Tuesday, March 30, 2010

'Kerana' dan 'Juga' di Sebuah Entry Yang Laju





Cuba untuk senyum....tapi panas.....huhu


Terasa macam nak tulis entry laju2

Kerana aku sedang kebosanan dengan blog yang lambat sangat nak menunggu entry2 baru. haha

Kerana setiap entry yang aku hasilkan selalunya mengambil masa yang agak panjang juga.

Kerana aku ni seorang yang agak cerewet juga.

Kerana aku tak juga suka nak bercerita semua apa yang aku lakukan setiap hari dalam blog aku.

Kerana aku bukan artis yang orang mahu datang ke sini melihat itu dan ini yang aku lakukan setiap hari. haha.

Juga tidak mahu orang bosan dengan blog itam yang membosankan ini. [tapi memang orang dah bosan pun dan aku langsung tak kesah]

Juga saban hari aq menahan diri dari mecemburui blog2 orang lain yang kian indah berwarna warni dan bercorak sana bercorak sini. [blog kak la dah cantekk...blog adek aq yg baru buat blog pun lagi chantek dari blog aq hahah xpe2 blog asma mentain plain lagik haha]

Kerana aq bakal membuat seekor kucing bertumbuh sebatang tanduk di kepala untuk merubah blog ku ke sedemikian rupa.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Aku tulis semua semua ni kerana......

Aku bosan dengan orang2 yang suka berkata2 tentang TANGGUNGJAWAB sedangkan pada masa yang sama diri sendiri culas dengan tanggungjawab sendiri...


Menci menci menci!!

Lantas diri terasa nak buat satu entry edisi khas yang penuh dengan cacian dan ca**tan kepada meraka. Entry dengan kata2 pedas beralun duri dan onak [eh onak tu ape??]. Yang bisa menghiris hati dan jantung. Agar mereka sedar akan kepenatan orang lain [bukan aku] bermandikan keringat dan air mata demi merealisasikan impian besama.....demi memasti........[ahh aq malas nak taip dah.....hahaha]

Namun diri masih waras dan masih mempunyai sekelumit Iman di dada dan kepala menghalang aq dari menambah dosa di takuk lama.

Dan aq juga bukanlah sesempurna mana dan culas juga dengan tanggungjawab dalam hidupku sehari-harian.....

Huhuhu.

Dengan ini, aq nak buat satu persembahan...the ugly part of me.....


Tadddaaaaa.................!!!!


muke pon beminyak2 sbb tengah berpeluh2 lepas interview sorg macik kat pondok kat blakang tuh
nampak je redup, tapi,.....panasss.....
huhuhu

muke dah itam lepas kena bakar hari2 kat Kg. Bachang tu

naik bukit turun bukit

taik lembu taik itik taik ayam semua aq redah

mata sepet lantaran hari2 bangun lambat

mentang2 tengah hari baru keluar pegi survey

so pagi2 ape lg, berkubang la

Hohoho


p/s ni kire penmapilan khas la buat org2 yg singgah blog ni..

pic nih xde kat memane....huhu







Thursday, March 25, 2010

Tahi cicak di kaki

Penah terpijak tahi (taik) cicak tak?


Tahi cicak-lambang illuminati.
p/s: bro, pinjam sat gambar tahi cicak kamu. hehe. :p


Mesti ramai yang x ngaku penah pijak. Sebab kebarangkalian utk kite sedar yg kite dah penah terpijak taik cicak, adalah sangat2 sikit, kerana kebanyakan taik2 cicak itu akan hilang sebelum kite sedar yg kite dah terpijak taik cicak itu.... Hilang waktu kite ke tandas, mandi, ambil wudhu'.....

Tp penah x lepas amik wudhu', tgk2 ade plak sejemput taik cicak itam manis tuuutt melekat kat tapak kaki....

"Ciss... eee...," dengus kite dalam hati...lalu ke bilik air semula utk bersihkan taik cicak tersebut.

Itu mujurlah kite perasan. Tp bagaimana pula bg yg langsung tak sedar2 yg di tapak kaki mereka ade sedot taik cicak. Lepas ambik wudhu', lalu bersolat....lalu terus berjalan ke hulu ke hilir mengusung taik cicak sejemput itu.. Pastu mandi pun cincai2 je, sampaikan taik cicak yg dah kuat melekat tu pun tak tertanggal.. Dah sebati bertempel sekian lama di situ. Eeeww..

Eee....gross..

Haa...taw pun jijik. Sape suke taik cicak? Budak kecik pun tahu taik cicak tu najis lagi menjijikkan. Walaupun ia kecil ceonet cuma....Tapi ia tetap menjijikkan. Hitam lagi busuk.



Begitulah kiranya kalau nak digambarkan kekotoran pada hati kita....pada Roh, pada Jiwa, atau Nurani, atau Soul.....



Kita solat lima waktu sehari semalam.... Solat yang pada asalnya bertujuan utk membersihkan hati, menyucikan diri. Tertonggek2 kite besolat setiap hari.....dari subuh bersusah payah kita bangun, di tengahari yg sedap untuk layan tidur, di waktu petang dan senja yg boleh kite buat mcm2 benda lg, dan di malam hari ketika banyak cerita best menanti kat tv. Apakah wajar masih ada sekelumit bintik hitam pada hati, setelah kita bersolat dan solat dan solat setiap hari? Kita mandi paling kurang pun 2 x dalam sehari. Apakah boleh diteriama dek akal yg waras kalau masih ada tahi cicak menempel di kaki?

Amatlah ruginya kita kalau hati masih hitam, masih sama seperti kotornya ia sebelum solat didirikan. Solat atau tidak, begitu jualah perangai kita. Yang buruk tetap buruk. Yang pincang kekal hitam.

Benci-membenci masih bernanah di hati. Dengki-mendengki kian bersarang bagaikan terumbu tumbuh di tukun. Bersangka buruk menjadi kebiasaan. Kutuk-mengutuk menjadi rencah perbualan harian.




Bahkan solat pdnya tersirat seribu satu rahsia pembersihan diri dan penyucian hati. Bermula dgn membersihkan diri dari najis (beristinjak), membersihkan beberapa anggota badan dgn berwuhu', itu semua adalah simbolik kepada penyucian hati dan pembersihan diri.



Berdiri tegak dan lurus di dalam saf, kemudian meluruskan pula niat bersolat semata2 kerana Allah..... terkandung di dalamnya keperluan untuk hati tunduk pd Yang Maha Berkuasa, dan menyerahkan sepenuh hati kpdNya. Mana mungkin hati yang punya rasa bertuhan masih tegar melempar caci, menyimpan dengki dan berbusuk hati? Tak takut masuk neraka ke???

Namun bukanlah diri yg menulis ini yg terbaik solatnya mahupun perilakunya, seraya penulisan oleh jari2 ini adalah terutamya ditujukan kpd tuan empunya jemari. Lantas diri harus beringat, apa yang pernah diperkatakannya suatu ketika dahulu.....

Anda solat, anda jawab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...