Thursday, October 29, 2009

Aku baru belajar beberapa pelajaran di tadika selepas 16 tahun meninggalkan tadikaku


Entah kenapa semenjak dua menjak ini, minda kerap memutar2 memori sewaktu tadika dulu. Senaif kanak2 berumur 6 tahun yang lain, beruniform biru dan bertudung putih, serkup meleret hingga ke dahi. Oh comelnye aku ketika itu!

Aku mengayuh basikal biruku ke tadika, ditemani emak sambil menolak stroller bayi berisi Aff di dalamnya, berbumbungkan sebatang payung buat belindung dari panas suria pagi.


Tadika Ihkaam. Entah apa maknanye dari segi istilah, sampai sekarang pun aku tak tahu. Mungkin malas nak ambil tahu?... Ada 2-3 orang guru di tadika itu, dan seramai lebih kurang 20 orang murid2 comel dan comot.



Didenda membaca buku cerita bergambar di luar kelas agar tidak mengganggu kawan-kawan lain belajar mengeja di dalam kelas

Kelmarin aku ikut mak ke kelas menjahit manik di Tadika Kemas. Aktiviti suri2 rumah di petang2 hari. Saja nak tengok apa mereka buat... Semasa dalam tadika tu, aku terpandang sebuah rak buku. Beberapa buah buku cerita dongeng dan teladan kanak2 tersusun separa kemas di atasnya. Zooooppp! Memory pantas mengimbas kenangan 16 tahun lalu...


"Nadia, Aimi, meh ikut cikgu..." ujar cikgu tadikaku kepada kami berdua.

'Eh, aku ade pecahkan pasu ke tadi?..' Agak pelik, kenapa kami dipanggil keluar sedangkan kelas baru nak mula.

Sebagai pelajar yg baik, kami akur. Kami di suruh duduk di ruang tamu tadika itu, berhampiran dengan rak buku.


"Nah, Nadia amik buku ni, Aimi amik buku ni...duduk sini, baca ye..." kata cikgu itu kepada kami.

'Lah...nak suruh baca buku rupenye...' getus hati comelku.

"Kitorang nak baca dalam kelas boleh tak cikgu?" aku bertanya secomel yang mungkin. Bosannya duduk luar kelas ni... Ape barang...


"Baca kat situ je lah..." kata cikgu itu lagi sambil menuju ke mejanya.

Kami pun mula membaca...dengan perasaan yang kebosanan kerana terpisah dengan kawan2. Dari luar kelas terdengar suara kawan2 menjerit2 mengeja beberapa suku kata perkataan..membuat hati rasa nak bangun dan menyertai meraka. Walaupun buku cerita itu mengandungi gambar2 haiwan berwarna-warni yang boleh timbul2...namun hati aku sikit pun tak terhibur.. huu...



Setelah 16 tahun berlalu baru la aku paham kenapa kami berdua tiba2 disuruh membaca buku cerita di luar kelas ketika sesi pembelajaran sedang berjalan di dalam kelas.... Kerana kami berdua - aku n aimi akan berebut2 bersuara, dan kalau perlu, berteriak untuk menjawab soalan2 cikgu..apalagi kalau disuruh mengeja... B O = bo, L A = la, BOLA! Hahaha. Sistem denda yang paling berkhikmah. Wuwu~~



Ini bukan buku dongeng -Gambar hiasan





Saya pun pernah pergi Zoo!

Kebelakangan ni mak sibuk menguruskan lawatan tahunan pelajar2 Tadika PASTI ke Zoo Negara bulan depan. Membuat tempahan tiket, menguruskan peserta2 dan pengiring.... dan semua ini memerangkap minda aku untuk sekali lagi memutar kembali kenangan di tadika, 16 tahun lalu...


"Okay murid2, hari ni kita nak belajar pasal haiwan... Baiklah, siapa pernah pergi zoo? angkat tangan...."

"Saya!..."
"Saya pun!!..."
"Saya pun penah jugak.."

Aku? Mana boleh tertinggal....

"Saya pun pernah pergi zoo jugak cikgu, masa kecik2 dulu...heh"

Mendengarkan jawapanku, tiba2 Cikgu berubah wajah...

"Hehh....kalau pergi masa kecik2 dulu tak kira lah...!" getus cikgu itu.


Erk..
Aku terdiam. Sungguh tak sangka jawapan aku akan di'reject' mentah2 begitu... Aku terus terduduk, membisu di tempatku, betul2 di depan cikgu... [budak skema duduk depan skali] Namun kelas terus rancak. Mereka mula belajar membunyikan suara2 haiwan2 di zoo itu. Entah apa yang seronok dengan kehebatan bunyi masing2,...dan aku terpinggir kesedihan, sunyi, kelu, terkedu.... sehinggalah kelas berakhir...



Rupa-rupanya....kini, setelah 16 tahun berlalu, baru aku sedar, sebenarnya aku tersalah paham konsep kelas itu... Sangkaku, siapa yang tak pernah pergi zoo, atau yang pergi zoo masa kecik2 dulu, tak boleh join kelas ni.. Duduk diam2 saja di situ... Hahaha....


Cuba buat bunyi chimpanzee ni sket aku nak dengar...! -gambar hiasan








Moral of the story: Cara berfikir dan memahami sorang kanak2 umur 6 tahun tak sama dengan cara dia berfikir bila dia dah berusia 22 tahun... Huhuhu =D




6 comments:

yellowrose said...

hai ndea busuk!rndu aku ke??hak3

adoi pnjgnye entry kaw..cam bese pnat aku nk bce..nnti ade mase free baru bace..[atau suro ko cite kat aku jek]?

aku pon bce mooorre dgn histo biru tuh..tapi buku merah anat 1 2 3 tuh buku pe??

noin said...

memangla tak same weh pemikiran dak 6 taun n kite skg.. hehes

tapi memang, mcm2 kenangan time tadika smpi aku takleh nk recall blk sume weh.. huhu

Ndea said...

hahaha pendek je citer die asma'... nmpak mcm pnjg sbb column tu memanjang ke bwh...
x caye tnye ain amir... kan ain kan? =)

kali ni nk mnaip mmg aq ingt nk wat pndek2..
sbb nti ko bebel asma'. tgk2 ko bebel jugak... haha

tu buku anat dr india.. Chaurasia.
aq pn xpki sgt, utk certain topik je...
tu pn pnjam senior punye..

ko ni pelik la, org laen bc, tp x komen,
ko plak mengomen, tp x bc pun hahaha

Ndea said...

ain -

haha..tulah..aq rse mcm comel je kan dulu2..
otak pn lurus je lagi...bodo2 kiut.. haha
ade lg byk, tp ni je yg aq larat nl tulis.. hehe

nti forensic posting nti aq try tulis lg..

ekay said...

gambar hiasa yg menarik...ikut ketinggian dan 1,2,3...iye, aku xde kerja skrung..

Ndea said...

ekay...tnx.. hahah

utuk tujuan pengambaran, mesti la aq susun cantek2..
btw tu pic bk2 mse 2nd yr.. rak bk aq skrg ni xlayak dah nak dibuat pngambaran mcm tuh.... hahaha =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...