Saturday, April 30, 2011

Entry Separa Sentimental

Bismillahirrahminiirahim....

Alhamdulillah sahabat kesayangan telah selamat diijabkabulkan pagi tadi di Masjid Muaz Bin Jabal, Setiawangsa...... =)


Sakinah & Arshad
Congratz my dear friend, Sakinah! Semoga berbahagia hingga ke syurga... 

Sumpah aku pun tumpang rase lega (walaupun sanye tak selesai lg) tadi, mengenangkan penat lelah Kinah ni dalam beberapa minggu ni, ke hulu ke hilir. Stress2 die lagi. Heheh.

Dan jerih payah bersama2 buat persiapan dalam 2 minggu ni. Paling best, malam tadi kot... Sesi menginai... Haha....

Malam semalam aku, Fina & Touya dan kawan2 Al-Amin Kinah, Sh. Hafsah & Nad same2 bersengkang mata pasangkan inai kat kinah. Dengan peralatan2 cam selotape, lidi satay, surat khabar, beg plastik, dan jugak rubber glove segala. Inai daun, inai serbuk, inai tiub, semua lah di guna. Tak lupa juga semangkuk nasik lenyek. Hehe. Family meeting diorang habes dalam pukul 11pm. Kitorg mula pasangkan inai kul 1 pg, setelah semua urusan selesai, Kinah siap mandi2 sume. Oh sangat nice memory malam td, seronok sangat kitorg mengerjakan jari2 kinah, Haha. Pukul 3 pg baru kitorg tidur. Tu pun aku asik terjaga2, teringat2 kat makcik ni kat bilik rumah sebelah macam mana la die tidur dengan tangan & kaki berbalut. Pukul 6 aku tersedar, gosok gigi pastu pegi kejut Kinah dan tolong bersihkan inai2 tu. Lepas solat subuh, touch up lagi skali inai. Barulah fuuhh!! Haha.

Kalau korang, ape perasaan korang bila kawan baik kita melangkah ke alam perkahwinan. Fuh mestila gembiraaaa..!!!


With classmates: Nadiah, me, Fina, Puteri, Ekay, Ct, Touya

Yup, gembira sangat. Tapi ntah macam mane terselit jugak rasa sayu tu. Entah kenapa berat je rasa kaki nak balik tadi walaupun esok akan jumpa lagi masa kenduri diorang nanti. Haha. Rasa yang sama aku rasa pada kira2 dua bulan lepas, ketika seorang sahabat diijabkabulkan. Ok kali ni aku tak tipu2 lagi. Kalau dua bulan yang lepas tu aku tahan2 kan 'perasaan' tu, sampai la akhirnya perasaan tu 'terusik' jugak bila rasa sangat keseorangan dan kerinduan masa di Tampin aritu, tapi kali ni serius terasa.... hehe takpe2 mungkin ni awal2 je kot, nanti lame2 okla... =)


Cerita dua bulan lepas

Tetibe teringat kat cerita dua bulan lepas itu...

D: Aik, macam mana dia kenal aku?
Aku: Kenal la, sebab kita kan pernah kawan
D: 'pernah'? maksudnye sekarang tak kawan dah la?
Aku: aah tak dah, sebab kau curik kawan akuuu
D: eh mana ade aku curik la....
......

Haha. Ok, sanye aku tak maksudkannye pun. Saje je aku cakap dia 'curik kawan aku', dengan niat nak mengusik D. Aku memang kagum dengan D. Dia membuatkan kami tak terasa pun kehilangan kawan kami yg kami sayang itu =)

Haha. Kalaulah korang2 faham ape yang nak aku sampaikan ni..... :)


Kisah Hari Ini

Waa saya nak tinggi lg 2 inci boley?? :ppp

Tapi kalau semua orang kawen, nanti tinggal aku sorang2. Mencik dow cmni. Ahh ape emo2 ni. Sudah2. Hahaha. 

Kembali ke cerita hari ini. Barang yg lama usah dikenang... Haha.

Terasa dow, sayu. Terasa. Nape terasa? Nape sayu? Sebab makcik ni la orang yang paling rajin layan aku membebel sejak 3-4 tahun ni. Tak kire lah di mana2 pun. Kalau dekat, pakai mulot. Kalau jauh, pakai ym atau sms. Dan kitorg memang paham kepala dan cara berpikir antara satu sama lain.  Becerita, begelak, bergado. Muahaha. Pastu banyak gak trip jejalan same2. Ke Terengganu, Kedah, Penang, Cameron Highland. Beberapa hari lepas aku godek2 balek belog ni, baca2 balek entry lame2. Entry2 mase 4th year, awal2 5th year dulu. Dulu2 aku tak rajen sangat nak cerita aktiviti2 harian atau trip2 kat belog ni. Kebanyakan gambar2 aku buh kat pesbuk je, takde pun entry2 kat belog. Tapi ade several jugak la entry yang ade terselit name Kinah ni, or at least gambar dia. Contohnye Ninety Percents Luck, Di Awang-awangan, Lima Si, dan Most Welcome


You rock girl! Peace yaw..!

