Saturday, January 1, 2011

1.1.11

Cantik tarikh hari ni... harap2 nye cuaca arini pun cantik. Sebab masih ada perjalanan yg agak jauh hari ni.

3 hari berturut2 dari 30 hb aku tak duduk diam. Tengahari khamis tu, lepas habis lecture di HKL terus ke Ampang, jumpa Asma dan Fahimah (Paim). Gigih gile datang ke Ampang dari Shah Alam. Ala bukannye jaoh sgt pon...sekali sekala kena bagi exposure dgn jem di ampang ni kat diorg. Tapi Paim mmg pemandu yg competent, celit2 (mencelah + menyelit) xde hal punye...

Setengah hari je jumpe, tapi 2x kitorg pegi makan. Tengahari & petang. Biase la orang2 over c ni smangat makan dorg ajaib sket. Tp still maintain selim ok tak berubah langsung akak dueorg ni since abes skolah! ok aku salute.. tp diorg mmg kanak2 aktif pun sejak skolah.

Smpat jugakla borak2 pasal kangkawan yg laen...saling menghapdet berita namenye, bukan anyam ketupat ok. sile bangge kerana kami x lupakan kalian haha.

 Pastu tanpa disedari, ehem., kitorg dah sampai ke rumah Eija. *clear throat*

Di rumah eija. Ko bile lagi?-ko bile lagi? adalah soalan yg paling glemer di hari tersebut

Ai aku ngan yati ni dah macam duta kat KL ni meraikan kawan2 yg balek bercuti dr ober c. ahaha. Bulan 7-8 aritu kitorg jumpa wani & miza kat KLCC. Masa tu aku baru abes exam paeds & yati exam ortho.


Miza & Wani @ KLCC

Yati & Miza

Eh bagi yang tak pegi ober c bukannye kami tak mahu jumpe..MAHUU... kan aku organize BBQ party, aku nak jumpe semua orang. ahaha.  Nanti kalau aku organize apape majlis datang la ye. *ehem*.

31dec pula?
Alamanda yeah... I always love this place. Jauh dari huru hara manusia2 tak senonoh kelakuan, lagi di malam tahun baru ni. Tak kuasa aku nak menapak ke bukit bintang oii saket mata mak, nyah. Lepas maghrib abang ambik aku & Umy kat Pandan Indah, then kami ke Bangi ambik Aff kat kolej dia. Kami A.N.U.A.R berlima sampai kat Alamanda dalam pkul 9.20pm. Solat Isya', then beratur beli popcorn & nugget seringget dua kerana memasing dah lapa. Sebab lapar gile, Aff siket lagi je nak bawak nasik himpit yg abang bwk dari rumah tu seludup masuk ke dalam cinema, tapi kitorg sempat tarik2 die suruh ingat masa depan. ok ni tipu.


tgk tu. kedai sume dah tutup tp mendalah2 ni tak reti2 nak balek. [dari kiri: AARU (Aff, Adham, Rafiq, Umy). yg ambik gamba ni N]


Lepas abes tgk citer gulli (geli ati tgk cite ni ee geli geleman pon ade tp klaka haha) hajat di hati nak la tgk fireworks kalau ade. Tapi agak kecewa kerana orang2 putrajaya sangat berjimat cermat, main bunga api sedas dua je. Dahla sampai sesak jambatan tu orang duk menempel nak tgk bunga api. Alahai bape saat je diorg main. Kitorg tgk dari dalam keta je la, di tengah2 kesesakan jalan raya.


hah sesak. kesian korg xde bunga api sangat pon. kakakaka. nampak x kelibat beberapa org atas tembok pembahagi jalan tu? huhuhu


Ok ni pertama kali aku jumpe jem kat putrajaya. hehe. Siap makcik2 duduk (duduk, ok betul2 duduk!) kat atas tembok pembahagi jalan tengah2 jambatan tu. Bukak selipar, siap bersila lagi. Kalau diorg bawak teh ke biskut2 kan dah boleh dipanggil berkelah. Hai kalau siang2 dia lalu situ mesti makcik2 tu tak percaya yg diorg pernah duduk atas tembok tengah jalan tu. haha. unik2 rakyat malaysia.

cool skuter merah ni. gigih mencelit.


Ok dah abes citer. Kisah 1.1.11 sanye takde pon dalam entry ni. Kisah 1.1.11 baru nak bermula hari ni. Lepas2 ni la kot kalau aku rasa nak tulis.

Apekah cerita 1.1.11?.... ehem. tunggu...  ok nak pergi bersiap, kang ayah aku bising. Lalalala..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...