Tuesday, October 12, 2010

Pengajaran dari sebuah buku bernama 'kehidupan'

Kadang2 kite rase x patut diri diperlakukan seperti tiada makna, tak penting, terhina, 'bagai sampah' - term kesukaan aku.

Ya, aku pernah mengalaminya. Dan aku percaya hampir semua yg membaca ni pun penah rase jugak kan....diperlakukan sedemikian rupa. Mase tu mmg rase saket hati kecik hati, rase nak lari pegi dunia lain, atau pun kalau boleh nak tukar semua org di sekeliling ni kepada org lain. haha. ridikulos!

Yg dibuang 
Yg ditinggalkan
Yg ditengking
yg dimarah
Yg dimaki
Yg dikutuk
Yg diumpat
Yg disindir
Yg diperlekeh

Yg dimacam2kan lagi.....semua pernah ada dalam diari hidup ni... waima HARI INI pun aku masih rasa mende2 ni...... kawan2ku, CT, Touya, Fina, Ella, Ruq....u know what i mean.. and thank you all soooo much for being WITH me....hehe....syg korg much much.....muuah2x.. :D

Ye ini benar...yg pernah buat semua ni pd aku mungkin sedang tersenyum sinis pd diri sendiri. Atau paling kurang terus tutup muke sambil gigit2 bantal.

Kite selalu tertanye2 "ape yg kurang pd aku sampai org buat aku mcm ni?" "Apa salah aku pada mereka?"

Padahal jawapan kpd persoalan2 tu sanye ade kat diri sendiri.

Cuba introspect balek. Macam mana layanan kita pd org? Adakah kite xpernah sakitkan walau satu pun hati kawan2 kite hingga rasa diri kite xlayak utk disakiti?.... intospek diri..........


Namun kawan jangan bimbang, aku tak pernah salahkan kamu atas semua ini. Semua ini adalah kehendakNya. Semua yg aku rasa, adalah apa yg Dia mahu aku rasa. Semua ni adalah pengajaran dari Dia untukku. Kawan tak pernah salah. Kawan hanyalah 'alat' untuk Dia gunakan dalam mendidik seorang hamba yang ingkar sepertiku. Hamba yang lemah, mudah tewas bila dijentik dek dugaan dunia. 

Dia mahu lihat kemana arah aku tadahkan tangan di saat aku kesakitan tatkala diabaikan manusia. Dia mahu lihat sujud penuh harapku di saat aku dilempar tak bermakna. Dia rindu akan rintihan tangis ku kepada rahmat dan kasih sayangNya. Adakah diri masih angkuh tak mahu memohon dan meminta kepadaNya, adakah hati masih buta pada siapa harus aku menagih kasih dan belas? Adakah diri masih megah mahukan penghormatan dari manusia? Tanpa sedar yang sebenarnya diri sangat2 jauh dengan kasih dan sayang Allah....apalagi CINTA dariNya, jua CINTA kepadaNya ......

Hari ini, terasa sungguh manisnya kesabaran lalu. Betapa penyerahan hati sepenuh2nya kpd Rab adalah ubat terbaik kepada dosa2 lalu. 

Kekuatan sebenar diri adalah anugerah CINTA dariNya...

Lihatlah sesuatu itu dengan pandangan mata hati. Nescaya kita akan faham kenapa ALLAH jadikan itu begitu dan ini begini. Lihatlah dengan akal yang suci, nescaya kita tak akan goyah tatkala kehilangan cinta manusia.

Tak usah buang masa dengan mainan2 dunia...makan hati sampai buat apa pun tak jadi, benci membenci sampai merana hati sendiri, dan akhirnya kite x perasaan apa mesej yg ALLAH nak sampaikan di sebalik setiap apa yang berlaku.

Marah dan kecewa tu boleh. Aku juga marah dan kecewa dgn apa yg berlaku. Tapi dalam marah, carilah masa untuk berfikir. Dunia hanya dunia. Yg Mengatur segala pejalanan di dunia ini Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita.

Berfikirlah wahai akal yang kental.....

Wallahua'lam.

2 comments:

azaHmaeL said...

masih tidak dapat meneka

Ndea said...

skrg kau dah tahu..... hahah ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...