Oh lagi satu. Teman setia joging kat Gunung Tampin muahaha :D


Jumpe awak esok Sakinah! ^_^



Ndeanuar

Friday, April 29, 2011

Perangai macam stokin!

Wah. Tajuk berbunyi marah. Haha.

Korang define la sendiri perangai macam stokin tu macam mana... [Source]

Pernah jumpa tak orang yang pandai bercakap, debat bukan main lagi hujah segala hadis, sirah kenabian semua keluar. Tapi, perangai.....hampeh....  Macam penah je aku jadi dulu2. haha

Pernah jumpa tak orang yang belajar kemain tinggi, tapi perangai, langsung tak menggambarkan macam ape yang die belajar. Aku pun macam kategori ni jugak

Pernah jumpa tak manusia kuat luaran, cakap berapi, sekali hentak penumbuk, pecah semua kerusi bangku pintu tingkap. Oh ni aku tak cukup kuat n berani nak buat

Tapi sebenarnya, di dalamnya, bukan main takut. Orang macam ni sebenarnya, pengecut tahap langit ketujuh. Dia takut dilihat diri dia lemah. Kalau ada ape depan mata semua akan dibaling. Segala kalimah carutan akan disebutnya, sebab? Tak mahu kalah.

Betul tak?

Tapi kalau orang tu bijak. Dia akan diam saje.

Sebab dia tahu, pesan Nabi SAW: "Permulaan marah itu bodoh, dan kesudahannye penyesalan,"

Astaghfirullah al-'azim....

Orang bijak tak gaduh dengan orang buduh. Orang ade akal tak suke dilihat buduh kerana berlawan dengan orang buduh.

Mari kita jangan jadi buduh.

Oh ye. Since korang suke komen kat entry2 aku (ahakz perasan), petang tadi aku dah install IntenseDebate untuk memudahkan korang drop komenan-komenan korang. Pastu siap backlink kat latest post korang. Mahu buat juga? Lihat link ini. Selamat mencuba! =))

Coffee-free day yeehaa

Salam! Sejuta Tahniah kepada aku kerana TAK MINUM KOPI PUN SEMALAM!!! Wahaha.


Sluurrpp! Rugi gila sape yang tak minum kopi....rugi. Haha. [Source]

Macam lousy gile je ucapan, tapi ianya adalah kejayaan yg besar untuk aku tahu. Oh.

Mungkin ade antara korang yang penah dengar aku kate yang aku akan pening kepala kalau tak minum kopi kan. Haha. tapi semalam tidak. Hurayy! Ok tapi aku tidur beberapa jam lepas solat zohor. Koh2.

How how how do I do that? Hehe. Aku replaced kopi pagi aku dengan Green Tea HPA. Huahua. Tah mane datang idea. Nak cuba2 je snanye. Tapi tengok2 boleh plak tak pening. Tak tahu lah kan kalau2 dalam Green Tea tu sanye dah ade caffeine yg same banyak dengan kopi. Ceis. Ye tahu, dalam tea pun ade kafein. tapi sepatutnye tak sebanyak kafein dalam kopi la. Takpe2, aku aka cube kurangkan jugak gradually. Usaha tangga kejayaan yeah.

Oh tidak bagus ok dependent dengan kopi sampai pening2 macam aku ni. Nanti bakal suami kau orang bimbang. Waahaha aku pun tak tau ade kaitan ke tak.




Ye, I am a caffeine-dependant person since 8 years ago and I-don't-care-what-people-say and don't-you-ever-ask-me-to-stop-taking-coffee-because-you-never-know-how-would-you-suffer-from-caffeine-withdrawal kind of person. Bwahaha! Sape suruh ajar aku minum dan menyukai kopi mase aku umur 10 tahun? Haha. Hm, kopi ni macam dah ade dalam darah daging (bak kate org tetua), mak ayah makcik pakcik sume membawa pengaruh kopi.

Minum kopi ni, macam jatuh cinta la. Kita tak pernah merancang pun nak jatuh cinta, tapi tanpa disedari, kite terjatuh jugak. Bhahaha.


Kopi chinta @ Chinta kopi? [Source]

Semuanya bermula masa aku form 4 la...tak tau pun minum kopi ni buleh buat kite dependant. Pastu hari2 aku minum. Segar bugar setiap pagi, n tak ngantuk pun dalam kelas dari pagi sampai malam. Lepas berbulan2, barula sedar aku pening kalau tak minum kopi. LOL. Jangan tiru tebiat ini.

Ok sudah2, barang lama jangan dikenang. Sekarang aku dah tak boleh tidur sebab tidur  kepenatan petang smalam. Penat sebab punggah 3-4 bijik kotak2 buku untuk carik slip result MUET (untuk diserahkan kpd admin faculty). Kotak2 tu sangat berat tahu!

