Wednesday, November 3, 2010

"Angah, adik nak berak la..,"

Tiba-tiba aku rindu pada budak kecik itu. Sudah lama tak jumpa. Mungkin sebelas, mungkin dua belas tahun dahulu. Sekarang dia dah besar, dah remaja. Dah berjerawat.

Dulu dia kecik lagi, pendek, comel, putih gebu...nakal. Mulut bising suka bertanya itu dan ini. Suka meniru apa yang aku buat.

Dia juga selalu membonceng basikal aku di belakang setiap kali aku pergi ke kedai. Pengikut setiaku. Aku masa tu berumur dalam 11-12 tahun. Budak kecik tu pulak baru 3-4 tahun. Sampaikan satu hari tu aku buatkan tempat duduk khas untuk dia kat basikal milik abang aku yang selalu aku bawa tu. Aku ikatkan sebijik bantal kecik sebagai kusyen untuk alas dia duduk atas jaring besi di belakang basikal tu. Semua ni atas dasar kesian sebab dia selalu menjerit "Adoi, sakitla.." setiap kali aku melalui bonggol2 di atas jalan.

Aku rindu budak kecik itu.

Dia juga suka 'menyibuk' hampir setiap malam aku nak studi. Terpaksa stadi, sebab masa tu nak ambil UPSR. Dia akan datang, minta sebatang pensel dan kertas, dan dia duduk atas lantai tepi meja stadi aku, temankan aku stadi. Senyap je, baik, tak kacau orang pun. Dan lukisan 'wajib'nya adalah sebuah sampan, seorang lidi dengan jorannya, sedang memancing ikan di atas sampan, dan seekor ikan hasil tangkapan. Minat betul dengan joran. Dan ikan.

"Besar nanti adik nak jadi nelayan," kata2nya suatu petang menghamburkan gelak ketawa terbarai2 dari kami sekeluarga. Sangat lucu budak ini. Tahulah minat sangat dengan tangkap menangkap ikan, tapi boleh tak pilih cita2 lain? hahaha.

Setelah siap melukis, biasanya dia akan tanya padaku tentang pensel, bekas pensel, pemadam, pembaris atau apa2 saja barang aku. "Angah, pensel box ni angah guna lagi tak?" Sangat sopan dia bertanya bila dia minat sesuatu barang yang bukan miliknya. Mestila guna dik, kalau tak takkan lah penuh pensel2 angah kat dalam tu. Kelakar juga bila diingat kembali. Sebenarnya itulah cara tersopan untuk dia mintak barang2 kepunyaan abang2 atau kakak2nya. Kalau terus cakap dia nak, kang tak pasal2 kena sepuk plak. Hahaha.

Mana pergi ntah budak kecik yang sangat sopan ini...

Paling aku tak boleh lupa, satu malam aku tengah stadi, dan seperti biasa dia sedang melukis di sisi meja stadiku dalam bilik. Malam makin larut, dan semua orang dah tidur. Tinggal la dia dan aku. Beberapa kali aku suruh dia pegi tidur tapi dia tetap tak mahu. Tiba-tiba, "Angah, adik nak berak la..," katanya, dengan sopan. Sebab dia tahu aku tengah sibuk stadi, dan dia tak mahu ganggu aku. "Ala, boleh tahan tak.." kataku sambil gigih nak siapkan latihan malam tu. Malas betul nak bangun dari kerusi. Padahal tandas kat dapur tu bukannya jauh pun. Dia diam je dan meneruskan lukisannya. Seketika dia mengadu lagi, harap aku dapat temankan dia ke tandas di tengah2 malam tu. Tapi aku malas sangat nak bangun. Aku suruh dia 'hold' dulu. Haha.

Beberapa minit berlalu, dan aku dah siap set latihan matematik malam tu. "Jom, nak berak tak?" tanyaku. "Tak nak,"
"Eh, tadi tak tahan sangat?"
"Adik dah buat macam yang ayah ajar aritu..."
"Ayah ajar? apa yang ayah ajar?" aku makin keliru dengan budak ni.
"Ayah cakap, kalau tak tahan sangat nak berak, cakap 'bontot atas, kepala bawah, bontot atas, kepala bawah' banyak2 kali. Adik buat la macam yang ayah ajar, pastu dah tak rase nak berak dah,"
"HAAAAHAHAHAHAHA adeh, adik ni,.....hahahaha"

Aku tergelak dan2 tu jugak. Punyela seorang budak yang lurus. Ya, dia memang baik. Mendengar kata kedua orang tua. Hingga ajaran sesat pun dia ingatkan lurus. Lawak kegemaran ayah tu dianggapnya satu petua untuk hilangkan rasa terdesak nak membuang disaat bantuan lambat dihulurkan. Hahaha.

Tapi hari ini, sungguh, aku kesal tak temankan dia pegi berak masa tu. Kalaulah masa tu aku tahu betapa siksanya hajat yang tidak kesampaian itu....hahaha.. Dan kesan dari peristiwa itu, dia semakin jadi kurang bergantung pada aku.

Aku rindu lawak2 lurusnya.

Suatu petang, di depan tv. Aku tengah makan kot kalau tak silap. Budak kecik tu ada di sisi. Duduk bersila kami berdua. Saluran TV3 sedang menyiarkan Berita Terkini. Aku memberikan tumpuan kepada berita yang sedang disampaikan oleh seorang pembaca wanita cantik. Tiba-tiba, si kecik yang baru berusia lima tahun itu bersuara, "Angah," sekaligus mematikan tumpuanku.

"..adik pelik la, dari tadi adik tengok perempuan tu asyik tengok adik je," kata budak kecik itu dengan muka penuh tanda tanya, keliru dan tak puas hati yang bertindal balik dengan pembaca berita TV3 tersebut.
"HAHHAHAHAHahahahahaHAHAH......adik ni perasan la! perempuan tu pandang kamera kat sana, dia mane nampak adik, dia tak nampak kita la..!! Hahahahaha....." Sekali lagi dia jadi bahan ketawaku. Bukan ape, lurus sangat haihh.. Tambah kelakar, muka dia masa tu memang betul2 tak puas hati. Hahaha.

Ke mana agaknya menghilang budak kecik yang comel ni eh.... =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...