Friday, December 24, 2010

"Ini keajaiban alam.." (ikut rentak lagu sailormoon)

Ahad lepas aku balik rumah sebab nak pergi kenduri kahwin Kak Su (Suhaizani Suhaimi). Aku naik train je, dan ayah ambil kat stesen Putra Gombak. Masa lalu depan Batu Caves ternampak 3 orang pelancong ni, mcm org malaysia ade, mcm org philipine pon ade, tp klu tengok cara diorg berpakaian meriah2 and diorg mcm batak je dengan alam sekeliling so aku assume diorg tu pelancong. Well, batu caves kan antara tempat pelancongan terkenal kat malaysia.....

Alkisahnye 3 orang akak ni aku tengok sedang mengekori seorang wanita tua, berusia lebih kurang lewat 50an. akak2 tu siap bawak kamera lagi ikut dari jarak dekat, dlm beberapa inci je. sambil jalan ambik2 gambar makcik tu klik klik klik....dan gelak2 kikikikukikukikukikkk...... aku dan ayah pun pelik apehhaall diorg ni kejar makcik tuh mcm penyamun??

Then bile mereka ni lalu depan kereta kami, barula aku nampak punca kebatakkan akak3 tadi tu.  Haha arakian sekali2 dengan aku pun jadi batak, haha yelah, sesuatu yg aku pernah tengok dalam rancangan dokumentari mase kecik2 dulu, tetibe ade lalu depan mata.... "eh nak ambik gambar jugakla," setelah beberapa saat aku terpegun tengok keajaiban alam depan mata, baru la respon aku bertindak balas, dan terus keluarkan my powershot dari handbag. oh nak pergi wedding kan, so bawakla camera. haha nak tau ape mende? Ini dia...

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|



korang rase2 ape mende tu? p/s: ni bukan naruto ye, ade ekor

Panjangkan rambut beliau??! Makcik tu dah jauh pun dari kereta, barula aku terpikir nak ambik gambar. punyala lambat tindak balas aku hahaha

Okay bukan nak mempersendakan makcik tu...saja nak share sebab tak sangka orang mcm ni ade kat malaysia. kalau korg pernah tengok dalam tb dulu2 ade kisah sorang perempuan berambut panjang, bermeter2 panjangnya, dan di gulung2 setebal sepemeluk! Ye mcm exaggerate ok, tapi aku ingat lagi betapa besarnya gumpalan dia. wanita tu cakap kalau dia potong rambut tu nanti dia akan jatuh sakit. Macam kisah mendiang Tran Van Hay jugak, lelaki Vietnam yang memiliki rambut terpanjang di dunia. Beliau meninggal dunia februari lepas. Beliau pernah potong rambut masa berusia 25 tahun dan jatuh sakit yang teruk. Lepas tu dah tak pernah potong rambut lagi. At the time of his death, rambut dia adalah sepanjang 6.8 meter dan seberat 10.5kg!


Tran Van Hay. katanye, beliau pun akan jatuh sakit kalau potong rambut tu..


Smileee....!!! [Source]

Monday, December 20, 2010

Tersalah takut

Bila takut pada manusia lebih daripada takut kepada Allah, hati pun terlebih tunduk pada kata manusia berbanding tuntutanNya.

Takut hilang kekayaan, penghormatan dan kasih sayang manusia untuk manusia yang bersifat sementara cuma, sanggup kita tipu diri sendiri, merelakan hidung ditarik bagai sapi yang dungu, menurut segala perintah rayuan nafsu.

Bila hilang segala yang dicintai, barulah hati yang selama ini hanya bergantung pada cinta manusia itu merasa akan ketandusan tempat bergantung. Hilang.....

Hilang arah. Hati jadi gundah. Hidup tiada indah. Apa dibuat semua salah.

Kita terlupa yang perlu dijaga itu bukan hati manusia, bahkan hubungan kita dengan Pencipta manusia itu sendiri. Sekali Dia menghendaki semua kejayaan, kekayaan, penghormatan dan kasih sayang itu hilang, sekelip mata saja kita bagaikan si hina yang tak punya apa. Malah berkelana mencacai secebis kasih insan yang sudi menghulurkan belas.

Oh buka mata, jangan sampai tersalah sembah!


Sabda Rasulullah SAW:
"Jika kehidupan dunia itu lebih bernilai di sisi Allah melebihi sehelai sayap nyamuk, maka Allah tidak akan memberi minum orang kafir walaupun seteguk air," (Riwayat Ibnu Majah, no. 4110)

Wednesday, December 8, 2010

Jadahnye....warisan merdeka....

"Slalu makcik follow up saket kencing manis ni kat klinik mane?" tanyaku pada MakCik Wan, untuk aku ambil past medical history dia.

"Kat KK Ampang tu ha. Pegi naik bas, kadang2 makcik naik teksi. Tapi skrg ni dah lame dah tak pegi. Nak dekat setahun dah, hehehe." jawab MakCik Wan, diselangi ketawa mesra.

"La, kenapa dah tak pergi?"

"Sejak kitorg dah 'kaya' ni.... mane nak pergi cek2 lagi dah.. hehehe" ketawa lagi. 'Kaya' kali ni membawa maksud yg sebaliknye. Ironi.

"Oh.." hanya itu yg mampu aku jawab.

Ah. Nak pergi klinik pun tak mampu. Kesiannye. Tapi ape mampu aku buat.

Geram.


Adakah nak kami masuk ke ceruk kampung lg cek blood pressure sorang2 makcik dan pakcik? Malangnya posting Community Health hanya sekali..

Bersama seorang makcik di sebuah sekolah pondok di hujung kampung. Memang HUJUNG!   kredit gmbar: Deen.

Itulah antara perkara yg bermain2 dalam fikiran aku mase exam OSCE Internal Medicine minggu lepas, sewaktu minda dipaksa melilau2 di saat kebosanan selama 10 minit menanti di stesen Rehat, mata tertancap pada kemegahan menara KLCC dan Menara KL.

Aku suka pemandangan tu. Setiap kali lalu kat lebuhraya AKLEH, mesti aku akan cuba nak ambik gambar KLCC seberapa yg boleh.

Tapi sejak akhir2 ni, sejak Menara Warisan diwar2kan, rasa sakit hati. Tengok KLCC terbayang Menara Warisan. Jadi ke, tak jadi ke, mcm mana rupa dia. Berapa banyak rakyat yg makin hidup susah dan susah. Apalah kiranye duit tu dibuat bantuan pd yg memerlukan. Makcik2 kat kampung tu, nak pergi klinik pun xde duit. Nak pergi klinik berbayar apetah lagi. Kalau la kerajaan boleh sediakan van untuk diorg pergi follow up, kan bagus. Ow, penting ok follow up kencing manis, darah tinggi. Bunyi cam remeh temeh je kan.








Oh aku dah mcm bunyi wakil rakyat. haha. sekian.



ps: kalau buat hostel untuk kitorg pun lagi bagusss!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...