Eh alang2 korang baca, meh nak pesan sikit. Avoid taking caffeinated drinks (coffee, tea etc) with your meal . Sebab caffeine ni akan merencatkan penyerapan zat2 dalam makanan seperti zat besi (iron), vitamins and minerals ke dalam badan. Pastu zat2 tu berlalu pergi begitu saja melalui pintu bawah......fshiu...~~




Ndeanuar

Thursday, April 28, 2011

Persiapan Kawen


Ok tukar template lagi. Macam kecelaruan identiti je aku rase. Baru sebulan dua dah tukar template lain. Haha. Ntahla macam kelabu semacam je template ni. Tapi aku suke plak note2 muzik kat atas tu, walaupun aku ni buta muzik. wahaha.

HAHA. Sebelum kena terjah lagi maca entry Baju Tunang aritu, baik aku cakap terang2. Entry ni bukan pasal persiapan kawen aku yea... tap persiapan kawen Sakinah... hahaha.. pada hari aku tulis entry pasal 'baju tunang' tu, tak kurang dr 6 org buzz aku kat YM, tanye samade aku dah nak bertunang ke. Wahaha. Siap ade yg tak percaya lagi. Haha. Geli ati mak, nyah.. :ppp

Sepertimana yg rerakan semua dah maklum, tepat 48 jam dari seakarang (aku tulis ayat ni pd hari khamis, pukul 10.05am), sorang lagi kawan kite bakal diijabkabulkan.. Semoga beliau sekarang tenang2 aje, dan happy segirang2nye (oh ni off course lah)... dan saya pun turut gembira... =)))

Saya secara tak sengajanye terjadi teman ke hulu ke hilir beliau buat persiapan. Haha. Memandangkan umah tak berapa jauh pastu skrg tgh cuti. So boleh la teman2 kan Cik Sakinah kite tu carik bebarang kawen, riben2 sume.


Sekitar persiapan...

Mula kluar Jumaat 15 April...carik bebarang (tak surprise la kalau cerita ape barang haha) kat Jalan TAR. Setiap kali keluar tu ade target2 beliau, barang ape nak cari dan tempat mane nak cari. Oh yeah. So ini sangat menjimatkan mase. Pastu kalau tak jumpe barang tu, jangan sesegan silu tanye kat hakaq2 salesgirl tu kat mane boleh cari, becoz diorg sangat helpful. Pastu dorg kan banyak network, ahakz. Ok let us just see the pitchas ya...

Ahaha..kalau nak carik bebarang kawen aku dah reti dah sket2, yess!

 Kat Alinas ni kami jumpe Barang-yang-tak-ade-kat-tempat-lain-melainkan-kat-kedai-kami. LOL. Yelah Mamun (salesman)... asalkan kitorg dapat barang tu. Haha.


Keceriaan jelas terpancar lepas dah dapat semua yg dicari

Pastu cari riben dan bla bla bunga corsage dan kelengkapannye... =)


Kinah tengah try2 riben utk hiasan corsage. Oh, This is my room!

Then on the next Friday, 22/4 tu aku keluar lagi, tp kali ni tak balik2. Haha. Cari barang kat Jalan TAR, pastu kidnap Puteri kat stesen LRT Bandaraya yg aku pakse datang dari Klang, pastu kitorg berkampung di rumah Sakinah untuk siapkan doorgift.... Huhu


Rumah tempat kami bekerja sangat la selesa....siap ade pantry huhu so mmg tak kan kebulur la. KOPI pun ade ok! Haha

Kalau tgk gamba tu memang conquer satu rumah tak hengat. Tapi jangan risau sanye ni rumah ke2 family diorg, boleh tembus ikut dapur atau bilik atas, whoa!.. canggeh. So kat sini la aku & Put menetap utk 3-4 ari aritu.... tehehe.


Barisan riben2. Beautifully moulded by the hands of the pengantin herself! Oh.

Port paling best tp sememeh - glue gun. heheh.

Berehat sebentar bersma Kit Kat. Tgk Henpon tu tau dah sape yg tgh melantak nih. hahaha.

Port tetap Dena (adik Kinah)...dgn mekbuk, botol air ngan Kit kat nye.. Haha. 

Ok dah2, jangan tengok lame2. Nanti tak surprise aku tak tau. Hahahaha..... ok dah lepas setel semua baru aku cerita lagi pepanjang. Hm, tapi depends jugakla cepat atau lambatnye, pasal minggu depan hamba ade plan lain pulak. Wehehe.

Adios!




"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu dari laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada meraka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya), Maha Mengetahui," AnNur, 32.










Ndeanuar

Thursday, April 21, 2011

Final professional exam 1st batch of usim med student. whoa!

Sanye malam ni daku agak terkesima.
Semalam aku mintak la jadual hekzam final pro dari senior. Pastu tadi beliau pun bagi.
Memula tak perasan lagi, pastu aku tgk2, Ulp!


takde gap langsung! warrhhh....


Ya Allah. exam yg macam upsr tahu. Hari2 exam. Aku pun tak tahu knape exam kitorg cramp mcm ni. Hu... terime jelah. Tapi senior nmpaknye sangat proaktif. "Kalau gap jauh sangat nati hilang momentum," katenye. Wah, aku tabik tu.


