Thursday, November 25, 2010

Hai..siapa mandi di dalam?...

I was just realizes few days ago, that for five years, we were paying >RM1200 every year for the anai2 in the door frame, water flowing out of the wall, fungus growing out of the peeling off wall, and risk off getting electrocuted from a flood in one of the rooms. Glad that we also have nice neighbourhoods that always stayed up all night looking after this high risk area, even sometimes they're drunk during their duty. They did gave us visit when we were not at home. Shishh.
 
That's what they call an urban medical-student life here in KL, that they envied so much since long ago. 
 
God helps us to survive.
 
Thank you.  

 
Hai..siapa mandi di dalam?...
 


 



Sunday, November 21, 2010

Kita tak akan pernah tahu samada kita telah buat satu keputusan yg betul atau salah

Gali lubang untuk menutup lubang, dan lubang2 baru akan tetap ada walaupun dah kambus lubang2 lama.

Live is all about making decision, making choices. But we will never know whether the choice that we made will be the the right answer and which one is the wrong one.

So I'll say......redah saje!! Source


Kalau hidup untuk expect yang sempurna saja, matilah.... matila kau takkan dapat, atau pun terpaksa bermati-matian untuk dapat apa yang kau nak. Dan matila orang2 di sekeliling kau, asyik nak turutkan apa yang kau nak. Ni macam dah lari tajuk sket. erk.

Haha. Nampaknye aku makin keliru dengan gaya bahasa aku sendiri. Itu yang best tentang mencacai kat blog sendiri, tak ade skema ejaan dan tatabahasa. ahaha :p

Penat nak ikut telunjuk orang untuk melayari hidup sendiri, maka pekakkan telinga, buta kan mata, bisukan mulut. Mendengar hanya pada yang memahami, bercakap hanya pada yang bisa mengerti. Sebab apa yang kita buat, yang kita lalui dalam hidup, mereka tak akan pernah rasa.

Susahnya nak buat keputusan tu, mereka tak tahu. Senak di dada menanggung rasa serba salah, pun mereka tak mungkin mengerti. Rasa macam nak pecah jantung. hu.. ye ayat last ni aku tipu. Tapi betol la... T_T

Tahniah buat sahabat, Balqis Bt Mohamad Isahak yang baru mendirikan rumah tangga semalam....maaf tak dapat hadir  =) Lawa gamba ni....




Tumpang gembira tengok kawan2 gembira.  Sumber : Alchemy

Mad mmg pandai amik gmba wedding, orang yg x pegi pun rase macam pegi... ahahah (sebab tu ke ramai yg x dtg? haha xde la gurau jea)

Namun PILIHAN yang aq maksudkan kat atas tu bukan la tentang JODOH semata.. haha. Tapi gambar wedding Balqis tu macam berkaitan la jugak kan dgn topik....Kadang2, macam mana kite nak spend kan 1 hari dalam hidup pun kita perlu buat PILIHAN, kan....

Akhir kata, fikir2lah sebelum berkata. Setiap apa yang orang buat tu ada sebab nye yang kita tak tahu, dan tak mungkin kite boleh tahu. Ye mungkin aku pernah buat kesilapan macam ni dulu. Dulu. Skrg baru paham ape rasanye. eh Karma Salina? ahaha.



ps: tak ade ps ;D

Friday, November 19, 2010

"Ya Allah janganlah engkau jadikan aku seorang doktor yang sombong kat student2 medic bile aku jadi doktor satu hari nanti....Ameeenn..."

Terima kasih kpd doktor2 yg tak pandang rendah pada kami yg serba kekurangan ini. Kerana anda2lah pencetus inspirasi kami.








Nak cakap tu je....

lalalallalalalalaa~

Sunday, November 14, 2010

Tentang Doa dan Budak yang Belum Akil Baligh

Oh ini ke yg org kate belog? haha. Sile jangan. Ade yg kate blog aq mcm drama. Hakhak.. Sile tampar diri sendiri sebab anda tertipu. Ade pulak yg kate boleh dpt input pasal bidang medic. Bwahaha. Boley la kot, entry2 dulu. Tapi yg pasti, ini bukan blog nak cerita kisah2 atau article dengan ayat sedap tersusun. Kalau nak bace tulisan indah2 atau english best sile pergi The Star Online, atau Malaysia Kini. LOL.

