Friday, October 9, 2009

Drama paru-paru dan hati


“Akhirnya sampai jugak ke bilik…”
inilah statement tipikal aku setiap kali pulang dari hospital. Walaupun penat, tapi seronok… huhu. Sort of a special day, I encountered many interesting things today. (Even though my day started a bit late than usual…hahaha :p)

Respi examination --  turned out being a ‘feeding session’….
Tengah hari, 12pm. Aku dan Marahaini Rusdi nak buat respiratory examination kat sorang makcik berbangsa Indonesia ni…It started well, tapi masa Marahaini tengah auscultate tu dia tiba2 makcik sendawa berulang2 kali…
“Errkkk…..errkkkkk….”, sendawa lagi.., “Erk…errrkkk…" dan lagi..."Errrkkkk"
"Angin ni… dalam perut..” kata makcik tu.
‘Aih, boleh ke teruskan ni?’…aku mula sangsi.
Aku pun ajak Marahaini cari patient lain je la, lagipun makcik ni macam lemah je aku tengok. Dah berapa hari asyik terbaring je. Respi examination ni nak kena dudukkan patient, tak complete la kalau patient tak boleh nak duduk. Masa tu lunch meals makcik ni dah tersedia di atas mejanya. Kami pun suruh la dia makan dulu… Tiba2, dia cakap,
“Nak makan la ni, tapi tolong la suap. Makcik x lalu..”
Oh, baiklah…..
Aku mulakan giliran hingga rasa lenguh pinggang. Kemudian diteruskan dgn Marahaini, hingga la habis sayur taugeh n ayam mkcik tuh kami suap… haha.. Berselera sungguh makcik makan, sebab katanya pagi tu pun dia tak sarapan. Tiba2 ade sorang student nurse intai, “Laa..ingatkan buat apa tadi…haha… korang layan je la ye…” katanya.

Demi Allah, kami tak menyesal pun tolong suapkan makcik tu makan...Mulanya aku hesitate jugak, macam nak suruh Marahaini je buat..isk3, kejamnye aku. Tapi tak sampai hati pulak tengok makcik tu. Aq pujuk hati, macam mana kalau aq berada di tempat makcik itu? Macam mana kalau itu mak, atau opah aku sendiri? Tergamak ke aku nak biarkan diorang macam tu je?????

Kalau hanya kerana paru-paru, nescaya sudah aku tinggalkan saja makcik itu, lantaran mementingkan teknik 'Pemeriksaan Paru-paru'ku yang tak berapa mahir lagi. Tapi mujur aku punya HATI...hati seorang insan, yang masih mampu melihat insan lain lemah seperti lemahnya diri ini. Dulu2 aku ni jahat...

From a sincere heart of a n old man with a lung problem
It was so unusual when a patient asked permission from the lecturer to give 1-2 minutes advices to the students. It was pakcik Abd. Jalil, the one who I did the respiratory examination on this afternoon. He came with right pleural effusion (water in the lung sack, inside the chest), presented with shortness of breath. Formerly he was an army.


“Pakcik was a teacher in army before this. Look at the way he lies” said Dr.Rashidi to us.
“Waaa….” was our respond upon looking at him.
The way he lies so straight, as if he is in a marching band, was so impressing. He was a lil bit tachypnoeic (breathing faster) at that moment. After we were about to finish, unbelievably, he asked permission from Dr. Rashidi to give some advices to us.
“Doktor, saya nak mintak seminit dua la ye, nak bagi kata2 nasihat sket pada pelajar2 ni..”
“Oh, silakan, silakan...”
“Assalamualaikum wbt anak2….pakcik mintak masa sikit la ye, nak sampaikan sedikit sebanyak pesanan. Kita bercakap ni bukan sebagai guru yang pandai sangat, tapi nak kongsi pengalaman sikit….”
‘Erk, terharunye aku dgn pakcik nih… sure nanti teringat2 dia sampai bila2’
Pakcik meneruskan kata2nya….

“Pesan pakcik, pertama skali, kalau nak bercakap depan orang, kita mesti yakin. Yakin bila nak bercakap, jangan tersangkut2. Kalau tersilap cakap, cakap sory cepat2, dan teruskan bercakap dengan penuh keyakinan. Dalam perbuatan pun sama jugak, buat dengan yakin dan ikhlas. Masa kamu letak tangan atas perut pakcik tadi pun, pakcik dapat rasakan tangan mana yg baik, mana yg tak berapa baik….”

What an awesome old man…! Macho giler pakcik ni, siap boleh tilik tapak tangan kitorang lagi... Masih jelas terasa spleen pakcik ni slaping on my hand...huhu...