Kenapa aku terkesima. sebab tak rase aku mampu hadapi hekzam yg xde gap mcm ni. Sgt penat..dan stress... wuuu....Ya Allah berilah daku (dan rakan2ku) kekuatan... lecturer2 pliss, ubahla jadual time kami nanti...sy tak mampu.. T___T



hekzam...




ni la jadual hekzam mereka:


starting 25/4/2011:


isnin - pmp 1 (medical and paeds), 2 question in hour.
selasa - pmp 2 (surgery and o&g), 2 question in hour.
rabu - data interpretation, 20 stations in 2 hours.
khamis - mcq 1 (medical, paeds, psy, ch) 60 questions in 2.5 hours.
jumaat - mcq 2 (surgery, o&g, ophthal, ent) 60 questions in 2.5 hours.


rabu, 4th may - clinical exam. am - 1 long case. pm - 3 short cases.
khamis morning - result announcement.





ps: data interpretation tu exam osce and ospe. instrument, chart, ecg, xray etc2.
[wow 20 station... aritu 17 station pun dah kejang kaki...haha]






Semangat2!! 


apepun, ALL THE BEST!! for our seniors, 29 first doctors of usim. Yeah! =)))'


Tak cukup 29 org! tp ni je gmbar yg berjaya sy curik dr blog Yusof hehe 


Ok mari kawan2 sesame kite doakan kakak2 dan abang2 kite berjaya dengan jayanye =)


INSYAALLAH!






Hurmm... ok skrg aku dah mula cuak tgk bangunan ni










Thursday, April 14, 2011

Kami Nak Selaraskan.

Selaraskan ape? ape??

Hari ni saya rasa sangat miserable. Kelam kabut. Serabut. Ribut. Resah. Gelisah. Susah. Huarrhh.

Dahla tak dapat pergi Muar. waaa :((

Pastu kena balik hari ni dan datang balik malam esok untuk pindahkan barang. Eh bukan tu sebab miserable ni. Semua bukan. Sume2 tu dah tahu dah memang kena buat pun.

Tapi tak tahu kenape misery sangat hari ni.

Ha pastu aku ade cerita best. Kan kitorang dah abes peksa, dah abes sem, so kena lah kosongkan asrama kan minggu ni. Pastu macam mana tah boleh wujud la "Borang clean and clear" .jadahnye. So kena la isik time nak check out and pulangkan kunci. Ade 2 muka surat tu, bantal tilam bakul sampah tong air (tah bile dorg ade bagi tong air) langsir pintu tingkap kerusi meja segala kena tanda kat borang tu takut budak2 tercurik. So pagi tadi kitorg print2 la borang yg diberi melalui email yahoogroup tu. Taat gile, siap print tahu, print!


Kipas berdiri sendiri. Whoa! Tapi xde pun. Yang kitorg ade kipas terbang sendiri.


Ok dah siap print 3 4 5 6 set gitu dan bagi2 la pada yg tak ade lagi. Yang ade tu dorang dah siap print kat fakulti. Duit tu duit.

Pastu pagi tadi pergilah 3 orang rakan menjalankan tanggungjawab mnghantar kunci2 asrama mereka. Siap  bwk borang tu skali.

Tak Lame lepas tu dorang pun balik. Eh, tengok kat tangan Hafsah ade benda yg macam aku kenal sangat.

"Tengok ni, bukannye dia amik pun borang ni. Dia bagi borang lain." kata beliau sambil hulur borang kecik kaler biru yang ade list kunci dan cop asrama. Sebelah lg tangan membaling borang asal ke dalam bakul sampah. Huwahhh....!

"Eh tak pakai? apesal plak?" aku mula hot. Pegang aku kuat2, pegang..

"Ntah. aku tanye kenapa, die kate sebab kitorg nak selaraskan..." jawabnye.

" Selaraskan? selaraskan ape? Warrhh. Aku sayang U***!... huwahhhh...."



Nampak macam mende kecik je kan xde la besar sangat pun. Tak kisah pun print2. Eh tapi kisah la jugak dakwat dan sen2 yg kami keluarkan tuh. Membazir jeh. Tapi yg buat terkilannye jawapan tu.. whoah senang je cakap. Pastu alahai kalau dah tak nak pakai pun borang tu bagitau la dalam email tuh. Simple. Rasa macam diperbuduhkan dengan sangat buduh. Haih.



Takpela. situasi ceni sanye adalah normal. Di mana2 saja ade je ceni. Mintak2 janganla kite terbuat orang lain macam ni. Isk ade ke aku terbuat eh? Kalau ade hamba memohon maaf sangat2. Pastu nak2 lagi kalau kes yg lagi berat dari ni. Kesian org tu jadi mangsa keadaan.




Sekian.

Cheers! =)


Ok dah tak miserable dah. Jom makan nasik! =D
Ndeauar

Wednesday, April 13, 2011

Beza berbeza

 Mungkin jalan kita sama. Tapi cara kita berbeza.


Rasa kau, rasa aku, seribu satu beza di antaranya


Merah kata kau,


Biru pula kata aku...