Alhamdulillah dah abes oncology posting selama seminggu di HKL last week. Trime kasih Dr. Zabedah, Dr. Ros, Dr. Amin, dan MO2 yg byk membantu...nurses pun ok je.. Staff HKL memang baik! =) <--ni penghargaan sebab tak pandang slack kat kami bebudak student :)

Kalau nak mudah semua ape yg kite buat ni, semuanya kite kena harapkan bantuan Allah. Tapi kalau Allah benci kita macam mana kita nak mintak Allah bantu. Jadi jangan lupa mintak Allah bantu kita tak jadi orang yg dibenci Allah.

Cam senang je kan nak mintak2 dengan Allah..  Ade kisah di sebalik mintak memintak ni. Dari kecik aku diajar supaya selalu berdoa pd Allah, mohon diberikan itu dan ini.  Kebaikan di dunia dan di akhirat.

"Selalu2 la berdoa, mana tahu dalam 50 kali doa tu, ade sekali Allah perkenankan. Ha, tak ke bertuah tu?" pesan Ayah kpd kami di suatu maghrib, tatkala aku berusia 10-11 tahun. Dalam hati aku terkejut. "Lorh...kena mintak sampai 50 kali baru dapat??" tak puas hati nampaknye aku. "Yela, kita ni hamba biasa, tak kan minta sekali dua je nak harapkan makbul. Kena la doa banyak2 kali, beratus2 kali," Oo, baru aku paham. Ingatkan doa sekali dua terus boleh dapat, sbb ustazah kata Allah Maha Pemurah..hehe. <--mentaliti kanak2 belum akil baligh...LOL

bebudak.. ikut je ape orang kate, ape orang buat....

Di usia aku 12 tahun, aku terdetik hati mahu try and error. Kali ni serius punya. "Aku nak doa, mintak 5A dalam UPSR. Allah makbulkan tak agaknye ye..?" nyee....nakal tol mendalah sorg ni. haha memang, cara aku berpikir agak lain dari makhluk yg lain.

Maka setiap kali lepas solat, itula doa wajib aku mintak. Mase tu belum ade cuti2 solat lagi, so memang konsisten la mintak hari2 tak pernah putus, dan DENGAN PENUH YAKIN yg Allah akan makbulkan. Budak2 kan percaya ape yg didengarnya. Jadi aku sangat percaya yg Allah akan mendengar, dan akan makbulkan. Cume sipat nakal tu sket yg buatkan aku rase nak try.... hai bebudak, besela...suke bereksperimen. LOL.

Finally sehari sebelum result UPSR diumumkan secara rasmi, guru2 yg terlibat ke Pej Pendidikan utk amik result n meeting....yg pegi tu Guru penolong kanan ke sape ntah, x ihengat plak aku. Aku ralat jugak la, cuak gile nak tau result. Kitorg jumpe cikgu sane, jumpe cikgu sini. Last2 bile dengar GPK tu dah balik, ape lagi kitorg semember ni menyerbu beliau yg baru turun keta. Tengah2 kantin tu kitorg tahan beliau... lol kesian. n mase tu jugak die umumkan, aku salah sorg nye.. waaahh indahnye dunia.... (mcm la aq sorg je dpt 5A kan??!)