“Pakcik dulu askar, kerja bunuh orang. Tapi pakcik tak takut, sebab pakcik yakin dengan apa yang pakcik buat. Kamu pun mcm tu jugak la, kamu nak selamatkan orang, kalau kamu tak yakin, mcm mana orang nak yakin dgn kamu…Lagi satu, ikhlas. Kalau kita ikhlas, InsyaAllah, Allah akan Bantu kita, permudahkan apa yg kita buat…”

Sebelum ni memang ada patient2 yang suka memberi nasihat, borak2 dengan kami. Tapi ini pertama kali yang berani bercakap secara open. Macam atok aku bagi nasihat kat cucu dia dulu2. Dia akan panggil cucu2nya duduk di sekelilingnya, dan dia bercerita tentang pengalamannya semasa bertugas sebagai polis khas dulu. Aduhai, tingat lak kat tok…

“Akhir skali pakcik nak kamu ingat tentang disiplin. Ini sangat penting kalau nak berjaya. Disiplin diri mesti tinggi, kalau tak, kita susah nak berjaya.… dah 4 kali pakcik keluar masuk wad, inilah kali pertama pakcik bagi nasihat pada doktor2..sebelum ni pakcik tengok aje. Ini adalah sebab pakcik redha dengan cikgu kamu (Dr. Rashidi), cara dia layan pakcik, dan pakcik redha dengan kamu semua….”

Alhamdulillah…. Ada jugak orang yg sudi nasihatkan kami. Kalau dia tahu perangai sebenar kita sumer sure lagi pnjang n lagi pedas ucapan die td!! haha :p Tak la selamanya kami kesesatan… ahaks…

What a man…
Jelas dia tak puanya apa2 kepentingan dengan memberi nasihat kepada kami, melainkan dirinya mahu anak bangsa ini terus maju dan berjaya, agar kami dapat berbakti kepada orang lain. Demi agama dan bangsa.

Hati seorang pejuang yang sangat bersemangat patriotik, walaupun paru-parunya memaksa beliau terlantar di katil hospital.......


Regardless how screwed his lung’s function is, how hard he struggles for every single breath, his soul is all alive with a spirit of a fighter. He is the man!




6 comments:

farhana rahim aka paan said...

subhanallah subhananllah subhanallah..,
alangkah indahnya hidup selalu dapat nasihat indah sebegitu~ T__T

akak doakan ndea menjadi seorang doktor yang terbaik dari pelbagai aspek,, insyaAllah :)

jangan pernah merasa letih! do your best!! :)

azaHmaeL said...

itulah. masuk clinical n, memperlihatkan sifat kita. membantu dengan ikhlas, rasa simpati, buat baik initially sahaja utk built rapport then blah bila dah setel ataw kita bina perhubungan baik dengan patients. actually, inilah masanya kita didik diri kita. bukan teknik pemeriksaan semata mata ;)

gudluck babe!

Ndea said...

Kak paan cyg..
tq so much..
kesian pak cik abd jalil..pagi tadi keadaan dia makin teruk, kena duk acute bed, kena pki nebulizer..platelet dia drop..
Ya Allah, selamatkanlah beliau...
klu tgk dia macam lelaki biasa je, tp sanye semangat juang dia sgt tinggi...

Azah bucuk...
tnx..
xsangka2, petang tu Allah bantu permudahkan urusan aq... huhu... subhanallah... =)

x rugi kita bantu org, kan..

noin said...

bagosnye nasehat die.
btol, pasni aku kene konfiden bile becakap
terutamanya time inteview.. huu

muge ko akan jadi seorang Dr yang terbaik satu hari nnti k ndea.
Amin :)

yellowrose said...

aku nanges terharu....[ktorg pon salu jmpe patient2 yg touching kt joden nih..]


ko terharu tak..aku meneruskan bace entry nih even lepas ko dah cite kat aku..

Ndea said...

AEN -- ko kan kne wat prsentation kan..jgn takot2 ok..mcm ko drive dgn panoh yakin la, walo pn sesat tp still konfident, n last2 smpai gak wlopn xtaw jln ape ko redah... ha3~ adeh.. :p

ASMA -- whoattTT??..terharu giler I kat u..!!

dlm kurungan: (penat jeh aq citer panjang lebau kat ko mse aq tgh ngantok2 kul 2 pagi.... T___T)

asma, ko nanges bc entry ni ke, ato nanges dgr pacik2 joden ko bg nasehat?? ke ko nanges terharu sbb aq salu merindui ko dr jauh? eheh :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...