Tak pernah sama walau sehaluan. Ya, itu lumrah penghuni alam.






Kita jua mengerti, bahawa setiap perbezaan yang diciptaNya, adalah manifestasi kekuasaan dan kebijaksanaanNya








Dan kita sentiasa cuba menerima seadanya. Walaupun payah.









Whoa!! rindunye kereta2 tu. Merekalah mainan2 aku mase paediatric posting tahun lepas. Si Biru (Mini Cooper S) aku terpaksa tinggalkan sementara waktu. Tapi Si merah (Ford) dah terkorban di tangan seorang budak cenonet bernama Abang.... huk2. Tak pelah, semoga dia ingat kat aku sampai bebila. Wahaha.


p.s: 
o Ini hanya nukilan semata di kala sunyi malam-malam akhir sebelum melangkah pergi dari hari-hari bahagia.
o Tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun sudah tiada.
o Jadi sebarang komen yang berbaur serkap jarang atau berunsur batu api adalah tidak dibenarkan sama sekali. Kalau tak aku tampar. Whoaa!! =D





dan aku tak akan lagi mencuba untuk cuba berkata apa-apa lagi
Ndeanuar

Saturday, April 9, 2011

Baju tunang

Tadi my mom called, asking about manik2 yg aku nak tempah tu.

Aku: Ala, xnak jalur kat bawah, kalau manik tampal2 kat depan tu boleh? buat jarak2, yg bersepah2 tu. bajet brape rggt? tak ade bajet...bwhahaha. kawteem ar mak, harga member2 je...hehehehe....
Mak: bla...bla... seratus..bla..bla...harga member2 la ni..bla......dua jalur manik......ting tong ting tong bla ....bla.....
Aku: ala mahalnye seratus, harga student la mak...kuikui. klu seratus xmola, kite buat sndiri hahahaha. ha manik simple2 je takpe...kaler tu ikut kretiviti tukang jahit je la....wa caya sama dia la.... hehe..
Mak: ha ye la, pandai la dia pilih kaler manik tu
Aku: so dapat brape? wahh....wah tengs2 mekasih mak hehehe
Mak: ok, dah ye, assalamualaikum
Aku: waalaikumussalam tengs2 hehe.

Hang up .

Rupanye ade yg mendengar perbualan tu.

Hafsah: Nadia, manik2 ni, ko tempah baju tunang ke???

Dan perkara2 di bawah berlaku serentak..
(Zarin - pandang dgn mata terbeliak besar. Puteri - "Bwahahahaha!" tergelak besar sbb dia tahu baju ape yg aku tempah)



Alamak, kantoi. Hahahaha. Menarek betul tekaan beliau.

Haha.

Hahaha.

Baju manik = Baju tunang??? Haha


Sensitip betul cakap psal baju berbeadings2 ni skrg :ppp



Mak aih. Zaman skrg ni, untung nyah kalau reti jahit manik. $$$keching keching keching $$$
Ndeanuar

Jawapannya ada di disitu

Dalam minda kita, selalu tertanya2 banyak persoalan. Yang kita tak tahu jawapannya. Persoalan tentang diri. Kenapa. Mengapa. Bagaimana. Siapa. Bila. Atau tentang sesuatu perkara yang mustahil untuk kita cari jawapannya sendiri. Baik bertanya kawan, bertanya guru, mahu pun di google.

Sebenarnye senang je. Jawapan tu ada je kat situ. Kita tak nampak. Kenapa tak nampak? Sebab tak lihat. Tapi kadang2 kita melihat, tapi still tak nampak2 sebab pandangan dah ditutup. Kenapa ditutup? Fikir2lah sendiri.

Jadi macam mana nak nampak jawapan yang memang dah ada kat situ tu? 

Berfikir, dan berdoalah, minta padaNya.

Pada Dia lah jawapan2 tu semua. Kalau Dia mahu kita nampak jawapan tu, nampaklah kita. Kalau tidak, butalah kita selama2nya....

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu


Semalam. Aku dah dapat jawapan utk kebimbangan aku selama ni. Alhamdulillah. Hikmah balek setengah jam lewat dari orang lain, dapat aku petik segugus mutiara hikmah dari seorang sahabat yg sangat aku hormati. Aku suka interview kawan2 yang matang dan suka berkongsi. Lama aku nantikan peluang macam tu, tak sangka, ianya datang di kala aku betul2 kebuntuan, tak tahu mana nak cari jawapan. Subhanallah.



Masih ada ruang.



Alhamdulillah.
Ndeanuar

Tuesday, April 5, 2011

World is going crazy

World is going crazy, and people living in it are going crazy too.

We are gifted inner thought, for us to produce anything that we can think of, or anything that we want to think of, before we spill it out of our mouth.

People are going crazy cuz nowadays, they don't even have time to think and process the thoughts. With the craziness of the social networks and 24 hours virtual availability to the entire universe, world is just a tap away. They spilled out their thoughts unconsciously, spontaneouly right after the thoughts have been produced.