Lepas dari peristiwa tu, keyakinan aku dah tak berbelah bagi..... Bukanlah nak cakap aku ni baik sangat sampai doa makbul. Nope. Tapi aku rase sbb mase tu naif lg, hati bersih, so senang la dapat..maybe...Wallahua'lam. Moral of the story utk aku kat sini, Ape pun yg kita mintak, InsyaAllah Allah akan makbulkan... Tp dengan syarat, kita tak jadi org yg dibenci ALLAH.. Tinggalkan la ape yg Dia larang, dan bersihkan niat dalam setiap perkara... InsyaAllah.. Tp aku pun manusia biasa, selalu culas. Bile sibuk sangat dengan keindahan dunia dan nikmat kejayaan yg tak henti2, hati kadang2 jadi ego. Ala,-aku-bolehnye-buat-ni dan takpe,-aku-ada-tempat-nak-mengadu adalah antara bisik2an syaitan yg acapkali menjauhkan diri dari memohon doa dan bergantung harap hanya padaNya...... Astaghfirullah..... it happened friends... T_T

Jadi, muhasabahlah.... people make mistakes. So selain berdoa mintak apa2 yg kita hajatkan, jgn lupa juga mintak agar hati tak terus2an terpesong. Ya Allah peganglah hati kami...

oh haha ini bukan ceramah, ni pesanan utk diri aku, atas ape yg aku rase dewasa ini

Hati tenang dengan kebaikan

Siape dalam dunia ni yg nak hidup tidak dalam ketenangan, resah, huru hara, stress dan masalaaaah je 24 jam. Tension. Mesti taknak kan.

Jadi hubungan dengan Allah kena jaga, walau ape pun yg terjadi. Bile hati mula rase tak sedap, cepat2 la balik ke asal. Buat apa yg patut, tinggal ape yg belot.








ps: cam bese..... cakap mmg senang....  tapi, warrhh....! T_T

ps2: yeyyy dah beli kasut sukan baru.... yay! boleh lari laju lagi.. ^_^ (setelah kasut sukan lama aku dijahankan adek - die bwk pegi main putsal..shytee..!) --> ok memang saya eksaited! sebab saya hantu LARIIII!! yaayyyyhooo..!!

Ya...die ade di dalam tu... lg seronok sbb berjaya jumpe yg x mahal, below 100 je :)



ps3: amboi3 banyak la ko punye yayy.... CASE WRITE UP APE CITERR??? HA AH AHH HA HAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......... (ulp!)

Wednesday, November 3, 2010

"Angah, adik nak berak la..,"

Tiba-tiba aku rindu pada budak kecik itu. Sudah lama tak jumpa. Mungkin sebelas, mungkin dua belas tahun dahulu. Sekarang dia dah besar, dah remaja. Dah berjerawat.

Dulu dia kecik lagi, pendek, comel, putih gebu...nakal. Mulut bising suka bertanya itu dan ini. Suka meniru apa yang aku buat.

Dia juga selalu membonceng basikal aku di belakang setiap kali aku pergi ke kedai. Pengikut setiaku. Aku masa tu berumur dalam 11-12 tahun. Budak kecik tu pulak baru 3-4 tahun. Sampaikan satu hari tu aku buatkan tempat duduk khas untuk dia kat basikal milik abang aku yang selalu aku bawa tu. Aku ikatkan sebijik bantal kecik sebagai kusyen untuk alas dia duduk atas jaring besi di belakang basikal tu. Semua ni atas dasar kesian sebab dia selalu menjerit "Adoi, sakitla.." setiap kali aku melalui bonggol2 di atas jalan.

Aku rindu budak kecik itu.

Dia juga suka 'menyibuk' hampir setiap malam aku nak studi. Terpaksa stadi, sebab masa tu nak ambil UPSR. Dia akan datang, minta sebatang pensel dan kertas, dan dia duduk atas lantai tepi meja stadi aku, temankan aku stadi. Senyap je, baik, tak kacau orang pun. Dan lukisan 'wajib'nya adalah sebuah sampan, seorang lidi dengan jorannya, sedang memancing ikan di atas sampan, dan seekor ikan hasil tangkapan. Minat betul dengan joran. Dan ikan.

"Besar nanti adik nak jadi nelayan," kata2nya suatu petang menghamburkan gelak ketawa terbarai2 dari kami sekeluarga. Sangat lucu budak ini. Tahulah minat sangat dengan tangkap menangkap ikan, tapi boleh tak pilih cita2 lain? hahaha.

