Friday, September 25, 2009

Duhai lelaki....




Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka,
fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada di dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, kerana mereka
diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya..
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka
semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka
akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.


Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.


Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya. ..
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. ..
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok.. .
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...


Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru
hara....


Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata. ..
Tapi binalah kepimpinan.. .
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya... Jinakkan diri kepada allah... Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.. .


Janganlah mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRA
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina ALI karamallahuwajhah

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Andai diri tak sehebat SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSOF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM
Andai diri tak sekuat HAJAR,

Mengapa didamba kekasih sempurna MUHAMMAD atau KHADIJAH,
Jika kita insan biasa...







source: unknown (forwarded via email)





Thursday, September 10, 2009

Pelangi bahagia itu ku lihat kini telah berpindah ke atas kepala orang laen.....

Malam ini aku tersyahdukan 1 perkara dan tersentak dek 1 perkara lagi.


Syahdu

Al-Fatihah buat Allahyarham Nurul Huda Khairul Anwar
(kembali ke Rahmatullah pada 9 Februari 2009)


Bermula dengan terkesima setelah terpandang wajah Dr. Jameela, ibu saudara arwah. Punyai mirip wajahnya... Lantas terbawa2 perasaan itu hingga ke malam tadi...


Selepas tarawikh...Ketika Tahlil dibaca air mata tak dapat di tahan lagi.... mula bergenang. Minda membawa diri mengingati kembali saat diri meraung melepaskan kesedihan di atas kehilangan beliau. Melepaskan kepada emak di rumah.... Cukup pasti aku bersendiri di rumah ketika itu, aku tak berkira lagi. Emak di hujung talian berusaha memujuk... Sejam selepas menerima berita pemergiannya.....


"Tak ape la...sudah masanya dia pergi.. Redhakan lah..."

"Tapi Ya kesian tengok dia..2 bulan mak, tersiksa. Siang tadi lagi la...Dia x buka mata, tapi dia menangis, mak....Kesian dia... Dia tersiksa kat hospital tu mak...."

"Mungkin itu kifarah buatnya, yang dah ditentukan ALLAH...mungkin sebab ALLAH nak bagi yang terbaik untuknya di sana..."

Aku mulai tenang mendengarkan ini. Mungkin. Ya, aku pasti. InsyaALLAH.....

Aku gagahkan kaki berdiri, bersiap ke majlis Tahlil arwah pada malam itu.



Ya ALLAH, tempatkan rohnya bersama para Solihin dan Muqarrabin..... ameen...

Huda....sentiasa ceria...


Tersentak


Apa perlunya pada diri hina ini lagi.... Itu ini. Sampah tempatnya di bakul sampah, Ros si cantik merah tempatnya di pasu bunga berukir nan indah...



Pelangi bahagia itu ku lihat kini telah berpindah ke atas kepala orang lain.....



Ya, pelangi bahagia....



Manusia...kita tak akan mampu menilai antara pahit ubat yang merawat atau pahit hempedu yang menyiksakan....Pantas sekali melatah bila dikecewakan. Pantas menghukum tanpa perbicaraan.



Kerap kita menilai indah permata itulah hiasan terbaik bagi diri, lantas melontar jauh kaca murahan dari pandangan mata.


Manusia memilih pilihan yang terbaik bagi dirinya.




Perlukan ini sekarang...!









BMS: Buat kesekian kalinya, akulah si kaca itu.... T___T


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...