For these years of being one of Facebook user, everyday I can see how people easily disclose their inner thought to the outer world. Some kind of thoughts that are supposed to be said inside their mind are being spilled out to be heard / read by everybody around the world.


The generic Facebook face. Potraits by Jason Lee [source]


Just type what you want, and hit the Share button, there u go. The whole world can now read your mind and feel what you've been feeling.

Good for them and for us if the things they are saying are beneficial and full of wisdom, beautified with hikmah and honesty of love of sharing.

But just think, how stupid we are, if the choices of words are just flawed. Flawed enough to disclose our idiocy from our deepest area of thinking. Even sometimes it revealed the true colour of ourselves, how clueless we are in using the cortices in both hemisphere of the most high rated organ located in our very skull in the process of thinking.


Think before u say it. Take some time to think,... that's why they say thinking is a Process. And our mind is like a treasure filled with secrets, and we are the keyholder. Dont let people steal it easily from us.


Keep the key nicely. [Source]




Too much disclosure is not good.


Aku jua masih belajar,
Ndeanuar =)

Sunday, April 3, 2011

Pakcik polis reti tak kata imbuhan TER- dan ME- ??

MElanggar. TERlanggar.

Dalam pukul 12 tengahrai tadi 2 orang polis trafik datang rumah kami untuk ambik statement dari Rafiq, untuk buat report accident tu. Dorang datang sebab Rafiq tak boleh pegi sana, pejabat tu tingkat atas katenye.

Okla Terima kasih banyak2 sebab sudi datang.

Aku pun turut keluar dari bilik nak tengok ape yang diorang buat. Sorang berpakaian biasa duduk kat tunggu kat luar, sorang lagi yg beruniform putih masuk rumah. Mari aku namakan Sarjan S.

Kan kalau kat spital kite kena clerk patient kan, amik history, sakit ape, macam mana boleh jadi, etc etc tentang penyakit tu, camnila lebeh kurang pakcik tu buat.

Sementara tu aku baca report dari pemandu lori yang polis ni bawak.

"Pada petang khamis, jam 1640, saya keluar dari Simpang Kg. Nakhoda dan ingin menukar laluan untuk membuat pusingan u-turn. Tiba2 sebuah motosikal bernombor plate WSE 19** MELANGGAR saya dari arah hadapan kanan. Bahagian lori saya yg rosak adalah lampu signal hadapan kanan"

...motor itu MELANGGAR saya??...What the hell was he talking about?...

Aku pun intaila report Rafiq yg polis tu tengah tulis. Cenila lebih kurang ayat dia:

"Pada petang khamis jam 1640, saya dari Taman Jasa Utama menuju ke Taman Selayang. Tibe2 sebuah lori bernombor plate WLF 32** keluar dari simpang Kg.Nakhoda dan SAYA TERLANGGAR LORI TERSEBUT." 

What was he thinking?

Errk. Pelik ok. Kalau tanye rafiq, dia TAK NAMPAK pun lori tu. Macam mana dia boleh buat pengakuan kate yang dia TERLANGGAR lori tu?

Lepas dia sudah tulis tu, Sarjan S tu pun baca la report yg dia tulis tu. Tapi yang peliknya, sampai part "SAYA TERLANGGAR LORI TERSEBUT" dia tak baca pulak. Pelik ok. Aku memang tunggu je dia sebut ayat tu, tapi takde pun. Tapi Sarjan S ade jugak cakap kat Rafiq, "Lori tu keluar dari simpang dan kamu pun langgar dia la, kan" dan Rafiq pun menggeleng, dan cuba nak jawab balik, bukan dia langgar, lori tu yang langgar sebab impact nye dia rasa dari kiri, bukan dari depan. Dia pun tercampak ke kanan jalan, dan most of the injuries (luka2) pun pada bahagian tangan dan bahu kanan dia, kesan terseret atas jalan. Lutut kiri yang patah tu pulak bahagian yang dilanggar dek lori.

Tapi pakcik tu pn jawab balik, "Yela, memang la, tapi kamu tak sengaja, jadi saya tulis TERlanggar." Ape ni pakcik oi. Tak masuk akal langsung.

Pastu dia pun sambung tulis another report., yang lebih detail katenye. Abes dia tulis part tu, aku tanye pulak, "Apesal driver lori tu kate motor ni MELANGGAR dia, sedangkkan motor ni yang kena langgar dari tepi?"

Then..dia jawab, "Report memang macam ni dik, takde orang nak mengaku dia melanggar. Jadi kita tak bergantung pada report semata, kita tengok pada siasatan nanti. Polis akan siasat"

Ok, aku angguk2 kepala, boleh terima part tu. Tapi aku tak puas ati lagi. "Tapi kena aencik tulis kat report tu (report Rafiq), SAYA TERLANGGAR LORI TERSEBUT?"

