muahaha :D


Jumpe awak esok Sakinah! ^_^



Ndeanuar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...