Tuesday, February 16, 2010

Hidup bukan mudah

Ye, Hidup tidak mudah.

Hidup tak semudah anda bangun pagi, kemudian hidung terasa perit dan berair kerana tidur menghadap kipas berjam2, lalu kamu ambil sehelai kertas tisu dan hembus hingus2 cair dari hidung itu. Juga tak semudah menyembur nasocort atau apa2 intranasal steroid yg mengandungi fluticasone propionate yang pahit ya amat sebelum tidur, untuk mengelakkan hidungmu dari tersumbat di kala bangun waktu pagi.....yg mana boleh membuatkan kamu amat liat untuk bangun subuh.

Ya, liat untuk bangun tidur, adalah salah satu symptom allergic rhinitis. Haha klakar bukan. Mari aku tampar siapa2 yg ketawa akan fakta ini. Kerana aku adalah salah sorang mangsanya. Aku juga pernah mendengar tentang perkara ni sebelum ni, iaitu anak kpd salah sorang guruku di sekolah, yg terlalu kerap terlelap di dalam kelas. Hingga si guru menelefon si ibu mengkhabarkan prestasi merosot si anak yg selalu ketiduran di kuliah. Beliau kembali pulih seperti sediakala setelah menjalani satu pembedahan laser untuk 'something' di dalam hidungnya. Setahun selepas mndengar cerita itu baru aku paham apakah 'something'' yg dilaser itu. Aku juga sudah merasainya.

Namun, beberapa bulan selepas 'something' ku di laser, ia muncul lagi. Barangkali laser bukan jawapannya. Aku terus berjuang. Submucosal diathermy (SMD) di PPUM pada tanggal 11 Disember 2008, sehari sebelum Allahyarhamah Nurul Huda dimasukkan ke wad di HUKM. 'Something' itu, iaitu hypertrophic inferior turbinates itu berjaya ditumpaskan. Namun, aku harus terus menerus mengambil sedutan intranasal steroid itu hingga ke hari ini.


Kawan baik saya....wee...

p/s: topical steroid give no systemic effect to the body, and it is very harmless. tak same dgn injection ok. takde bina2 muscle tu sumer. huhu.


Namun tulisan kali ini bukanlah nak cerita pasal operation2 tu sumer...


Cuma sebagai ingatan pada diri sendiri, bahawa Hidup ini tidak mudah.


Ye, tidak semudah anda sedang menunggu bas Rapid KL bernombor U6 di kala panas terik di Stesen Bas Medan Pasar, belakang Central Market, sambil berdoa di dalam hati, janganlah tetibe ade orang pengsan di tengah panas begini. Namun, tiba2 orang ramai dikejutkan dengan seorang wanita jatuh pengsan ditandas awam automatik bersebalahan stesen bas itu. Wanita berusia lewat 30an, dan dikatakan sedang mengandung. Anda masih berpura2 tenang, sambil terus berdoa agar semua itu lekas berakhir, ambulans yang dipanggil cepat sampai dan wanita itu dibawa pergi dengan segara, tanpa anda perlu membuat CPR padanya (Ya Allah mintak dielakkan), atau pun semoga bas U6 bertuah itu lekas sampai.


Namun keadaan masih tak berubah. Kelihatan mereka memanggil namanya, sambil menepuk2 tubuh dan kakinya. Makin lama tanpa aku sedari, aku semakin mendekati wanita yang pitam itu. Fuh, matanya terbuka, dan dadanya turun naik tanda Airways nye masih intact. Kemudian aku duduk merasa nadinya, 'Bagus, macam aku punya je, walaupun volumenye agak kurang sikit'. Alhamdulillah tak ade ape yg nak di CPR kan. Haha. Ketawa ye aku dalam hati. "Buka kasut die, tinggikan, kasi darah pegi kat kepala die" kata budak itu. Masih takut kalau2 sthetoscope yg dibawa di dalam begnya diketahui ramai. Mampus mereka akan suroh aku buat sesuatu yang aku tak tahu nak buat untuk selamatkan wanita itu. Sthetoscope itu terpaksa aku bawa sekali pagi tu sebab aku nak terus ke klinik. Errhh... Dari pagi lagi, ini la yang aku risaukan. Haha.


Sthetoscopekah? huhu.

Oh sepuluh minit berlalu, namun keadaan masih tak berubah. Tak lama kemudian, bas U6 pun sampai. Maaf ye akak, bukan saya tak nak tolong, tapi tak ade ape yg saya nak tolong. Orang makin ramai mengerumininya, termasuk suami beliau. Dari atas bas aku nampak mereka mengangkut si kakak itu, ke mana pergi aku tak tahu...mungkin masuk ke dalam mana2 kenderaan untuk di bawa ke hospital.


Vroommm.....bas U6 berlalu meninggalkan Stesen Bas Medan Pasar dalam terik mentari.


Namun hati aku masih cube menenangkan hati, "Ape ye yang patut aku buat tadi? Tak de ape2 kan? Sebab akak tu sedar, bukannye pitam. Dia bernafas, dan nadinye pun ok," Baru aku teringat akan gula2 Polo yang sentiasa ku bawa ke mana2, buat penyegar mulut. "Ye, mungkin aku patut bagi die hisap gula2"....kerana die mungkin pitam sebab hypoglycaemic (kurang gula dalam darah). "Hmmm, tapi aku takut kalau die tercekik," Berulang2 kata2 ini bermain2 di otak2 aku, sampaila bas berhenti di satu traffic light di Jalan Tunku Abdul Rahman, atau Jln TAR. Tiba2 sebuah ambulans lalu di hadapan bas. "Hah, sah2 ambulans tu nak gi amik perempuan tadi," getus hati ku.


Nanti la, kat klinik aku tanya Dr. Fauziah, ape sepatutnya aku buat tadi. Haha. Haram sampai hari ni pun aku tak cerita pasal tu kat die. Sebab aku takut ape yang aku buat tu salah. Hahaha. Tapi sanye aku terlupe la, tak la takut sangat kalau salah pun...dah tak reti, nak wat cane....huhuhu. Daripada die mati tercekik gula2 Polo, lebih baik die bertahan sekejap sampai ambulans tiba. Hahaha.


Oh ini semua mudah. Hanya berdiri memerhati orang pitam dari jauh pun, anda tak akan dipersalahkan. Seberapa banyak tisu kotak yang anda telah habiskan pun, anda tetap tidak bersalah.


Yang susahnya, adalah untuk membuat suatu perubahan, yang bermula dari dalam diri kita sendiri, demi untuk mendapatkan kehidupan yang kita idam2kan..........dan bukan dengan menyalahkan orang lain atas sebab2 yang kita sendiri tak penah cuba nak memahaminya......

HuHuHu.



Cheers.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...