Dia pun toleh kepala, pandang aku semacam, "Dik, ni report je dik, nanti kita akan siasat. Dan kalau eksiden, semuanya tak disengajakan, sebab tulah kita tulis TERLANGGAR,"

Grrr...ape punya jawapan ntah! Maksud aku, Aku tanya, kenapa encik tulis macam adik aku yang salah sedangkan adik aku tak nampak pun lori tu. Kenapa tak tulis "TIBA2 LORI ITU MELANGGAR SAYA"? kenapa pakcik, kenapa? Korang pun boleh nampak kan macam ade yang tak kena dengan ayat2 beliau.

Camnila aku illustrate balek cerita pemandu lori tu dan cerita dari saksi2 kejadian. Pastu korang fikir2 la ikut logik, kalau pun Rafiq nampak pun lori tu datang, macam mane la dia nak elak lori yang tiba2 tukar lane kanan sebab nak pergi ke tempat buat pusingan U tu.


Kedudukan asal kedua2 kenderaan.

Ketika perlanggaran berlaku

Macam yang aku tulis kat trademark blog ni, Symptoms never lie. Mungkin polis tu boleh tulis ape dia rase nak tulis. Tapi kecederaan kat mangsa, lokasi kejadian dan kerosakan motor tu dah dapat menggambarkan macam mana kejadian tu berlaku. Ok kite tunggu dan lihat kata polis tu. Tunggu macam mana diorg siasat, atau diorg nak blame adik aku berpandukan report palsu yang dia sendiri tulis tu. So kalau lori tu jugak yang menang, tak tahu la ape nak cakap. God knows.




Ndeanuar

Friday, April 1, 2011

Wajah baru Rafiq lepas eksiden

Alhamdulillah aku slamat sampai umah dalam pukul 6.35 ptg td. Bunyi macam jauh gile perjalanan.

Sampai umah tadi benda first aku nak tengok adalah orang sakit tu. Tapi malangnya mase aku sampai tu dia dengan tongkat2nye dah hilang. Ya salam, baru seminggu jadi orang sakit dah ligat.

Ha, ni la Rafiq Nur, yg accident motor belanggar dengan lori hari khamis lepas, hari di mana hati aku rase cam tak best je dari pagi masa kat Tampin aritu. Alhamdulillah xde kecederaan yg serius berlaku. Walaupun dia mengalami retrograde amnesia (tak ingat apa2 yang berlaku masa kejadian) sebab hentakan kuat kat kepala lepas jatuh melambung dari motor.

tengah cuci luka. siap ade streile dressing set tuh huahua untung ade jiran jururawat =)

Kalau ditanya kat tuan badan, katanye dia tak ingat ape2. Sedar2 dah ade kat hospital Kata ayah, lori tu nak buat u-turn, tak tengok motor si Rafiq ni datang. Baammnggg!! belanggor....

Kat tempat kejadian tu ade la sorang mamat tu tau si Rafiq ni duduk kat mane, then dia call kawan die yang duk kat area umah aku ni. Pastu diorg hantar adik aku balik rumah. Haha betuah punye lori driver. Nak pegi bagi mak aku pengsan pulak ke hape tgk Rafiq mcm tu. Dahla tengah pengsan, mulut berdarah2, tangan luka2 darah2, baju koyak sume.

Mak ape lagi, sure la panic dan tekejut rase nak pengsan. Sempat lagi mamat lori tu nak explen2 kat mak aku tentang kejadian, patu mak ape lagi, terus cakap "dah2 saya taknak dengar apape, saya tau nak hantar anak saya gi spital dulu!" Ha amik kau kena sound. Pastu dengan bantuan abang kpd kawan Rafiq, diorg hantar dia ke Hospital Selayang.

Ayah pun terus balik ofis dr shah alam, sampai hospital dlm kul 5 stengah cetu.

Tapi part tu memang aku tak puas hati, lepas dah langgar tu, bukannye si lori driver ni nak hantar adik aku ke hospital cepat2. Ni emergency ok, apepun, hantar ke hospital dulu. Luar memang la tak nampak ape2 yg serius, tapi kat dalam? Tak siapa yg tahu. Mak & ayah memang betul2 terkilan la pasal ni. Kate ayah, dibuatnye kalau ade yang tak sempat diselamatkan...? 

Pung pang pung pang kat spital tu, pukul 11 malam baru balik rumah. Dari pukul 3 lbh ptg tu kat sana.


[abaikan model di atas - iaitu kwn si rafiq] Helmet pun pecah.... "Nasib baik pakai helmet" kata ayah. To all riders out there: Lihatlah betapa pentingnye helmet ok.


Wajah beberapa jam selepas kejadian. Ya Allah, pucat. Mase ni tengah mamai, mabuk kate rafiq. tak ingat ape2.


Dah sedarkan diri lepas dah masuk air (IV drip). 
Rafiq on the wheelchair with backslab @ left leg

Gigi patah dan senget2, tangan luka2, lutut kiri luka n retak. Rabu lepas pegi follow up, doktor tu kate ade patah dalam lutut dia. So dari back slab dah tukar ke fibreglass. Lebih ringan dari POP (simen), maka lebih laju la mendalah ni meghilang dengan tongkat2nye. Kejap2 kang dia kluar duk dengan kawan2 dia kat luar tuh. Tak padan dengan tempang haih. Kot terlucut kain pelekat tu kang ha tak ke menggelabah nak menyambutnye hahaha.

