Wednesday, December 8, 2010

Jadahnye....warisan merdeka....

"Slalu makcik follow up saket kencing manis ni kat klinik mane?" tanyaku pada MakCik Wan, untuk aku ambil past medical history dia.

"Kat KK Ampang tu ha. Pegi naik bas, kadang2 makcik naik teksi. Tapi skrg ni dah lame dah tak pegi. Nak dekat setahun dah, hehehe." jawab MakCik Wan, diselangi ketawa mesra.

"La, kenapa dah tak pergi?"

"Sejak kitorg dah 'kaya' ni.... mane nak pergi cek2 lagi dah.. hehehe" ketawa lagi. 'Kaya' kali ni membawa maksud yg sebaliknye. Ironi.

"Oh.." hanya itu yg mampu aku jawab.

Ah. Nak pergi klinik pun tak mampu. Kesiannye. Tapi ape mampu aku buat.

Geram.


Adakah nak kami masuk ke ceruk kampung lg cek blood pressure sorang2 makcik dan pakcik? Malangnya posting Community Health hanya sekali..

Bersama seorang makcik di sebuah sekolah pondok di hujung kampung. Memang HUJUNG!   kredit gmbar: Deen.

Itulah antara perkara yg bermain2 dalam fikiran aku mase exam OSCE Internal Medicine minggu lepas, sewaktu minda dipaksa melilau2 di saat kebosanan selama 10 minit menanti di stesen Rehat, mata tertancap pada kemegahan menara KLCC dan Menara KL.

Aku suka pemandangan tu. Setiap kali lalu kat lebuhraya AKLEH, mesti aku akan cuba nak ambik gambar KLCC seberapa yg boleh.

Tapi sejak akhir2 ni, sejak Menara Warisan diwar2kan, rasa sakit hati. Tengok KLCC terbayang Menara Warisan. Jadi ke, tak jadi ke, mcm mana rupa dia. Berapa banyak rakyat yg makin hidup susah dan susah. Apalah kiranye duit tu dibuat bantuan pd yg memerlukan. Makcik2 kat kampung tu, nak pergi klinik pun xde duit. Nak pergi klinik berbayar apetah lagi. Kalau la kerajaan boleh sediakan van untuk diorg pergi follow up, kan bagus. Ow, penting ok follow up kencing manis, darah tinggi. Bunyi cam remeh temeh je kan.








Oh aku dah mcm bunyi wakil rakyat. haha. sekian.



ps: kalau buat hostel untuk kitorg pun lagi bagusss!

6 comments:

Adam Yahya said...

ketuanan melayu...

Ahmad Firdaus Fuzai said...

Rindu gile aku kt tampin..haha

Apa-apa pon, menara tu memang patut buat pun.. baru nampak maju negara kita dengan hutang yang makin bertambah.

Ndea said...
This comment has been removed by the author.
Ndea said...

adam - ketuanan melayu? haha klcc tun org pun org kite x brape tau nak gune, nak buat lg satu..

pujey - aku pun rindu jugakkk....kg repah ohh... ko agak2 ade ape kt atas menara tu? aq rase ade replika sebatang keris besar gedabak. br padan dgn nama die. haha. btw bapak aq kate, setiap baby yg lahir kat malaysia ni dah berhutang 14 ribu dgn bank dunia. LOL.

Ain bintu Amir said...

ko pon da tuka layout? campor ko da 3 org mbr ak yg tuka layout blog.. ekeke :P

haih, patot ko post mende ni kat paper ndea, bia dorg nmpk ape yg terlindung disebalik klcc tuh.. hee :)

Ndea said...

aah.. bosan ain. tp bile tuka pon still bosan jugak mendalah ni. dah tak xdpt dibendung lg. haha

post kat paper? haish xde de nye dorg nak publish...silap2 masuk tong sampah je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...