Thursday, April 22, 2010

Latih tubi intensif untuk berdepan musuh dalam selimut

Adalah ianya bernama berPuasa.

Berpuasa bukan kerana nak kurus
berpuasa bukan kerana tak ada duit nak makan
bukan juga semata2 nak ganti puasa2 wajib yg tertinggal

Tetapi ada hikmah jauh lebih indah tersembunyi di sebalik perintah berpuasa.

Kita menahan diri untuk makan...
ketika mana ada banyak pilihan makanan di depan mata,
ketika tiada siapa pun perlu mengetahui yg kita curi2 makan ketika kita 'berpuasa',

Kita tahan diri dari menjamah walaupun seteguk air
walaupun air yg bakal masuk kedalam kerongkong kita tu tak akan meninggalkan apa2 kesan
walaupun tak ade sesape akan nampak kite curi2 minum ketika kite masih 'berpuasa'

Tapi, oleh kerana ketaatan kpd Tuhan, kita tahankan diri dari mencapai semua2 tu....oh bukan senang, lagi2 kalau puasa sunat....di kala melihat orang2 disekeliling makan dgn berleluasa...


Menahan diri ketika kita mampu untuk mendapatkannya.
Menahan diri dari larangan2Nya ketika mana semua itu indah terhidang di depan mata. Menahan diri untuk mencapai segala keinginan nafsu yg selama ini tak henti2 kita turuti.

Nak itu, dapat, nak ini, beli. Bila tak dapat, mintak sampai dapat. Kalau tak dapat jugak mogok lagi sampai dapat. Nah, sekarang, dengan latihan sesimple ini, cuba gali hikmah tersembunyi disebaliknya. Jangan sekadar buta2 menaha lapar dan dahaga....yg kemudiannya kita sogok kembali nafsu lapar itu dengan pelbagai makanan yg enak2 dan berlebihan apabila tibanya waktu berbuka......





“Wahai sekalian anak muda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan maka bernikahlah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata serta lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” [Muttafaq ‘Alaih]




Jadikan puasa sebagai benteng kepada musuh dalam selimut yg bernama nafsu. Nafsu yg tak pernah puas dari mahukan itu dan ini. Nafsu yg yg tak pernah merasa cukup. Sebuah latihan keteguhan hati untuk memujuk dan mengawal diri dari terpadaya dengan indahnya nikmat dunia, perkara yg sia2 dan melalaikan. Harus belajar untuk mengatakan TIDAK!




Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]


Mari jangan puasa hanya sekadar utk tahan lapar!

3 comments:

mybundle-mybundle said...

Ndea.. ni blog pkyg yg tah ke berapa mohon linkkan di sini...tq

diLa said...

haa..musuh dlm selimut??;p
btw, thanx 4 d thought. sgt bergune..hikhik

Ndea said...

pakyang - hoho sile2..buh la kat shout box tu..

kakLa - musuh dlm selimut yg bernama NAFSU.. heh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...