Wednesday, July 7, 2010

Posting budok2

Otroman GAYA

Ayuh buat developmental assessment. name budok ni...erk x ingat. marila namakan dia Adam. umur dia 3-4 tahun cetu. ok skarang nak ajak dia maen conteng2, nak tgk die dah pandai lukis garisan2 dan bulatan ke tak. maka kami bagi la dia sebatang pensel dan sehelai kertas.


"Adam, lukis macam ni," Put beri arahan. Adam akur, lukis garisan menegak. Aku berdiri sebelah kiri Adam. Ruq, Fina dan Nana pun perhatikan dari sekeliling katil Adam.

"Lukis ni pulak," arahan kedua diberi. Adam lukis lagi.

"Ok sekarang Adam lukis bola pulak," Put buat 1 bulatan, suruh Adam lukis. kalau dia boleh lukis bulatan ni boleh la nak kate umur dia dah cekau 3 tahun. Namun kali ni Adam lukis putar2, dan conteng2 kertas. Tanda protes, atau mungkin bosan. Tiba2 Adam berpaling ke arah aku, dan dia hulurkan pensel yg dipegangnya, sambil kata "Gaya!" Erk.. kami blur, ape yang Adam nak? "GAYA!" pintanya sekali lagi. kami pandang ibu Adam di sisi katil, minta diberikan 'hint'.

"Oh..Dia suruh lukis Ultraman GAYA!" kata ibu Adam...

Lorhh! Hahaha.... nak tak nak, kena la lukis jugak....nak ambil hati dia..hampeh kan si cenonet ni...
"kite nak examine dia, last2 dia yg examine kite!" kataku kpd rakan2 sedarjahku di situ.... hahaha..


Kejadah la mendalah Gaya ni kan......aku dah fail dah bab2 lukis otoman nih hahaha
otoman sebelah kanan & raksasa tu Ruq lukih, otoman gemuk sebelah kiri tu aku lukih. hahah.
p/s: br aq prasan otoman sebenar mukenye serius ok, mane de senyum2. ceiss. ceis.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...