"Angah, ni ade 'window'," kate rafiq. haha reti dah die sikit2 istilah ortho. lol.


cantik gak dorang gulung. erm teringat kuih popia kat KK Tampin huahua.


nak buang crust kat luka

Haa... gitula kesahnye budak nakal ni. Dalam kitorg 5 beradik, ni la sorang yg penah kena simen, kena jahit dari kecik lg. Jahit kat tangan, jahit kat perut. Jahit kat kepala jatuh longkang. Tangan terseliuh mase main gusti2 dengan Aff, pastu kena simen. Haha. Ok lepas balek spital malam dia eksiden tu dia dah boleh on9 main pesbuk dah, n upload gambar2 eksiden tu...hahaha. InsyaAllah sehat lah dia, xde ape nak dirisaukan.

Cuma dia belum boleh pegi sekolah la. MC 3 minggu. Kesian kot, kelas tingkat 3, macam mana nak bertongkat ke atas.



Sekian,
Ndeanuar

KK Tampin, Kawan-Kawan, Kenduri dan Kawen =)

Okay aku dah kembali manulis. Harapnye Encik Tatsuya Missawa gumbire hingga melompat2 melihat ade post baru kat sini setelah berhari2 bukak blog ni tanpa ade sebarang perubahan. Haha.. Semalam Encik Tatsuya tanye, takkan tukar theme je? Kui2. Perasan pulak dia aku tukar template. Sanye aku tukat template ni sebab nak ubah salah satu apps dlm template lame yang aku dah tak reti nak ubah setelah puas aku godek2 sane sini. Haha. Bukannye suke sgt pun layout baru ni. Tapi suke jugakla awan2 tu. Kot.

Hah jom cakap pasal benda lain di tengah hari Jumaat yg damai ni.

Sedar rak sedar dah habes pun Family Medicine posting. Entry yg lepas aku tulis masa tengah Elective Posting kat Tapah lagi. haha lame betul aku biar blog ni bersarang.

Nak menulis kena ade mood. Lagi satu aku lama tak menulis sebab Networkedblog. Ntah la mule2 try saje2 je mendalah tu, rupenye setiap post2 baru kite akan dipublish kat wall facebook. Oh lame2 aku tak minat la plak publisiti macam tu. Malu. Lainla kalau blog ni memang hit meletop2, buleh la. Kite go underground aje lah ye. Setelah berkali2 aku cuba godek2 akhirnya berjaya jugak aku men-unable-kan apps tu dari FB aku. Sape nak tau mcm mana sile tanye saya ;)

Family Medicine posting di Tampin sangat best! Memang tepatlah Prof pilih tempat untuk kite.... wuwu...dan orang2 Tampin pun best juggak (kecuali tukang potong rumput kat rumah kitorg sebab dia telah menjahanamkan harta benda orang) kalau kena kerja kat sana pun aku ok kot insyaAllah... =)


Smua negeri kena buat klinik kesihatan macam KK TAMPIN dan ade Family Medicine Specialist macam Dr. Norsiah!

Aku bersyukur dapat peluang belajar macam ni, walaupun rase sangat la tak layak blaja mendalah2 ni sume, sumpah lembab dan susah gila nak ingat segala nama mak nenek ubat dan penyakit, di saat ramai lagi orang kat luar yang masih tak tentu hala arah tuju hidup dan orang yang layak belajar macam ni tak ade peluang nak belajar.

Dan aku bersyukur dikelilingi kawan2 yang baik2 dan penyayang, di saat ramai orang kat luar sana di sakiti dan tinggal keseorangan.

Dan jua bersyukur kerana kawan2 saya semua rajin ajak makan kenduri kawen diorang. haha. 2011 ni je dah ade 2-3 kenduri. Akan datang ade lagi 3 majelis kot dengar2 nye.. heh...


Firdaus & Munirah, 12 Feb 2011


Tahniah Amira!


Riduan & Amirah, 12 Mac 2011

Siapakah mereka? Sorang tu dah diketahui umum, Cik Sakinah kite,....


Beliau suruh saya datang rumahnya, amik berkat selama 2-3 malam sblm akad nikahnya huahua kite rasa baik mandi air bunga telur kenduri awak je la kinah hahaha

Sorang lagi tu dengar2 atas angin je, tapi macam kompem la sebab kawan beliau sendiri yang bgtau, dan akhir skali, sorang lagi tu dengar nye belum kompem lagi maka tuan badan belum nak dihebahkan lagi kate pemberitanye... takpe2 kite tunggu beliau bersedia.. Didoakan semoga urusan membina masjid tersebut dipermudahkan.. Sape la orang yg misteri tu agaknye ye haih =D

Ewah dah mcm blog paparazi plak. Eh dah la! Adios! :p






"Mungkin salahku meletakkan kau yg pertama, sedangkan tiada cinta sehebat cintaNya"


sekian,
Ndeanuar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...