Monday, May 17, 2010

Aq bercakap tentang yang kecil yang bisa mempengaruhi yang besar.

Jam dah menunjukkan 12.30 pagi.. Tapi mata masih segar ya amat...kesegaran yg sukar didapati pd siang2 hari... haha... So this is what will I be for the rest of this 2 weeks holiday... "Siang mengantuk, malam berjaga...mencari cucu di mana ada, nenek ku kawen dgn anak raja" ... haha.... [sanye aq pi minum kopi td...ntah angin ape tah teringin kopi memalam buta.... ha...skrg, rasekan....insomnia tulus suci dan abadi...hahaha]

 Dingg.... "1 New mail message"

Sebuah email dari Prof yg bertajuk 'Almost final'. Ala2 tajuk muvi la pulak. heih.

Merenung pasrah list grouping yang baru utk sesi clinical 2010/11 yg bakal bermula 31 Mei ini.... Awal2 lagi aku malas nak bebankan kepala memikirkan siapa2 yang aku mahu dan tak mahu. Aq dah proposed 1-2 nama yang aq mahu, dan berserah kepadaNya... He knows what best for me..and for all 43 of us.. If u want a change, make yourself change first!

Dan itu bukanlah tujuan utama jari-jemari aq menari2 di atas keyboard laptop ni pepagi buta ni - merungut. Macam blogger2 tipikal yg lain, aq akan cakap, aq-pun-tak-tau-nak-cakap-apa dan kemudian meneruskan penulisan karangan panjang berjela tentang hikayat hidup makhluq yg serba membosankan ini.

Semalam makngah dtg rumah, temankan maksu nak ambil aquarium kat sini. Oh, bukan aquarium besar gedabak ayah tu ye....aquarium gedabak sedepa tu masih ade isi2nye.....anak2 angkat ayah & abang..... haha.. kaloi & ikan-yg-ape-tah-namanye-kami-pun-tak-penah-peduli dlm tu pun makin membesar. Mungkin diorg nak ulangi sejarah silam menternak sekor kaloi sampai mencecah saiz setengah meter! haha [yeah aq exaggerated je ;p ...saiznye besar laptop 14" aq ni je kot,.ayah bela since dia besar tapak tangan.. tp mati 2-3thn lps tu sebab ape aq pun x berapa tahu....taw2 je dah jadi lauk sweet sour jiran kami...- sbb mak xsnggup nak makan hasil haiwan belaan sndiri]

Eh2 kembali kisah makngah td... mase tgh makan, makngah smpat berwasiat "budak2 sekarang ni ape lagi la yg x cukup... nak tuntut kemerdekaan, negara ni dah merdeka dah..... makan pakai cukup, duit ade mak ayah bagi...tinggal lagi nak belajar je, itu pun susah. Diorg lupa yg negara ni tengah nak diambil alih oleh bangsa lain, nak dijajah.... tau bersenang lenang aje,..nanti sedar2 dah tak ade negara sendiri,.."

Wah. Tapi kenapa la pesanan2 sebegini jarang nak menusuk ke telinga 'budak2 sekarang' itu.. budak baik mcm aq jugak yg kena dgr. hahah. xdela...aq pun same je...cuma aq ni 'budak2 yg x berapa skrg' kot..haha..so ambillah kekate tu sbgi peringatan...dari seorang pemegang jawatan yg agak tinggi dalam slh satu badan kerajaan (rahsia)..... org yg kire dah berjaya la kan... tapi masih lg bekerja keras sampai la tua.... (haha aq kate makngah dah tua ;p)

Lps makan diorg terus nak balek Gopeng...haha dtg semata amik aquarium je...lols... ayah suruh maksu ambik anak2 ikan perhiasan dia yg-aku-pun-tak-tau-apa-nama-dia...ikan gapi ke ape? haha...tp ikan tu warna-warni la, kecik2 je, ala2 kalau jentik sekali pun boleh mati dlm 2 saat cetu.... maka tertonggeng2 la aq menangguk ikan dalam......erk pasu ke kolam ke ape tah nama mangkuk perhiasan tu.......


Small things does matter somehow, even sometimes you may think nothing is so important about that small-thing. Small tiny fish that people kept in their house to beautified those larger things surround it, small effort by small people like us that would make large change in this world......................


So Nadia.....semalas2 mana pun engkau, baca lah walaupun sekelumit bacaan, tulislah walau secalit tinta....

ceh! ;p


-sekian, malas nak letak gambar. haha.-

1 comment:

noin said...

ahha. ak kadang2 merungut gak kat entri blog. ekeke :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...