Setelah siap melukis, biasanya dia akan tanya padaku tentang pensel, bekas pensel, pemadam, pembaris atau apa2 saja barang aku. "Angah, pensel box ni angah guna lagi tak?" Sangat sopan dia bertanya bila dia minat sesuatu barang yang bukan miliknya. Mestila guna dik, kalau tak takkan lah penuh pensel2 angah kat dalam tu. Kelakar juga bila diingat kembali. Sebenarnya itulah cara tersopan untuk dia mintak barang2 kepunyaan abang2 atau kakak2nya. Kalau terus cakap dia nak, kang tak pasal2 kena sepuk plak. Hahaha.

Mana pergi ntah budak kecik yang sangat sopan ini...

Paling aku tak boleh lupa, satu malam aku tengah stadi, dan seperti biasa dia sedang melukis di sisi meja stadiku dalam bilik. Malam makin larut, dan semua orang dah tidur. Tinggal la dia dan aku. Beberapa kali aku suruh dia pegi tidur tapi dia tetap tak mahu. Tiba-tiba, "Angah, adik nak berak la..," katanya, dengan sopan. Sebab dia tahu aku tengah sibuk stadi, dan dia tak mahu ganggu aku. "Ala, boleh tahan tak.." kataku sambil gigih nak siapkan latihan malam tu. Malas betul nak bangun dari kerusi. Padahal tandas kat dapur tu bukannya jauh pun. Dia diam je dan meneruskan lukisannya. Seketika dia mengadu lagi, harap aku dapat temankan dia ke tandas di tengah2 malam tu. Tapi aku malas sangat nak bangun. Aku suruh dia 'hold' dulu. Haha.

Beberapa minit berlalu, dan aku dah siap set latihan matematik malam tu. "Jom, nak berak tak?" tanyaku. "Tak nak,"
"Eh, tadi tak tahan sangat?"
"Adik dah buat macam yang ayah ajar aritu..."
"Ayah ajar? apa yang ayah ajar?" aku makin keliru dengan budak ni.
"Ayah cakap, kalau tak tahan sangat nak berak, cakap 'bontot atas, kepala bawah, bontot atas, kepala bawah' banyak2 kali. Adik buat la macam yang ayah ajar, pastu dah tak rase nak berak dah,"
"HAAAAHAHAHAHAHA adeh, adik ni,.....hahahaha"

Aku tergelak dan2 tu jugak. Punyela seorang budak yang lurus. Ya, dia memang baik. Mendengar kata kedua orang tua. Hingga ajaran sesat pun dia ingatkan lurus. Lawak kegemaran ayah tu dianggapnya satu petua untuk hilangkan rasa terdesak nak membuang disaat bantuan lambat dihulurkan. Hahaha.

Tapi hari ini, sungguh, aku kesal tak temankan dia pegi berak masa tu. Kalaulah masa tu aku tahu betapa siksanya hajat yang tidak kesampaian itu....hahaha.. Dan kesan dari peristiwa itu, dia semakin jadi kurang bergantung pada aku.

Aku rindu lawak2 lurusnya.

Suatu petang, di depan tv. Aku tengah makan kot kalau tak silap. Budak kecik tu ada di sisi. Duduk bersila kami berdua. Saluran TV3 sedang menyiarkan Berita Terkini. Aku memberikan tumpuan kepada berita yang sedang disampaikan oleh seorang pembaca wanita cantik. Tiba-tiba, si kecik yang baru berusia lima tahun itu bersuara, "Angah," sekaligus mematikan tumpuanku.

"..adik pelik la, dari tadi adik tengok perempuan tu asyik tengok adik je," kata budak kecik itu dengan muka penuh tanda tanya, keliru dan tak puas hati yang bertindal balik dengan pembaca berita TV3 tersebut.
"HAHHAHAHAHahahahahaHAHAH......adik ni perasan la! perempuan tu pandang kamera kat sana, dia mane nampak adik, dia tak nampak kita la..!! Hahahahaha....." Sekali lagi dia jadi bahan ketawaku. Bukan ape, lurus sangat haihh.. Tambah kelakar, muka dia masa tu memang betul2 tak puas hati. Hahaha.

Ke mana agaknya menghilang budak kecik yang comel ni eh.... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...